gbam posted on 11-3-2013 04:55 PM
VAT 69 tu singkatan daripada apa? V-A-T 69
Very Abble Troopers (year 69)
Rancangan Vat 69: Malaysia's Very Able Troopers menceritakan kepayahan pasukan gerila yang terdiri daripada 6 anggota polis dikenali Vat 69 dalam menentang komunis pada 1969 hingga 1989 disiarkan pada 22 Ogos 2010 jam 8.00 malam menerusi saluran History (Saluran 555) turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Penceroboh Sulu pertimbang 'pengunduran'
4:29PM Mac 11 2013
Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, telah menghantar wakil untuk bertemu kerajaan Filipina bagi membincangkan "pengunduran" pengikutnya daripada pertempuran bersenjata di Sabah.
NONEMenurut Interaksyon yang berpangkalan di Manila, pertemuan dua jam antara saudara lelaki Jamalul Kiram -- Sultan Bantilan Esmail Kiram II - dengan Menteri Dalam Negeri Manuel Roxas II itu berlangsung di ibu pejabat polis kebangsaan di bandar Quezon hari ini.
Roxas berkata, isu "pengunduran" antara yang dibincangkan dan kemungkinan besar hasilnya akan menyaksikan pengikut Jamalul Kiram meletakkan senjata.
"Antara yang dibincangkan, contohnya, ekoran pemimpin Malaysia secara terbuka menyatakan meletakkan senjata satu-satunya cara untuk menamatkan pertempuran, jadi, salah satu persoalan mereka tentang cara dan mekanismenya," Roxas dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas pertemuan itu.
Roxas berkata, Bantilan Esmail Kiram II juga dimaklumkan berhubung hasrat Manila bagi memastikan keselamatan rakyatnya di Sabah.