CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xpdckelate

~Gomo KELATE Gomo #PremierLeague2022~

[Copy link]
Post time 30-1-2011 09:39 AM | Show all posts
kelah bola Piya !!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2011 12:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 08:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 12:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 02:55 AM | Show all posts
rajin hangpc update
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 11:33 AM | Show all posts
kelate menag lagi 4-1 dengan Johor FC semalam.

dan nampaknya, bekas 3 pemain cabut lari ke T-Team tak dapat membantu pasukannya apabila tewas 3-1
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-2-2011 12:05 PM | Show all posts
Sairozi Daud Meninggal Dunia

KOTA BHARU
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 12:06 PM | Show all posts
Salam Mailidur Rasul Dari Kelate.Net

Antara 2 Kekasih. Bulan Febuari 2011, jika diperhatikan ada satu perkara yang direncanakan oleh Allah kepada hambanya untuk menguji keimanan kepadaNya. 14 Febuari yang selalu digembar gemburkan oleh satu golongan sebagai hari kekasih, yang langsung tiada nas atau asal usul atau kaitan dengan Islam, tetapi banyak juga umat Islam terutama remaja yang teruja menanti hari [...]

SALAM MAULIDUR RASUL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2011 12:08 PM | Show all posts
Kelate mene lagi 2-0 nga KL....gomo kelate gomo,jom gomo piala liga pulok,hu2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 12:11 PM | Show all posts
Kelantan terus kekal di tangga teratas liga dengan kemenangan 2-0 ke atas skuad warga kota, Kuala Lumpur di Stadium Sultan Mohamed ke-IV.

Mohd. Ramzul Zahini meledakkan gol pertama pada minit ke-47 selepas mendapat hantaran Mohd. Badri Md. Radzi.

Tonggak kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha melengkapkan kemenangan mutlak Red Warriors yang mudah menewaskan Norazlan Razali pada minit ke-87 melalui rembatan leret.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 12:12 PM | Show all posts
kelate menag lagi 4-1 dengan Johor FC semalam.

dan nampaknya, bekas 3 pemain cabut lari ke T-Team tak dapat membantu pasukannya apabila tewas 3-1


biarkan mereka dan labu-labu mereka,hu2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 12:15 PM | Show all posts
Kesian untuk 3 pemain yang lari tu.
Kalah lagi. Kalau habis tahun ni, turun ke liga perdana, mesti menangis nak masuk RW balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 12:19 PM | Show all posts
Reply 332# rayyanrafael

mereka nak rasa angin baru tu,biarkan lah,hu2....
biar mereka jeles,hu2...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 01:59 AM | Show all posts
harap kelate menang liga super, piala fa dan piala malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 07:41 AM | Show all posts
Kelantan kekal rekod bersih




Oleh YATIMIN ABDULLAH
[email protected]



" SAYA gembira dengan komitmen yang dipamerkan oleh semua pemain. "

Demikian luahan ketua jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu selepas melihat kejayaan skuad bimbinganya memperoleh tiga mata penuh hasil kemenangan keatas Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malam kelmarin.

Menurutnya, kejayaan tersebut amat bermakna buatnya meskipun barisan pemainya dipaksa bekerja keras sepanjang perlawanan tersebut.

Tambahnya, kejayaan tersebut hasil kesungguhan barisan pemainnya yang berjaya mencipta peluang serta berjaya menjaringkan gol pada babak kedua biarpun seakan-akan hilang punca pada separuh masa pertama.

" Percaturan kami pada separuh masa kedua berjaya walaupun kelibat penggempur sensasi kita Norshahrul Idlan Talaha agak terbatas dalam perlawanan tersebut.

" Walaupun Norshahrul dikawal ketat oleh tiga pemain Kuala Lumpur, namun aksi dua lagi rakannya iaitu Muhammad Ramzul Zahini (Adenan) dan Mohd. Nizab (Ayub) jelas tidak mengecewakan. Kedua-duanya menunjukkan satu permainan yang bagus, " katanya ketika ditemui di kota Bharu, semalam.

Jelasnya, beliau turut memuji aksi barisan pemainya yang menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang perlawanan tersebut.

" Ini perlawanan kedua bagi Muhammad Ramzul dan saya fikir sudah ada peningkatan yang beliau pamerkan, " katanya.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan berturut-turut selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-0.

Penyerang muda Kelantan, Ramzul Zahini Adenan muncul wira pasukan apabila jaringanya pada minit ke-46 menjadi titik tolak kebangkitan pasukan selepas mempamerkan aksi hambar di separuh masa pertama.

Jaringan tersebut nyata menyemarakkan semangat barisan pemain The Red Warriors apabila mempamerkan corak menyerang sehingga memaksa Kuala Lumpur lebih banyak bertahan di separuh masa kedua.

Penggempur sensasi kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha membuktikan ketajaman penyudah apabila menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-87 selepas bijak menyudahkan hantaran pemain sayap kiri, Nurul Azuwan Roya.

Kemenangan ini menyaksikan Kelantan terus selesa dipuncak liga dengan kelebihan tiga mata mengatasi seteru utama Selangor yang berada di kedudukan empat.



- Kosmo -




Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 08:30 AM | Show all posts
Karathu puas hati



Oleh Mohd Fitrie Muhamad



JUARA Piala Sumbangsih musim ini, Kelantan menarik nafas lega apabila menundukkan Kuala Lumpur walaupun beraksi di bawah kemampuan sebenar pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad IV, kelmarin.

Ketua jurulatih, Datuk M Karathu tetap puas hati apabila mengutip tiga mata meskipun anak buahnya tidak menampilkan persembahan sebenar.


Katanya, apa yang penting, pasukannya memperoleh tiga mata untuk menjamin kedudukan teratas carta Liga Super.

“ Apa yang saya perhatikan, pemain kerap kehilangan bola terutama pada babak pertama.


“ Pada separuh masa kedua, mereka mula mengatur serangan dan mampu mendapat dua gol walaupun sebenarnya kami mempunyai banyak peluang di depan gawang Kuala Lumpur, ” katanya.


Bagi menghadapi perlawanan seterusnya, beliau akan berusaha mempertajamkan jentera serangan Kelantan yang dilihat masih tidak berupaya memanafaatkan peluang menjaringkan gol.


“ Semua bahagian pasukan penting bagi mencapai kemenangan namun bahagian serangan akan diutamakan.


“ Bagi saya, posisi serangan dan pertahanan perlu seiring bagi sesebuah pasukan. Saya tidak mahu serangan kita mampu menjaringkan gol, namun gagal bertahan baik setiap kali diserang lawan terutama serangan balas, ” katanya.




- Harian Metro -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2011 10:19 PM | Show all posts
kawe suko sokmo bilo Kelate mene.harap2 mene liga supe  tahung ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 12:39 PM | Show all posts
Harimau A, Kelantan ke pusingan kedua

KUALA LUMPUR -- Juara Piala Malaysia, Kelantan terselamat dengan penentuan penalti untuk terus memburu gelaran kedua Liga Malaysia musim ini dengan menewaskan T-Team 6-5 sekali gus mara ke pusingan kedua bola sepak Piala FA, semalam.

Jejak kemaraan Wira Merah itu disusuli skuad bawah 22 tahun negara, Harimau Muda A yang menumpaskan Sinar Dimaja Maisarah Navy 4-0 dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama di Stadium Shah Alam.

Kelantan beroleh jaringan pembukaan menerusi Rizal Fahmi Rosid pada minit ke-51 sebelum disamakan oleh Indra Putra Mahayuddin dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu.

Kedua-dua pasukan bermain sehingga ke masa tambahan setengah jam setelah terikat 1-1 sepanjang 90 minit permainan sebenar biarpun kelab dari Terengganu itu menguasai sebahagian besar dengan mencipta sekurang-kurangnya enam peluang terbaik.

Gol Rizal Fahmi dicipta setelah dia menyempurnakan sepakan sudut dari sebelah kanan dengan tandukan yang menumpaskan bekas penjaga gol negara, Pahang dan Terengganu, Syamsuri Mustafa.

Namun Indra Putra yang mendapat umpanan silang daripada Harris Safwan Kamal, menangguhkan kegembiraan pelawat dengan rembatan voli sekali gus melegakan seketika T-Team yang dibimbing Yunus Aliff.

Penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha pula mensia-siakan peluang terbaik menyegerakan kelayakan Kelantan ke pusingan kedua setelah sepakan penaltinya pada masa kecederaan babak kedua tersasar tinggi.

Penentuan penalti kemudian dimenangi anak buah Datuk M. Karathu dengan keenam-enamnya disempurnakan oleh Norshahrul Idlan, Rizal Fahmi, Nurul Azwan Roya, Shakir Shaari, Daudsu Jamaludin dan Danial Fadly Abdullah.

Hanya Nor Fazly Alias yang gagal menyudahkan sepakan penalti keenam perlawanan untuk T-Team berbanding Indra Putra, Harris Safwan, Khairul Izwan Khalid, Badrul Hissani Rahman dan Shamsul Kamal Mohamad.

Sementara itu, penyerang K. Ravindran muncul wira Harimau Muda A dengan dua golnya ke atas kelab Pulau Pinang itu pada minit ke-11 dan 49 manakala dua lagi disumbangkan oleh Amer Saidin dan Mohd. Ferris Danial.

SUMBER : http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=su_04.htm
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 12:40 PM | Show all posts
Harimau Muda A, Kelantan mara
Oleh Sukhairi Abd Thani dan Hamid Salleh
[email protected]
2011/02/19
PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (kanan) menyelamatkan cubaan penyerang T-Team (tengah), Mohd Haris Safwan Kamal dalam saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (kanan) menyelamatkan cubaan penyerang T-Team (tengah), Mohd Haris Safwan Kamal dalam saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
T-Team, SDM Navy putih mata terkeluar dari saingan kalah mati Piala FA

NORSHAHRUL Idlan Talaha pastinya menjadi pemain paling lega di atas padang ketika Norfadly Alias gagal menyempurnakan penalti penentuan yang menyaksikan T-Team tersingkir dari Piala FA dan Kelantan mara ke pusingan kedua dengan keputusan 6-5 selepas permainan 120 minit terikat 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Norshahrul, pemain yang menyerlah pada Piala AFF Suzuki bersama skuad kebangsaan, gugup ketika mendapat peluang lebih awal untuk menjamin laluan The Red Warriors ke pusingan seterusnya apabila sepakannya pada detik terakhir 90 minit melepasi palang.
Namun Norshahrul menebus kesilapannya ketika mengambil sepakan pertama pada penentuan dengan kedua-dua pasukan masing-masing menyempurnakan sepakan terakhir sehingga Norfadly melakukan kesilapan apabila sepakannya melambung tinggi.

Sebelum itu, Mohd Rizal Fahmi membuka jaringan pada minit ke-52 apabila menanduk masuk sepakan sudut Mohd Nurul Azwan Roya tetapi selang sembilan minit, Indra Putra Mahayudin meledakkan rembatan kaki kanan ke penjuru atas gawang selepas menerima hantaran lintang Shamsul Kamal Mohamad dari kiri untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Di Stadium Shah Alam, Harimau Muda A berpesta gol pada tirai pusingan pertama dengan membaham SDM Navy 4-0.

K Ravindran menjadi wira buat Harimau Muda A apabila membolosi gawang yang dikawal Safril Hafizzie pada minit ke-10 dan 48, disusuli Mohd Amer Saidiin (m-37) dan Muhd Ferris Danial (m-77).

sumber : http://www.bharian.com.my/bharia ... elantanmara/Article
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 12:41 PM | Show all posts
tak kisahlah menang penalti pun, janji menang ngan pasukan bekas 3 pemain kelate tu.
Kesian mereka, kena potong gaji sebab kalah lagi kali ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.460454 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list