CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
Post time 24-1-2005 08:56 AM | Show all posts
aku miss yg ari sabtu punye coz gi raya...alin tolong...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2005 10:52 AM | Show all posts
kat sm adatak jual cd ni? bape ye hagenye?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2005 11:19 AM | Show all posts
huhu..sedih sgt...
bapak diorg dah mati...
masa tunatsumi nak kejutkan die utk bangun pagi...
patutla mcm2 yg die buat, mcm2 yg die pesan...

die suruh Natsumi jaga family die...
die masak sos daging yg paling sedap....
die buat kuih yg ade terpacak bendera jepun utk Jun...
sbb Jun kata bapak die xpenah buat set makanan kanak2 utk die....
pastu bapak die selalu kata hari panas jadi xbole tido dgn selesa...
tp mlm tu die kata sejuk dan bole tido dgn selesa....
rupa2nya nak mati....:cry::cry::cry:
mmg xsangka....

bapak diorg ade suruh Jun n Yu rasa sos daging yg die buat..
tp diorg kata "esok kami akan rasa.."
bile bapak diorg dah mati, terus diorg rasa sos tu...
dan makan sambil menangis..."sos ni memang paling sedap..sbb bercampur air mata.."

memula diorg sume bersedih je....
si Ken tu xtau lagi bapak die dh xde...
tp diorg kuatkan semangat jugak dan bukak kedai....
sbb nak bagi pelanggan rasa sos daging terakhir bapak diorg yg paling sedap...:cry::cry:

smlm nyer eps mmg yg paling sedih....:cry::cry:
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2005 11:31 AM | Show all posts
sblm tu... kedai diorg dah masuk satu majalah....
dan lps tu mmg ramai yg datang berkunjung....
dan semakin ramai pulak pompuan yg mengorat jejaka2 kat kedai tu...
esp Junzaburo:love::love:... Natsumi gelak je....

sblm ni, Yu kan ade cuba utk cari keje lain...
tp die datang balik ke kedai die...dan terus memasak...
org lain terkejut, pastu senyum....

semakin ramai yg berkunjung ke kedai tu...
bapak diorg sebenarnya dah berehat(kira dah berenti la...)..
tp turun padang jugak sbb xcukup tangan...
sume org bekerja dgn bersemangat....

suke tgk diorg bekerja dan layan pelanggan...

tp xpaham la psl polis yg cari Natsumi tu..kenapa ek?
die nih buat salah ke....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2005 11:55 AM | Show all posts
thanks azwa85 for the short synopsis....

aku tak tengok saturdaynyer citer so aku dah paham ler kenapa last sekali ada tunjuk gambar derang dalama majalah tu semalam..... pastu masa dioarg tutup tu ramai btol org dtg nak makan....aku dah jangka abah diaorg tu nak meninggal sbb lain macam jer.... dapat gak abang Ken cakap ngan abah diaorg sebelum mati... abah tu sayang abang ken tu sebenarnyer w/pun abg ken tu hampeh.... abahnyer mati dengan tenang + tak de sakit @ nyusahkan org... sedih tul masa Yu + Jun rasa sos tu sambil nangis
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2005 04:48 PM | Show all posts
apa yang berlaku pada 15 minit pertama aku miss lah citer pada ahad baru ini...   muka tomatochan cam muka misha omar... dgn raut mukanya cam sama je kan...

[ Last edited by logy on 24-1-2005 at 05:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2005 06:21 PM | Show all posts

ahhh...

QOLT (Sabtu)

Jun dan Koshiro tgh gaduh pasal sapa patut duduk sblh Natsumi dlm van. Natsumi diam je. Jun bengang sbb Koshiro sepatutnya duduk dlm van Tomato tp nak jugak duduk menyempit dlm van tu. Dahlah tak da org nak duduk depan dgn kawan baik Jun. Koshiro lak bengang sbb Jun halang dia bermesra dgn Natsumi. Bila Koshiro kata yg dia taulah si Jun tu sukakan Natsumi juga. Dgn cepat2 Jun kata, bukan. Dia buat mcm tu sbb dia ingat lg yg Yu dah larang dia org spy jgn bercinta. Jadi, dah jadi tanggungjawab dia utk melarang benda tu berlaku di belakang Yu.

Natsumi yg pening kepala dgr bebudak tu gaduh, terus keluar van dan bercadang nak duduk dlm van Tomato. Bila Natsumi dah sampai ke van Tomato, Natsumi nampak si Tomato ngan Minoru tgh gaduh juga. Jd, dia pun baliklah ke van dia org tadi dan duduk kat depan. Sblm tu Jun mengeluh sbb dia rasa dia dah di'tolak' oleh Natsumi sedangkan dia belum luahkan lagi perasaan dia. Bila dia nampak Natsumi balik ke van tu, dia jadi bersemangat balik, dan cuba rampas tempat duduk Koshiro yg berada kat belakang Natsumi.

Bila bebudak tu dah sampai kat KM, Yu marah Jun sbb lambat. Mlm tu sepatutnya Jun berlatih buat sos daging. Jun minta maaf dan terus berlatih. Natsumi pula sblm dia masuk bilik, beritau Yu nama penuh dia. Yu pelik, apsal Natsumi buat mcm tu, sedangkan, dia mmg dah tau nama betul Natsumi. Natsumi jawab yg, Yu tak pernah panggil dia dgn nama dia selama ni. Asyik panggil dia 'awak' je. Yu diam. Natsumi pun blah. Yu senyum sikit.

Manakala, Kenzo (ayah dia org) tak puas hati dgn sos daging yg Jun buat. Jun kecewa.

Waktu mkn tgh mlm, semua (kecuali Yu) tgh heboh pasal sebuah majalah terkenal dah buat satu artikel pasal restoran dia org. Dia org agak, esok mesti ramai yg dtg. Bila Yu dah sampai, dia terus umumkan yg dia nak rehat besok. Semua terkejut, tp tak de sorang pun yg berani bersuara.

Sblm Yu pergi cari kerja keesokan harinya, Natsumi sempat bagi dia pilih 1 drpd 3 kerta tilik yg dia dpt dr tokong. Natsumi suruh dia baca tapi Yu tak nak baca dulu. Lepas tu dia bla pergi cari kerja.

Pd masa tu di kedai Tomato, seorang lelaki bertanya kpd nenek/makcik Tomato pasal seorang pelayan baru di KM. Disebakabkan nenek/makcik Tomato tu pekak, dia tak boleh nak jawab apa2.

Natsumi tgh layan beberapa tetamu kat luar bila dia nampak Koshiro. Dia tegur Koshiro spy membantu di restoran bila cuti sekolah. Koshiro jawab, biarpun Natsumi yg suruh,dia tetap takkan buat sbb dia mmg tak minat. Masa tu juga, dtg seorang polis. Dia nak jumpa Kenzo. Natsumi pula terus lari bila nampak polis tu sbb dia fikir polis tu tgh cari dia.Koshiro pelik bila Natsumi tetiba hilang.

Natsumi tgh cari tmpt bersembunyi di dlm rumah. Dia nak bersembunyi dlm bilik air, bila si Minoru keluar dr bilik air dan nampak Natsumi tgh kelam-kabut. Minoru cuba tanya kenapa Natsumi mcm tu, tp Natsumi tak jawab, terus cari tempat utk bersembunyi. Bila tak jumpa, dia keluar ke bumbung tingkat 1, dan lompat ke bawah. Tanpa disedari, Kenzo nampak Natsumi terjun dr bumbung. Kenzo hairan.

Bila polis tu dah jumpa dgn Kenzo (masa tu Minoru pun ada jugak), polis tu beritau Kenzo yg Ken dab tumbuk seorang pelayan kat sebuah restoran di bandar berdekatan. Kenzo dan Minoru terkejut sbb Ken yg dia org kenal tak berperangai mcm tu.

Yu dah penat cari kerja dan cuba nak makan tengah hari di sebuah restoran. Tp dia tak puas hati bila pelayan hidangkan mi yg dah kembang kat pelanggan yg lain. Yu tegur dan pelayan tu marah. Dgn nada marah Yu kata, dia org kat restoran tu tak layan hidang makan tengah hari sbb tak berjaya buat pelanggan gembira dgn masakan dan layanan dia org. Kejadian yg sama berlaku dgn Ken kat bandar lain.

Di KM, semua tgh sibuk melayan pelanggan yg tak henti2 dtg. Jun terkejut bila dia dpt tau yg Natsumi dah hilang. Masa tu pula, Natsumi tgh rehat kat sebuah tempat stlh penat berlari. Dia call kawan dia, Miki, dan tanya sama ada 'org tu' dah buat hal lagi atau tak. Miki kata tak ada. Natsumi lega sbb dia dah yakin yg polis tu dtg bukan utk cari dia. Natsumi beritau Miki yg dia mmg nak duduk kat KM buat selamanya sbb dia bahagia kat situ. Lepas tu, bila dia perasan, KM dah buka, dia terus lari balik.

Di KM, Koshiro ganti tmpt Natsumi. Bila Natsumi muncul dgn berkaki ayam, Jun marah sambil tepuk lengan Natsumi. Natsumi yg terkejut pd mulanya terus berubah gembira sambil kata "Walaupun sakit, tapi... saya gembira". Jun yg tak paham dgn kata Natsumi, cuma tersenyum (KAWAIIII). Jadi, semua org pun bz buat kerja memasing.

Bila waktu rehat, semua org tgh sibuk berbincang sama ada Yu betul2 nak berhenti. Ada yg cadangkan spy dia org cari pengganti tmpt Yu, tp Jun larang sbb dia tak nak ada lagi perubahan dlm staf2 KM. Dia nak keadaan stay mcm sedia ada. Jd, Kenzo suruh dia org berusahan lebih kuat lagi utk menjayakan KM. Natsumi pula menyampuk, "Jgn risau. Yu pasti akan kembali", sambil menikmati makanan tgh harinya. Semua org pandang Natsumi. Natsumi terasa pelik dgn pandangan tu terus kata "Oh... saya akan terus berusaha juga!". Semua org terus pandang Natsumi dgn pendapat tersendiri ttg Natsumi. Koshiro terfikir "Ah... td dia balik dgn berkaki ayam". Minoru pula pikir, "Ah.. td dia berlari ke seluruh rumah mcm ada benda dah berlaku". Kenzo pula fikir "Tadi dia telah terjun dr bumbung tingkat 1", manakala Jun pula fikir "Cik Natsumi mmg kuat makan".
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2005 10:28 PM | Show all posts
Pd masa yg sama, Yu cuba bekerja dgn kwn baiknya yg pernah berjanji utk menerima Yu jika Yu tidak lagi bekerja di KM. Mereka pergi ke sebuah restoran lama. Kwn baik bercadang utk membeli restoran tersebut. Yu memberitau empunya restoran tersebut bhw dia mesti terasa sayang utk menjual restoran itu. Empunya restoran menjawab, "Tak. Sepatutnya ibu bapa tidak patut membebani anak2 dgn benda2 yg anak2 tidak minati. Tahu tak betapa seksanya membuat sesuatu yg kita tak minati?" Yu terfikir ttg KM bila mendengar kata empunya restoran tersebut.

Natsumi & Jun dlm perjalanan balik ke KM stlh memberi bahan2 utk dapur. Natsumi meminta maaf pd Jun kerana tlh menghilangkan diri tgh hari td. Jun memberitau Natsumi yg dia takut Natsumi akan meninggalkan KM spt Kenzo, Ken dan Yu. Natsumi berjanji pd Jun yg dia tidak akan berbuat begitu. Malah dia turut yakin yg Yu akan kembali.

Manakala Yu, memberitau kwn baiknya yg dia belum pasti sama ada utk betul2 berhenti dr KM atau tidak. Kwn baik Yu memberi masa berfikir utk Yu. Dia juga meminta Yu memberitahunya sekiranya Yu sudah membuat keputusan.

Di KM, salah seorang kwn perempuan Koshiro memuji kepantasan Minoru membuang kulit lobak. Apabila mendengar pujian dr gadis yg diminatinya, Minoru semakin laju membuang kulit lobak. Di dapur, Tomato baru shj menghantar pesanan brg KM apabila Jun masuk. Jun membaca kertas tilikan yg diberi Natsumi. Pd kertas tersebut tertulis "Anda harus menyukainya kalau ingin maju." Lepas tu, dtg 2 org wanita berjumpa dgn Jun. Tomato menyampah kerana baru sekarang perempuan2 itu muncul. Itupun selepas artikel mengenai KM disiarkan di dlm sebuah majalah popular.

Di bilik air, Natsumi merawat luka di sikunya yg terluka ketika melarikan diri tgh hari td. Selepas itu, Natsumi membaca kertas tilikan utk dirinya sendiri. Di dlmnya tertulis, "Masa Lampau". Natsumi terkejut krn itulah yg dialaminya hari ini. Ketika itu juga, Koshiro sdg mengintai Natsumi. Kenzo yg lalu ternampak kelakuan Koshiro. Koshiro cuba memberi alasan, tp Kenzo mengajak dia bermain satu permainan dgnnya. Mereka bermain baling bola besbol sambil bercakap mengenai masa depan Koshiro dan perasaan kesal Kenzo krn tidak dpt menemani Koshiro bermain bola sblm ni krn terlalu sibuk. Koshiro tidak kisah memandangkan dia mempunya abg2 yg boleh diajak utk bermain bersama, namun Kenzo tetap rasa menyesal. Bila kawan2nya dtg, Koshiro terus pergi walaupun ada terasa sedikit berat hati.

Kenzo dlm perjalanan balik ke KM, apabila dia terjumpa Yu di tmn yg sama. Kenzo duduk menemani Yu. Yu pula membaca kertas tilikan yg diberi Natsumi. Di dlmnya tertulis, "Kembali ke titik asal jika ragu2." Yu berfikir mengenai maksudnya.

KM mmg bz dgn pelanggan masa tu, sampai semua staf tak menang tangan. Bila Yu muncul, semua org rasa lega. Jun tanya Yu kenapa dia kembali. Yu jawab selagi Jun masih belum mahir membuat sos daging, dia akan terus membantu di KM. Jun senyum tp mengomel, "Kalau terasa nak balik, kenapa tak terus terang saja?" Jun blah sambung buat kerja. Dr jauh Yu membalas dgn bisikan,"Macam mana nak buat, bodoh?" sambil tersenyum memandang Jun.

Habis waktu kerja, Yu berterima kasih kpd Natsumi di atas usahanya, dan memanggil Natsumi 'Cik Mugita' berdasarkan nama keluarganya. Natsumi ketawa kecil kerana terasa pelik apabila Yu memanggilnya begitu. Pd masa yg sama, salah seorang wanita kenalan Jun mengajak Jun utk keluar minum bersama jika ada masa terluang. Jun menolak dgn alasan dia ada byk kerja utk dilakukan spt berlatih membuat sos dan memperkembangkan KM. Bgnya adalah penting utk membuat pelanggan gembira apabila berada di KM. Dgn rasa tak puas hati, wanita tu keluar dr KM.

Mlm tu, Jun tgh sibuk buat nota ttg cara membuat sos daging apabila Natsumi muncul utk meminjam gunting dan gam. Natsumi ingin melekatkan gambar para staf KM dlm majalah ke dlm buku notanya. Natsumi juga meluahkan yg dia rasa lega Yu dah kembali ke KM. Mendengar luahan Natsumi, Jun rasa tak puas hati kerana Natsumi melayan adik-beradiknya dgn baik jika dibandingkan dgn layanan Natsumi terhadapnya. Pd masa itu juga, Jun meluahkan isi hatinya kpd Natsumi. Yu yg lalu di situ terdengar luahan Jun dan meluru masuk dgn niat utk memarahi Jun, tanpa menyedarinya yg Natsumi dah bersedia utk menendang Jun. Kerana Yu berada di tgh2 mereka, tendangan itu mengenai Yu. Yu pengsan.

Ketika itu, seorang lelaki dan seorang wanita dtg ke KM bertanya jika ada org bernama Natsumi tinggal di situ. Minoru dan Kenzo terkejut dgn kedatangan dua org tersebut.

Koshiro ingin masuk ke dlm biliknya bila dia mendapati pintunya spt disekat. Bila dia periksa, dia melihat Yu pengsan di atas lantai. Semua org mula kecoh. Bila Yu mulai sedar, Yu terus memarahi Jun kerana melanggar peraturan 'Jgn Bercinta', lalu menumbuknya di rahang. Pd mlm itu, bilik Koshiro mmg kecoh dgn gelagat Natsumi, Jun dan Koshiro yg bimbang dgn Yu.

-D N-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2005 10:46 PM | Show all posts

QOLT (Ahad)

Minoru hairan apabila melihat Yu, Jun & Koshiro tercedera. Yu menceritakan pd Minoru mengenai kejadian smlm. Dia tlh menumbuk Jun krn melanggar perintah spy jgn bercinta, manaka, Koshiro tercedera krn tumbukan yg sepatutnya dituju kpd Natsumi apabila Natsumi mengelak. Yu menyalahkan Natsumi tp Jun sanggup menanggung kesalahan tu krn dia yg memulakannya, dan berjanji peristiwa sebegitu tidak akan berlaku lagi. Yu memberi amaran kpd Natsumi bhw jika perkara sebegitu berulang lagi, Natsumi harus keluar dr KM.

Bila KM dibuka, semua org sibuk bekerja kecuali Kenzo yg sibuk memerhati di hadapan. Minoru pandang Kenzo dan teringat peristiwa smlm. Apabila lelaki dan wanita itu bertanyakan ttg Natsumi, Kenzo menjawab, tidak ada org bernama Natsumi di situ. Lelaki dan wanita itu pergi dgn meninggalkan kad nama masing2 kpd Minoru. Minoru cuba memberitau Kenzo mengenai masa silam Natsumi apabila Kenzo menyampuk dgn mengatakan,"Dia adalah... menantu penting keluarga ni," sambil tersenyum.

Tgh2 semua org tgh bz, Kenzo menerima panggilan drpd Ken. Ken memberitau yg dia mmg ingin pulang, tp tak dpt berbuat begitu buat masa terdekat.

Lepas tu, seorg wanita bersama seorg budak lelaki dtg ke KM. Si budak meminta set makanan budak2, tp KM tidak menyediakan set makanan tersebut. Enggan melihat budak itu kecewa, Kenzo menyediakannya sendiri. Sblm berangkat pulang stlh habis menikmati makan tgh hari, wanita tersebut bersama anaknya, berterima kasih kpd Yu dan Jun (yg menghantar mereka ke luar) krn menyediakan makanan yg cukup enak. Mereka berjanji akan dtg ke KM lagi satu hari nanti. Selepas itu, kwn baik Yu dtg singgah utk makan tengah hari. Dia turut memuji makanan di situ mmg enak.

Di dapur, semua staf bercakap mengenai set makanan budak2. En. Mamoru memberitahu bhw, dulu Kenzo selalu membuat set makanan utk Ken & Yu. Ken & Yu selalu berebut bendera yg dietakkan sekali pd set tersebut. Mendengar cerita En. Mamoru, Jun mengadu yg dia tidak pernah dihidangkan dgn set makanan budak oleh Kenzo. Yu membalas, bukankah dulu dia yg selalu membuat utk Jun. Jun membalas pula, set makanan budak yg Yu buat tidak terdpt bendera.

Kemudian, Minoru & Natsumi membeli bahan mentah utk dapur di kedai Tomato. Tomato bertanya di mana Jun. Minoru menjawab yg Jun tgh sibuk berlatih. Tomato memberitau Natsumi yg ada seorang lelaki bertanyakan mengenai Natsumi di kedainya smlm. Oleh krn, mereka tidak tahu alamat Natsumi, mereka tidak menjawab tidak tau. Natsumi lega.

Di KM, Jun masih gagal membuat sos daging yg betul2 lazat. Apabila Natsumi pulang dr kedai Tomato, Natsumi cuba membantu Jun, tp Jun enggan. Jun tidak mahu Yu salah faham lagi. Natsumi berkata, tidak ada apa yg boleh membuat Yu salah anggap. Jun berkata pula,"Kalau begitu, jgn terlalu baik dgn saya. Saya lebih senang bersendirian." Dgn rasa sedih, Natsumi pergi dr situ.

Ketika, Natsumi meletakkan papan menu di luar restoran, Natsumi ternampak kelibat seseorang lelaki sedang merokok di sebalik tiang lampu. Natsumi fikir itu adalah org yg dikenalinya, ttp dia silap apabila lelaki itu menunjukkan mukanya. Disebabkan terlalu memikirkan ttg hal tu, Natsumi tak dpt menumpukan sepenuh perhatian kpd kerjanya.

[ Last edited by aLiN_82 on 24-1-2005 at 10:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2005 11:07 PM | Show all posts
Mlm tu, Natsumi menemui Kenzo sdg khusyuk membuat sos daging. Kenzo membenarkan Natsumi utk melihatnya bekerja. Pd ketika itu, Kenzo bertanya pd Natsumi sama ada dia pernah makan adunan tgh donut. Natsumi terpinga2 dgn soalan Kenzo. Kenzo memberitau Natsumi yg Ken pernah menelefonnya. Ken memberitau Kenzo yg Ken termimpikan adunan tgh donut. Kenzo memberitau Natsumi yg Natsumi adalah seorg menantu yg baik. Mendengar pujian tersebut, Natsumi cuba memberitau hal sebenar kpd Kenzo, tp Kenzo sempat mencelah dgn meminta Natsumi menjaga 'anak2 bodoh'nya bila dia sudah tidak ada lagi nanti. Dgn hati yg berat, Natsumi setuju.

Jun tgh sibuk memikirkan kegagalannya di balkoni apabila Yu muncul. Jun meluahkan pd Yu yg dia khuatir, dia tidak mampu utk menwarisi sos daging Kenzo. Ketika itu juga, Natsumi muncul. Yu menuduh Jun dan Natsumi dah berjanji utk bertemu. Jun dan Natsumi menafikan. Tiba2 Koshiro pula muncul dan mula menuduh Yu, Jun dan Natsumi tgh dating bertiga. Semua menafikan. Yu, Jun, Koshiro dan Natsumi terkejut apabila Kenzo pula muncul. Kenzo memberitau semua bhw sos yg dimasaknya mlm itu adalah yg terbaik drpd semua yg pernah dibuatnya. Kenzo meminta Yu dan Jun merasainya, tp mereka berdua ingin merasainya besok.  Kenzo turut memberitau mereka bhw dia pasti tidur lena mlm itu, krn kepanasan sudah tiada terasa.

Esoknya, Natsumi pergi menjenguk Kenzo ketika semua org tgh bersarapan. Apabila medapati Kenzo spt tgh tidur nyenyak, Natsumi cuba menyelimutnya tp terasa ada sesuatu yg tidak kena. Apabila Natsumi mendapati Kenzo tidak bernafas, Natsumi menjerit. Mendengar jeritan Natsumi, semua bergegas ke bilik Kenzo. Yu memeriksa tubuh Kenzo dan mengesahkan Kenzo sudah tiada. Semua org sedih.

Hari itu, KM ditutup. Stlh semua tetamu yg dtg menziarah pergi, Yu meluahkan rasa terkilannya krn tidak dpt memberitau Ken berita sedih itu. Natsumi memberitau Yu yg Kenzo pernah memberitahunya yg Ken pernah berhubung dgnnya. Kenzo juga menceritakan kpd Natsumi ttg gelagat Ken & Yu yg suka berebut adunan tengah donut. Natsumi memberitau Yu yg Kenzo nampak gembira bila menceritakan hal tersebut kpdnya. Mendengar cerita Natsumi, Yu menuju ke dapur KM. Di situ dia menemui Jun sdg menangis sambil memegang satu kentang yg dicucuk bendera kecil, di hadapan sos daging yg dimasak oleh Kenzo smlm. Jun memberitau Yu yg sos itu mmg sedap dan menyesal tak merasainya smlm. Dia teringin sgt utk memberitau Kenzo yg sos itu mmg sedap. Yu merasai sos tersebut dan mengakui, sos tersebut paling sedap. Yu dan Jun sama-sama menikmati sos itu.

Sehinggalah satu ketika, Jun berkata, sos sesedap itu tidak baik jika hanya mereka berdua merasainya. Adalah lebih baik jika pelanggan turut merasai keenakannya. Yu yg bersetuju dgn kata2 Jun membuat cadangan agar KM dibuka hari tu agak sos itu tak rosak. Natsumi yg mendengar perbualan mereka, bergegas mendapatkan apronnya dan mula mengemas KM utk dibuka kpd pelanggan. Semua org yg melihat gelagat Natsumi, turut mempersiapkan diri. Episod diakhiri dgn Jun meletakkan sos daging masakan Kenzo ke dlm sepinggan nasi telur dadar.
Reply

Use magic Report

inda_h This user has been deleted
Post time 25-1-2005 08:57 AM | Show all posts
alin thank u very much 4 d sypnosis. baru nak minta alin citer balik apa yg jd ari sabtu n ahad. tq!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2005 09:17 AM | Show all posts
Bila waktu rehat, semua org tgh sibuk berbincang sama ada Yu betul2 nak berhenti. Ada yg cadangkan spy dia org cari pengganti tmpt Yu, tp Jun larang sbb dia tak nak ada lagi perubahan dlm staf2 KM. Dia nak keadaan stay mcm sedia ada. Jd, Kenzo suruh dia org berusahan lebih kuat lagi utk menjayakan KM. Natsumi pula menyampuk, "Jgn risau. Yu pasti akan kembali", sambil menikmati makanan tgh harinya. Semua org pandang Natsumi. Natsumi terasa pelik dgn pandangan tu terus kata "Oh... saya akan terus berusaha juga!". Semua org terus pandang Natsumi dgn pendapat tersendiri ttg Natsumi. Koshiro terfikir "Ah... td dia balik dgn berkaki ayam". Minoru pula pikir, "Ah.. td dia berlari ke seluruh rumah mcm ada benda dah berlaku". Kenzo pula fikir "Tadi dia telah terjun dr bumbung tingkat 1", manakala Jun pula fikir "Cik Natsumi mmg kuat makan".

aku dapat bayangkan situasi ni.... mesti kelakar.... hahahha...

thanks alin...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2005 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by logy at 2005-1-24 04:48 PM:
apa yang berlaku pada 15 minit pertama aku miss lah citer pada ahad baru ini...   muka tomatochan cam muka misha omar... dgn raut mukanya cam sama je kan...

[ Last edited by logy on 24-1-2005 a ...







ada iras ek....? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2005 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by aYuGiLeR at 25-1-2005 10:03 AM:







ada iras ek....? :hmm:


ada sikit misha dan aida rahim....:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2005 11:56 AM | Show all posts
Originally posted by zaiaz at 2005-1-25 10:49 AM:


ada sikit misha dan aida rahim....:stp:


aida radzwil....? tang mana tu......? ker gambar misha pakai tudung tu yg cam aida.... :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2005 12:48 PM | Show all posts
Episod pada hari ahad tue adalah paling sedih daripada kebanyakkan episod yang lalu... sungguh sedih sampai tak terkata tentang citer tue.....  :cry: :cry: :cry:

Rupanya agak rumit jugak nak membuat sos daging sendiri kan maklumlah resepi 30 tahun turun temurun... agaknya yu tue nak buat apa dgn kedai yang dia tengah tengok tempoh hari takkanlah dia nak mengembangkan lagi perniagaannya itu dgn membuka cawangan disitu pula, kalo camtue bolehlah buka francais kat sini pulak (terengganu,malaysia) heheeee........ tentu ramai yang datang nak merasai keenakkan sos daging diaorangkan... masuk majalah tue mesti popularkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2005 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by aYuGiLeR at 25-1-2005 10:03 AM:







ada iras ek....? :hmm:
:setuju:

Terima kasih kerna siarkan gambar pembandingan ini
tapi kalo yang tak pakai tudung tu rasanya lagi iraskan cam gambar di bawah nie....


:cak::stp::hmm:

[ Last edited by logy on 25-1-2005 at 01:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2005 01:18 PM | Show all posts
Originally posted by logy at 2005-1-25 12:54 PM:
:setuju:

Terima kasih kerna siarkan gambar pembandingan ini
tapi kalo yang tak pakai tudung tu rasanya lagi iraskan cam gambar di bawah nie....
[img]http://www.era.fm/cgi-bin/era/album/misha_ ...



dou itashimashite... gomen nasai  iie aimasu syashin misha.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2005 01:20 PM | Show all posts
Originally posted by logy at 2005-1-25 12:54 PM:
:setuju:

Terima kasih kerna siarkan gambar pembandingan ini
tapi kalo yang tak pakai tudung tu rasanya lagi iraskan cam gambar di bawah nie....
[img]http://www.era.fm/cgi-bin/era/album/misha_ ...


tak tau fan site misha.... pernah tangkap gambar ngan misha tapi dah burn dlm cd kalau tak leh paste kat sini....



ps: sori sbb banyak off topic... :love:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2005 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by aYuGiLeR at 25-1-2005 01:20 PM:


tak tau fan site misha.... pernah tangkap gambar ngan misha tapi dah burn dlm cd kalau tak leh paste kat sini....



ps: sori sbb banyak off topic... :love:


takpe...interesting jugak ada orang buat perbandingan muka Misaki Ito & Misha Omar...tak perasan pulak ada iras...:bgrin:

anyway, thanks alin! you're the best! honto ni arigatou ne!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.675433 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list