CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 23-10-2012 05:03 PM | Show all posts
Iollss dah stat suka ngan atirah hehehehehe.... Sian nad, moga2 dia tabah dlm menghdapi dugaan ini semoga nad kuat utk mendptkan blk cinta ilham sedey woooooo.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 05:03 PM | Show all posts
Miss smbunglah lg tak cukuplah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 06:06 PM | Show all posts
Ala cina nad.....atira pun satu.. memang la betul nak tlg kawan tp siasat la dulu...

kompom la pn maimun saya nad lepas ni .. x jadi nak ambil tira jadi menantu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 08:34 PM | Show all posts
Miss, edisi mlm takde ke... Slalunya ada utk edisi mlm hikhikhikhikhik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 11:52 PM | Show all posts

Puan Maimun bergerak laju menuju kearah Ilham yang membawa beg berisi pakaian untuk keluar dari rumah mereka. Cuba ditahan anak terunanya dari meninggalkan dia dan suami.

“Ilham nak pergi mana  dengan beg-beg ni semua....”tegur encik Johari yang berada di ruang tamu. Puan Maimun mara ke arah Ilham.

“Ilham dah tak kuasa nak duduk dalam rumah ni. mengadap muka mama..... papa tanya mama apa yang dia dah buat. Tak serik-serik dengan perangainya yang dulu tu.” Keras suara Ilham. langsung tidak dipandang wajah mamanya yang berada didepannya.

“mama mintak maaf Ilham.... mama buat semua ni untuk kebaikan Ilham juga.” Minta puan Maimun. di pegang beg pakaian Ilham untuk menghentikan langkah jejaka itu.

“apa kebaikan yang Ilham dapat mama......... mama dah lupa ke apa yang mama dah buat 2 tahun lepas. Kenapa mama masih nak ulang lagi kesilapan yang sama.”

“ap ayang mama dah buat ni.........” soal encik Johari yang tidak mengerti situasi kini. Dipandang wajah tegang anaknya sebelum menoktahkan pandangan kepada sang isteri.

“dia upah pengintip untuk intip Ilham lagi.... mama memang tak serik. Tak cukup hanya kerana pengintip mama dulu yang menyebabkan Rania meninggal. Ilham tak faham la perangai mama ni.” Jawab Ilham bagi soalan papanya. Beg yang dipegang dihempas kasar. Cuba melepaskan rasa amarah yang mencengkam dalam jiwa.

“ya ALLAH Mun...... awak buat lagi kerja tu.” Encik Johari terkejut. Patutlah Ilham marah berapi-api kepada mamanya. Dia sendiri tidak berkenan dengan sikap puan Maimun yang terlalu mengongkong Ilham.

“abang.......saya buat semua ni untuk Ilham.... abang sanggup ke tengok Ilham asyik bertukar-tukar kekasih. Kekasih dia pulak semua stok-stok entah apa-apa. Saya tak tahan abang. sebab tu saya hantar pengintip untuk mengintip perangai kekasih dia. Tapi semuanya maklumat yang saya dapat semuanya tak elok tentang perempuan tu. Abang nak saya duduk bertenang melihat perangai anak saya yang makin lama makin liar macam ni. Ke hulu ke hilir bawak anak dara orang.” Luah puan Maimun. kenapa semua tidak nampak apa yang dia cuba lakukan. Ingat dia saja-saja membuang duit mengupah pengintip!

“Ilham tahu apa yang Ilham buat....... mama tak payah masuk campur.” Tinggi suara Ilham.

“mama tahu Ilham salahkan mama tentang kematian Rania. Tapi semua tu bukan mama yang nak. Semua tu kemalangan. Mama akui mama salah sebab tak benarkan Ilham berkahwin dengan Rania. Tapi, apa yang mama cuba buat sekarang ni adalah untuk betulkan kesalahan mama. Mama tak sanggup tengok hidup anak mama hilang arah hanya kerana seorang perempuan. Mama nak Tyra jadi menantu pon sebab setakat ini hanya itu pilihan yang terbaik untuk Ilham... selepas Rania mana ada Ilham bawak perempuan yang senonoh. Yang boleh dijadikan isteri, menantu mama dan papa juga ibu kepada anak-anak Ilham nanti? Takkan perempuan begitu Ilham nak jadikan isteri. Gantikan tempat Rania.” tambah Puan Maimun yang mula teresak-esak kecil.

Dia buat semua ini untuk anak kesayangannya tapi langsung tidak dihargai. Siapa cakap dia tidak menyesal setelah kematian Rania. Dia cukup menyesal lagi-lagi kerana dia tidak pernah sempat meminta maaf atas kekasaranya terhadap Rania. Tapi, sekarang dia cuba buat yang terbaik untuk anaknya. Salah ke? Lagi pon dia yakin Rania pon ingin perkara yang sama. Ilham bagaikan terkejut mendengar kata-kata mamanya. Itukah tujuan puan Maimun menghantar pengendap dalam hidupnya.

“jadi mama buat semua ni untuk tebus kesalahan mama terhadap Ilham dan Rania? Macam tu?” soal Ilham lambat lambat. suaranya yang tadi kuat menengking kini mula mengendur. Anggukan dari puan Maimun buat hati Ilham mula sedar. Sangkanya, mama langsung tidak kisah dengan pemergian Rania. Dia fikir mamanya langsung tidak terkesan apabila Rania meninggal. Rupanya, mamanya juga turut rasa menyesal dan bersalah. Jadi silap dia lah selama ini kerana berpoya-poya dengan perempuan yang entah apa-apa demi menyakit hati mamanya sehingga menyebabkan mamanya terpaksa mengumpah pengintip lagi hanya untuk menyelamatkan dia dari terus hanyut dalam dunia ciptaannya sendiri.

“ye Ilham.... mama buat semua ni sebab mama nak tahu perkembangan anak mama yang dah jauh dari mama... jauh dari Allah. Kalaulah Ilham bawak perempuan yang elok untuk dijadikan isteri mama tak akan halang cinta Ilham lagi. itu janji mama selepas pemergian Rania.. tapi apa mama tahu Ilham bercinta dengan Maslina yang kaki pengikis malah sibuk berpoya-poya dengan jantan lain selain Ilham...perempuan macam tu ke Ilham nak mama jadikan menantu? Salah ke mama upah pengintip hanya untuk mama tahu gerak geri Ilham yang makin liar? Untuk menghalang Ilham dari terus merosakkan diri Ilham dengan bercampur dengan orang yang bukan-bukan? Salah ke Ilham?” soal puan Maimun dengan tangisan yang makin kuat. Encik Johari memeluk lembut bahu isterinya yang teresak-esak didepan anak mereka. Ilham merenung lama wajah ibunya. Dia meraup wajahnya perlahan. Hatinya dipagut rasa bersalah dan menyesal yang menggila.

“maafkan Ilham mama........... maafkan Ilham”  rayu Ilham lantas memeluk kemas puan Maimun. Dia baru tersedar kesilapan dirinya apabila mendengar luahan hati ibunya. Ya Allah apa dah aku buat kat mama aku ni. Aku berdosa ya Allah. Ampunkan aku!

“maafkan mama Ilham...... mama yang salah. Kalau mama setuju Rania dan Ilham nak kahwin dulu pasti situasi sekarang tak jadi macam ni...” minta puan Maimun pula.

“tak mama... mama tak salah. Yang salah adalah Ilham.”

“tapi mama yang mulakan dulu Ilham. kalaulah mama restu hubungan kamu dahulu. Mesti semua ni takkan jadi macam ni.” Ulang puan Maimun lagi. Rasa bersalah terhadap anak dan bekas kekasih anaknya menimpa-nimpa kebahunya.

“dah la tu mama....... benda dah lepas. Pasal Rania tu Ilham tahu bukan salah mama dan pasal pengintip ni pon mama tak salah.. yang salahnya Ilham yang suka buat perangai. Buat hati mama dan papa tak tenang.” Pujuk Ilham lembut. Encik Johari tersenyum mesra melihat sesi bermaaf-maafan yang berlaku didepan matanya. Dia tahu semua ini hanya salah faham sahaja. Mereka perlu berbincang hati ke hati baru masalah sebegini boleh selesai.


Last edited by misssakura on 24-10-2012 12:00 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 12:01 AM | Show all posts
Nadrisa mengetuk pintu bilik Ilham kuat. Dia mahu menemui lelaki itu untuk kali yang terakhir. Mungkin ini yang terakhir antara mereka. Kalau dah tiada jodoh, siapa dia untuk melawan. Dia yakin Allah dah tentukan yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

“masuk”. Dingin sahaja suara dari dalam membenarkan dia masuk. Nadrisa masuk dengan langkah kanan. Doa dipanjat kehadarat Ilahi. Permintaannya supaya segala-galanya berakhir dengan tenang.

“cakap sekarang apa kau nak... aku tak nak masa aku membazir kerana kau.” Suruh Ilham dingin. Badannya dipusing membelakangi Nadrisa. Sebenci itu dia terhadap Nadrisa kini. Pandang wajah gadis itu pon dia tak sudi. Nadrisa cuba menahan sebak yang mula menguasai diri. Hatinya hancur berkecai melihat sikap Ilham yang begitu membencinya. Namun apa yang dia boleh buat. Orang dah tak sudi. Masakan kita nak memaksa lagi.

“saya minta maaf tentang..............” belum habis lagi kata-kata Nadrisa, Ilham sudah pon memotong ayatnya. Muak barangkali mendengar suara Nadrisa.

“straight to the point... masa aku beharga. Tak seperti masa kau.” Kasar sungguh bahasa Ilham. Nadrisa tersentap. Matanya yang terang seketika tadi mula kabur. Terasa ada air suam yang mula memenuhi tangkung matanya. Nadrisa cuba menguatkan diri. Dia tidak rugi kalau lelaki seperti Ilham tak sudi dengannya. Bisik hatinya cuba memberi motivasi pada diri sendiri.

“saya nak berhenti kerja........”

“memang itu yang kau patut buat pon... kalau kau tak berhenti hari ini memang aku nak pecat kau...... dan sekarang aku dah tahu apa yang kau nak cakap. kau boleh keluar sekarang, kemas barang-barang yang kau ada dan aku nak kau pergi sebelum tengahari. Aku tak nak tengok muka kau lagi selepas tengahari nanti.” Arah Ilham tanpa sempat Nadrisa menghabiskan ayatnya. Nadrisa mengetap bibirnya...cuba menahan air mata yang sudah memenuhi kolam matanya daripada gugur.

Hatinya cukup terkilan melihat sikap Ilham. Sampai hati awak Ilham.... awak lupa janji awak nak percayakan saya walau apa pun yang terjadi. Tengok sekarang apa dah jadi? Awak langsung tak berikan saya peluang untuk beritahu perkara sebenar. Awak memang kejam...

“tunggu apa lagi.... berambuslah. Atau nak aku hamparkan karpet merah.” Tinggi suara Ilham yang menyedari Nadrisa masih belum lagi meninggalkan biliknya. Beberapa titik air mata mula menuruni kelopak mata Nadrisa. Dia mula bergerak meninggalkan Ilham yang masih duduk membelakanginya. Saya doakan awak bahagia dengan hidup awak...... ucap Nadrisa serentak meninggalkan Ilham. Mungkin ini yang terbaik untuk mereka.

Last edited by misssakura on 24-10-2012 12:08 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-10-2012 12:11 AM | Show all posts
Sherasi posted on 23-10-2012 08:34 PM
Miss, edisi mlm takde ke... Slalunya ada utk edisi mlm hikhikhikhikhik....

ade je Sherasi.......... lambat sikit update pasal layan drama td..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 12:14 AM | Show all posts
redsentra posted on 23-10-2012 06:06 PM
Ala cina nad.....atira pun satu.. memang la betul nak tlg kawan tp siasat la dulu...

kompom la pn ...

org kalau dh jeles memang macam tu ... tp x pe atirah dh sedar pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2012 12:16 AM | Show all posts
rafflesia76 posted on 23-10-2012 04:53 PM
nak lagiiiiiiiii

k... dh smbung
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 01:33 AM | Show all posts
Hukhukhukhuk, siannya kat nad... Jgn bgn pluang kat ilham nad....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 01:37 AM | Show all posts
Tq miss sbb mlm ni ada edisi mlm tho lambat sbb smlm takde... ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 08:04 AM | Show all posts
Salam n morning....
sedihnye ilham buat nad camtu...sambil baca air mata meleleh nih....
kasar sungguh bahasa ilham ye...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 08:19 AM | Show all posts
Kesian Nad...rasanya ilham marah bukan sbb nadrisa nih gila duit tp sbb nadrisa nih sanggup jd sepai mama dia seperti yg sudah2 ...angkara sepai tuh kekasih hatinya arwah...dan lg lak dia rasa tertipu dgn nad...marah punya pasl tuh yg dihina nad tanpa akal yg waras...rasa marah, kecewa & sedih tuh dah campur2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 08:29 AM | Show all posts
Elok gak nad pegi...bior ilham rasa camna kehilangan org tersyg depan mata...lagi2 tyra ngaku salah dia yg terburu2...masa tuh nyesal pon tak guna dah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 08:38 AM | Show all posts
nape mummy ILHAM x cover langsung pasal NAD pun...
kesian NAD...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 09:01 AM | Show all posts
sellie003 posted on 24-10-2012 08:19 AM
Kesian Nad...rasanya ilham marah bukan sbb nadrisa nih gila duit tp sbb nadrisa nih sanggup jd sepai ...

tp sellie...yg geram tu mokcik mun xde pn nk backing si nad tu kn...at least pujuk si ilham tu ke kn...kalu pn dia xsuka nad kapel ngan ilham mengaku la yg dia yg suh nad jgn libatkan nama dia if rahsia tu terbongkar...biar ilham tau yg mak dia tu jenis yg lepas tgn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 09:12 AM | Show all posts
hurm mokcik mun nape x ckp terus je...kang nad hilang baru haru biru jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 09:12 AM | Show all posts
rafflesia76 posted on 24-10-2012 09:01 AM
tp sellie...yg geram tu mokcik mun xde pn nk backing si nad tu kn...at least pujuk si ilham tu ke  ...

Yup, apalah mak mun nih sian nad tiada pembelaan...mana tuan umah nih x sambung lg....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 10:49 AM | Show all posts
maap semua... baru bngn nih... cuti2 malaysia la kte kan sekarang
k.... sakura smbung bnyak2 sikit hari ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 10:50 AM | Show all posts

“kau yakin dengan keputusan kau ni Nad?” soal Dahlia sekali lagi. Dia turut membantu Nadrisa mengemas pakaian untuk disimpan didalam beg. Dia bakal bersendiri mulai esok. Tiada lagi teman suka dan dukanya. Wajah Nadrisa yang semakin kurus dipandang hiba. Dia tahu penderitaan yang ditanggung Nadrisa dan dia juga tahu keputusan yang dibuat oleh gadis ini juga adalah yang terbaik untuk masa sekarang.

“yer Lia.... aku rasa aku patut buat semua ni dari dulu lagi. Aku kena ubah hidup aku. Aku tak nak orang pandang hina aku hanya kerana aku orang tak berwang.”Balas Nadrisa tenang namun masih terdengar kekerasan dalam kata-katanya.

“kau ni buat part time ke full time? Kat mana?” tanya Dahlia lagi. Dia berminat juga namun rasa tak sesuai untuk masa sekarang. Dia bakal berkahwin tak lama lagi. Takkan nak pergi sambung belajar waktu-waktu nak nikah ni.

“part time... aku pon kena kerja jugak nak sara mak dengan abah aku. Nak harapkan adik aku tu sorang sahaja tak boleh kot. Dia pon dah ada keluarga sendiri. sekarang ni pon dia tengah  pregnant anak kedua.” Cerita Nadrisa. dia bakal menyambung pengajiannya ke peringkat ijazah dalam bidang perakaunan secara sambilan.

“aku simpati kat kau Nad... walau apa pon yang berlaku kau jangan lupa aku selalu ada bersama kau. Jangan lupa aku tau Nad. kalau ikutkan hati aku, mahu je aku join kau sambung belajar tapi aku dah nak kahwin bulan 3 ni. Macam tak sesuai la pulak kan.” Jelas Dahlia. Dia memegang lembut jari jemari Nadrisa yang tersenyum kearahnya.

“tak payah kau nak mengada Lia.... karang merajuk Midi tu. kau jugak yang susah nanti. lagipon, kita bukannya  dah tak jumpa lepas ni... insyaAllah, kalau tak ada aral aku akan selalu jumpa kau. Sampai kau bosan.” Pujuk Nadrisa. bukan Dahlia sahaja yang sedih, malah dia juga sedih untuk berpisah dengan temannya sorang ini. dia memang tak ramai kawan dan Dahlialah kawan yang paling setia dengannya.

“yer la tu..... nanti aku kahwin kau jadi pengapit tau.” Minta Dahlia gembira. Nadrisa mengangguk tanda setuju. Kawannya bakal meninggalkan zaman bujang tidak lama lagi. Dia tumpang gembira untuk Dahlia.

“kau sambung mana ek?”

“insyaAllah UITM. Kalau ada rezeki la..” Nadrisa membalas ringkas.

“kerja dah dapat?”

“dah........ rumah sewa jer tak cari lagi.”

“ni kau nak balik pekan dulukan. Nanti kirim salam kat mak dengan abah kau. Jangan lupakan aku yer Nad.” Minta Dahlia lagi. Dia memeluk lembut temannya. Air mata tersembur deras mengenangkan perpisahan yang kian menjemput. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan begitulah jua antara dia dan Nadrisa.

Last edited by misssakura on 24-10-2012 10:57 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.223780 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list