CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
 Author| Post time 11-3-2013 10:25 AM | Show all posts
“Kenapa pulak syaitan takut dengan orang yang ada ilmu, mak su?”

“Sebab... nanti syaitan tak boleh kacau dia. Kita ambil contoh sembahyang tadi... Bila dia tahu cara-cara sembahyang, insya-Allah sembahyang dia betul dan diterima. Mestilah syaitan jealous. Betul tak?”

“Betul, betul, betul!” Wawa tersengih lebar.

“Kalau kita nak puasa pun mesti ada ilmu kan mak su?”

“Kenapa?” Aku sengaja menguji tahap kefahaman dan kecerdasan Wawa.

“Ya lah... kalau tak belajar cara-cara puasa macam mana nak puasa dengan betul? Macam Wafi, kata puasa tapi dia minum susu botol gak.” Aku tertawa mendengar penjelasan dari Wawa. Kepalanya aku gosok-gosok. Dalam diam aku akui Wawa memang cerdas orangnya. Sayang kalau pembangunan rohaninya tidak seimbang dengan pembangunan intelektualnya.

“Kalau Wawa sembahyang atau puasa, Wawa rasa perlu tak Wawa minta hadiah?”

Wawa terdiam seketika. “Kalau kita buat baik, Allah beri pahala pada kita, kan?” Aku menyoal lagi. Wawa angguk.

“Itulah hadiahnya. Hadiah dari Allah tentulah lebih hebat. Betul?” Wawa angguk lagi.

“Kalau kita minta hadiah pada orang, nanti Allah kata... dah dapat hadiah, buat apa nak lagi? Jadi tak payahlah Allah bagi hadiah lagi.” Ku tatap wajah Wawa. Kelihatannya gadis cilik dan cerdik berusia sembilan tahun itu mengangguk. Harap-harap dia faham dengan apa yang aku cuba sampaikan.

“Kalau Wawa belajar rajin-rajin, agak-agaknya Allah nak bagi hadiah tak?” Kuajukan pertanyaan lagi. Aku mahu Wawa berfikir. Otaknya yang sedia cerdas pasti dapat menjana input yang aku berikan.

“Kalau Wawa dapat nombor satu, tak boleh ke Wawa minta hadiah dari mama dengan papa?” Wawa menyoal naif.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2013 10:27 AM | Show all posts
“Boleh.... Tapi sebaik-baiknya biarlah mama dengan papa hadiahkan tanpa perlu Wawa meminta-minta. Lepas tu Wawa tentukan pula Wawa nak hadiah apa. Wawa rasa betul ke cara macam tu?” Wawa menggeleng. Wawa lebih banyak angguk atau geleng nampaknya.

“Mana lagi hebat, hadiah iPad, iPhone, Wii atau hadiah dari Allah?” Aku asak Wawa lagi dengan soalan. Wawa terdiam seketika. Aku perhatikan dahinya ada garis kerutan. Tentu Wawa sedang mencerna kata-kata aku.

“Kalau mama, papa, atuk, nenek atau mak su nak bagi hadiah, itu bonus. Sebenarnya hadiah dari Allah juga tu. Allah yang gerakkan hati mama, hati papa dan hati semua orang untuk belikan hadiah untuk Wawa. Dalam masa yang sama, hadiah pahala tu Wawa dapat juga. Kan best macam tu?”

“Mama! Mama!” Suara jeritan Wafi mengejutkan aku dan Wawa. Kami menoleh ke arah datangnya suara Wafi. Syafiq di belakangnya ketawa berdekah-dekah. Wafi pula pucat mukanya apabila dikejar angsa. Aku segera mendapatkan Wafi, adik Wawa yang berusia lima tahun.

“Syafiq!” Aku melaungkan nama Syafiq. Aku tahu ini kerja Syafiq. Dia yang mula mengejar angsa itu tadi. Sambil itu tanganku memeluk belakang Wafi yang aku rasakan sedang menggigil ketakutan.

“Kenapa tu?” Suara emak bertanya. Termengah-mengah emak berlari mendapatkan cucunya setelah mendengar jeritan Wafi. Kak ngah, abang ngah, along dan kak long juga keluar.

“Kena kejar dengan angsa.” Aku beritahu emak.

“Syafiq! Kenapa Syafiq kacau angsa tu?” Along memarahi anak tunggalnya yang agak aktif dan nakal. Umurnya cuma setahun saja lebih tua dari Wafi. Emak pula menghalau angsa yang mengejar Wafi balik ke belakang rumah. Ayah pula ketawa melihat gelagat cucu-cucunya.

“Pergilah kejar lagi. Tak mau?” Ayah menyindir Wafi. Wafi menggeleng sambil terkulat-kulat. Kami kemudiannya turut mentertawakan Wafi.

*********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 10:31 AM | Show all posts
Ruang tamu, selepas Asar.

“Pakar-pakar dah buat kajian warna memainkan peranan dalam pembangunan sikap dan mood manusia. Untuk budak yang super aktif macam Syafiq ni, cuba elakkan dari memakai pakaian berwarna terlampau terang macam jingga dan merah.” Aku memberitahu abang long dan kak long ketika kami sedang duduk di ruang tamu sambil bersantai. Anak-anak buah aku tekun menonton televisyen siaran Disney di Astro. Dan kebetulan pula Syafiq sedang memakai baju-T berwarna jingga. Sebenarnya sudah acap kali aku melihat Syafiq memakai baju warna jingga. Bukan baju saja, seluar trek warna jingga pun ada. Aku pun tak tahu siapa sebenarnya yang sukakan warna jingga. Syafiq atau kedua ibu-bapanya yang membelikan pakaian itu?

“Betul ke?” Along seperti tidak mempercayai apa yang aku katakan.

“Nak kata seratus peratus tu mungkin tak, tapi boleh mempengaruhi juga long. Kita ambil contoh warna cat... Kenapa orang selalunya nak bubuh warna yang lembut dalam bilik tidur? Sebab nak membangkitkan suasana romantis, betul tak?” Aku menyoal.

“Pandailah Jiha...” Along menyindir aku. Maklumlah aku tak berkahwin lagi. Aku pandang kak long mohon sokongan darinya.

“Abang ni... nak tunggu Jiha kahwin baru abang nak percaya apa dia cakap? Abang dah lupa ke adik abang ni kaunselor? Kita cubalah bang. Tak rugi apa-apa.” Kakak ipar aku, Kak Sha bersuara. Aku tersenyum. Lega ada orang sokong.

“Betul ke Jiha kalau cat bilik dengan warna lembut boleh menimbulkan suasana romantis?” Kak ngah yang sudah lebih sepuluh tahun berkahwin pula menyampuk. Kata orang selepas sepuluh tahun perkahwinan, kalau tidak dibaja betul-betul akan menyebabkan perkahwinan menjadi hambar.

“Yang itu kak ngah kena masuk sesi kaunseling khas dengan Jiha. Tak boleh open in public.” Kataku dengan niat melawak. Tadi aku lihat kak ngah begitu khusyuk membaca surat khabar. Rupa-rupanya dia mendengar apa yang aku bualkan dengan along dan kak long, kakak iparku.

“Jiha bagi tips macam mana nak pikat suami sekali pada kak ngah.” Abang Zam, suami kak ngah mencelah. Hmm... masing-masing berminat dengan apa yang aku cakap nampaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 10:33 AM | Show all posts
“Yang tu Abang Zam hadiahkan aje novel Projek Memikat Suami pada kak ngah. Macam-macam tips ada kat situ.” Aku ketawa mengekeh mengingatkan novel yang telah aku khatam tiga kali. Satu satunya novel milik Yasmin yang aku berminat nak baca. Sekali baca, lagi dan lagi sampai tiga kali khatam.

“Ha! Elok sangatlah tu korang minta khidmat nasihat dari anak dara. Sorang mau petua rumah tangga romantik, sorang lagi mau petua jaga anak. Ayah dengan mak yang banyak pengalaman ni tak nak tanya.” Riuh rendah rumah mak dan ayah dengan tawa hilai kami mendengar sindiran dari ayah.

Rasa bangga diri pula aku. Aku yang belum berkahwin ni mahu diangkat menjadi kaunselor rumah tangga. Gempak! Namun, hakikatnya tiada siapa yang tahu bahawa cinta aku yang baru hendak berputik sudah pun berguguran...

**********

happy reading. Nak sambung menyelam...
Last edited by ladyFinger12 on 13-3-2013 10:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 09:41 AM | Show all posts
....sblm kak ngah baca PMS tu..kenalah belajor buat kapkek dulu yer...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2013 10:37 AM | Show all posts
UsuFie posted on 12-3-2013 09:41 AM
....sblm kak ngah baca PMS tu..kenalah belajor buat kapkek dulu yer...

kak ngah mmg dah pandai buat kap kek cuma dia tak tahu kegunaannya...


sambung...


BAB 19

Semalam aku begitu riang gembira tertawa bersama seisi keluarga di kampung. Sedikit sebanyak dapatlah juga aku melupakan seketika soal Mujahid merangkap Fahmi. Namun, nampaknya Allah masih mahu menguji apabila malam tadi emak memberitahu aku bahawa nenek Rahmah ada bertanyakan tentang aku untuk dipadankan dengan cucunya, Fahmi. Seisi keluarga aku menyetujui aku dijodohkan dengan Fahmi kerana mereka tahu aku dan Fahmi sudah lama berkawan iaitu sejak di universiti. Patutlah emak beria-ia menyuruh aku balik.

“Aku serius ni Jiha. Sebab itu aku suruh nenek aku datang merisik.” Aku terdiam dan tertunduk memandang rumput yang kupijak. Suasana damai di tepi sawah nampaknya tidak lagi mendamaikan hatiku. Sungguh aku terkedu mendengar luahan hati dari Fahmi. Sebelum ini pun Fahmi ada memberi bayangan tapi aku sengaja buat-buat tak faham dan cuba membuang lalu sahaja segala bicaranya. Aku anggap semua itu gurauan dari seorang sahabat.

"Selama ni kita berkawan. Aku, kau dan Dona... Tak ada masalah apa pun." Aku pertikaikan kata-kata Fahmi. Tiba-tiba saja Fahmi mahu mengubah ikatan persahabatan kepada ikatan perkahwinan.

"Kerana aku lelaki dan engkau perempuan. Pasti ada yang ketiga di antara kita. Kita kahwin, kemudian kita berkawan."

Aku akui, aku yang kerap mengajak Fahmi keluar, tapi kami tak keluar berdua kecuali terpaksa. Selalunya di mana ada temu janji pasti Dona mengikut sekali. Jika kami keluar berdua pun, semua itu disebabkan Dona juga.

“Jiha...” Lembut suaranya memanggil namaku di hujung talian. Aku masih membungkam sepi. Aku sesungguhnya benar-benar tak tahu nak kata apa.

“Jiha.... kau sudah ada pilihan hati?” Sekali lagi Fahmi bertanya. Entah kali yang ke berapa.... masih aku tidak menjawab pertanyaannya.

Mujahid yang aku suka selama ini telah menyatakan isi hatinya kepada aku. Bukankah ini sesuatu yang sepatutnya menggembirakan? Aku tak bertepuk sebelah tangan. Tapi... aku terpaksa akur Dona adalah sekatan untuk aku menyuburkan perasaan aku terhadap Fahmi.


Last edited by ladyFinger12 on 12-3-2013 10:39 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-3-2013 10:42 AM | Show all posts
“Jiha... jawablah. Kalau kau sudah ada pilihan hati, aku tak paksa.”  

Tusss... rasa menikam ke ulu hati.

“Aku juga sukakan kau Fahmi...” Namun kata-kata itu hanya terucap di hati. Tak mungkin aku melafazkannya.

“Fahmi... kita berkawan...” Tergagap bicaraku.

“Aku mahu kita berkahwin. Kemudian kita berkawan secara halal.” Fahmi memintas kata-kataku. Aku kelu. Dalam kepayahan kutelan liur. Kata-katanya bisa mencairkan. Ah! Tak boleh jadi...

“Tak mungkin Fahmi...” Perlahan tapi tegas aku menyatakan.

“Kenapa? Kau tak sudi menerima aku?”

“Bukan...” Ah! Kenapa tak cakap saja ya? Selesai masalah.

“Kalau macam tu, apa masalahnya lagi?”

Aku membungkam. Bibirku kuketap kejap. Pedih ditekan gigi kacipku yang dua.

“Dona...” Akhirnya aku gagahkan juga. Buat masa ini aku tak boleh berebut dengan Dona. Lagi pun sampai bila aku mahu merahsiakan ini?

“Kenapa dengan Dona?”

“Fahmi.... Dona sukakan kau tapi...” Rasa berat untuk aku meneruskan bicara. Aku menghela nafas seketika sambil mataku merenung sawah padi yang menghijau.

“Apa kau cakap ni, Jiha?” Kedengaran di hujung talian suara Fahmi yang terkejut.

"Dona... dia ada barah otak. Doktor menjangkakan hidupnya tak lama tapi doktor tak menolak jika Dona mahu cuba menjalani rawatan. Masalahnya Dona tak mahu." Suara Fahmi tiba-tiba hilang di angin lalu. Aku tahu pasti kini dia lebih terperanjat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 10:51 AM | Show all posts
  1. “Jiha.... kau sudah ada pilihan hati?”
Copy the Code
Haishshh...skema benor si Fahmi ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2013 10:52 AM | Show all posts
“Kau tak rasa ke kau boleh menjadi penyelamat seorang lagi umat Nabi?” Fahmi langsung tak menjawab pertanyaan aku. Agak lama juga Fahmi membisu.

“Kau mahu aku berpura-pura hanya untuk menggembirakan hari-hari terakhir Dona?” Fahmi bersuara kemudiannya.

“Kalau perlu... Salah kah?” Soalku kembali. Fahmi membungkam. Aku mendengar bunyi helaan nafasnya.

“Tapi cinta tak boleh dipaksa Jiha. Dan aku lebih suka kalau Dona menerima Islam atas dasar ikhlas menerima Islam, bukan sebab aku.”

“Aku yakin Dona ikhlas menerima Islam tapi kehadiran kau akan menambahkan lagi semangatnya itu. Dona sakit Fahmi... dia perlukan sokongan dan kekuatan. Aku tahu kaulah kekuatan Dona. Dan aku mengharapkan kau memujuk Dona untuk menjalani rawatan.” Terdengar bunyi keluhan Fahmi. Aku tak salahkan Fahmi. Kalau aku berada di tempatnya pun tentu aku serba-salah.

“Baiklah...Aku akan lakukan tapi aku mahu kau tahu yang aku lakukan semua ini kerana kau, Jiha. Dan aku masih menanti jawapan dari kau.”

“Fahmi.... Sekarang ni aku cuma fikirkan Dona. Hal lain aku tolak ke tepi dulu.” Aku benar-benar mengharapkan pengertian dari Fahmi.

“Maknanya aku masih ada peluang? Kau pun sukakan aku, Jiha? Dona merupakan halangan untuk kau menerima cinta aku, kan?” Kini aku pula yang tak bersuara...

**********
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 10:54 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 12-3-2013 10:37 AM
kak ngah mmg dah pandai buat kap kek cuma dia tak tahu kegunaannya...


ooo...dah pandai buat kapkek...

mmm..takpelah perbanyak kan lah stok halterback atau bareback yer kak ngah..



ok...sambung lagi lady..sblm merepekan meraban...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2013 10:54 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 12-3-2013 10:51 AM
Haishshh...skema benor si Fahmi ni...

bukan skema.... romantisss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2013 10:56 AM | Show all posts
Rumah sewa, Kampung Baru.
4.00 AM

Selama dua minggu aku tak menghubungi Dona. Aku mahu mententeramkan hatiku. Fahmi sudah meluahkan isi hatinya kepada aku, bahkan seisi keluarga merestui perhubungan kami. Nampaknya impianku untuk membina istana bahagia bersama lelaki gred A hampir terlaksana. Tambah membahagiakan kerana lelaki gred A yang melamar adalah Mujahid yang aku dambakan selama ini. Mujahid... kekasih maya yang selama ini sering aku puja-puja.

“Ya Allah! Inikah ujian-Mu? Adakah Kau mahu menguji sejauh mana kejujuran dan kesetiaan persahabatan aku selama ini? Ya Allah! Sakitnya...” Air mata yang cuba kutahan, akhirnya tumpah juga...

Tapi Dona lebih sakit, Jiha. Apalah sangat dengan cinta yang terpaksa dihumban jauh sedang sahabat kau mahu menggapai syurga? Lama aku termenung di atas sejadah. Malam yang sepi dan sunyi ini aku mahu bermunajat kepada-Nya agar diberi ketenangan dan kekuatan hati.

Akan aku humbankan jauh-jauh perasaan itu. Kalau perlu aku tekan, aku tekan, Kalau perlu aku pijak, aku akan pijak. Biar perasaan itu tak bangkit bangkit lagi...

Teringat kembali kata-kata yang pernah aku ucapkan kepada Lili suatu waktu dahulu. Kuhela nafas berat yang panjang lagi dalam. Sungguh aku kini termakan dengan kata-kataku sendiri.

**********
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 11:01 AM | Show all posts
Akan aku humbankan jauh-jauh perasaan itu. Kalau perlu aku tekan, aku tekan, Kalau perlu aku pijak, aku akan pijak. Biar perasaan itu tak bangkit bangkit lagi...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2013 11:09 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 12-3-2013 11:01 AM
Akan aku humbankan jauh-jauh perasaan itu. Kalau perlu aku tekan, aku tekan, Kalau perlu aku pijak,  ...

panjang lagu ni. Jenuh chek menghayatinya bg pihak Jiha
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 04:47 PM | Show all posts
Suka cara jiha ajar wawa....mencabar gile skang nak ngajo kanak2 zaman milenium ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 04:53 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 12-3-2013 10:56 AM
Rumah sewa, Kampung Baru.
4.00 AM

Lady.....tak nak cliche tau... Fahmi kawin dgn dona pastu dona mati...fahmi kawin dgn jiha...tu dah cliche...nak something yg new and fresh...hehehe sorry....demand la pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2013 05:07 PM | Show all posts
@khaizarina setuju amat.. x mo la fahmi kahwin dona, dona mati kahwin dgn jiha... nak jiha dgn eddie aka rahul hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 05:12 PM | Show all posts
redsentra posted on 12-3-2013 05:07 PM
@khaizarina setuju amat.. x mo la fahmi kahwin dona, dona mati kahwin dgn jiha... nak jiha dgn eddie ...

Hhmmmm menarik gak tu kan hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 09:23 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-3-2013 10:33 AM
“Yang tu Abang Zam hadiahkan aje novel Projek Memikat Suami pada kak ngah. Macam-macam tips ada kat ...


Lady...PMS ni penulis dia bukan ke Hanina Abdullah..
'Yasmin' kat situ bermaksud penulis PMS ke atau siapa..

psss...sorrylah kalo usu salah paham maksud Lady...







Last edited by UsuFie on 13-3-2013 09:25 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2013 10:11 AM | Show all posts
UsuFie posted on 13-3-2013 09:23 AM
Lady...PMS ni penulis dia bukan ke Hanina Abdullah..
'Yasmin' kat situ bermaksud penulis PMS k ...

Yasmin tu rakan sekerja Jiha. Dia ni watak mcm Kak Syirah. PMS tu Yasmin punya. Dia suka baca novel tp byk novel cinta. Jiha tak suka. Jiha lagi suka layan forum, bergaduh dgn Mind Teaser.

Nanti lady edit skit ayat takut ada yg tersalah faham.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.332088 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list