CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 11-12-2012 08:51 AM | Show all posts
TT nak sambungan lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2012 09:01 AM | Show all posts
misssakura posted on 10-12-2012 06:39 PM
sakura mau sambung sudah...sebentar ya(mood indon tibe2)

tapi enggak cukup neng, mahu lagi
ayuh sambung lagi sebelum ku meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 09:02 AM | Show all posts
misssakura posted on 10-12-2012 06:40 PM
semestinya ending bg sebuah novel yg jahat tu akan merana...

andai yg jahat itu menang mmg akan meroyanlah ana nnt
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 09:03 AM | Show all posts
misssakura posted on 10-12-2012 06:41 PM
perlu ke naikkan r.a

reading access pun boleh jugak wat ganti reading permission
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2012 05:50 PM | Show all posts
sellie003 posted on 10-12-2012 10:39 PM
Drama queen punya pompuan...apalah shaz tak terus terg jek kat aliff perangai sebenr pompuan tuh.. ...

sje je nk pnjangkan citer... benda2 gni last sekali bru terbongkar biasanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2012 05:51 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 11-12-2012 08:51 AM
TT nak sambungan lagi....

okey cik... nk smbg dh ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-12-2012 05:53 PM | Show all posts
fatehana posted on 11-12-2012 09:02 AM
andai yg jahat itu menang mmg akan meroyanlah ana nnt

kalo ending org jahat yg menang baik toksah wat citer... sia2 bce. penat sakit hati je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2012 05:54 PM | Show all posts
Shazrina mengelap peluh yang memenuhi dahi dan segenap wajahnya.. masih ada rasa mengah dan penat setelah melakukan larian sebanyak 2 pusingan di kawasan taman permainan di taman perumahannya. Dia melabuhkan diri di bangku yang terdapat ditaman permainan itu setelah hampir 10 minit berdiri menyejukkan badan. Kata orang, tak elok terus duduk selepas bersenam.. nanti punggung akan melebar!

“kenapa awak pergi macam tu aje hari tu...” tegur Aliff yang turut melabuhkan diri disebelah Shazrina. Wajah Shazrina dipandang.

“sorry pasal tu... tiba-tiba ada hal urgent.. ingatkan nak mesej awak tapi lupa pulak lepas tu.” Tipu Shazrina dengan riak tidak bersalah. Penipuan gadis itu membuatkan hati Aliff sedikit menggelegak... mula nampak segala keburukan tingkah laku Shazrina.

“ooo...bukan apa. Terkejut jugak tetiba je tengok awak tak ada kat sana. Padahal saya tinggal sekejap je... ingatkan awak bergaduh lagi dengan Farah.” Duga Aliff tenang. Dipandang riak Shazrina yang sedikit berubah. Shazrina memaksa senyuman pada bibirnya.

“eh mana ada... tak sempat sembang pon dengan dia hari tu.” Dalih Shazrina dengan nada yang teragak-agak. Matanya dilarikan dari merenung sepasang mata milik Aliff. Hatinya berdebar sendiri.. dia bukanlah kategori pandai menipu tetapi dia juga tak nak mengaku persengketaannya dengan Farah. Buat masa ni biarlah segalanya disimpan terlebih dahulu. Aliff tidak perlu tahu semua tu.

“awak dengan Farah tu kawan biasa ke kawan luar biasa yer Aliff?” soal Shazrina apabila suasana bisu menghuni dia dan Aliff. Dia kuatkan hati untuk bertanya soalan cepumas terhadap Aliff. Manalah tahu Aliff dan Farah merupakan kekasih,jadi tidaklah dia terlalu mengharapkan Aliff. Tak dinafikan dia tahu dia masih sayangkan Aliff. Cinta lama sudah berputik kembali. Namun kalau dah nama hak orang, tak kuasa dia nak terhegeh-hegehkan diri. buat malu jer!

“kawan luar biasa tu macam mana Shaz?” usik Aliff meski pon dia faham maksud soalan Shazrina. Tersengih-sengih dia dengan pertanyaannya sendiri. Shazrina mencebik melihat senyuman nakal Aliff. Dia tahu Aliff faham dengan soalan yang diberikan.

“buat-buat tak paham pulak... jawab lah.” Marah Shazrina. Aliff ketawa kecil dengan amukan Shazrina.

“memang tak paham la.. bukan buat-buat tak paham.” Aliff masih lagi meneruskan aktiviti giat menggiat. Shazrina memandang lama wajah Aliff dengan mata yang terjengil. Buat-buat garang!

“kalo tak paham tak payah jawab la... senang citer!” rajuk Shazrina. Dia bingkas bangun untuk meninggalkan taman permainan sejurus pulang ke rumahnya.

“ala merajuk pulak mak cik sorang ni... tunggu lah dulu Shaz.” Jerit Aliff sambil menyaingi langkah Shazrina. Shazrina buat-buat tidak dengar. Dipanjangkan lagi rajuknya.

“ye saya cakap... janganlah merajuk.” Sela Aliff sambil menghentikan langkah dihadapan Shazrina. Berharap gadis itu turut menghentikan langkahnya.  Shazrina berhenti dan mendongak merenung wajah Aliff didepannya.

“dah apa tunggu lagi. jawab la.” Sergah Shazrina yang cuba menyembunyikan senyuman. Pandai aku merajuk! Ada jugak yang datang pujuk.

“saya dengan Farah kawan biasa jer... dengan awak baru luar biasa!”

“hah?” spontan mulut Shazrina mengeluarkan bunyi terkejut. Tersentak jiwanya mendengar jawapan terakhir dari Aliff. Aliff tersenyum manis..

“dah jom balik... dah lewat petang nih.” Dalih Aliff perlahan tanpa sebarang penjelasan dengan kata-katanya seketika tadi. Sengaja bermain tarik tali terlebih dahulu. Mahu membuatkan hati Shazrina tidak tenang untuk beberapa hari. Shazrina mahu bertanya lebih tetapi hatinya segan. Akhirnya dia mengekor sahaja Aliff untuk pulang ke rumah masing-masing.

Last edited by misssakura on 12-12-2012 06:00 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2012 09:17 PM | Show all posts
misssakura posted on 12-12-2012 05:53 PM
kalo ending org jahat yg menang baik toksah wat citer... sia2 bce. penat sakit hati je

tahu xper

dan mohtipppppp pendek bebenor nie, jenuh menunggu seharian taw tp seciput aje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2012 02:03 PM | Show all posts
fatehana posted on 12-12-2012 09:17 PM
tahu xper

dan mohtipppppp pendek bebenor nie, jenuh menunggu seharian taw tp seciput aje  ...

ampon........... jangan marah dulu.. busy sikit semalam..

sat sakura smbung bnyk2 sikit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2012 02:04 PM | Show all posts
“awak nak bawak saya pergi mana?” Shazrina menarik tali pinggang keledar setelah memasuki perut kereta BMW milik Aliff. Wajah Aliff yang tersenyum dikerling.

“date!” jawab Aliff sepatah. Shazrina mengeluh kecil dengan jawapan yang diterima dari Aliff.. tidak menjawab persoalan betul la... memang la aku tahu nak pergi date.. date kat mana?

“yer la date... tapi kat mane?” sela Shazrina. Aliff sudah memulakan permanduannya. Pelik sungguh Aliff ni.. lelaki itu siap berpesan supaya pakai biasa-biasa aje..tak payah pakai cantik-cantik. Bau-bau ikan betul kata-kata Aliff... biasanya kalau nak keluar dating mestilah kena pakai cantik-cantik.

“adalah..kita pergi tempat orang jarang dating.” Jawapan dari Aliff makin buat Shazrina tidak keruan.. dijeling Aliff tajam sehingga memecahkan gelak lelaki itu...Aliff menggeleng-gelengkan kepalanya dengan sikap Shazrina yang terlalu curiga.

“hei kenapa tengok saya semacam? Ingat saya orang jahat ke...” usik Aliff dengan tawa yang masih bersisa.. sengaja menggiat Shazrina.

“tempat orang jarang dating?? Awak cakap betul-betul dengan saya... kita nak pergi mana ni... saya tak nak kawin free tau!” bebel Shazrina... matanya merenung wajah Aliff yang sedang focus pada pemanduan. Terdengar ketawa meletus dari Aliff.

“awak ni macam tak kenal pulak perangai saya... trust me okey! Awak mesti suka tempat tu dan jangan risau bukan kita berdua je kat sana...” pujuk Aliff namun masih berteka-teki. Shazrina mencebik. Tidak puas hati kerana sampai ke sudah Aliff mahu berahsia dengannya. Special benar tempat itu!

“suka hati awak laa...” tutur Shazrina menutup topik perbualan mereka. Dia percayakan Aliff tetapi dalam masa yang sama dia tersangat ingin tahu ke mana mereka bakal pergi.. Aliff menggariskan senyuman kecil tatkala mengerling wajah Shazrina yang jelas tidak puas hati.

******



Shazrina mengerut dahi apabila kereta milik Aliff membelok masuk ke perkarangan rumah Seri Kenangan. Dipandang wajah Aliff yang tenang menghentikan keretanya.

“err...kita nak buat apa datang sini?” soal Shazrina dengan kerutan didahi.. dikerling wajah Aliff yang tersengih-sengih.

“dating la...” acuh tak acuh jawapan Aliff.

“dating? Kat tempat ni? Biar betik?” bertubi-tubi persoalan muncul dari mulut Shazrina.Wajahnya cukup jelas dengan riak tidak percaya. Aliff melepaskan tawa.. memang dia sengaja membawa Shazrina ke sini.. mahu mengenakan gadis itu atas alasan temu janji. Dia tahu orang seperti Shazrina semestinya tidak suka ke rumah orang-orang tua untuk memberikan sedikit sumbangan tenaga.

“betik la... tak kan pisang pulak... kenapa? Awak tak suka nak dating kat sini? Kalo macam tu kita ke tempat lain.” Cadang Aliff... sengaja mahu menguji Shazrina.

“eh kenapa tak suka pulak... bila lagi nak buat amalkan...” balas Shazrina dengan wajah yang yakin... namun jauh dihatinya tidak cukup ikhlas untuk beramal disini... tetapi demi cintanya terhadap Aliff diteruskan jugak rancangan lelaki itu.

“kalau okey jom kita turun... berkenal-kenalan dulu dengan pak cik mak cik kat sini.”Ajak Aliff masih lagi tersenyum... dia tahu apa yang ada disebalik hati Shazrina... nampak riak tidak ikhlas terpapar di wajah Shazrina.. ah bila lagi aku boleh kenakan gadis ini.

“jom la...” sokong Shazrina sambil membuka tali pinggang keledar. Cuba menguatkan diri dan berfikiran positif... ah tak matinya kalo buat khidmat masyarakat...tapi ini orang tak panggil dating!

“hei janji pukul 9, ni pukul 10 baru sampai....” bidas Izham yang sudah terpacak menunggu bersama Mimi. Shazrina sedikit tersentak lalu renungan dihadiahkan buat Aliff yang kelihatan tenang. Tidak mengerti bagaimana Izham dan Mimi turut berada di rumah Seri Kenangan. Macam dah berjanji jer!

“tunggu bidadari kita bersiap lama sangat..” usik Aliff... ketawanya bergabung dengan Izham yang nyata faham maksud Aliff.. sama sahaja Mimi dan Shazrina. Berjam-jam mengambil masa untuk bersiap!

“oit...dia yang datang lambat salahkan kita pulak.” Tutur Shazrina tidak mahu kalah. Sedap-sedap je Aliff menuduhnya...

“dah-dah tak payah nak berperang kat sini... jom kita masuk jumpa penguasa dulu.” Aju Mimi sambil menggeleng-gelengkan kepala. Memang hari ini mereka berpakat membuat double date dan seperti biasa mereka memilih tempat yang berfaedah untuk merapatkan silaturahim. Lebih baik begini daripada berpeleseran tidak tentu hala...

Last edited by misssakura on 13-12-2012 02:11 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2012 02:12 PM | Show all posts
“jarang ada anak muda nak datang jenguk orang-orang tua macam kami ni...” luah mak cik Bedah ketika Shazrina sedang memotong kuku wanita itu. Shazrina tersengih mendengar kata-kata mak cik Bedah.. mak cik, saya pon macam tu.. kalau tak kerana ikut boyfriend saya datang sini, saya pon tak muncul kat sini mak cik...balas Shazrina didalam hati.. namun, di akui dia mula selesa melayan karenah mak cik-mak cik disini.. Mimi pula sedang menyikat dan mendandan rambut seorang lagi penghuni yang digelar mak cik Eton.

“mak cik dah lama ke tinggal kat sini?”Shazrina cuba beramah mesra... sesi pemotongan kuku kaki pula bermula.. dari pandangan matanya, dia tahu mak cik Bedah dijaga dengan baik disini. Tengok sahaja kuku kaki dan tangan yang bersih dan bau badan yang wangi mengukuhkan lagi pendapatnya.

“dah lama dah... dekat 3 tahun. Mak cik tak ada anak... suami pon dah meninggal...rumah mak cik pulak dah tak ada....... itu yang jiran-jiran suruh mak cik daftar masuk rumah ni.” Cerita mak cik Bedah tanpa disuruh. Ah tiada apa-apa yang perlu dirahsiakan tentang kisah hidupnya..

“kenapa dengan rumah mak cik?” Shazrina bertanya pelik. Apa maksud rumahnya dah tak ada. Habis tu ke mana rumah yang dikongsi dia dan suami dahulu?

“rumah mak cik ranap dalam kebakaran... arwah pak cik pon meninggal masa kebakaran tu.” Terang mak cik Bedah... jelas ada nada getar dalam butir bicara orang tua itu.. Shazrina menggenggam erat tangan yang sudah berkedut seribu itu. Cuba menyalurkan rasa simpati dan semangat.

“sabar yer mak cik... dugaan semua tu... Allah tak bagi dugaan yang hambaNya tak mampu lalui..” pujuk Shazrina bersama senyuman tipis. Cuba memberi semangat yang hilang kepada mak cik Bedah.

“mak cik dah redha nak... dah lama semua tu berlalu. Lagi pon, mak cik gembira duduk kat sini... ada kawan-kawan baru.. ada banyak aktiviti.. mak cik pon dah tak sempat nak ingat kenangan silam mak cik bila duduk kat sini.” Balas mak cik Bedah tenang... terukir senyuman manis dibibir tuanya. Shazrina membalas senyuman itu sebelum memulakan aktiviti urut mengurut pula...

Last edited by misssakura on 13-12-2012 02:17 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2012 02:18 PM | Show all posts
Izham dan Mimi sedang bersama-sama menjemur pakaian yang sudah siap dicuci di ampaian... ada sahaja cerita disamping gelak tawa di antara mereka. Memekarkan rasa kasih dan sayang sesama mereka.

“eeee...abang ni. Jangan la kacau line Mimi.” Bebel Mimi dengan mulut yang terjuih. Izham sibuk menjemur selimut yang digunakan oleh warga rumah Seri Kenangan ditali yang sudah di cop oleh Mimi.

“ala biar la... Mimi pergi la jemur kat sana... biar abang yang jemur kat sini pula.” Sengaja Izham mahu mengusik tunang tersayang... mahu menghiburkan suasana diantara mereka. Aliff dan Shazrina pula membuat kerja di dapur membantu beberapa makcik- mak cik dapur.

“tak payah nak mengada... Mimi cop dulu tali bahagian sini... abang pergi kat sana.”Jawab Mimi tidak mahu mengalah. Cadar yang terdapat di dalam bakul diambil dan diperah terlebih dahulu. Kemudian dia sangkut dengan kemas dan di kepilnya dengan penyepit kain.

“ala Mimi... panas la kat sana.. nanti hitam la abang.. tak hensem la nak bersanding dengan sayang nanti.” Ujar Izham... tidak habis-habis nak menggeletis dengan tunangnya.

“habis tu kalo Mimi hitam tak pe la ek?”

“kalo Mimi hitam tak adalah orang sibuk tackle Mimi... selamat hidup abang.” pandai sahaja Izham mengayat... Mimi mencebik.. bukan boleh percaya pon mulut manis Izham ni.

“aik...orang tackle Mimi tak boleh... tackle abang tak pe pulak yer...” marah Mimi.. Marah-marah manja sahaja. Bukan serius pon.

“korang berdua ni kena kawin cepat-cepat... padan sangat pak cik tengok.” Tegur pak Dollah yang membawa satu bakul lagi pakaian yang baru sahaja selesai dicuci. Diletakkan bakul tersebut dikawasan ampaian yang masih kosong. Mahu menjemur pakaian tersebut. Izham dan Mimi tersengih-sengih malu dengan kata-kata pak Dollah namun masing-masing gembira dengan ucapan itu. Amin...

“insyaAllah pak cik... kalo tak da aral melintang, hujung tahun ni kahwin la kami..” balas Izham sopan dengan senyuman yang tidak lekang dibibir. Lagi 5 bulan tempoh yang dijanjikan bakal tiba. Kalau ikutkan hari ini juga dia ingin bernikah tetapi memandangkan kewangan bakal isteri belum kukuh, gadis itu meminta sedikit masa lagi.

“nanti jangan lupa jemput pak cik tau... insyaAllah sampailah pak cik kat sana.” Minta pak Dollah.. teringin dia melihat pasangan serasi didepannya kini bersanding dipelamin. Melihat Izham dan Mimi mengingatkan pak Dollah terhadap anak-anaknya..tapi sayang anak-anak tidak pernah ingat padanya. kalo diorang ingat, mustahil aku dihantar disini...

“insyaAllah pak cik... tunggu je la kad dari kami.” Ujar Mimi pula. Masing-masing menyambung tugas yang masih tertunggak dengan gurauan dan gelak tawa.


Last edited by misssakura on 13-12-2012 02:22 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2012 02:26 PM | Show all posts
Shazrina memotong bawang satu persatu... sebentar lagi Aliff akan membantu mak cik Zaidah, kak Najwa dan kak Masya untuk memasak makanan tengahari. Menu tengahari hari ini ialah gulai ayam, sayur goreng dan telur dadar.

“sebenarnya awak ni pernah masuk dapur tak?” Sapa Aliff sambil menghampiri Shazrina yang terhegeh-hegeh memotong bawang. Nampak sangat gadis itu kekok dengan kerja-kerja didapur. Mak cik Zaidah sedang membasuh ayam, manakala kak Najwa dan kak Masya sedang sibuk memotong sayur.

“ish apa pulak tak pernahnya... sorry sikit ni Shazrina okey.” Balas Shazrina penuh berkeyakinan. Malunya kalo kakak-kakak dan mak cik –mak cik kat sini tahu perangai dia yang tak pandai buat kerja-kerja dapur. Maklumlah dari kecil lagi dah ada orang gaji. Aliff ketawa mengekeh dengan perangai Shazrina yang tidak reti mengalah. Nak jugak menjawab.

“ye la... kat dunia ni manusia mana tak pernah masuk dapur ek... melainkan rumah dia tu tak ada dapur...” giat Aliff lagi..

“awak nak kata saya tak pandai masakkan.. betul tak?” marah Shazrina tetapi suaranya diperlahankan. Malu kalau kak Najwa dan Masya mendengar pertelingkahan kecil antara dia dan Aliff.. Aliff memang suka cari pasal dengannya... gembira agaknya kalo boleh menyakatnya.

“mana ada... awak je yang terasa... saya tak kata apa-apa pon...peace!!” Aliff mengangat jari telunjuk dan jari hantu lalu membentuk lambang peace. Shazrina menjulingkan matanya ke atas. Macam la aku tak tahu perangai kau tu Aliff...hatinya berbisik lagi.

“mari la saya tolong... saya kesian kat pak cik mak cik kat dalam tu. Dah kebulur menunggu makanan tengahari.” tambah Aliff lagi sambil mengambil sebilah lagi pisau untuk mengupas bawang dan memotongnya.. Shazrina mencebik geram. Nak tunjuk bakat pandai memasak lah tu. Di sapu sedikit matanya pedih. Dah berkantung-kantung air mata berjuraian kesan dari memotong bawang.

“kerja awak dah siap ke? Sibuk je nak menolong orang.”  

“macam mana nak siap kalo bahan-bahannya tak siap-siap...” ujar Aliff selamba. Di ambil tisu yang ada didapur tersebut lalu diberikan kepada Shazrina.

“nah tisu... pergi la basuh mata tu. Pedihkan.” Suruh Aliff lembut. kesian pula dia melihat Shazrina menangis tak henti-henti... air bawang memang sangat pedih! Dia faham perasaan itu. Shazrina akur lalu menghampiri sinki untuk membasuh matanya yang pedih.

“romantiknya pasangan berdua ni... bila kamu nak masuk minang Shaz, Aliff...” tegur kak Najwa yang kebetulan melihat adegan memberi tisu. Tersenyum dia melihat kemesraan yang terjalin antara Shazrina dan Aliff. Wajah Shazrina sudah mula memerah. Aliff sekadar tersenyum tenang.

“hish kak Najwa ni... ada ke cakap macam tu. Kami ni kawan je la.” Bantah Shazrina dengan senyuman segan. Tak enak pula mendengar pertanyaan sebegitu sedangkan Aliff langsung tiada rancangan untuk menyambung semula hubungan cinta yang telah lama terputus. Hubungan mereka kini tak lebih kepada teman tapi mesra...kalau ikutkan memang Shazrina cintakan Aliff tetapi masakan perigi mahu cari timba. Kalau Aliff mengajaknya bercinta semula memang tidak akan ditolak!

“iye ke kawan ni... jangan pendam-pendam perasaan tu.. kalo sayang luahkan je. Takut nanti melepas ada yang menangis tak berlagu.” Usik kak Najwa dengan penuh maksud tersirat sambil meletakkan sayur yang sudah siap dipotong di satu sudut dapur. Sebentar lagi mereka akan memulakan akiviti masak memasak. Aliff tersenyum sambil melirik kearah Shazrina yang kebetulan sedang memandang kearahnya. Mata mereka bersambung sebelum Shazrina mengalih pandangannya.

“kalo ada jodoh tak ke mana kak... akak doa-doakan la kami yep.” Balas Aliff tenang. Mempamerkan wajah serius tanda dia ambil pusing tentang hubungannya dan Shazrina. Shazrina mencuri pandang ke arah Aliff... ada rasa debar dan gembira mendengar bicara ikhlas dari lelaki itu.. harap-harap Aliff tidak bergurau dengan apa yang dikatakan kerana dia benar-benar sayangkan Aliff.

Last edited by misssakura on 13-12-2012 02:34 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 08:35 AM | Show all posts
misssakura posted on 13-12-2012 02:03 PM
ampon........... jangan marah dulu.. busy sikit semalam..

sat sakura smbung bnyk2 sikit ...

tq sbb sambung byk2, ttp rasa cuak apa plan si aliff utk kenakan shaz
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 01:50 PM | Show all posts
Harap2 Rahsia Farah Terbongkar................huhuhuhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2012 01:37 AM | Show all posts
menyampah ngan farah.. talam bermuka2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2012 11:22 AM | Show all posts
Setelah bersalam-salaman dengan warga rumah Seri Kenangan, Aliff dan Shazrina mula memasuki perut kereta untuk pulang ke rumah masing-masing... jam sudah pun menunjukkan pukul 4 petang. Ada eloknya mereka beredar terlebih dahulu. Mimi dan Izham turut sama mengundurkan diri dari sesi khidmat masyarakat yang dijalankan.

“awak okey tak? Penat?” sapa Aliff disaat matanya mula memberi tumpuan dijalan raya. Sesekali wajah Shazrina yang kelihatan penat dijeling. Terdengar keluhan kecil dilepaskan.

“hmmm okey je... penat tu memanglah penat tapi berbaloi... first time saya datang buat kerja kat rumah orang tua.. memang pengalaman yang menarik dan menyeronokkan.” Jelas Shazrina... dia ikhlas dengan kata-katanya. Bukan sekadar manis dibibir semata-mata. Sangkanya leceh untuk melayan warga emas tetapi rupanya tidaklah seperti yang dibayangkan. Malah banyak perkara baru dipelajarinya terutamanya ilmu didapur bersama Aliff dan kakak-kakak dan makcik-mak cik dapur.

“lega saya dengar jawapan awak.. ingatkan awak tak suka aktiviti macam ni. Maklumlah,orang muda macam kita biasanya lagi suka keluar shopping, tengok wayang atau makan-makan...” jawab Aliff tenang namun dihatinya tak setenang kata-kata yang meluncur dibibir. Hatinya berharap Shazrina terasa terseksa dengan aktiviti mereka hari ini namun lain pula jadinya. Gadis itu nampak mudah sekali selesa dengan orang-orang tua di rumah Seri Kenangan.

“well...kalo ikutkan saya pon memang suka aktiviti shopping, makan-makan bla.bla..bla..tapi sekali sekala tukar angin pon tak salah. Awak selalu ke pergi menolong kat rumah orang tua tu?” melalui pemerhatian Shazrina, Aliff kelihatan begitu arif dengan suasana di rumah Seri Kenangan malah warga tua dan pekerja disana begitu serasi dengannya. Seperti sudah lama kenal.

“nak kata selalu tu tak adalah... kadang-kadang tu ada jugak la.. saya start berjinak dengan aktiviti macam ni masa duduk kat Universiti... dan insyaAllah cuba akan teruskan perkara ni.” Luah Aliff merendah diri. Shazrina senyum mendengar jawapan Aliff. Sejuk hatinya melihat tingkah laku dan budi bicara Aliff yang jelas sangat matang. Lelaki ini sangat baik budi pekertinya..kadang-kadang rasa macam tak sesuai pula untuk dia menyukai Aliff.

“Shaz.........” panggil Aliff disaat suasana bisu menghuni suasana didalam kereta. Shazrina membuang pandang kearah Aliff yang kelihatan tenang memandang jalan raya.

“yer...kenapa?” Tanya Shazrina ringkas. Meminta penjelasan dengan panggilan Aliff yang tiba-tiba.

“pasal kak Najwa cakap tadi tu.... awak rasa mungkin tak terjadi antara kita.” Soal Aliff perlahan. Sabar menanti jawapan dari Shazrina yang diam membukam. Shazrina tidak terkata dengan soalan yang tiba-tiba menjengah.

“maksud awak....”

“kita jadikan hubungan ini lebih serius... ke arah alam rumah tangga.” Potong Aliff. Ada rasa debar menanti jawapan dari Shazrina. Jawapan ini bakal menentukan sama ada rancangan yang direncanakan menjadi atau tidak. Shazrina diam lagi. dia gembira tetapi semuanya terlalu mendadak. Tiba-tiba sahaja Aliff memandang serius tentang hubungan mereka.

“it’s okey kalau awak tak nak... maybe bersahabat lebih baik untuk kita.” Tambah Aliff lagi. tidak mahu terlalu menggesa Shazrina. Bukankah bersabar itu kunci kejayaan?

“give me sometime to think about this... kalo ada jodoh, insyaAllah tak ke mana.”Putus Shazrina lembut. badan dan otaknya terlalu penat untuk memikirkan soalan yang melibatkan masa depan. Dia perlukan sedikit masa untuk menimbang baik buruk keputusan yang bakal dibuat. Ahh tak lari gunung dikejar... itulah prinsipnya.

“okey...awak fikir lah masak-masak sampai hangus pon tak apa... saya sedia menanti jawapan... tapi satu je saya nak beritahu... perasaan saya terhadap awak masih sama seperti 10 tahun lepas... tak kurang malah mungkin lebih tu ada.” Tegas Aliff untuk meyakinkan Shazrina. Shazrina tersengih mendengar bait-bait bicara yang dituturkan oleh Aliff... gembira kerana perasaan cinta dan sayang Aliff masih ada untuk dirinya.

Last edited by misssakura on 17-12-2012 11:27 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2012 11:28 AM | Show all posts
Shazrina mengacau air mountain dew yang terisi didalam gelas. Sudah 2 keping pizza selamat masuk ke dalam perutnya. Wajah Aliff yang bertentangan dengannya dipandang tepat. Aliff mengelap bibirnya yang agak berminyak setelah menjamah sepinggan spegetti sambil matanya turut merenung wajah Shazrina.

“hmmm...macam mana dengan soalan saya hari tu?” ungkit Aliff lembut. dia berharap jawapan yang menggembirakan diterima petang ini.

“awak betul-betul tak ada perempuan lain yang awak suka selain saya ke Aliff?”Shazrina menghadiahkan Aliff soalan yang lain pula. Dia perlu tahu status sebenar Aliff.. dia tidak mahu dirinya menjadi perosak kebahagiaan orang.

“tak ada Shaz.. saya hanya tunggu awak je dalam masa 10 tahun ni. Saya ingat lagi janji awak yang nak bincang semula pasal hubungan kita dimasa hadapan. Dan saya yakin masa ini adalah sangat sesuai!” terang Aliff yakin. Dia menyedut minuman mountain dew yang berada didepannya.

“Farah?”

“seperti yang saya cakap hari tu, Farah hanyalah kawan sahaja. Kawan baik saya... tak lebih dari itu dan awak tak perlu rasa terancam dengan kehadiran Farah.” Ujar Aliff lagi. Shazrina bermain-main jarinya sendiri. lama dia berfikir meski pon jawapan sudah ada didalam benaknya. Antara yakin atau tidak sahaja untuk diluahkan jawapan yang bakal merubah corak hubungan mereka nanti.

“Shaz.....”panggil Aliff bagi menyedarkan Shazrina yang dia masih lagi menunggu jawapan akhir dari gadis itu. Shazrina menghalakan pandangan ke arah Aliff sebelum menunduk.

“it’s okey kalo awak tak boleh terima saya... saya tahu cinta tak boleh dipaksa. Lagi pon, kita baru je jumpa balik tak sampai 2 bulan. Normal la kalo awak tolak cinta saya.” tambah Aliff tatkala dipandang riak wajah Shazrina. Sengaja memberi sedikit tekanan terhadap gadis itu dengan jawapan ala-ala berserah gitu.

“hei bila pulak saya cakap saya tak terima awak...” bantah Shazrina dengan senyuman kecil. Aliff memandangnya serius.

“jadi awak terima saya? macam tu?” kata Aliff pula. Shazrina diam lagi. sengaja bermain tarik tali. Dalam hatinya ingin sahaja dia ketawa bagaikan digeletek usus apabila melihat riak wajah Aliff..

“Shaz...tell me now. Janganlah buat saya macam ni.” Gesa Aliff agak keras. Supaya Shazrina berhenti dengan sikapnya yang berdolak dalih. Shazrina tersengih mendengar arahan dari Aliff.

“saya cintakan awak dan saya memang nak teruskan hubungan serius dengan awak...” jujur jawapan dari Shazrina dengan senyuman mesra. Tak dinafikan pipinya terasa tebal semacam selepas meluahkan kata-kata itu. Aliff mengucap syukur mendengar jawapan dari Shazrina.

“Alhamdulillah...terima kasih sayang... sebab sudi terima saya semula. Saya pon cintakan awak...” Aliff membalas kata-kata cinta. Mereka tersenyum sesama sendiri sebelum meneruskan aktiviti makan-makan yang tergendala dan seterusnya pulang.


Last edited by misssakura on 17-12-2012 11:32 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2012 11:32 AM | Show all posts
Shazrina mengerling jam pada pergelangan tangannya... dah dekat pukul 3 petang. Lambat lagi ke mamat ni nak turun. Bebel Shazrina yang penat menunggu Aliff. Dia dan Aliff merancang untuk keluar berjalan-jalan sebentar lagi dan Aliff memintanya menunggu didalam kereta sementara dia ada hal untuk diselesaikan sekejap. Satu keluhan kecil dilepaskan. Perkara paling memenatkan adalah menunggu. Seminit bagaikan setahun lamanya. Shazrina membuka pintu kereta dan keluar untuk mendapatkan angin luar. Bosan pula memerap di dalam kereta. Badannya disandarkan pada kereta Myvi  miliknya.

Mata Shazrina menangkap kelibat seorang nenek tua yang membawa barang yang sarat ditangannya mahu melintas jalan raya yang agak sibuk. Shazrina tergesa-gesa menghampiri nenek tua tersebut untuk membantu beliau melintas jalan raya.

“nenek nak melintas ke?” tegur Shazrina sopan. Nenek tua yang bertongkat itu kelihatan sedikit terkejut dengan sapaanya.

“yer cu...” jawab nek Mah. Wajah Shazrina yang tersenyum lembut dipandang.     

“kalo gitu mari saya pimpin tangan nenek...” Shazrina menawarkan bantuan. Nenek tua itu mengangguk tanda setuju.

“hmm sebelum tu nek... bagi barang nenek tu kat saya. biar saya bawak.” Tambah Shazrina lagi.

“tak menyusahkan cu ke?” Nek Mah sedikit ralat. Dia tidak mahu menyusahkan orang yang langsung tidak dikenali. Sudah cukup baik wanita didepannya kini mahu membantu melintas jalan.

“hish tak de la nek... tak susah pon... mari saya tolong bawak barang tu.” Ulang Shazrina sekali lagi. beg plastik bertukar tangan. Shazrina memimpin tangan tua nek Mah untuk melintas jalan raya yang agak sibuk didepan restoren Cake House.

“terima kasih cu... hanya Allah je mampu balas jasa cucu ni..” ucap Nek Mah apabila selesai melintas jalan. Shazrina tersenyum mesra.

“sama-sama nek... nenek balik dengan siapa ni?” Shazrina sekadar berbasa-basi.Tertinjau-tinjau juga matanya mencari ahli keluarga nenek didepannya kini.

“dengan cucu...”

“nenek ni kan Aqil dah cakap tunggu depan kedai sana.... degil la.” Bebel seorang lelaki muda yang menghampiri Shazrina dan nek Mah. Jejaka itu kelihatan terkejut dengan kewujudan Shazrina disamping neneknya.

“ehh cikgu Shaz.... buat apa kat sini.” Tegur Aqil sambil tersenyum mesra. Lesung pipit dikedua belah pipinya menambahkan lagi kecomelan wajahnya.

“laa...nenek Cikgu Aqil ke. Saya tolong nenek cikgu lintas jalan tadi.” Beritahu Shazrina senang. Cikgu Aqil yang merupakan cikgu bujang yang menjadi gilaan pelajar-pelajar perempuan disekolahnya.

“kamu berdua dah kenal ke?” celah nek Mah apabila melihat Shazrina dan Aqil seperti sudah mengenali antara satu sama lain. Melalui pemerhatiannya, wanita yang membantunya ini merupakan seorang guru.

“cikgu kat sekolah Aqil nek...” jawab Aqil ringkas.

“terima kasih la cikgu sebab tolong nenek saya... kami balik dululah yer. Assalamualaikum.” Aqil dan nek Mah meminta diri. Beg yang berada dalam genggaman Shazrina bertukar tangan. Shazrina membalas salam yang dikirim perlahan. Dari jauh Aliff memandang adegan Shazrina membantu nenek tua yang tidak dikenali itu. Hatinya tiba-tiba terasa berbelah bagi untuk meneruskan rancangan jahatnya. Shazrina nampak jauh berubah berbanding zaman remajanya. Namun, mengingatkan kata-kata nista Shazrina terhadap emaknya dan dirinya, layanan buruk Shazrina kepada Farah menguatkan semangatnya untuk meneruskan misi membalas dendam.

Last edited by misssakura on 17-12-2012 11:37 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.057307 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list