CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Arwah Zara Qairina pernah mengadu diugut Kak M, nak ‘touch’ sampai berdarah

[Copy link]
Post time 29-10-2025 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tepek kn hari ni pnya please ...bila nk klimak ni
kata arwah kena tibai sampai lembek kena heret  kena masuk mesin mana?
dh saksi ,34 berbaki 30 lg ni semua random
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2025 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 29-10-2025 09:03 PM
takkan lah anak tunggal tak tahu ambil barang orang tu salah
arwah dah 13 tahun, masa sekolah rend ...


Kat asrama esp asrama lelaki biasa budak2 ni ambil barang kawan2 atau org lain yg dok asrama. Bukan nak ckp perbuatan ni okay. Anak sedara I pompuan, cepat betul abis shower cream, sabun basuh. Dia ckp kawan2 pakai dia punya. Tak minta pun, pakai rembat je. Yg lelaki tak payah cakaplah. Apa yg kawan punya, aku punya.. ada sorang hamba Allah ni, orang terkenal. Asal keluarga susah, dapat masuk asrama penuh. Dia aktif sukan tp sebab tak de duit, kasut sukan pun tak mampu beli. Bila cikgu suruh join,.dia cakap dia tak pandai. Sebenarnya dia terer dlm mcm2 sukan. Nak dijadikan cerita dia jumpa kasut terendam dalam baldi, dah berbulan tak berusik. Dia pun ambiklah, atas sangkaan tuan kasut dah tak nak. Bila dia cuci bersih, pakai kasut tu kena tuduh pulak mencuri. Kena buang sekolah.
Tu yang I tak kasi anak2 pakai yg berjenama di sekolah. Pakai apa yg kawan2 biasa pakai je supaya yg tak mampu tak terasa. Kes2 curi kat sekolah asrama anak I biasanya melibatkan anak2 yang datang dari broken family. Mungkin buat untuk seek attention, ntahlah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2025 10:58 PM | Show all posts
aaz replied at 29-10-2025 10:48 PM
Kat asrama esp asrama lelaki biasa budak2 ni ambil barang kawan2 atau org lain yg dok asrama. Buka ...

kalau setakat sabun , syampu tu tak kisahlah

tapi saksi kata kalau barang hilang, selalunya mesti zara yg ambil

dan zara pun mengaku kalau org tu tak pakai , dia akan ambil  barang tu

bila ada reputation gitu, kalau bukan dia yg bersalah pun org akan salahkan dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2025 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
terbuka aib lain
nitezen tk boleh terima mengamuk dn habis saksi kena maki nasibla tertutup kalau tk mampus semua saksi
julcekmet pn dh tk busybody sangat
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 29-10-2025 09:58 PM
aku ada anak buah yg anak tunggal

dia selalu datang duduk rumah aku

Dah diajar mak ayah kot. Roomate anak ai ni bukan setakat harta benda kekawan dia guna tanpa izin, amik tanpa izin macam makanan.
1 sem aja anak ai bertahan,next sem diaorg takmau dah.
Ada 2 org anak tunggal sorang tu ok sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 29-10-2025 11:21 PM
terbuka aib lain
nitezen tk boleh terima mengamuk dn habis saksi kena maki nasibla tertutup kalau t ...



Loyer ujen pun tak mau dah amik tau,kalau ikutkan dari awal dia team mak. Bila dia tau hal sebenar,hangin la dia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2025 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
aaz replied at 29-10-2025 10:48 PM
Kat asrama esp asrama lelaki biasa budak2 ni ambil barang kawan2 atau org lain yg dok asrama. Buka ...

Kesiannya dia. Tp u ckp dia org terkenal, maknanya dah berjaya la kan. Alhamdulillah. Manis akhirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 29-10-2025 08:24 PM
mungkin...nama rumah sukan ikut mazhab

Hanafi, Syafie, Maliki, Hambali

Kalau ada gambar sukan or latihan sekolah tu biar tepek sekali ,tgk terpaling bodoh cakap apa pulak. Sesilap kata deme AI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2025 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asfaz at 30-10-2025 09:46 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 08:05 AM | Show all posts
asfaz replied at 30-10-2025 07:17 AM
bodoh yg komen tu,dah tentu la saksi tu kata dia tanda duit tu,ada tpt kat duit tu yg dia tanda yg ...

dah byk sgt kisah kecurian oleh arwah. mcm dia ada penyakit kleptomania ke. ikutkan parents dia bukan dari kalangan org susah. parents dia tau ke agaknya eh
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 30-10-2025 07:17 AM

Bukan ke ada saksi yg ckp tak jumpa pun duit. Cuma jumpa pin bendera. Rasa geram je kat KPM, banyak isu tang pin bendera ni. Kos mahal juta2. Tujuan utk patriotik, supaya anak2 tak pasang bendera terbalik lagi. Sudahnya jadi punca buli dan kematian.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 12:57 PM | Show all posts
Saksi dakwa pernah baca diari Zara Qairina luah kata kesat terhadap ibunya
Sinar Harian
29 Oktober 2025 06:28pm



Pasukan peguam ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Rabu.


KOTA KINABALU - Saksi ke-35 inkues kematian Zara Qairina mendakwa bahawa dia ada membaca dalam diari pelajar Tingkatan Satu itu yang meluahkan kata-kata kesat kepada ibunya sendiri.

Perkara itu diberitahu ketika saksi kanak-kanak ke-26 memberi keterangannya secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner di sini, pada Rabu.

Peguam Joan Goh berkata, saksi merupakan pelajar Tingkatan Satu di sekolah tersebut dan rakan biasa kepada Zara Qairina serta mereka tinggal di dorm yang sama.

"Dalam keterangannya, saksi pernah nampak Zara menulis diari dan sentiasa menulis diari di dalam bilik asrama. Saksi pernah curi-curi baca diari lama dia yang pernah dikoyak oleh Zara sendiri.

"Buku diari Zara yang lain saksi tiada membacanya dan hanya nampak dia menulis semasa di asrama. Saksi tidak pasti mengapa Zara koyakkan diari lama dia sendiri, saksi boleh cam buku diari milik Zara dan cam tulisan Zara serta ingat buku diari yang ditulis.

"Yang saksi ingat bila dia curi-curi baca diari Zara adalah mengenai ibunya dan juga dorm. Saksi juga baca bahawa Zara memaki ibunya dalam diari tersebut," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, pada Rabu.

Joan turut berkata, menurut keterangan saksi bahawa Zara Qairina tidak pernah mengadu kepada saksi tentang gangguan semasa di asrama seperti buli, tekanan belajar dan keletihan.

"Saksi tidak mempunyai apa-apa konflik dengan Zara. Saksi tidak pasti sama ada Zara mempunyai konflik dengan pelajar lain di sekolah tersebut. Saksi tidak pernah nampak Zara dimarah atau diganggu oleh pelajar lain," katanya.

Sementara itu, dalam keterangan kanak-kanak ke-25 pula, Joan memaklumkan bahawa saksi mendakwa wangnya yang hilang pada 14 Julai lalu dan terdapat kesan dakwat ditemui di loker Zara Qairina.

"Saksi ada duit RM10 yang ada kesan dakwat ada dijumpai di loker Zara pada malam 15 Julai 2025," katanya.

Joan berkata, saksi itu juga merupakan pelajar asrama Tingkatan Satu dan rakan biasa kepada Zara Qairina serta tinggal di dorm yang sama.

"Pada 15 Julai 2025 sekitar jam 11 malam, saksi pulang ke bilik asrama selepas selesai mencuci pakaian di tandas. Ketika itu, saksi melihat Zara berada di dalam bilik asrama, sedang berbaring di atas lantai sambil menangis.


"Saksi juga terdengar Zara menjerit dan berkata, 'aku nda curi bah'. Saksi tidak mengetahui sebab Zara menangis, apa yang saksi tahu, Zara memang kebiasaannya tidur di atas karpet di lantai dan ada kalanya tidur di atas katilnya sendiri kerana dia pernah memberitahu saksi bahawa dia malas untuk memasang cadar.

"Pada malam yang sama, sebelum saksi masuk tidur, Zara datang ke hujung bilik dan meminta gunting daripada saksi dan dua lagi rakan yang lain namun saksi tidak meminjamkan gunting kepada Zara kerana dia memang tidak mempunyai gunting ketika itu," katanya.

Ujarnya, saksi memberitahu bahawa dia tidur selepas Zara Qairina beredar dan hanya terbangun apabila keadaan sudah kecoh di asrama ketika itu.

"Seingat saksi, Zara pada masa itu sudah dibawa oleh ambulans. Saksi juga tidak perasan sama ada Zara ada masuk ke bilik asrama pada malam tersebut. Selain itu, saksi tidak tahu sama ada pelajar senior Tingkatan Empat sering berjumpa dengan Zara. Apa yang saksi tahu, perkara itu hanya berlaku sekali, iaitu pada malam 15 Julai 2025," katanya.

Peguam itu menambah, saksi mengatakan bahawa dia pernah melihat Zara menulis di dalam diari berkulit hijau gelap.

"Kadang-kadang Zara menulis di dalam diari tersebut di dorm dan kadang-kadang di kelas. Saksi pernah membaca diari Zara yang berwarna hijau gelap tersebut. Saksi ingat dia tulis berkenaan Badar (pengawas surau). Zara mahu menjadi Badar kerana dia mahu menjadi seperti idolanya, seorang pelajar Tingkatan Dua," katanya.

Joan dan rakan sepasukannya Datuk Ram Singh mewakili salah seorang daripada lima pelajar yang dituduh dalam kes berkaitan Zara Qairina dan mereka menjadi pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.



Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak arwah mengamuk. Halloooo makcikkk...budak tu cakap duit tu ada tanda dakwat. Kalau dah bértanda tempat yg dia aje tau ,dah tentu la dia tau tu duit dia.
Bukan maksudnya arwah tak layak ada duit. Kemain doa anak org perut meletop. Agaknya dgn arwah cmne la gaya kau bercakap kan sampaikan arwah meluah perasaan kat diari.
Yg terpaling takyah yakin sangat bebudak tu fitnah@aniaya arwah.
Baca cmni sakit hati kau sebagai mak,yg bebudak sekolah yg kena tuduh pembunuh tu rasa happy ke anak ke maki kena caci kena hina kena tuduh pembunuh?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 30-10-2025 03:07 PM
Mak arwah mengamuk. Halloooo makcikkk...budak tu cakap duit tu ada tanda dakwat. Kalau dah bértanda ...

teruk oi doc jack kena maki dgn geng sebelah sana...ramai2 masuk komen ..
diorg ckp provoke ..padhl kwn tu bg tekanan pasal dana awam tk usik apa pun
suci sgt ke smpai tk bole ditegur
rupanya mak dia galak eh kt fb menjawab sana sini kn lbh baik diam
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 30-10-2025 03:53 PM
teruk oi doc jack kena maki dgn geng sebelah sana...ramai2 masuk komen ..
diorg ckp provoke ..padh ...

Arwah anak dia aje la yg patut kena bela,budak2 sekolah tu? anak org lain kena buli takpe.
Sorang 2 ckap maybe la boleh kata fitnah tpi kalau dah ramai? benda sama lak tu.
Luahan hati dia aje la nak kena ambik peduli.
Tgk gaya mak arwah dgn ipar dia ni,boleh tahan mulut,tak mustahil la kalau arwah makan hati walaupun dia anak tunggal.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tepek inques hari ni
doc jack makin meroyan makin ramai geng justice kuo sarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2025 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 30-10-2025 03:53 PM
teruk oi doc jack kena maki dgn geng sebelah sana...ramai2 masuk komen ..
diorg ckp provoke ..padh ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah takde sapa yg buat sampai meninggal,nak petik sapa?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes curi brg dan duit - ramai saksi ckp perbuatan zara. Duit bertanda pun zara juga yg curi.Bukti dh ada. Bab ni iols x byk komen. Nk tnya tuan badan pun dh x de. Sbb mlm tu dia sendiri nafi dia x curi nangis² kt lantai. Xkan la zara x de tnya duit yg hilang siapa punya dan ada dlm loker dia. Kalau ada yg ngaku pulangkan la blik. Melainkan mmg perbuatan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 08:53 AM | Show all posts
Edited by akuMNdia at 31-10-2025 09:15 AM

almari zara tak berkunci.. so mungkin duit/barang2 lain tu zara yg ambil ataupun mungkin org lain yang letak kat situ. Wallahua'lam bissawab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 09:21 AM GMT+8 , Processed in 2.532263 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list