|
|
Edited by Badigol at 7-9-2018 07:45 AM
Fattah Amin didn’t know if Fazura would say yes to his proposal CREDIT TRANSLATION TO= IG BREADCUBE81 & FATTZURA RANGERS
SUMBER= THE STAR ONLINE NEWSPAPER
=============================================
Saya bukan dilahirkan untuk berkahwin, Faz pernah cakap tahun 2015. Selepas 10 bulan berkahwin, FattZura salah satu pasangan yg paling terkenal kini.
Lepas banyak perhubungan yang gagal, Faz anggap perkahwinan tu bukan dalam takdir dia. Dia memang focus kerja dan obsess dengan karier dia. Faz bagi tahu mama yang dia OK kalau tak kawin tapi mama dia risau pasal tu.
Semuanya berubah bila Faz digandingkan dengan pelakon hot, Fattah dalam HSC. Kami saling mengagumi antara satu sama lain. Saya ingat untuk sementara saja, bila drama tu habis kami akan kekal sbg kawan saja.
Tapi Fattah tetap berhubung dgn saya. Sepanjang kami kerja bersama di set, saya lihat betapa dia menjaga saya dan begitulah saya tahu Faz is the one. FA betul-betul pasti tentang cinta dia pada Faz sampaikan dia sendiri selalu sebut pasal nak berkahwin lepas beberapa bulan lepas kenal.
Fazura dedahkan yang Fattah pernah cakap “ You tahu yang I akan ajak you kahwin kan haha” Faz pulak cakap ‘I tak tahu, I tak ready lagi” Pastu faz akan tukar topik. FA banyak kali juga bawak subjek pasal kahwin dan setiap kali dia sebut, Faz tetap tak berganjak dengan pendirian dia. "Saya rasa masa tu Faz fikir yg bila dia kahwin dengan saya, saya akan control dia, tak boleh berlakon dengan pelakon laki lain dah” Bila Fa secara rasmi lamar Faz 6 bulan lepas perkenalan dorang, Fa tak tahu samada Faz akan jawab yes atau tak. Time tu memang 50-50, Fa akui, Walaupun kemungkinan akan ditolak lamarannya, Fa yakin lebih2 lagi lepas solat istikharah dan dapat petunjuk yang memang Faz lah orangnya.
Dalam bilik hotel yang penuh dgn bunga, lilin pada malam birthday Faz, Fa melutut sambil tunggu jawapan dari Faz. Faz cakap “ Saya pandang Fattah selama lebih kurang 35 saat lepas dia melamar, dalam kepala saya masa tu "Wanita ni seorang yang tak nak berkahwin, kalau nanti dia control aku, macam mana"? Dalam saat teragak-agak tu, Faz dapat satu bayangan yang melenyapkan keraguan dia masa tu. Ia sesuatu yang saya tak pernah alami sebelum ni, bila saya pandang dia dalam mata saya nampak kami hidup bersama dengan anak2. Diibaratkan seperti satu petunjuk dari tuhan dan saya cakap Yessss!
...........................
Faz tambah lagi, Fattah mengingatkan dia pada arwah ayah dia bila dia lihat FA solat kat set HSC. “ Susah nak cari seorang lelaki yang boleh jadi pembimbing yang beriman yang mengetuai keluarga dan yang mengingatkan kita tentang soal agama. Ayah saya seorang yg macam tu dulu dan saya lihat sifat tu dalam diri Fattah” Yang menariknya, FA lahir 14 sept, ayah saya meninggal 14 sept jadi dia diibaratkan sebagai pengganti daripada Allah.
........................
Kalau diimbas balik, jalan untuk bertemu jodoh antara satu sama lain bukannya mudah, Fattah dan Faz keduanya pernah gagal dalam percintaan tapi FattZura tak simpan rasa benci pun pada Ex masing2. “Saya bukan isteri yang jenis jangan bercakap dengan Ex gf you, I benci Ex gf you dan saya pernah je jumpa dorang tapi saya senyum je hehe”
Bila ditanya Faz di rumah seorang yang macam mana, Fattah cakap “Faz selalu marah saya haha” Faz pulak cakap “Tu sebab dia suka letak kasut merata atas lantai lepas Faz mop” “Saya OCD, saya suka mengemas, membersih” FA pulak cakap "Dan saya akan duduk diam, makan tapi bila dia masak saya akan tolong basuh pinggan”
.........................
Pasangan ni akan bekerjasama dalam album duet tak lama lagi. Dan kemungkinan besar akan membintangi drama TV sekali lagi. FattZura cakap mereka sangat memilih bila nak ambil projek yang inginkan mereka bekerja bersama. "Kami sangat private kami tak share semua benda di social media dan kami tak paparkan kehidupan peribadi untuk duit". Faz cakap, membataskan projek gandingan mereka bersama juga satu benda yang penting untuk berkembang dalam karier sebagai individu. “Saya tak mahu dilabel sebagai isteri Fattah, dan Fattah dilabel cuma sebagai suami Fazura. 16 tahun saya kerja keras untuk bina branding saya sendiri dan walaupun Fattah bukannya lama dalam industry, branding dia sangat kuat. Dia tak sepatutnya biarkan sesiapa membayangi dia". Faz kata mereka rasa juga tertekan pasal nak ada anak. “Kami ada banyak impian nak dicapai, jadi saya kena rancang seeloknya bila masa terbaik untuk ‘buka kilang’, bila sampai masa sesuai, kami akan punyai anak yang ramai”
Awal tahun ni, FA cuba uruskan sendiri kerjaya dia tapi lepas beberapa bulan saya rasakan tak boleh buat sendiri. Kontrak label dengan Universal selama 2 tahun akan merangka karier lakonan, endorsement produk dan nyanyian. Universal juga susun kelas vocal dan bahasa untuk dia lebih maju dalam karier. "Universal boleh bantu saya kembangkan karier ke pasaran negara luar, contohnya ada plan untuk bawa FA ke pasaran Indonesia” “Tahun lepas, saya berlakon sepanjang tahun, kali ni saya nak fokuskan kualiti daripada kuantiti kalau lihat Faz, bagaimana dia kekal relevan dalam industri lepas 16 tahun adalah disebabkan keupayaan untuk lebih selektif dalam produk lakonan, dia akan pilih projek yg bersesuaian dengan dirinya” Selain album solo, FA akan release album duet dgn Faz dan ini akan jadi projek pertama sebagai suami isteri.
..............................
Soalan untuk Fattzura:
Hai Fattah, saya nak tahu
1) Berapa GF you pernah dating sebelum ni? - Tak terkira hahaha
2) Teh kegemaran? - dulu saya suka minum teh ais, tapi lepas kahwin kena jaga badan so sekarang minum slimming tea. Isteri saya buatkan teh setiap malam
3) Suka buat manicure? - Ya, isteri saya yang perkenalkan pada saya dan kami buat manicure pedicure sama2.
4) Makanan kegemaran? - Sambal udang masak petai yang isteri saya masak.
Hai Fazura, saya nak tahu
1) Sebelum jadi artis, nak jadi apa? - Pramugari
2) Berapa banyak handbag you ada? - Saya cuma ada lima. Fattah cakap“dia tipu haha” nanti saya kira bila balik rumah.
3) Kopi ke teh? - Teh, Saya ada 15 jenis teh kat rumah, favourite saya green tea.
4) Berapa kali sebulan you shopping online? - 2 kali sebulan. Fattah menyampuk “lebih daripada tu haha”
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|