CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shidaaziz

SEMBANG-SEMBANG :: HAL DAPUR & ISU SEMASA

[Copy link]
Post time 13-1-2008 07:12 AM | Show all posts

Reply #317 s3Nor!t@'s post

ita, akak punya maid dulu umur dalam 40an. Dia mai sini 2 tujuan.

1. cari duit
2. cari suami.

Dia dah ada suami dan anak2 yang dah besar dan masa tu yang sulung, lelaki dah nak kawen dan perempuan kawen muda. dah ada cucu pun. Sembahyang, puasa, baca quran, memang warak yang amat.Tasbih dia sampai ke kaki, punya panjang. Sembahyang tak boleh lewat langsung, puasa sunat selalu sangat.

Masa dia kerja ngan akak, dah 2 3 tempat lain dia kerja. Satu hari ada bapak kawan akak, koma. Lama juga dan sebagai orang baik, dia ni pi lah selalu tolong jaga pakcik tu.Bila pakcik tu sedar, pakcik tu terberkenan ngan dia. Tapi pakcik tu masih terlentang, takleh buat apa2pun.

Akak saja2 tanya dia, kalau orang mau kat kamu, kamu nak tak. Cepat saja dia jawab, nak, kalau orang tu ada kereta, ada rumah. Walaupun orang tu tua dan sakit sekalipun.

Akak tak kisah sangat ingatkan dia bergurau. Lepas tu, dia dah start cerita, orang tu nak kat dia, orang ni nak kat dia. Bini2 depa semua jealous kat dia. Sampaikan budak umur 26 tahun pun gilakan dia yang dah tua tu. Habis tu akak tanya dia, kalau ada orang berkenan sangat kat kamu, nak kat kamu, suami kamu tu nak buang mana? Dengan selamba dia jawab, dia nak balik racun suami dia sampai mati.

Dan selepas 4 tahun dia kerja dengan akak, dia tinggalkan pulak kami dengan fitnah yang akak ni jealous kat dia. Dia tak leh cakap langsung dengan husband akak. Patutla husband akak bagi tau yang bila akak kerja malam, dia selalu cerita-cerita sambil hidang makanan kat suami ngan anak2 akak.

Masa dia bersama kami, akak selalu ada problem dengan anak perempuan akak. Tak tau apa yang dia hasut budak tu. Lepas dia balik dan mulanya ambik keputusan tak nak datang sini, lepas tu merayu2 nak datang balik kerja dengan akak, anak perempuan akak tu lah yang menentang sekerasnya supaya jangan ambik dia lagi. Akak tanya apa masalahnya, dia tak mau bagi tau sbb anak2 akak semua pendiam, bukan suka cerita2. Sampai hari ni akak tak tau apa ceritanya mereka berdua. Tanya lah macam mana pun, anak akak tetap tak mau bagitau cuma dia ada bagitau bibik tu hasut dia suruh benci mama.

Macam tu lah ceritanya bibik yang kelihatan warak bekerja dengan akak sampaikan semua tertipu. Memang depa ni mai kerja sini bukan dengan satu tujuan saja. Mungkin tak ramai yang benar2 ikhlas datang sini untuk cari wang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2008 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 13/1/08 02:42 AM

iskkk..selagi tak dapat yg ra'si..mcm2 kerenah kan?

ade sorang lagi my jiran..ade anak istimewa,
budak tu tak pandai  lagi nak istinjak
the maid kene caught red handed..tgh berus bontot b ...


hah? dia ingat budak tu toilet bowl ke apa?

cerita pasal berus2 ni kan...ita teringat 1 peristiwa...cerita pasal anak jiran belakang rumah ita dulu (Kak Z)...Kak Z ni cikgu...
Kak Z ada 4 girls...no.3 dia down syndrome, masa tu umur lam 10 thn...so budak ni (S) suka sgt mandi kat luar (bhg dapur)...Kak Z ckp anak istimewa dia ni selalu berasa panas sbb tu dia biarkan anak dia main air kat belakang rumah dgn pengawasan maid dia la...

ada 1 hari tu tgh ita duk tgh buat kerja kat dapur, ternampak S mcm biasa la duk main2 air...pastu ita tengok dia tgh duduk dgn kaki dia lunjurkan sambil depangkan sikit kaki dia tu...ita ingat dia siram air atas lantai sambil main2 air...sekali tu ita tgk betul2 dia tgh buat apa tau? dia tgh berus dia punya ***** dgn berus kain...ala berus plastik tuuu...cepat2 ita panggil maid dia tengokkan budak tu...terkejut besar la maid dia...

ita yg menengoknya pun dah rasa ngilu ...pastu ada la 1 hari tu, ita terdengar adik dia yg masih baby menangis kuat sgt...ita ngan maid ita terkejut la kenapa ngan baby ni kuat sgt nangis...pastu terdengar maid dia terjerit "Ya Allah S! kenapa buat adik mcm ni?"...

ita pun cepat2 tanya maid dia...apa yg S dah buat kat adik dia? maid dia ckp si S ni tuang air sejuk (straight from the fridge) atas baby tu...tak ke terkejut baby tu tetiba jer rasa sejuk atas badan dia kan?...kita yg dah tua ni pun berpinau mata bila terkena air sejuk...

tapi akak puji maid Kak Z...w/pun masih muda tp bagus sangat...rajin dan sayang kat anak2 Kak Z...cukup sabar layan S...ita tgk dia tak pernah marah S w/pun perangai S cam tu...ketawa & senyum jer bila S buat perangai...dia masih kerja ngan Kak Z w/pun ita dah pindah dari situ...kalau tak silap sampai baby Kak Z dah besar...sekarang ni tak tau dia kerja lagi ke tak...dah lost contact ngan Kak Z...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by zettyhani at 13/1/08 07:12 AM
ita, akak punya maid dulu umur dalam 40an. Dia mai sini 2 tujuan.

1. cari duit
2. cari suami.

Dia dah ada suami dan anak2 yang dah besar dan masa tu yang sulung, lelaki dah nak kawen dan  ...


  adesss...org mcm ni pun ada ka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 04:27 PM | Show all posts

Reply #316 sugarray's post

x de la muda sgt , awal 20an . syok gak kat sini . byk tips + recipe . plg ske baca thread kek . mee ske kek  
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 04:50 PM | Show all posts

asalamualaikum semua

mana tuan rumah dah sihat ke shidaa..
aku ari ni 1st day period.. sakit perut memulas semacam.. ashik baring aje.. sampai kena tungku perut ni..   ni baru leh nak OL.. tapi selalunya bila malam nak tidor nanti sakit lagi...

meee magggieeeee...
amboiiii sekarang ni aku tengok ko plak yg merata2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2008 04:51 PM | Show all posts
Originally posted by mee_maggie at 11-1-2008 05:38 PM


masa mee sek rendah memang cam tu . Penyampaian hadiah wat kat hotel + no 1,2,3 je dijemput. Sekolah mee aje ada makmal computer masa tu.

Cikgu mee dulu pun isteri hakim , pegi sek bawak e ...


hi mee, mudanya mee ni. berapa umur mee sekarang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-1-2008 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by indahkasturi at 11-1-2008 06:38 PM
shida,
kalau keadaan demam tak deman shida tu tak elok2 lagi,
cuba shida pakai baju tebal lengan panjang, tutup aircon pastu buat exercise sampai peluh2.  Kalau matahari ada, buat gargening sam ...


hi indah, shida demam pun kena berkipas. tak tahan rimas. sejuk tu sejuk jugak. tapi shida jenis kalau demam tu, panas dia cepat naik dan kendian cepat turun. jelum kepala dengan air asam jawa & taruk towel kat dahi. sakit tekak tak de dah. lagipun dah complete antibiotics dan kumur dengan air garam. doktor ada kasi ubat kumur. tapi tak sentuh pun. mesti rasa dia tak sedap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2008 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by meowlin at 11-1-2008 08:58 PM
laa ko pun demam jadi tak jadi ke shidaa.. ramai gak yg terkena ni.. kot2 musim kan.. aku plak dah 3 4 malam dok meracau aje.. kejap panas kejap sejuk.. kekadang tu berpeluh sakan.. pasang ekon s ...


hang dah sihat ke ni meow? aku dah sihat dah. telinga tak berdengung dah. semalam berjalan sakan pi makan assam laksa kat ampang park le, pi chow kit le. balik umah layan korea & jepun. malam tadi cuci peti es. pagi tadi pi pasar beli barang sikit-sikit. tak de nak beli stok pun pasal nanti bukan bermasak pun. membazir je. so aku beli untuk cukup masak hari ni je. tadi buat mee udang. rasa macam tak de selera makan lak. ari ni pun tak de buat keje yang berpaedah. asyik layan tv, baca paper & tadi dapat lelap kejap je. tak dapat lelap lama pasal henpon munyik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2008 04:59 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 11-1-2008 09:17 PM


takder anak nak dilayan..sedaplah titun ....


titun dan buat keje-keje yang tak berpaedah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2008 05:16 PM | Show all posts
Originally posted by s3Nor!t@ at 13-1-2008 11:24 AM


hah? dia ingat budak tu toilet bowl ke apa?

cerita pasal berus2 ni kan...ita teringat 1 peristiwa...cerita pasal anak jiran belakang rumah ita dulu (Kak Z)...Kak Z ni cikgu...
Kak Z ada  ...


bile cite pasal maid ni kan, shida teringat sesuatu. antara masyarakat kita dengan mat saleh.  shida cakap ni secara general tau. tak de kena-mengana dnegan yang hidup atau yang mati

orang kita selalunya yang mana suami isteri keluar bekerja dan mempunyai anak 2 orang dan ke atas akan memikirkan untuk mempunyai maid. ye lah... bila dihitung, antar anak kat pengasuh je pun kalau 2 orang dah dekat RM500, baik amik maid  bayar RM600-700 pun masih berbaloi sebab selain dari menjaga anak-anak, mereka akan membuat tugasan rumah seperti mengemas, memasak dan sebagainya. tapi bagaimana pula dengan suri rumah yang tidak keluar bekerja tapi nak juga ada maid. berbanding dengan mat saleh, sebab dulu masa keje kat company lama memang ada few kenalan mat saleh yang berada di luar negara, derang walau bekerja suami isteri, tak de pun nak hire maid. habis-habis kuat, derang amik yang weekend punya. memang tugas untuk mengemas rumah sahaja. bagi derang, derang lebih selesa mengemas rumah sendiri. tapi lain le bagi golongan aristokrat, yang memang mempunya ramai maid yang terlatih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2008 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by meowlin at 13-1-2008 04:50 PM
mana tuan rumah dah sihat ke shidaa..
aku ari ni 1st day period.. sakit perut memulas semacam.. ashik baring aje.. sampai kena tungku perut ni..   ni baru leh nak OL.. tapi selalu ...


w'salam, baru je ni hah online. tadi layan tv. tak de apa yang best pun. hopefully malam ni ada movie best kat star movie
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 12:45 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 13-1-2008 05:16 PM


bile cite pasal maid ni kan, shida teringat sesuatu. antara masyarakat kita dengan mat saleh.  shida cakap ni secara general tau. tak de kena-mengana dnegan yang hidup atau yang mati

o ...

my fren kawin dgn lelaki dutch..
dia kata budaya barat.. keje rumah sama rata..mem masak.. bos akan siap meja or basuh pinggan
mem basuh baju.. bos tolong sidai kain n lain lain yg sewaktu dgnnya..same thing with jaga anak.. they take turns..
tak suruh pun..mmg dorang sejak kecik dilatih camtu
budaya kita melayu plak..lelaki or suami tu mcm raja atau dirajakan atau merajakan diri..

come to think of it..kinda true rite?
cuba tgk routine kebanyakan org sekarang ..
pegi keje sama2...balik je rumah.. mem terus tuju dapo siapkan ape yg patut...boss bungkang dulu baca paper or tgk tv..
siap makan..pinggan tinggai jek..mem yg  basuh
nak air ke ape ke.. laung jek, jap lagi sampai la depan mata
anak tgk je mak bapak dia punya routine..then dia beso akan follow pattern yg sama

mana mem tak penat? carik maid ler jawabnya....
redha is one thing... tp bertanggungjawab n bertimbangrasa pun sama penting gak..dah nama pun berkongsi hidup..kene la adjust ape yg patut..for the good cause gak
nabi s.a.w  pun tolong isteri dia basuh pinggan...kita yg marhain nih lagi nak eksen..ape kelesssss

hehehehehe...

tapi its gud to know tak semua pasangan still hidup camni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 12:46 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 13-1-2008 05:17 PM


w'salam, baru je ni hah online. tadi layan tv. tak de apa yang best pun. hopefully malam ni ada movie best kat star movie

semalam tgk tv3 tak?
what a girls wants..
kelako gak...teralit tk sampai habis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 14-1-2008 12:45 AM

my fren kawin dgn lelaki dutch..
dia kata budaya barat.. keje rumah sama rata..mem masak.. bos akan siap meja or basuh pinggan
mem basuh baju.. bos tolong sidai kain n lain lain yg sewaktu dg ...


that's why kita dari awal kena sit down and discuss yang benda ni kena buat bersama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 14-1-2008 12:46 AM

semalam tgk tv3 tak?
what a girls wants..
kelako gak...teralit tk sampai habis


sabtu atau ahad? sabtu aku layan dvd. semalam layan star movie. kevin costner berlakon. best.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:56 AM | Show all posts

Reply #332 ninoZ's post

betul tu ninoz, budaya kita, bila dah jadi laki tu buakn main semua kerja bini dia buat, dalam keluarga sendiri pun ada, arwah kakak ipar saya, aduhai, mithali betul, tak pernah suruh laki buat kerja, bayang baru suap semulut nasi, suami minta buat sambal belacan, cuci tangan pi buat sambal dulu..

tengah makan, laki sudah mandi tanya seluar, basuh tangan pi cari seluar kat laki dulu, laki dia nak makan, org dah siap sendukkan nasi, dia tinggal cuci tangan je, itupun air basuh tangan di sediakan, kira kerja rumah ni A-A la arwah buat...

tapi bila arwah tak ada, baru suaminya terasa sangat-sangat ketiadaanya sebab selama ni semua kerja dibereskan isteri. dan arwah kakak ipar ni punyalah setia, jarang sangat merungut...eheheh kalau saya sendiri pun maunya membebel dengan hubby..

mujurlah hubby saya tak macam tu, kalau tak mau perang besar you see...ehehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2008 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 14/1/08 12:45 AM

my fren kawin dgn lelaki dutch..
dia kata budaya barat.. keje rumah sama rata..mem masak.. bos akan siap meja or basuh pinggan
mem basuh baju.. bos tolong sidai kain n lain lain yg sewaktu dg ...


setuju ngan ninoZ...depa mmg ada team work bila buat kerja2 rumah...

dan ini dari pengamatan ita la kan...ambil contoh2 mcm ni la...style depa makan (kira yg basic la) lain ngan kita...depa sumer makan celur spaghetti, masak sos (tu pun yg dlm tin)...tuang, didih, hidang...makan salad...tu pun beli yg dah siap dicuci, tuang lam mangkuk, tuang sos, kacau2...makan...pas makan siram pinggan ngan air sikit pastu terus masuk dish washer...kegunaan pinggan mangkuk lak boleh dikira ngan jari...

kita lak kalo tak bunyi lesung kat dapur tu tak sah...kalau tak bau sambal tumis sampai org terbesin pun tak sah jugak terpercik sana sini...kena lap sana sini...pastu bukan semua orang ada dish washer kat rumah sbb bukan semua org mampu membelinya...

waktu sekolah anak2 depa pun lain ngan kita...depa semua keluar let say pukul 7.30-8 pg...pastu balik pukul 4-5pm...sekali harung mak pak depa ambik balik sekolah...tak sempat masak depa boleh pergi fast food...cam kita ni sampai bila boleh telan fast food?...ita punya kes (ni bukan merungut tau) sejak anak2 bersekolah tak pernah ada 1 sessi (certain area jer la kan)...every year mesti ada anak2 ita sekolah pagi & petang...kena kejar2 masa...nak siapkan lunch, nak amik antar anak sekolah agama & sekolah biasa...

lagi satu kebanyakkannya depa tak ramai anak, tak macam kita ni especially melayu nak anak ramai sebab nanti anak2 kita semua tu adalah 'saham' utk kita di akhirat esok...sbb tu bagi ita (semasa anak2 masih perlukan perhatian ita), ita perlukan maid utk menolong buat kerja2 rumah...tambahan pulak ita skarang tgh peknen...masa tgh alami morning sickness bebaru ni boleh kata ita harapkan sepenuhnya kat maid...hubby pun cakap dia tak kisah maid masakkan hidangan utk family sbb dia lebih pentingkan kesihatan ita dan asalkan anak2 dpt makan healthy home made food...

bila kita keletihan, nak layan suami & anak2 pun tak larat...'perform' kat suami pun mungkin sbb terpaksa...anak2 asyik kena marah disebabkan oleh kepenatan kita...mulut mula membebel 24-7...suami mungkin naik boring ngan kita...kalau suami jenis pendiam jenis penyabar, dia buat tak endah jer...kalau suami jenis panas baran, sekali diherdiknya kita terus keluar rumah balik lewat malam/langsung tak balik...sapa yg rugi?

anyway...ini hanya pendapat ita saja...bak kata shida tak der kaitan dgn yg hidup ataupun yg telah mati (pinjam sat noo.. )
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 06:49 PM | Show all posts

Reply #328 shidaaziz's post

Alhamdulllilah bolehle tahan shidaa.. tapi period plak sakit laa perut nih...  demam aku pun dah berkurangan ni..

shidaa aku rasa ko ni tak bapa sihat betul ni.. yelah sebab tak selera aje.. sian shidaa.. tak apalah.. nanti baikle tu.. insyaallah rajin2 makan ubat yee..   aku ni pun selalu gak kena sakit tekak.. memang sakit kalu terkena.. aku memang pengidap tonsil yg agak teruk.. tonsil ku selalu gak bengkak.. doktor nak operate.. tapi aku tak bani..  dia suruh aku kurangkan makan pedas dan masam.. eee.. menda2 tu le yg membangkitkan selera..

agak2 apa yg shidaa nak masak plak.. mee udang tak selera..  hmm makan bubur ke sup2 ke.. ok sket shidaa..

uhu.. best eh layan dok tengok tv.. aku malam ni nak tengok amazing race..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 08:11 AM | Show all posts

Reply #338 meowlin's post

me kalau takde selera sangat..buat rassam jek pastu pecah telur sebijik dlm tu..
ratah camtu jek atau makan dgn nasik putih n ikan masin sket..
kalau rajin buat sambal tok nenek sket [ cili kering-seeded n goreng kejap, pastu tumbuk dgn bwg merah,sedikit asam n garam]
tak dak lauk lain pun tak pa dah...

kalau tak larat sgt2...bos akan beli sup tulang..pastu kita makan dgn moi..jadik moi sup
kalau sangat sangat tak larat..kita minum kurma blend dgn susu n pisang jek


adik badik vince tu dah terkeluar ka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:37 PM | Show all posts

Reply #339 ninoZ's post

rassam? penah dengar tapi tak penah cuba..
bebaru ni pekena gak nasi goreng ikan masin.. tapau aje.. pehtu mulala badan jadi gatai2 semula..

moi tu apo bondo ninoz.. sori banyak tanya .. aku bukan paham sangat..
memula tadi aku ingat ko minum kuah kurma blend ngan pisang..
mesti buah kurma kan.. waaa sedap tu...

uikkk amazing malam tadi bukan amazing race asia daa.. amazing race yg international punyer.. malam tadi si nate dan makwe dia yg kecoh tu dah kuor.. next week dah finale dah..

amazing race asia ari khamis malam jemahat pukul 9.00pm..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.079890 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list