CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nash^Roy

ada apa ngan game pahang vs johor? game tunda sabtu..

[Copy link]
Post time 29-5-2013 09:47 AM | Show all posts
SepupuBen10 posted on 29-5-2013 09:46 AM
abe keros nak kutuk jengka pun
macam tahu-tahu je jengka 24 siapa yg ampunya

jengka 24 tak ada ker....abe keross main sebut aja, ingat sampai 20 aja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2013 09:48 AM | Show all posts
cmf_raudah posted on 29-5-2013 09:46 AM
LOVE JDT

JDT penakut bayang2 sendiri?
takmo main takut kena pakok ngan penyokong lawan?
hehehe
lnkali bawak tentera la

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:48 AM | Show all posts
easternlane posted on 29-5-2013 09:46 AM
nasib baik sultan pahang sendiri tak kena baling ngan botol air..aduhai

bagus jugak kalau kena ...pastu dia akan buat rules...botol air tak leh dibawah masuk...nak tengok bola kena puasa ayaq 3 jam

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:49 AM | Show all posts
SepupuBen10 posted on 29-5-2013 09:48 AM
JDT penakut bayang2 sendiri?
takmo main takut kena pakok ngan penyokong lawan?
hehehe

x kesah la ape org nk cakaP..yg penting JDT mmg bes..sume org sebok nk amik tahu

terima je la hakikat JDT ramai staR
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:50 AM | Show all posts
woi korang fans JDT ngan fans Pahang
mana boleh gaduh sebab
TMJ kan bercinta2 dgn fazura (orang pahang)

aku jumpa komen ni, hahahahahaha....
mesti kat bod gossip sana tgk meriah ni

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:51 AM | Show all posts
mikasa posted on 29-5-2013 09:45 AM
masa JDT lawan kelantan rules fifa tak terpakai ke?

dlm sesuatu match MC menentukan sesuatu match itu boleh dijalankan atau tidak...undang2 fifa menentukan peraturan, kadangkala MC akan membuat budibicara sendiri..itu biasa berlaku di mana2 match sekalipun...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2013 09:52 AM | Show all posts
crossfire posted on 29-5-2013 09:39 AM
citer lawak ker tu......

PPRT jengka 24 sungguh

so betul la peraturan FIFA tu tak wujud..
sebenarnya boleh je game tu start..  penonton duduk 2 layer/baris dr dinding pnonton..


Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:52 AM | Show all posts
all4rez posted on 29-5-2013 09:47 AM
Aku setuju..
Stadium Pahang ni standard tempat kucing berak je patut...

nasib baik kucing kalau RIMAU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2013 09:52 AM | Show all posts
Stadium Darul Makmur kecohOleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my
Sultan Ahmad Shah berusaha mententeramkan penyokong-penyokong Pahang yang memenuhi trek bersebelahan padang pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. Perlawanan Pahang menentang Johor Darul Takzim terpaksa dibatalkan. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN - Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Darul Makmur di sini, semalam terpaksa dibatalkan gara-gara limpahan penonton yang akhirnya mengheret kepada senario kekecohan.
Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 8.45 malam itu terpaksa ditangguhkan selama lebih sejam kerana berlaku limpahan penonton memasuki stadium iaitu kira-kira 40,000 orang.
Perkara itu dikatakan berpunca daripada empat pintu masuk utama stadium yang dipecahkan menyebabkan penonton menyerbu ke dalam stadium.
Keadaan itu menyebabkan kira-kira 5,000 penyokong tuan rumah terpaksa ditempatkan di trek olahraga stadium tersebut bermula pukul 8.30 malam sebelum kedudukan mereka disusun semula.
Dalam pada itu, anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) segera menghampiri para penyokong tersebut bagi memastikan keadaan terkawal sepenuhnya.
Serentak dengan itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang turut menyaksikan perlawanan tersebut berkenan mencemar duli selama 10 minit turun trek olahraga untuk meminta kerjasama para penyokong supaya mengawal disiplin.
Sesudah selesai, Sultan Ahmad Shah yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain kemudian kembali ke tempat duduk utama sambil menunjukkan isyarat tangan kepada para penyokong supaya menjaga kelakuan masing-masing.
Sehingga pukul 9.45 malam, kesemua penyokong yang membanjiri trek olahraga kemudian ditempatkan semula ke kawasan tempat duduk dalam keadaan terkawal.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff yang berada di stadium kemudian membuat pengumuman bahawa permainan boleh diteruskan selepas keadaan terkawal sepenuhnya.
Sebaik pengumuman itu dibuat, kelibat semua pemain tuan rumah kemudian memasuki padang untuk bersedia memulakan perlawanan, namun pemain Johor DT tidak berbuat demikian.
Keadaan bagaimanapun masih tidak terkawal sepenuhnya apabila beberapa kali dicemari bunyi mercun dan balingan botol minuman ke kawasan padang.
Kemudian, para penyokong Johor DT pula bertindak turun dan duduk di trek olahraga meskipun kawasan balapan itu telah diarah untuk dikosongkan bagi membolehkan perlawanan dimulakan.
Perbuatan berbaur provokasi itu kemudian disambut oleh penyokong tuan rumah dengan menyanyikan lagu 1Malaysia.
Pada pukul 10.30 malam, Penolong Setiausaha FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud membuat pengumuman bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan dan terpaksa ditunda ke tarikh lain.
Menurut Fuad, stadium berkenaan dapat memuatkan 35, 000 dalam satu masa dan tiket terjual adalah 32,000 keping.
Justeru, beliau menolak ada berlaku penjualan tiket palsu yang menyebabkan insiden limpahan penonton malam semalam.
Dalam pada itu, kira-kira 1,500 penyokong Johor DT masih berada di tengah padang sehingga pukul 11.45 malam semalam.
Menurut polis, mereka akan dipindahkan ke tempat selamat apabila kesemua penyokong tuan rumah mengosongkan stadium berkenaan.
Polis turut mengesahkan beberapa penonton mengalami kecederaan ringan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.


p/s : wartawan utusan ni ada kt stadium ke? atau x tgk live... salah laporan ni....
Last edited by hr_ikhlas on 29-5-2013 09:54 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:55 AM | Show all posts
crossfire posted on 29-5-2013 09:13 AM
Berdasarkan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), setiap perlawanan tidak boleh di ...

kenapa aku tgk stadium kt oversea tu, boleh je penonton dekat dgn padang..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:55 AM | Show all posts
kucing glemer nie..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:57 AM | Show all posts
mycute posted on 29-5-2013 09:55 AM
kenapa aku tgk stadium kt oversea tu, boleh je penonton dekat dgn padang..

sila semak reply post di atas...jawapan dia.

atau baca sini:

http://www.fifa.com/mm/document/ ... tyregulations_e.pdf

Last edited by crossfire on 29-5-2013 10:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:57 AM | Show all posts
Kat oversea boleh ajer duduk kat track. Dlm sukan F1 - lepas race habis penonton boleh masuk track. Kat Sepang jer tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:57 AM | Show all posts
oni313 posted on 29-5-2013 06:09 AM
yg aku notice sal stadium darulmakmur ni, pagor yg pisahkan penonton ngan pdg balapan, alahai, renda ...
sejak JDT wujud, mcam2 problem dah ada, time JDT lawan perak kat stadium navy lumut, JDT gak yg stat dlu provoke2, smpai kene kepung kat pintu keluor...
Betul sangat uolsss
Mak pon dah pening dan pasrah ngan perangai JDT & fans depa ni
Meroskkan keharmonian liga bola malaysia yg x seberapa ni
Bermula dgn kes curi pemain, bawak masuk askar, penonton dah start jadi jakun
Hai.... mak hanya mampu berserah uolsss

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:58 AM | Show all posts
hr_ikhlas posted on 29-5-2013 09:52 AM
Stadium Darul Makmur kecohOleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA

Sultan Ahmad Shah berusaha mententeramkan pe ...

Sebaik pengumuman itu dibuat, kelibat semua pemain tuan rumah kemudian memasuki padang untuk bersedia memulakan perlawanan, namun pemain Johor DT tidak berbuat demikian.

sebab/motif tim JDT tka keluar padang?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:58 AM | Show all posts
solstice posted on 29-5-2013 09:57 AM
Betul sangat uolsss
Mak pon dah pening dan pasrah ngan perangai JDT & fans depa ni
Meroskkan keh ...

Org kaya memang berlagak kut? Maklumlah player JDT gaji semua taraf CEO....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2013 09:58 AM | Show all posts
Laaa..bolasepak malaysia ke?
Standard tahap caprut bangladesh pun, ada jugak yang minat nak tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 10:00 AM | Show all posts
mycute posted on 29-5-2013 09:55 AM
kenapa aku tgk stadium kt oversea tu, boleh je penonton dekat dgn padang..

Pasal penyokong diorg tak sakai mcm penyokong2 mesia nie ..psl bola sebiji pun nk bergaduh
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 10:01 AM | Show all posts
peYno posted on 29-5-2013 07:06 AM
Johor kan asal indon nenek moyang.. Perangai indon x leh hilang walau dah lahir kat tanah melayu.. ...

Perangai bawak masuk askar Jawa military Force dalam stadium pon hampir menyamai kes keta kebal masuk stadium kat Indon
Kalau nak kira, pernagai samseng jakun caprut itu bukan pembawaan orang melayu malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 10:01 AM | Show all posts
sitihawa posted on 29-5-2013 09:58 AM
Sebaik pengumuman itu dibuat, kelibat semua pemain tuan rumah kemudian memasuki padang untuk berse ...

diaor mmg xnk main lg.. sbb faktor2 keselamatan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 276515 Replies : 6848
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 4110 Replies : 36
Miza Ozawa dijel 2 bulan
mojarean_XMiza Ozawa dijel 2 bulan
Views : 13395 Replies : 21
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15284 Replies : 40
Gambar iklan produknya pun.. Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang
akido_kidoGambar iklan produknya pun.. Iklan Produ
Views : 27600 Replies : 337
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 77910 Replies : 3230
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 34069 Replies : 274
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26999 Replies : 101
Husband korang macam ni kan?
VictorioussssHusband korang macam ni kan?
Views : 21891 Replies : 93
KUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak ini dalam filem P Ramlee?
akuperatijeeKUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak in
Views : 77430 Replies : 262

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.146143 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list