|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Edited by elia201 at 8-1-2015 03:30 PM
Punat automatik kereta ditekan. Lantas pintu dibuka namun sebelum sempat Zack masuk ke tempat pemandu, bahu terasa disentap kasar. Dalam keadaan tidak sempat bersedia, satu tumbukan mengenai wajah. Darah mula meleleh keluar.
" Kau?!"Zack mengesat darah yang mengalir dibibir. Wajah lelaki yang pernah menjadi sahabat baiknya ditenung. Kalau ikutkan hati mahu saja dia membalas pukulan tadi. Mujur akal warasnya menghalang. Tak mahu membuat keadaan bertambah buruk.
" Kenapa kau masih berhubung dengan Najiha?!" Ku Iz bertanya, kasar. Ingat ! Dia bukan lagi girlfriend kau !"
" Siapa kau nak halang aku dari berhubung dia?" Otak Zack tak dapat mencari logik disebalik kemunculan Ku Iz yang tiba tiba menghalang dia dari berhubung dengan Jie. Memang dia sudah berpisah dengan Jie tetapi rasanya tak salah sekiranya mereka masih kekal berkawan.
Ku Iz hanya terdiam. Zack betul. Dia tiada hak untuk menghalang baik Jie maupun Zack dari bertemu antara satu sama lain.
"Listen here Ku Iz, kalau aku bagitahu Najiha pasal hal malam itu, aku yakin dia takkan maafkan kau seumur hidup ! Kalaulah dia tahu kaulah punca aku tinggalkan dia." Zack terus masuk ke kereta. Pintu kereta dihempas sekuat hati.
Ku Iz hanya mampu berdiri melihat kereta yang dipandu Zack meluncur laju membelah jalan raya. Sejenak ingatannya melayang ke peristiwa malam itu. Di mana dia memperdayakan Jie untuk bertemu di Times Square untuk menyambut New Year. Bandar raya New York kelihatan meriah dengan billboards berwarna warni sempena meraikan tahun baru. Satu demi satu peristiwa malam itu bermain di ruang fikiran. Gara gara peristiwa malam itu persahabatan mereka terputus.
Namun Ku Iz tak pernah menyesal. Niatnya hanya satu. Memisahkan Zack dan Jie walau apa cara sekalipun.
Cuma Ku Iz takut Zack melakukan sesuatu diluar pengetahuannya memandangkan lelaki itu dan Jie masih lagi berhubung. Satu rancangan baru tercetus di minda.
Ku Iz yakin rancangannya yang diatur sekian lama akan berjalan lancar. Sesiapa saja yang menghalang akan 'dihapuskan'. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-1-2015 08:40 PM
BAB 28
Viana tidak betah untuk berada lama di rumah mertuanya. Sejak dari malam Tengku Safiah menampar pipi adiknya dia semakin hilang hormat terhadap wanita itu. Kalau ikutkan hati memang dia sendiri tidak ingin menjejakkan kaki ke sini. Apatah lagi apabila melihat Zeeta juga berada disitu. Menyampah ! Entah apa yang Tengku Safiah sukakan sangat dengan Zeeta, Viana sendiri pun tak tahu. Dia tidak suka perangai Zeeta yang kadangkala manja tak bertempat. Gedik ! Terutama apabila Rayyan ada bersama. Masa itu perangai kebudak budakan Zeeta akan semakin ketara. Mungkin mahukan perhatian dari Rayyan. Walaupun Rayyan tidak mempedulikannya, Zeeta dilihat tidak berputus asa. Pelbagai cara diguna gadis itu untuk menarik perhatian Rayyan.
Kadang kadang Viana kesiankan Zeeta pun ada. Dia seorang gadis yang cantik dan mungkin boleh mendapatkan lelaki lain yang tulus mencintainya, sayang Zeeta sanggup buang masa mengejar lelaki yang tak pernah cintakannya. Viana tak tahu kalau Zeeta masih lagi mengharapkan Rayyan sekiranya Rayyan sudah bergelar suami Jie nanti.
Bosan duduk sendirian Viana terus mendapatkan suaminya. Khalid dilihat sedang seronok berbual dengan Ku Iz.
Walau sudah hampir setengah tahun menjadi isteri Khalid, baru sekarang Viana tahu Khalid mempunyai sepupu bernama Tengku Hafiz atau panggilan mesranya Ku Iz. Sebelum ini mereka tidak pernah bersua muka.
Dia tahu Ku Iz yang menyelamatkan Jie dari menjadi mangsa tamparan ibu mertuanya namun entah kenapa hatinya tidak senang dengan lelaki itu. Viana sendiri tak pasti kenapa.
Malas menganggu perbualan suaminya dan sepupunya, Viana membuat keputusan untuk ke halaman luar. Ambil angin lagi best ! Langkah diatur ke arah pintu. Rimas berlama lama dalam rumah agam itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-1-2015 08:44 PM
Mama memang keterlaluan ! Rayyan memprotes dalam hati. Sebagai seorang anak lelaki sulung Rayyan tahu tanggungjawabnya besar terhadap Mama. Rayyan juga sedar syurganya adalah dibawah tapak kaki Mama. Namun kali ini Rayyan tak mampu bersabar lagi. Mama memberi kata dua. Putuskan pertunangan dengan Jie dan kahwini Zeeta atau kahwini Zeeta dalam masa yang sama Mama tak kisah kalau dia menjadikan Jie sebagai isteri kedua. Mujur waktu Tengku Safiah berkata begitu Viana tidak ada bersama. Kalau tak, Rayyan tak dapat membayangkan perasaan Viana mendengar adik kandungnya diperkotak katikkan oleh Tengku Safiah.
Lantaran tidak tahan dengan bebelan Mama, Rayyan mengambil keputusan untuk keluar mencari ketenangan hati.
Rayyan pasti dia tidak akan sesekali mengahwini Zeeta dan memutuskan pertunangan dengan Jie. Namun, untuk menjadikan Jie isteri kedua juga bukan pilihannya. Dalam erti kata lain Rayyan tidak akan mengahwini Zeeta tak kira apapun ! Walau mampu untuk memiliki lebih dari satu isteri tapi Rayyan takkan pernah sanggup. Cintanya hanyalah satu dan dia hanya akan mengahwini gadis yang dicintainya. Malangnya Mama tidak mengerti. Mama terlalu taksub dengan Zeeta. Sehinggakan Mama sanggup melakukan apa saja asal Zeeta menjadi menantunya.
Mungkin silapnya dulu terlalu mengikut telunjuk Mama sehingga sanggup ditunangkan dengan Zeeta. Kalaulah dia memiliki ketegasan seperti Khalid, Rayyan pasti keadaan takkan serumit ini.
Nampaknya Rayyan tiada jalan keluar lain. Dia harus melakukan sesuatu untuk memastikan Mama tidak akan sekali kali memaksanya untuk menikahi Zeeta. Kali ini dia nekad. Tak kisah apa halangan yang mendatang, dia tetap akan pastikan hasrat untuk hidup bersama Jie terlaksana jua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tan Sri Isa kesal dengan sikap isterinya. Bukan dia menyebelahi Rayyan dan mahu membelakangkan isterinya, tetapi kali ini dia merasakan Tengku Safiah agak keterlaluan. Memaksa Rayyan mengikut telunjuknya untuk mengahwini Zeeta sedangkan Rayyan dan Jie bakal berkahwin tak lama saja lagi. Apa agaknya perasaan Jie apabila mengetahui semua ini? Tambah resah apabila memikirkan apa agaknya reaksi Dato Hanafi apabila mengetahui sikap Tengku Safiah terhadap anak gadisnya.
Pening kepala apabila difikirkan. Mujur Viana dan Khalid baik baik saja. Kalau mereka pun bermasalah lagi pusing kepalanya. Sebagai ayah hatinya tak dapat lari dari memikirkan masalah anak anaknya. Walaupun anak itu sudah besar panjang dan berumah tangga.
Cuma yang Tan Sri Isa tak faham kenapa dulu Tengku Safiah bersetuju dengan pertunangan Rayyan dan Jie kalau isterinya masih inginkan Zeeta sebagai menantu? Tiada jawapan untuk itu. Hanya Tengku Safiah yang mampu memberi jawapan.
Baginya dia terima siapa saja yang menjadi pilihan hati Rayyan. Yang paling penting anaknya hidup bahagia. Tiada apa yang menggembirakan hatinya melainkan melihat anak anak hidup bahagia selamanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
menyampah Tengku safiah ni menggunakan kuasa Veta sebagai MAK ugut anak..
Tan Sri guna kan kuasa veto suami ajar tengku Safiah ni |
|
|
|
|
|
|
|
ok, skng aku fhm.
konflik cinta..
Ohh...aku agakkan, Rayyan tetap nikah dgn Zeeta unless TT wujudkan watak serial killer bunuh Zeeta tu..kihkih..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-1-2015 05:36 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 9-1-2015 09:34 PM
Bab 29
Kata kata Khalid sebentar tadi menyebabkan Jie berfikir sejenak. Saja dia singgah ke rumah mereka untuk bertemu Viana dan kebetulan Khalid ada dirumah. Jadi kesempatan itu digunakan oleh Khalid untuk menyampaikan pesanan dari Sheera. Gadis itu nampak terdesak untuk menemui Jie. Khalid tak sampai hati untuk menghampakan permintaan Sheera.
Mungkin Sheera bersalah kerana menghamburkan fitnah terhadap Jie tapi pasti ada penjelasan disebalik perbuatan gadis itu. Apapun Khalid tetap menyerahkan kepada Jie untuk membuat keputusan sama ada ingin bertemu Sheera atau tidak. Dia cuma menyampaikan pesanan gadis itu. Maka tugasnya juga habis sampai disitu.
Jie mengeluh. Nafas dihela panjang mencari kekuatan untuk menyelesaikan segala masalah.Cukup sudah segala kekusutan Rayyan dan dirinya hadapi dengan kerenah Tengku Safiah. Kini Sheera pula menambah beban difikirannya yang berkecamuk sejak kebelakangan ini. Kalaulah Jie tahu banyak dugaan yang perlu ditempuh untuk hidup bersama Rayyan, pasti dari awal lagi dia bertindak menjauhkan diri. 'Mahal betul harga' yang perlu dia bayar kerana jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Rayyan Hardy itu.
Viana memahami gelojak dihati Jie. Lantas, rambut ikal keperangan Jie di usap, lembut. Allah saja yang tahu bertapa sayangnya Viana kepada satu satunya adik yang dimiliki. Sudah terbiasa dimanjakan begitu , Jie meletakkan kepala diriba kakaknya. Satu lagi keluhan dilepaskan.
"Jie... Viana bersuara lembut. Jie kena kuat ! Tak guna mengeluh. Cuba Jie berdepan semua masalah itu dengan berani. Jangan main lari lari macam ini ! Jumpa Sheera dulu dan dapatkan penjelasan Sheera. Selebihnya terpulanglah pada penilaian Jie sendiri." Walau mulanya Viana juga menyokong supaya Jie tidak lagi berhubung dengan Sheera tetapi cara Jie memutuskan persahabatan antara dirinya dan Sheera begitu saja itu salah. Jie sepatutnya berbincang dahulu dengan Sheera bukannya membiarkan gadis itu terkapai kapai mencari salah sendiri. Mungkin Khalid benar. Sheera patut mendapat peluang membela diri.
"Bukan itu yang Jie risaukan. Pasal Sheera , nantilah Jie contact dia." Jie bingkas bangun dari pembaringan lalu duduk menghadap Viana. Cuma Jie dah 'penat' dengan 'permainan' Tengku Safiah. Kadang Jie terfikir nak putuskan saja pertunangan kami. Biar hasrat dia nak bermenantukan Zeeta tu tercapai !" Akhirnya segala yang terpendam dihati terluah.
Viana hanya mampu menggenggam erat tangan adiknya memberi kekuatan. Dia sendiri tak tahu bagaimana untuk membantu. Tengku Safiah terlalu degil ! Banyak kali Rayyan dan wanita itu bertegang urat namun tiada penyelesaian ditemukan. Malah keadaan bertambah rumit. Ibu dan anak tak mahu mengalah.
" You terfikir nak putuskan pertunangan kita sebab Mama I ke, atau sebab you dah jumpa balik cinta pertama you?!" Rayyan menyoal sinis. Beberapa keping gambar dicampak ke arah Jie.
Viana terkesima. Entah dari mana Rayyan muncul dirumahnya dan tiba tiba bertindak kasar mencampak gambar ke arah Jie. Tak sangka Rayyan akan bertindak begitu terhadap Jie.
"You ni dah kenapa Rayyan?" Viana menyoal, tidak puas hati dengan tindakan Rayyan.
" You tanyalah adik you apa yang dia dah buat dekat belakang I." Nada suara Rayyan sudah tidak terkawal. Tergamak Jie bermain kayu tiga dibelakangnya sedangkan dia bermati matian mempertahankan hubungan mereka tapi ini yang Jie balas? Hatinya hancur berkecai saat mengetahui kebenaran itu.
Jie tunduk mengutip gambar yang dibaling oleh tunangnya. Riak wajahnya berubah sebaik saja melihat aksi di dalam gambar itu. Ya Allah fitnah apa pula kali ini? Spontan air matanya mengalir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tt update stu scene. err, merundum mood mmbca.
btw, best |
|
|
|
|
|
|
|
Tt update stu scene. err, merundum mood mmbca.
btw, best |
|
|
|
|
|
|
|
menyamph dgn tt taw. majoklah.
Edit, edit.. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn marah.. kadang typo so kene edit
|
|
|
|
|
|
|
|
Khalid yang sedang berada di luar rumah pantas masuk sebaik saja mendengar keributan dari dalam rumah. Jelas kedengaran suara perbalahan. Suara Rayyan dan Jie bertingkah antara satu sama lain. Masing masing ego menegakkan pendirian sendiri.
Viana cuba meleraikan keduanya namun ternyata usahanya sia sia. Baik Rayyan mahupun Jie kedua duanya tak mahu mengalah. Pusing kepala Viana dibuatnya.
"Calm down !" Khalid merenung Rayyan dan Jie silih berganti. " Kalau ada masalah you all boleh berbincang. Apa yang you all gaduhkan ni?"Nampaknya dia terpaksa masuk campur.
"I rasa abang you ni dah gila !' Air mata yang mengalir dipipi gebunya disapu. "Dia boleh tuduh I main kayu tiga disebabkan gambar ni?!" Jie menghulurkan beberapa keping gambar.
Khalid mengambil gambar yang dihulurkan oleh Jie. Matanya meneliti setiap gambar. Gambar mesra Jie disamping seorang lelaki. Kalau dilihat melalui panorama di dalam gambar rasanya gambar itu bukan diambil di Malaysia. Berlatar belakangkan Statue of Liberty. Mungkin gambar itu diambil sekitar New York.
" I nak tanya you Karl. You rasa sakit hati tak kalau Viana tipu you hidup hidup?!" Rayyan merenung Khalid. Seketika kemudian dia menyambung kata katanya. " Yang I sakit hati bila Jie cakap dengan I lelaki ini kawan dia masa dekat U. I tanya lelaki itu pun dia mengaku Jie kawan semasa belajar dulu. Tapi I dapat tahu they all ni couple masa dekat US. Loving couple sangat kononnya sampai duduk serumah dah macam husband and wife." Sungguh hatinya bagai dihiris sembilu apabila mengetahui kisah silam Zack dan tunangnya.
" Yes , he was my ex ! Tapi kami tak pernah melampaui batas macam yang you cakap. You jangan nak suka hati buat fitnah dekat I !" Jie makin hilang sabar dengan perangai Rayyan. " Lagi satu.. Perlukah you tahu dia ex I? Dia dah jadi sejarah hidup I Rayyan. Sebab tu I tak bagitahu siapa dia pada you".
Rayyan senyum sinis. "Sejarah konon ! You tak payah tipu I lah Jie ! I tahu diluar pengetahuan I you curi curi jumpa Zack kan? Tak payah nafikan sebab I ada bukti Jie. I ada bukti bergambar, you kerap jumpa dia baru baru ini. Selama ini I diam sebab I percayakan you, tapi I tak sangka you tipu I." Beberapa kali juga Taufik, penyiasat upahan yang dibayar untuk memantau gerak geri Jie melaporkan Jie dan Zack kerap bertemu. Malah Rayyan sengaja simpan segala gambar gambar Jie dan Zack yang diambil oleh Taufik. Bukti sekiranya benar Jie bermain kayu tiga dibelakangnya.
"You upah orang intip semua pergerakan I ke Rayyan?!" Jie sukar untuk percaya Rayyan tahu semua gerak gerinya melainkan lelaki itu memang mengupah pengintip untuk mengikuti pergerakannya. "Kenapa?!" Rayyan ditenung untuk mendapatkan kepastian.
"Salah ke I nak tahu pergerakan tunang I? You takut semua rahsia you terbongkar ke?"Rayyan menempelak balik.
" Gambar I dengan Zack masa belajar dulu mana you dapat? I tak rasa I simpan lagi gambar tu. Siapa yang jaja cerita I dengan Zack dekat you?" Jie menyoal bertalu talu. Namun, Rayyan hanya membisu.
Otak Jie ligat memikir siapa yang menyampaikan kisah tidak benar tentang dirinya dan Zack kepada Rayyan. Siapa yang tahu kisah dia dan Zack? Spontan satu wajah muncul difikirannya. Jie yakin tekaannya tepat. Tak mungkin orang lain.
" You jangan cakap Ku Iz yang bagitau you semua ini.." Jie mula serkap jarang. Masih lagi tiada respon dari Rayyan.
"Ok fine ! You tak nak jawab. I know it's him ! Biar I sendiri yang jumpa sepupu you. I nak tahu apa motif dia nak burukkan nama I dengan Zack sampai macam tu sekali." Jie terus berlalu untuk keluar menuju ke keretanya yang diparkir di halaman rumah.
"And last thing Rayyan .. Jie sempat menoleh ke arah Rayyan. Terima kasih atas tuduhan you ! Memang I perempuan curang, you can call me bitch if you want ! I tak kisah. Kebenaran akan muncul juga satu hari nanti. Tapi sampai masa itu, I takkan maafkan you !" Tanpa menoleh lagi Jie terus pergi. Rasanya sudah tidak ada apa lagi yang ingin dia bicarakan.
Biar saja semua ini berakhir. Selamat tinggal Rayyan ! Mungkin kita cuma ditakdirkan jatuh cinta tapi bukan untuk bersama. Hatinya berbisik sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 10-1-2015 03:33 AM
"Are you ok, bro?" Khalid menyoal Rayyan yang masih terpaku melihat kepergian Jie . Abangnya seperti kebingungan. Simpati mula terbit.
"Apa yang I dah buat Karl?" Rayyan meraup muka. Kesal dengan tindakan sendiri. Tindakannya memang terburu buru.
Emosi menguasai dirinya apabila mendapat tahu dari Ku Iz bahawa Jie dan Zack merupakan pasangan kekasih dulu. Rayyan rasa tertipu kerana Jie hanya memperkenalkan Zack sebagai seorang teman! Tambah sakit hati apabila melihat gambar mesra Zack dan Jie sewaktu berkasih. Lantas dia terus percaya saja kata kata yang keluar dari mulut sepupunya.
"You stress kot . Sebab tu you emotional. It's ok. You just relax dulu. Nanti you dah cool down , you jumpalah dia, bincang elok elok." Khalid hanya mampu memberi nasihat. Berharap agar hubungan Jie dan Rayyan tidak terputus dipertengahan jalan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 10-1-2015 03:55 AM
Jie membatalkan hasrat hati untuk menemui Ku Iz. Mungkin lain hari saja dia akan bersemuka dengan lelaki itu. Buat masa sekarang Jie ingin sendirian. Dia ingin pergi jauh. Memulakan hidup baru di suatu tempat yang tiada siapa mengenali dirinya.
Jie sempat menelefon Dato Hanafi memberitahu dia ingin pergi menenangkan diri seketika. Bila semangat dirinya sudah pulih seperti biasa , dia akan kembali menyelesaikan semua masalah. Buat sementara waktu Jie meminta Daddy menangguhkan atau batalkan saja rancangan perkahwinan Rayyan dan dirinya. Hatinya sudah tawar terhadap lelaki itu.
Tergamak lelaki itu menuduhnya curang hanya kerana beberapa keping gambar lama? Malah Rayyan seperti tidak mengendahkan penjelasan Jie. Mudah benar lelaki itu termakan fitnah yang ditabur ke atas dirinya.
Walau sedih namun Jie yakin semua ini ada hikmah disebaliknya. Dia tidak mahu lagi membazir air mata menangis hanya kerana seorang lelaki yang gagal menghargai cintanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Lol. Jie gurl yg bek. klo dpt gurl yg kki bomoh, matila Rayyan dituba..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya, org yg percaya fitnah ni, org yg takde akal yg panjang. Orangkan, klo ada org hasut, jangan percaya. Aku klo org hasut aku, aku tak mudah caya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-1-2015 11:58 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 10-1-2015 08:33 AM
Selalunya, org yg percaya fitnah ni, org yg takde akal yg panjang. Orangkan, klo ada org hasut, ja ...
Zaman skung fitnah nampak lg real dr kebenaran.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yup. akhir zmn kn. aku punya wishlist blum tercpi..huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|