|
Bab20
Dumm! Pintu kereta dihempas kuat. Ameer hanya mampu memandang tindakan Delia yang tidak disangka-sangka itu. Dah macam tutup peti ais! Ameer raup muka sebelum tolak gear ke tanda D. Kereta dipandu perlahan menuju kotak parking yang memang dikhaskan untuknya.
Nafas dihela lelah. Letih rasanya bila asyik bercakaran dengan Delia. Kelmarin bergaduh, semalam bergaduh dan hari ini pun bergaduh.Dan topik utama masih benda yang sama. Dzariff, Dzariff dan Dzariff! Semuanya Dzariff!
Dahi yang terasa berdenyut-denyut dipicit lesu. Kusut fikirannya dengan pertengkaran yang tiada kesudahan ini. Entah apa yang susah sangat untuk Delia menerima cakap-cakapnya. Dia bukan minta yang bukan-bukan. Dia cuma mahu Delia jauhkan diri dari Dzariff. Jangan angkat kalau Dzariff call, jangan balas kalau Dzariff hantar mesej dan jangan sesekali telefon Dzariff!
Anak-anak dia suruh Delia hantar pada Ummi. Mujur Delia setuju walaupun pada awalnya Delia menolak. Itu pun setelah dimomokkan dengan pelbagai cerita. Dan Ummi sendiri dengan besar hati menerima Dani dan Dania setiap pagi. Kata Ummi sekurang-kurangnya Dani dan Dania dapat menemani Ummi yang kebosanan setiap kali semua orang keluar bekerja. Untuk keluar bepersatuan, Ummi tak minat.
Jam tangan Panerai Luminor Regatta yang berkilat dipergelangan tangan direnung lama. Jarum panjang berada di angka dua belas dan jarum pendek dia angka sembilan menunjukkan sekarang sudah pukul sembilan pagi. Waktu bekerja sudah bermula namun Ameer tiada sedikit pun rasa mahu untuk berganjak dari tempatnya sekarang.
Ikutkan hati yang sedang berkecamuk ini memang dia mahu pergi jauh dari kesibukan kota dan kerja. Dia mahu menenangkan jiwanya yang kacau. Namun itu tidak mungkin dapat dilakukan kerana dia punyai tanggungjawab yang besar di Akram. Dia tidak boleh pentingkan diri sendiri hanya kerana apa yang telah berlaku.
Last edited by TJ2 on 6-3-2013 05:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ameer mengeluh. Dari hari pertama Dzariff menyertai Akram, lelaki itu sudah terang-terangan menunjukkan rasa suka pada Delia. Pada mulanya Delia memang tampak rimas tapi Ameer dapat lihat perkembangan hubungan mereka. Dari tidak rapat dan akhirnya berkawan baik. Selalu berbual dan kadang-kadang boleh dilihat Dzariff menebeng di tepi meja Delia hanya untuk berborak.
Dia tahu Delia marah kerana terasa seperti tidak dipercayai.Tapi bukan Ameer tidak percayakan Delia. Dia cuma risau jika Delia tertarik dengan Dzariff yang ternyata selalu memahami dan baik hati. Tidak seperti dirinya yang panas baran. Selalu sangat naik angin tidak tentu pasal. Perbezaan mereka terlalu besar dan secara peribadi Ameer rasa tergugat.
Memang Delia berjanji untuk mengahwininya tapi Ameer tidak mahu perkara itu berlaku hanya kerana perjanjian antara mereka. Dia tidak mahu berkahwin dengan perempuan yang menyintai lelaki lain. Lebih-lebih lagi kalau lelaki itu adalah sepupunya sendiri, Dzariff. Memang boleh buat dia mengamuk seantero dunia!
Ameer mengeluh lagi. Dada yang terasa perit diurut berkali-kali. Parah betul perasaannya kali ini. Seumur hidup, ini adalah kali pertama dia jadi sebegini rupa. Semua yang dilakukan serba tak kena. Nak kata ini pertama kali bercinta, rasanya tidak. Sebelum ini dia pernah punyai beberapa teman wanita selain Irina. Namun dia sedikit pun tidak pernah terusik jika ada orang lain mencuba untuk mengorat teman wanitanya.
Cuma kali ini dia rasa serba tidak kena. Padahal Dzariff tidak pernah pun berkata apa-apa menurut Delia. Kata Delia, dia dan Dzariff hanya berkawan. Seperti mana Delia berkawan dengan orang lain. Tapi, perasaan Ameer tetap tidak mahu kembali seperti biasa. Dia tetap risau jika suatu masa nanti apa yang terlintas di fikirannya itu akan menjadi kenyataan. Mau dia lari ke Alaska sebab terlalu kecewa!
Ameer tahu rasa yang ada di dalam hatinya ini wujud kerana dia terlalu sayangkan Delia dan anak-anak. Lima tahun melayani karenah Dani dan Dania buatkan dia lupa yang dua anak kecil itu bukan darah dagingnya sendiri. Dua anak kecil itu umpama terapi yang mampu buatkan dia lupa betapa letihnya diri menghadapi pelbagai masalah di tempat kerja. Karenah Dani dan Dania selalu buat dia tertawa. Dia tidak mahu ada orang lain merampas kasih sayang dua anak kecil itu dan menggantikan tempatnya sebagai daddy!
Last edited by TJ2 on 6-3-2013 05:23 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan dalam lima tahun ini banyak perkara yang buatkan dia tertarik pada Delia. Dia akui suatu masa dahulu memang dia bencikan Delia kerana menyangka perempuan muda itu adalah isteri kedua Baba. Madu kepada Ummi. Apa pun Baba beritahunya pada waktu itu, tidak akan dipercayainya. Semuanya bohong.
Hingga pada suatu hari Ummi datang padanya dan bercerita. Ummi bersungguh-sungguh kata Delia bukan isteri kedua Baba. Perempuan itu cuma seseorang yang perlukan bantuan dan dasar kemanusiaan Baba membantu. Sukar untuk dia percayai kata-kata Ummi tapi mahu tak mahu dia terpaksa juga telan setiap pesanan Ummi.
Bila Baba tawarkan jawatan kerani pengurusan pada Delia, dia membantah seratus peratus. Dia tak mahu Delia mempergunakan Baba untuk kepentingan sendiri. Tapi Baba pekakkan telinga dan buat tak tahu sahaja.Ternyata andaiannya tersasar jauh. Setiap hari memerhatikan Delia, perempuan muda itu kelihatan bersungguh-sungguh bekerja. Langsung tidak pernah membantah bila disuruh melakukan kerja orang lain.
Bila Syuhada letak jawatan, Delia terus dinaikkan pangkat untuk menggantikan Syuhada sebagai Setiausaha. Pada awalnya Delia memang kekok tapi perempuan muda itu jenis yang cepat belajar dan mudah untuk menerima arahan. Kalau kena marah pun tetap buat muka selamba.
Akhirnya, Ameer terpaksa akur bahawa Delia bukan seperti yang dia sangkakan. Malah tanpa diduga dia sendiri terpaut dengan peribadi ibu muda beranak dua itu. Maka sejak itu, dia terpaksa menjadi pemerhati dalam diam. Lebih-lebih lagi, di waktu itu Irina telah menjadi teman wanitanya.
Tapi siapa sangka Irina dapat menghidu perasaan yang dia sorok jauh di dalam hati. Bila gadis itu mula bertindak bukan-bukan, Ameer tidak tunggu lama dan terus putuskan hubungan. Rasa tak perlu untuk dia terus dengan Irina kerana hatinya memang tidak pernah tertulis nama gadis itu.
Peristiwa Delia diserang jadi pencetus untuk dia menyakini apa yang hadir dalam hati. Tidak mahu melopong kerana terlepas peluang, Ameer nekad mahu berterus terang. Lebih-lebih lagi bila lihat reaksi Dzariff pada waktu itu. Terlalu jelas perasaan yang terpeta di wajah Dzariff. Ameer jadi tidak keruan.
Jenuh dia merancang untuk meluahkan rasa hati tapi setiap kali berhadapan dengan Delia dia jadi haru biru. Tak tahu nak cakap apa. Padahal bukan tak biasa buat presentation depan orang ramai. Macam takde kaitan tapi konsep lebih kurang hihi!
Hinggalah waktu Delia meminta pertolongannya untuk mendapatkan kembali rumah arwah ayahnya. Spontan idea itu muncul di kepala Ameer. Memang nampak kejam tapi Ameer tahu apa yang dia mahu. Dan dia yakin mampu untuk buatkan Delia jatuh cinta padanya.
Ameer tarik nafas panjang sebelum keluar dari kereta. Beg computer riba digalas dibahu kiri. Lama-lama duduk dalam kereta pun bukan boleh selesaikan masalah!
Last edited by TJ2 on 6-3-2013 05:20 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
**********************************
Telefon Delia berdering-dering sejak tadi. Delia yang sedang sibuk menaip mengeluh bila lihat butang intercom yang menyala. Ada apa lagi si Laila ni?
“Yes…”
“Wei…ni ada orang datang hantar bunga lagi…” Ujar Laila, si penyambut tetamu di Akram. Delia hela nafas resah. Rimas dengan penghantaran bunga yang tidak berhenti-henti dari pagi tadi. Mentang-mentang banyak duit!
“Ambillah kalau you nak!”
“Betul ni, Dell?”
“Betullah.” Jawab Delia malas. Memang semua bunga yang dia terima dari pagi tadi telah disedekahkan pada staff-staff Akram. Nak bagi kat Cik Tong Sampah rasa macam rugi pula.
“Thanks, Dell.” Laila kedengaran girang. “Siapa yang rajin sangat bagi you bunga ni, Dell? Boyfriend ke?”
“Hurm…” Malas betul Delia nak jawab soalan itu. Lebih-lebih lagi hati tengah sakit. Kerja pula menimbun.
“You gaduh dengan boyfriend ke? Hantar bunga setiap satu jam ni. Gila la.”
Delia kerut dahi. Busybody pula cik mek molek dekat depan ni!
“Dah…dah…jangan nak buat gossip. Bye!”
Gagang terus diletak. Pandangan diarah kembali pada monitor Samsung di hadapannya. Minit mesyuarat terakhir untuk Family Day Akram diteliti sekali lagi. Dia perlu hantar minit ini bersama senarai sumbangan dari pihak pembekal kepada Ketua Committee sebelum jam 4 petang.
Semua mesti selesai secepat mungkin kerana hujung minggu ini Hari Keluarga Akram akan berlangsung selama tiga hari dua malam di Holiday Villa, Cherating. Cepatlah semua ni berlalu. Dah tak larat rasanya nak fikir pasal benda ni!
“Cik Kak…” Sebatang pen terasa jatuh di atas kepalanya. Delia berpaling dan Hani kelihatan tersengih. Sah minah ni yang baling pen!
“Sakit tau tak?”
Delia jeling Hani. Kepala yang konon-konon sakit itu digosok perlahan. Drama kena lebih!
Last edited by TJ2 on 6-3-2013 05:18 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ala…pen je kot. Bukan batu bata…” Seraya itu pen tadi jatuh tepat di dahinya. Hani terkedu. “Adeh!”
“Sakit tak?” Soal Delia selamba.
“Sedap.” Jawab Hani sambil jelirkan lidah. Kemudian keduanya sama-sama tertawa riang. “Beb…Boyfriend kau kaya ek?”
Mulut Delia sudah ternganga. Soalan apa yang dia dengar dari mulut Hani ni? Macam tak boleh nak faham je.
“Apa jenis soalan ni? Tak faham aku!”
“Setiap satu jam dia hantar bunga kat kau. Kau ingat bunga macam ni murah?” Tuding Hani pada sejambak bunga ros yang ada di atas mejanya. “ Sebab tu aku cakap boyfriend kau kaya.”
“Kalau kaya pun, harta bapak dia…”
Sudah boleh diduga tindakan Hani yang seterusnya. Seperti biasa gadis itu akan bertongkat dagu di mejanya ini. Delia senyum tipis.
“Untunglah kau. Boleh goyang kaki je.” Ujar Hani sambil mengintai bilik Ameer. Mana tau kot-kot Encik Singa tu tengah nak keluar. Memang cari naya la melepak macam ni!
“Sekarang pun aku tengah goyang kaki…” Delia terseringai bila tapak tangan Hani melakap di belakangnya. Pedih!
“Cuba serius sikit.”
“Yela…”
Hani pandang wajah Delia. Dia akui Delia ini cantik orangnya. Walaupun ringkas tetap nampak menawan.
“Siapa boyfriend kau? Tak pernah cerita pun. Patut tak pernah minat bila aku cerita pasal mamat-mamat handsome.”
Delia hanya sengih. Tidak tahu bagaimana mahu memulakan cerita. Kalau terus terang, confirm Hani boleh terduduk. Tapi takkan dia nak bercakap bohong?
“Kau rasa siapa?”
“Eh! Kau ingat makanan ke boleh nak rasa-rasa?”
Melihat Hani yang sudah bercekak pinggang, Delia tidak mampu untuk menahan tawanya. Hani ini selalu beraksi lebih-lebih. Padahal benda kecil je. Betul-betul drama queen!
“Kot-kot kau boleh rasa. Kau kan ada sixth sense. Sebab tu selalu bawa gossip terkini.”
Last edited by TJ2 on 6-3-2013 05:17 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Lama temannya ini terdiam. Seolah berfikir sesuatu. Delia senyum. Dia memang pasti Hani tau sesuatu.
“Takkan Encik Ameer tu boyfriend kau?”
Memang dia ada dengar desas desus itu tapi Hani malas mau ambil pusing. Lagipun di matanya Ameer dan Delia tampak sama seperti selalu. Singa tu pun tetap mengamuk macam biasa. Secara logic, takkanlah sampai hati marah awek sendiri!
“Kalau betul, macamana?”
Hani sudah ternganga tahap lalat mampu untuk terbang masuk. Betul-betul terkejut minah ni. Dah macam tak boleh nak terima hakikat!
“Kau biar betul?” Dada yang sesak ditepuk lembut. Jawapan Delia tadi benar-benar melangkaui akal warasnya. Macam tak percaya! Setahunya Ameer dan Delia tidak pernah sebulu. Setiap hari ada sahaja benda yang tidak kena di mata lelaki itu.
Mujur Delia jenis yang sabar. Selalu buat pekak bila dimarahi lelaki itu. Kalau Syuhada dulu, tak sampai tiga bulan terus bungkus kain baju. Nak balik kampung!
“Tak percayalah aku. Takkan mamat hati kering macam tu nak bagi kau bunga setiap satu jam macam ni. Tak mungkin! Aku tak percaya!”
Sungguh-sungguh Hani berkata. Delia Cuma senyum dalam diam. Tapi sebenarnya dia sendiri tidak percaya yang Ameer boleh berbuat seperti ini. Terasa seperti tidak masuk akal. Walaupun kad yang diterima tidak mempunyai nama tapi Delia tahu pengirimnya adalah Ameer. Setiap kad cuma ada perkataan SORRY. Jadi siapa lagi yang mahu memohon maaf darinya jika bukan Ameer?
Hari- hari mahu mempersoalkan benda yang sama. Hinggakan Delia bosan dan naik angin. Ameer seolah tidak mempercayainya. Ya, memang Delia akui dia senang dengan Dzariff. Tapi perasaan itu tidak pernah melebihi garisan yang sepatutnya. Dia dan Dzariff Cuma kawan! Dia tahu di mana hadnya selepas berjanji untuk mengahwini Ameer. Malah sebelum itu pun dia tidak pernah melangkaui batas itu.Tak perlu untuk bimbang!
Bila telefonnya berdering, Delia tepuk dahi. Entah untuk kali keberapa Laila menghubunginya untuk hari ini. Tadi sejam sekali, sekarang macam setengah jam sekali. Alahai…
Last edited by TJ2 on 6-3-2013 05:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
tu diaaaaa.. nnt sambung panjang-panjang lagi ek . |
|
|
|
|
|
|
|
Nah i plak bg bunga kt TJ
Asyik Delia je dpt bunga..
Nanti free,sambung lagi ya |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua....terima kasih TJ... |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih....nak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi.....tak sabar tunggu
|
|
|
|
|
|
|
|
sabar menanti.......
|
|
|
|
|
|
|
|
TJ. teruskan usaha mu |
|
|
|
|
|
|
|
Salam pagi Jumaat untuk semua..... |
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 8-3-2013 07:35 AM
Salam pagi Jumaat untuk semua.....
Salam kembali cegitu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengkiu TJ....
nah bunga.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Jumaat
nah munga utk semua
n3 br ptg sikit ek
|
|
|
|
|
|
|
|
akan ku tunggu sambungan itu....
tengkiu again... |
|
|
|
|
|
|
|
sy tunggu entry baru jugak....tqvm......nah
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|