CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rilistix

CINTA

[Copy link]
Post time 4-12-2006 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by ashna at 3-12-2006 10:13 PM

pasal airasia mas bagai tuh...
masa shoot citer nih LCCT mana bukak lagi beb...

haku pun tak berapa suka love story eizlan dan fasha...yg lain ok je...
amani dan peirre nye citer banyak unsu ...


ashna, sejak bila ko bg komen baik ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 11:57 AM | Show all posts
besh..besh...cerita melayu terbaik pernah ditonton..tgk la..
part shidee ngan anak dia yang sedih bebbbbbbb..uwaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by orang_letrik at 4-12-2006 10:29 AM
aku ske watak mamat rock tuh...thumbs up!


kalau sape tgk citer ROCK....dia nila yg jd Zul kapan...

mmg lakonan dia bes :tq:....2 thums up!!!selamba tp berkesan...sore pon sedap

bg aku...aku paling suke kisah Cikgu Elyas dgn Cik Rubi
sgt touching terutama sekali masa Rubiah follow Cikgu Elyas (scene gunting rambut)
kisah kedua aku suka ...Dhani ngan Dyan
part mereka ber2 ni buat aku byk nangis...huhuhuhu..
esp scence  nanu bacakan ayat kat kertas tu...:cry::cry:
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:36 PM | Show all posts
Melodramatik,manipulatif, dan penuh dengan klise. Tapi, aneh, aku suka filem ini. Aku juga hampir menangis. Ia ada satu 'jiwa' yang tersendiri, atau satu 'charm' yang mampu menutup prejudis aku terhadap elemen2 tipikal filem romantik macam ni. Ia buat aku lupa pada 'logik' dan lubang-lubang plot, lupa pada jalan cerita yang dah di'recycle' berbilang kali, and just enjoy the show. Ia lebih kepada 'guilty pleasure'. Tapi sekurang-kurangnya, ia dihasilkan dengan 'classy' sekali. Aku tak malu mau rekemen filem ini kepada orang lain. Aku berbangga filem ini wujud. Walaupun sebuah filem komersial, ia masih tak meninggalkan elemen2 penting yang menjadikan filem ini satu hasil seni.

Aku rasa semua penonton tahu dan akui, sinematografi filem ini cantik. Memang cantik(walaupun tak membawa byk makna), dengan shot2 ala-iklan/MTV-style. Suntingan filem ini sangat baik, pergerakan cerita dari satu segmen ke segmen yang 'seamless' dan 'natural'. Background muzik yg mmg 'kena', walaupun ada setengah2 scene lebih baik kalau takde muzik. Aku juga puji sang direktor, yang pandai mencampurkan scene2 sedih dgn lawak2 yang 'sudden' dan bersahaja. Tapi klise2 yang dah sebati dalam filem romantik ini tetap ada. Iaitu 'over-dramatization'. Contoh: Bila part sedih, mesti hujan. Dan banyak juga scene2 yg 'cringe-inducing'. Contoh: part dinner Eizlan dan Fasha. Yang dah tengok tau.

Bagi aku kisah yang terbaik, yang betul2 'mengangkat' filem ini, adalah kisah Rahim Razali dan Fatimah Abu Bakar. 'Chemistry' yang sangat kuat antara dua pelakon ini. Sesuatu yang susah nak jumpa dalam filem Malaysia. Dua pelakon ini yang paling, paling hebat antara semua. Aku tabik.

Pierre Andre Dan Amani. Pierre Andre memang pandai berlakon jadi dirinya sendiri. Syabas. Walaupun Amani taklah 'entirely believable' sebagai budak kampung (tengok pakaian/appearance dah tau), tapi sekurang-kurangnya dia bawa satu 'karakter' lain. And she's candy for the eyes.

Rashidi Ishak dan Rita Rudaini. Walaupun mungkin orang kata dia kayu, tapi Rashidi bawa watak yang memerlukan dia bergerak dengan 'seminima' mungkin(which equals to 'kayu'). Seorang yang sangat romantik, tapi 'restraint'. Tak menzahirkan perasaannya. Rita Rudaini pulak, yang uniknya, dia tak jadi satu watak 'jahat'. Biasanya dalam cerita2 Melayu watak2 isteri curang sebegini pasti akan diringkaskan sebagai 'jahat' oleh sang direktor. Tapi ini tidak, cara penyampaian sang direktor(dan juga sang pelakon) tak membuatkan kita rasa benci pada watak itu, sebab kita tau, dia juga terasa bersalah.

Nanu dan Que Haidar. Nanu memang pelakon yang berpotensi, sejak aku tengok dia dalam PHSM II lagi. Ada  'complexity' yg dia bawak pada wataknya. Dan speech 'kematian' tu memang kuat impaknya.

Yang paling lemah, kisah Eizlan dan Fasha. 'Fairy tale' yang tipikal. Fasha memang tak reti berlakon. Eizlan bawak watak yang biasa dia bawak. Nothing special. Kebanyakan scene2 yang 'menjelikkan' ada dlm segmen ni.

Boleh ke nak dikatakan filem Kabir Bahtia ini filem cinta Melayu moden(atau lebih tepat, Malaysia) yg terhebat setakat ni? A resounding 'yes'. That's not saying much considering the competition. Tapi yang penting, ia telah memberi satu 'nafas' baru dalam filem  Malaysia. Membuktikan yang filem komersial tak semestinya wajib ada Saiful Apek, dan tak semestinya murahan.

[ Last edited by  maberik at 4-12-2006 12:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by kawankau at 1-12-2006 03:02 PM
teringat aku review sorang wartawan dalam paper apa ntah... lebih kurang dia cakap dia risau macam mana nak susun 5 cerita dalam satu filem tanpa penonton hilang fokus pada filem tu..lebih kurang m ...



yup...agreed..
nk tambah satu lgi scene dlm restoren tu
masa nanu tgh tunggu " boyfren suami org" dia tu
masa kartina masuk dlm restoren sambil pandang nanu ....time tu kite dah tahu yg boypren dia tu menipu
....kata ngan bini padahal....

lps tu nanu terus hang up n blah..best masa tu
scriptless tp dah buleh paham...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by ugLy_priNcEss at 4-12-2006 11:57 AM
besh..besh...cerita melayu terbaik pernah ditonton..tgk la..
part shidee ngan anak dia yang sedih bebbbbbbb..uwaaaaaaaaaaaaaaa

part tuh aku ngalir airmata siot...dah la scene tu mcm cerah sikit...cahaya kena kat muka kita dan kalau org tepi kita pandang mmg kantoi la nangis..
rasa tak selesa sgt time tu nak cover kantoi nangis...ye la nak kesat airmata nanti obvious sgt kan tgh leleh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2006 01:27 PM | Show all posts
banyak positive reviews pasal filem ni....
ni yang lagi semangat nak nengok....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 01:54 PM | Show all posts
tuna dah tgk citer ni...

menarik... plg cantik sinematografi la.... ramai dah puji bab ni

masa memula nak tgk, tuna tak harap sgt sbb takut terlalu mengharap nanti hampehhhh... siap ckp dgn adik.. "alaa... cita ni mesti boring nyer... trailer jer over... biasa kalau trailer mengancam, isi hancuss....."

sekali, keluar dari panggung mmg puas hati la...

a few hiccups tu, normal la.. nothing is perfect

cuma nak gak la melahirkan beberapa ketidakpuasan hati::
1. dialog tak dengar.... tak paham jln citer.... dalam panggung tu ramai duk tertanya2 .. "eh, apa yg derang cakap tadi?"

2. tak paham dan tak puas hati, knapa Nanu mati? dia mmg ada penyakit ker? terlalu biasa sgt, bila wat organ transplant, penderma mesti mati... weyyy.... kalau camni, cemana nak didik rakyat kita utk menjadi organ donor?

3. boring tgk pierre asik2 pegang watak nerd n blurr cam tu.... cuba la Pierre amik watak lain skett... ekspresi dah ok... cuma busan ler.... mcm tak berkembang2... mana2 filem ker drama ker asik2 watak yg sama....

4. masa memula tgk citer tu taim rashidi cium pipi rita... memula ingat dia orang ni pasangan sorok2.. means, rita ni pompan simpanan rashidi... upernyer bini rashidi.... walla weyyy.... camner leh lepas kes shiommm pipi nih... nak jadi omputih ka? bg tuna, yg agak kuno ni, part tu tak perlu... jgn la nak tiru yasmin ahmad yg menghalalkan adegan cium2 dan budaya pakai spender tayang kat public.... semata2 nak menghidupkan jalan citer... kalau takde scene pakai spender kira cita tu mati....

5. ketidaklogikan watak fasha.... gi dinner pakai dress cantik...dan lifestyle tak sepadan dgn kerjaya... chess... anyway, tutup sebelah mata jer la tgk watak dia nih.... dialog utk eizlan dan fasha agak menarik....

tu jer la yg tak puas hati

yg lain, best.... mmg puas hati... si rizal ngasri pun watak dia tak ler watak bodoh alang... watak serius dan prihatin tu ok la ... penat dah tgk watak bodoh alang dan gila2 dia... plg suka tgk adik erynn eryynna tu... dah pandai berlakon... masa awal2 dia berlakon drama, dia suka berlakon over... tapi kali ni dia pandai ctrl watak dia... suka watak kak rubi jugak.. dah lama tak tgk watak spt itu.. very natural dan tak dibuat2.... dato rahim razali pun best.... tak sangka dia ada sakit.... bila dia datang seken taim cari chong tu baru rasa mcm pelik dan agak something wrong with him

diharap, tanpa menggadaikan imej seksi dan adegan bercium2, dapatlah para penggiat filem melayu kita melahirkan filem yg hebat spt ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 02:01 PM | Show all posts
aku pun nak join gak la bagi komen. watched this superb movie on saturday n fell in love with it to bits! :love:

memang la filem ni tak perfect, sbb memang pun ada flaws kalau dipikerkan ada adegan yg tak logik. but nothing's perfect kan, n semua dicovered oleh cinematography yg tersgt la gorgeous. even scene yg simple pun ada nilai seninya. just like scene masa Airin bukak bungkusan hadiah dr Haris, memang sheer poetry. n even  scene ni, korang perasan tak, ada scene sepasang sarung tgn disidai dalam cahaya matahari, pun nampak artistik sgt. semua shot nampak cam postcard je...

kisah paling menyentuh perasaan bagi aku  ialah kisah Cikgu Elyas - Rubiah. memang merobek perasaan especially scene Cikgu Elyas di kedai gunting. the look on Fatimah's face when she found out that the barber is just pretending to cut Elyas' hair was heartbreaking...feel like my heart is ripped open. memang sakit je tahan airmata dr jatuh masa ni. i was watching alone.. so quite malu la sbb panggung masa tu penuh n a stranger was sitting beside me.... control ayu la sket.. heheheh Dalam kisah mereka ni jugak ada watak sampingan lain lakonan Nasrizal Ngasri. he's also good, as usual. n Kemunculan Tony Eusoff pun buat aku terharu bila scene kat hospital tu dier cakap terlalu byk jasa cikgu Elyas kat die.

kisah eizlan - fasha pulak have  fairy tale quality to it. memang aku pun heran gak cuz watak fasha tu nampak mewah sgt for a bookstore assistant. but the romanticism memang heartwarming. masa orkestra tu aku pun terharu gak. wish la ada a guy yg buat mcm tu kat aku! :love:

kisah pierre - amani cute jer... teringat pulak ngan filem French Kiss lakonan Meg Ryan. the core of story cam tu la kan. amani masih kuat aura Orkid melekat. Pierre pulak selamba je. Benci kat Khaliff, lakonan Gambit. muka cam sombong je.

kisah Dani - Dyan pun buat aku nangis. malah aku paling tak dpt tahan airmata aku jatuh masa scene kat hospital. masa dyan baca nota yg dier bagi kat dani masa theyall masih kecik. automatik aku teringat betapa sygnya aku ngan adik aku....walaupun kami kdg2 macm anjing ngan kucing. Nanu memang superb. Que pun bagus gak. n Kudos too for Soffie Jikan as the street artist.

kisah Rashidi - Rita byk dperkuatkan oleh kehadiran anak mereka tu. aku turut sama menangis everytime she cries. paling sedih masa Rashidi peluk anak dier masa anak dier tido. touching sgt....:cry: n Vanida Imran cantik sgt masa last2 tu... but.. kenaper dier pakai baju yg sama cam Rita in one scene ye?? :hmm:  ade maksud ke dier pakai baju sama?

overall, 1 of the best movies ever..... filem melayu ni aku sbnarnya memilih gak kalau nak nonton kat panggung. tp Cinta ni memang tak rugi, dan kemngkinan aku akan tgk lagi. sbb tak puas tgk sekali. dan tak lupa byk dialogs yg menyentuh perasaan n akan diingati dr filem ni. memang sebuah filem yg boleh dibanggakan. Kudos to Kabir Bathia, and all those involved. :hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 03:20 PM | Show all posts
cerita CINTA memang best ni filim melayu kedua aku tengok kat wayang selepas JOGHO dah berapa tahun lalu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 04:03 PM | Show all posts
Originally posted by tuna_sandwic at 4-12-2006 01:54 PM
1. dialog tak dengar.... tak paham jln citer.... dalam panggung tu ramai duk tertanya2 .. "eh, apa yg derang cakap tadi?"


pasal ni mmglah. aku rasa berkait dgn sound quality yg digunakan dlm filem. kebanyakan filem malaysia mmg camtu.

mungkin utk "digitalise" bunyi tu kena guna kos yg tinggi. derang x mampu.

tp sayanglah sbb gamba dah cantik, tp sound quality masih tahap stereo.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 05:18 PM | Show all posts
Originally posted by junkredish at 4-12-2006 04:03 PM


pasal ni mmglah. aku rasa berkait dgn sound quality yg digunakan dlm filem. kebanyakan filem malaysia mmg camtu.

mungkin utk "digitalise" bunyi tu kena guna kos yg tinggi. derang  ...


haku rasa bukan masalah tak dgr tapi some dialog dlm english kurang jelas apa yg mereka ucap dan mereka tak subtitlekan part kurang jelas itu...yg dialog dlm Bm tak pelah kalau tak jelas sebutan sbb mereka subtitle kan...
biasa kalau survivor even diorang cakap omputeh tapi bila kurang jelas percakapan atau slang daerah mereka pekat sgt ....penerbit akan subtitle kan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 05:21 PM | Show all posts
SUKA SANGAT CITER NIE :love:
THE BEST MALAYSIAN MOVIE FOR 2006  :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by ashna at 4-12-2006 05:18 PM


haku rasa bukan masalah tak dgr tapi some dialog dlm english kurang jelas apa yg mereka ucap dan mereka tak subtitlekan part kurang jelas itu...yg dialog dlm Bm tak pelah kalau tak jelas sebuta ...



yg tuna tak dengar tu masalah nya bukan cakap omputih.. tapi cakap melayu... kira derang cakap mengemam mulut dan telan ayat... camner nak dengar... dah tu boom pun duk jauh kot.... tak dapat tangkap...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 05:57 PM | Show all posts
aku suka dengan dialog dalam filem ni, semuanya simple saja. Rasa macam tengok real life pulak. Cuma satu saja yang aku rasa tak kena iaitu dialog Fasha Sanda  di bookstore waktu Eizlan alih magazine tu. Panjang sangat utk orang yang tak kenal each other. buku tu tak boleh jual..bla..bla.. letak sini bla..bla...
Reply

Use magic Report

haLLie This user has been deleted
Post time 4-12-2006 06:08 PM | Show all posts
komen bercampur aduk... ada kata rita tak best.. ada kata fasha tak best.. tak kisah la.. tapi nampak jelas filem ni mmg WAJIB tonton..
















pssstt pssstt.. momod.. kasi la kredit yg review panjang2 tu.. susah payah derang menaip tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 06:58 PM | Show all posts
kawan aku kata kan best masa derang nak kuar dating tu fasha pakai biasa2 jer...pastu mcm terkejut la tgk eizlan bawak ke tempat cenggitu..baru la real.sikit..ini masa tu dah pakai lawa2 ...kalau pk-pk mmg kalau dia buat camtu mcm lagi best jer...sbb dia kan bookstore assistant jer..so namapak sempoi la sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 07:33 PM | Show all posts
citer nih sedey ada kelaka pun ada....syok giler ar....tak rugi nonton.....cerita yang berlaku dekat sekeliling kita tapi lain? kisah....kata? pun best...especially cikgu elyas ngan pn rubi.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 07:48 PM | Show all posts
alamak...ramai kata best nih. jemaat nih aku cuti nak tgk show awal time org keje sure tak ramai eheh. kena spare sunglass nih kang bengkak  mata kuar panggung leh cover sket hehe :love:
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 07:58 PM | Show all posts
aku dengar hot fm interview dg que haidar
pastu dj hot fm call nanu nak tanye ape yg jelik pasal que haidar yg dia tau...
nanu cakap masa shooting filem cinta tu, scene kat spital yg "adik jangan takut tutup mata tu", kena shoot 3 kali sebab que haidar btol2 tido sambil berdengkur, time nanu tengah nangis2 baca surat tuh :lol :lol
nanu kata que dah sabotaj scene dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.107200 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list