CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
 Author| Post time 6-5-2012 11:21 PM | Show all posts
Faiz resah sepanjang perjalanan ke rumah Lea. Tak tahu apa yang difikirkan. Seperti yang telah dirancang, Farina sengaja mengadakan makan malam pada hari ini, dan menyuruhnya menjemput Lea datang.  

“Assalamualaikum” Sesampai di rumah Lea, Faiz memberi salam.

“Waalaikumsalam” Puan Arifah menjawab. Dia melihat Faiz sudah berada di luar.

“Apa khabar makcik?” Faiz menghulurkan tangan.

“Sihat. Masuklah dulu. Lea dalam bilik, tengah bersiap”

Faiz senyum, melangkah masuk. Sementara menunggu Lea, dia berbual-bual dengan Puan Arifah.

“Faiz, makcik nak tanya boleh?” Puan Arifah berkata.

“Ada apa mak cik?”

“Makcik ni, nak berkias-kias makcik tak pandai” Puan Arifah berkata lagi, menunggu reaksi Faiz.

Faiz menjadi semakin resah dengan kata-kata Puan Arifah, namun dia mengangguk tanda faham.

“Faiz… suka pada Lea?” Perlahan-lahan Puan Arifah bertanya.

Faiz tersenyum. Ingat apalah tadi.

“Saya dah lama sukakan dia makcik. Sejak dulu lagi. Saya betul-betul sayangkan Lea” Faiz berterus terang. Tak guna dia cuba menyembunyikan lagi perasaannya ketika ini.

Puan Arifah senyum. Lega hatinya mendengar jawapan Faiz.

“Kalau macam tu, makcik minta Faiz buatlah dengan cara beradat ya. Jangan lama-lama”

“InsyaAllah makcik, secepat mungkin” Faiz menjawab, memahami maksud Puan Arifah. Puan Arifah tersenyum lagi.

“Ibu, Faiz dah samp….” Lea yang sedang menuruni tangga ternampak Faiz yang sedang berbual-bual dengan ibunya. Faiz yang membelakangkan Lea menoleh. Nafasnya terasa sesak tiba-tiba.

“Oh, dah sampai” Lea berkata, tidak menyedari yang Faiz merenungnya tidak berkelip.

“Lea pergi dulu” Lea menghulurkan tangannya pada Puan Arifah, lalu tangan ibunya dicium.

“Pergi dulu makcik” Faiz berkata. Puan Arifah mengangguk dan tersenyum.
************************************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2012 11:26 PM | Show all posts
Faiz diam sepanjang perjalanan. Sesekali dia mengerling ke arah Lea yang sedang berceloteh sedangkan dia cuma membalas dengan angguk atau geleng atau senyum. Sesekali menyampuk dengan perkataan Ya ke? ataupun eh ataupun oh. Penyakit berat mulutnya sudah datang kembali.

Tidak pernah dia melihat Lea berbaju kurung sebelum ini. Selalunya jeans dan t-shirt atau sesekali dipadankan dengan blaus. Solekannya pula ringkas, secalit gincu dan bedak. Tapi malam ini, Lea kelihatan berbeza. Baju kurung putih terletak elok ditubuhnya di hiasi dengan kerongsang. Solekan wajahnya juga kelihatan lebih anggun. Rambutnya di sanggul kemas. Hanya sepasang subang mutiara dijadikan aksesori.

“Kau dengar tak?” Tiba-tiba dia terdengar Lea bertanya.

“Apa dia?”

“Dinner ni untuk apa?” Tanya Lea lagi.

“Oh, saja suka-suka” Jawab Faiz.

“Jauh lagi ke rumah kau?” Tanya Lea.

“Tak”

Lea pula menjadi resah bila Skyline GTR milik Faiz mula memasuki perkarangan sebuah banglo mewah. Entah kenapa tiba-tiba perasaannya jadi tak menentu.

“Faiz, kita patah balik boleh?” Lea berkata.

Faiz mengangkat kening. “Kenapa?” Lea hanya mengangkat bahu.

“Kau ni fikir bukan-bukan. Tak ada apalah” Faiz menyambung kata. Enjin keretanya dimatikan. Lalu dia  keluar, membukakan pintu untuk Lea di sebelah sana.

“Jom” Faiz menghulur tangan kepada Lea sambil tersenyum. Lea tergamam, namun tangan Faiz di sambut jua.

Hai lah hati, cuba bawa bertenang. Yang kau main drum ni kenapa?

Lea memerhatikan beberapa buah kereta yang ada di situ sambil mencongak berapa ramai tetamu yang datang.

Taklah ramai. Majlis apa ni?

Belum sempat Faiz memberi salam, terdengar suara berkata ‘Tu, dah sampai pun’.

“Assalamualaikum”

“Waalaikummusalam” Beberapa suara menjawab.

‘‘Pak Cu.. Pak Cu’’ Seorang kanak-kanak perempuan keluar meluru ke arah Faiz. Tapi langkahnya terhenti bila melihat Lea di sebelah Pak Su nya.

‘‘Ni capa ?’’ Fifi bertanya pelat, malu-malu sambil menunjuk ke arah Lea.

‘‘Ni Aunty Lea. Salam’’ Jawab Faiz. Fifi menghulurkan tangan kecilnya kepada Lea. Lea menyambut sambil tersenyum.

Comelnya. Rasa nak gigit…

Datuk Halim dan isterinya keluar menyambut di muka pintu sambil tersenyum mesra.

“Abah, mak, this is Adalea” Faiz memperkenalkan.

“Lea, my parents” Lea bersalam dengan kedua-dua ibu bapa Faiz. Lea terasa pelik, bukan ke Faiz kata mama dia dah meninggal…

“Mak tiri” Dia terdengar Faiz berbisik di telinganya.

‘‘Apa khabar Datuk, Datin ?’’ Lea yakin, sebentar lagi dia juga bakal terkena penyakit berat mulut.

‘‘Tak payah nak berdatuk datinlah, panggil pakcik dengan makcik je’’ Datin Rohani menjawab. Lea tersenyum segan.

‘‘Ini Farina, Kak Ngah aku’’  Lea senyum sambil menghulurkan tangan tapi terkaku bila Farina memeluknya.

‘‘Ini Taufiq, Farina’s husband. Yang tu Along aku, Faris’’

‘‘Asyikin’’ Isteri Faris pula menghulurkan tangan.

Makan malam itu berjalan dengan baik. Lea yang pada mulanya segan dengan keluarga Faiz mula berasa selesa. Macam-macam cerita dibualkan. Manakala Datuk Halim lebih suka mendengar, cuma sesekali bertanya.

Ada chance ni, Faiz tersenyum sendiri.

“Faiz” Bahunya di tepuk. Along rupanya.

“Angah cakap kau nak kahwin?”

“Shhh. Lea tak tau lagi” Jawab Faiz.

“Tak tau apanya? Bukan dia girlfriend kau ke?” Faris berasa pelik

“Haah.. girlfriend. Tapi belum rasmi lagi”

“Pulak” Faiz hanya tersengih.
**********************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2012 11:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 30-5-2012 08:40

Faiz membiarkan saja Lea berbual-bual dengan keluarganya. Dia duduk sendirian mengambil angin di luar rumah sambil memetik gitar memainkan lagu yang entah apa.

“Faiz”

Faiz menoleh. Tersenyum.

Lea turut tersenyum, lalu mengambil tempat disebelah Faiz.

“Lawa rumah kau” Kata Lea yang sebenarnya tiada modal nak berbual dengan Faiz. Faiz disebelahnya tersenyum lagi.

Mamat ni… cakap sepatah senyum. Cakap dua patah pun senyum.

Lea kembali memerhatikan sekeliling rumah Faiz. Telahannya betul, dia juga dah terkena penyakit berat mulut yang agak kronik. Agak lama mereka diam melayani perasaan masing-masing.

“Nyanyilah. Kata Lea, memecah sunyi. Faiz mengangkat kening.

‘‘Nak aku nyanyi ke?’’ Lea tersenyum. Mengangguk.

‘‘Okay, aku nyanyi. Kau jangan tidur pulak” Kata Faiz. Lea tersenyum lagi.

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku







Mata Faiz memandang Lea, sesaat pun matanya tidak melepaskan wajah itu. Kali ini dia tak peduli. Hatinya terasa kembang dan berbunga. Tiada kata-kata dapat diungkapkan...tidak mampu diungkapkan. Dia berharap Lea mengerti isi hatinya saat ini.

Lea juga seolah-olah terpaku memandang Faiz. Matanya cuba dilarikan, malu ditenung lama. Semakin kuat debaran hatinya.

“Pak Cu, mainlah lagu Papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta…” Suara halus itu berkata.

Lea dan Faiz serentak menoleh lalu kepala mereka berlaga.

“Aduh” Lea mengangkat muka. Dia melihat Faiz juga sedang mengosok-gosok dahi.

“Fifi, sini. Jangan kacau Pak Su dengan Aunty Lea” Panggil Asyikin. Fifi segera berlari ke arah ibunya.

Faiz tiba-tiba ketawa. Gitar ditangannya diletakkan di tepi. Dia menarik tangan Lea dan digenggam erat, seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Lea membiarkan sahaja.
***********************************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2012 11:33 PM | Show all posts
Sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya, Lea hanya diam. Debaran hatinya belum lagi hilang. Tiba-tiba dia terasa kekok. Faiz di sebelahnya juga mendiamkan diri.

“Err..Lea.. err.. dah.. dah sampai rumah” Faiz berkata, kelihatan dia menarik nafas dalam-dalam beberapa kali. Lea hanya tunduk dan senyum. Tak tahu apa yang perlu di katakan. Faiz keluar, membukakan pintu untuk Lea di sebelah sana.

“Thanks eh.. errr… Sebab ajak aku datang rumah kau..” Faiz hanya merenung Lea sambil tersenyum.

“Aku rasa tak nak baliklah. Tidur aje kat sini, boleh?”

“Jangan nak mengada”  Faiz ketawa.

“Aku masuk dulu eh?”

“Cepatnya?”

Kalau aku duduk lama-lama dengan kau kat luar ni, jangan kata jantung, isi perut semua gugur. Tak pasal-pasal aku jadi penanggal.

“Esok nak kerja” Faiz tersenyum.

“Drive elok-elok. Assalamualaikum”

“Waalaikummusalam”

“Adalea..” Baru dua tapak melangkah, namanya di panggil lagi. Lea menoleh.

“Will you marry me?”
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 08:46 AM | Show all posts
saat akhir baru nk melamar ya...

Nicki pun time ni la dia nk tekan brake

p/s: mlm td faiz x dtg
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 08:47 AM | Show all posts
saat akhir baru nk melamar ya...

Nicki pun time ni la dia nk tekan brake

p/s: mlm td faiz x dtg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2012 11:09 AM | Show all posts
Yes..yes adalea
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 12:03 PM | Show all posts
Reply 304# Nicki_Meow

auuwww ..... ...

yes faiz yeeess  .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2012 12:15 PM | Show all posts
Reply  Nicki_Meow

auuwww .....  ...

yes faiz yeeess  .....
hotmum Post at 7-5-2012 12:03


Yes bg pihak siapa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 12:20 PM | Show all posts
Reply 309# ladyFinger12

.. bagi pihak diri sendiri buleeyy .... ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2012 12:27 PM | Show all posts
Reply  Nicki_Meow

auuwww .....  ...

yes faiz yeeess  .....
hotmum Post at 7-5-2012 12:03


Cheq yang malu tiba-tiba.....

Motippppp?????? ahahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 12:28 PM | Show all posts
Reply 311# Nicki_Meow

biasala ... merasakan diri ini adalah adalea ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2012 03:14 PM | Show all posts
Faiz: Sampai hati kau tinggalkan aku sorang-sorang kat luar rumah.

Lea: Sorry

Faiz: Kenapa kau lari?

Lea: Terkejut

Faiz: Teruknya terkejut sampai macam tu sekali…

Lea: Kau dah sampai rumah ke?

Faiz: Dah.

Senyap.

Faiz: Lea… Please answer my question.

Lea: Which question?

Faiz: Yang tadi tulah

Lea: Yang mana?

Faiz: Yang tadi….

Senyap.

Faiz: Lea.. aku nak jawapan.

Lea: Aku ngantuklah. Tidur dulu ya..

Faiz: Aku nak jawapan… SEKARANG!

Senyap.

Faiz: Lea..tolonglah jangan dera perasaan aku.

Lea: Ask me the question again…

Faiz: Will you marry me?

Lea: Yes…
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 03:31 PM | Show all posts
Faiz: Sampai hati kau tinggalkan aku sorang-sorang kat luar rumah.

Lea: Sorry

Faiz: Kenapa kau ...
Nicki_Meow Post at 7-5-2012 15:14


YESSSS!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 04:46 PM | Show all posts
Yessssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2012 09:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 7-5-2012 21:50

Part 2 - Episode 38

“Kita nak pergi mana ni?”

“Jumpa kawan lama” Faiz menjawab sambil tersenyum.

“Siapa?”

“Adalah. Tak surprise lah kalau aku cerita sekarang”

“Taknaklah surprise, surprise. Cakaplah nak pergi mana?”

“Kau ni, banyak betul soalan”

“Yalah..Tanya pun tak boleh” Lea muncung tapi Faiz hanya ketawa. Keretanya sudah meluncur menuju ke arah Rawang.

“Okay… dah sampai” Faiz berkata setelah memberhentikan kereta di sebuah kedai makan. Lea hanya mengerutkan kening. Tanpa berkata apa-apa, dia keluar dari kereta.

Ain Tomyam & Seafood.

Lea membaca sekali lalu nama kedai makan itu.

“Jom” Mereka melangkah masuk lalu mengambil tempat duduk. Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan.

“Awe, Kak Ain ada?” Faiz bertanya.

“Ada”

“Tolong panggil dia kejap” Pelayan itu hanya mengangguk dan berlalu.

“Kak Ain?” Lea mengerutkan kening.

“Laaaa… korang ke?” Suara nyaring kedengaran.

“Kak Ain” Lea teruja. Dia bangun lalu berpelukan dengan Ain.

“Eee… lamanya tak jumpa. Apa khabar? Wahhh… korang. Bukan main lagi...” Ain bersuara. Dia tersenyum-senyum melihat Faiz dan Lea bergilir-gilir.

“Sam.. sini. Ambil order sini dulu. Korang nak makan apa, order je. Akak belanja hari ini” Lea dan Faiz tersenyum. Budak yang di panggil Sam itu datang lagi lalu mereka memesan makanan.

“Bila Kak Ain bukak kedai makan ni?” Lea bertanya.

“Dah dua tahun” Ain menjawab.

“Boleh tahan ya”

“Bolehlah sikit-sikit nak cari rezeki” Lea tersenyum.

“Macam mana kau dapat cari Kak Ain?” Lea mengajukan soalan itu pada Faiz.

“Facebook” Faiz dan Ain menjawab serentak. Mereka ketawa.

“Tak sangka akak, menjadi juga korang berdua ya?. Akak ingat, lepas dah berhenti dekat Cik Mat dulu, korang dah tak berjumpa lagi” Lea dan Faiz tersenyum memandang antara satu sama lain.

“Macam mana korang boleh berjumpa balik ni?” Ain bertanya lagi.

“Panjang cerita dia kak” Faiz menjawab.

“Ala, cerita jelah” Mereka kembali berbual. Sesekali ketawa bila ada sesuatu yang melucukan.

“Kau tau Lea… si Kudin ni dah lama ada hati dengan kau. Sanggup dia minta akak letakkan sekali kau dengan dia dalam satu shift”

“Iya?” Lea memandang Faiz.

“Isk, Kak  Ain ni… janganlah pecah rahsia” Faiz mengetap bibir.

“Iya Lea. Tapi tulah akak pelik, kata nak mengurat, tapi di bantainya buli kau hari-hari” Faiz hanya tersengih memandang Lea. Lea memandang Faiz lagi. Keningnya terangkat.

“Jadi, bila korang nak bertunang ni?”

“Bulan depan kak” Faiz menjawab pantas.

“Eloklah tu. Jangan tunggu lama-lama. Tak elok” Faiz mengangguk, memandang sekilas wajah Lea yang terpinga-pinga

“Eh.. makanlah” Makanan yang di pesan sampai. Mereka makan sambil berbual.

*******************************************************************************

“Bertunang bulan depan?” Lea bertanya kepada Faiz. Faiz hanya tersenyum mengangguk.

“Kau tak cakap apa-apa pun?”

“Nak cakaplah ni. Bulan depan kita tunang ya?” Lea memutarkan matanya ke atas.

“Cepatnya”

“Cepat? Aku dah tunggu enam tahun…” Lea tersenyum mendengar kata-kata Faiz.

“Mana sempat nak prepare barang-barang?”

“Aik.. kau kan tauke butik pengantin. Takkan tak sempat?”

“Oh yelah. Petik-petik jari, semua barang dah siap sendiri kan…” Faiz hanya mengelengkan kepala.

“Kuat melawan”

“Nasiblah…” Faiz memutarkan biji matanya ke atas.

“Betul ke Kak Ain cakap, kau sengaja minta shift sama dengan aku masa kita kerja dulu?” Faiz hanya tersengih.

“Patutlah hari-hari nampak muka kau”

“Kenapa, tak suka?”

“Masa tu, menyampah pun ada. Hari-hari bertekak…” Mereka ketawa lagi.

“Sekarang?” Lea diam, tidak menjawab soalan. Membuang pandang ke luar tingkap, menyembunyikan senyum. Faiz turut tersenyum.

“Kenapa dulu kau tak pernah cakap pun yang kau suka kat aku?” Lea bertanya.

“Dulu, kau ada Shafiq. Takkan aku nak suka-suka rampas girlfriend orang lain” Faiz memberitahu.

Shafiq... Lea menelan air liur.

“Kenapa tiba-tiba kau sebut pasal Shafiq?”

“Tak ada apa-apa" Lea diam.

"Kenapa tiba-tiba kau nak terasa aku sebut pasal Shafiq?”

“Tak ada apa-apa” Faiz hanya mengerling Lea di sebelahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2012 10:11 PM | Show all posts
cemburu mai dah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2012 10:13 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 39

“Faiz!” Suara Emalin yang baru menerjah masuk kedengaran agak keras. Faiz yang sedang menulis sesuatu mengangkat muka.

“Sampai hati you!” Emalin menjerit. Suaranya dapat di dengari hampir seluruh ofis.

“Lin, kenapa terjerit-jerit ni?”

“Kenapa you tanya?” Faiz memandang muka Emalin lama. Akhirnya dia mengerti. Dia yakin Emalin sudah pun mendengar berita itu.

“You cakap you sayangkan I. Tapi you nak tunang dengan perempuan tu”

“Adalea”

“I don’t care what her name is” Emalin menjerit lagi.

“Calm down, Lin” Faiz menarik nafas lalu di hembuskan perlahan.  

“Faiz…” Kali ini nada suara Emalin seperti merayu.

“You nak I cakap apa?”

“Say that you love me”

“Lin, I dah banyak kali cakap dengan you. I tak boleh terima you lebih dari apa yang you harapkan”

“Tapi I sayangkan you Faiz. Dari dulu lagi I sayangkan you. Takkan you tak faham? Takkan you tak nampak selama ni?”

“I’m sorry Lin, tapi I…. I tak boleh”

“Apa kurangnya I, Faiz?”

“Nothing Lin. You tak ada apa pun yang kurang”

“Kalau tak ada, kenapa you tak boleh terima I? Kenapa bila perempuan tu tiba-tiba muncul, you senang-senang je boleh terima dia?”

“Lea tak muncul tiba-tiba. I dengan dia memang dah kenal lama. Sejak enam tahun lepas. Dan hati I pun tak pernah berubah, sejak enam tahun lepas…”

“Faiz… I sayang you. I dah lama sayangkan you” Emalin merayu lagi.

“Lin, which part of my words that you don't understand?”

“Tapi, mama you dengan mama I dah plan nak kahwinkan kita”

“That was just a plan. I tak ada perasaan pada you pun, nak kahwin macam mana?”

“Look, mama you yang dah janji dengan mama I, yang kita akan berkahwin. Takkan you nak lawan cakap mama you?”

“Lin! Mama I dah tak ada, okay? Dah meninggal. Kalau dia hidup lagi pun, dia takkan boleh paksa I kahwin dengan orang yang I tak sayang. You faham tak?” Kali ini suara Faiz agak kuat.

“Faiz, please. I sayangkan you” Faiz menarik nafas lagi.

“Lin…I sayangkan Adalea. I tak mampu nak terima orang lain selain dia. Tolonglah faham”

“Tak, I tak faham. I taknak faham. Selama ni, I ada depan you, kenapa you langsung taknak terima I. Bila you jumpa perempuan tu, senang-senang je you cakap you sayangkan dia”

“Lin, listen….”

“No, you listen! Kalau I tak kahwin dengan you, takkan ada orang lain yang boleh kahwin dengan you” Emalin bangun, meninggalkan Faiz yang terdiam.   

Faiz menarik nafas, lalu meraup rambutnya ke atas. Fail di atas meja di tutup lalu dia duduk menyandar di kerusi. Matanya di pejamkan.
*************************************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2012 10:18 PM | Show all posts
“Assalamualaikum mama” Faiz mencium tangan ibunya. “Waalaikummusalam”

“Mama dah makan?”

“Dah” Datin Faridah tersenyum memandang Faiz. Antara tiga orang anaknya, wajah Faiz yang paling banyak mengikut rupanya.

“Mama makan apa? Nak Faiz belikan apa-apa ke?”

“Eh, tak payah. Mama dah makan bubur tadi. Faiz dah makan?” Faiz hanya mengangguk, tidak berkata apa-apa. Dia mengambil tempat di sebelah mamanya. Sudah menjadi kebiasaannya pula, setiap kali pulang ke rumah, dia akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya sepuluh minit berbual dengan Datin Faridah.

“Faiz pergi mana tadi?” Tanya Datin Faridah.

“Tengok wayang dengan Lin” Datin Faridah tersenyum.

“Emalin tu cantik” Faiz pula tersenyum, namun tidak berkata apa-apa.

“Faiz suka dengan Emalin?” Faiz hanya memandang wajah mamanya. Tidak menjawab soalan.

“Baik Emalin tu. Mama suka dia. Kalau boleh, mama nak dia jadi menantu mama”

“Mama, boleh tak kita cakap pasal benda lain?” Faiz berkata sambil membuat muka kurang senang.

“Mama sebenarnya dah merancang dengan Aunty Sarah, nak kahwinkan Faiz dengan Emalin” Faiz diam lagi. Ini bukan kali pertama Mama bercerita tentang rancangan yang satu itu.

“ Tapi kalau Faiz tak setuju, tak apalah” Datin Faridah berkata perlahan. Ada nada kecewa dalam suara itu. Tapi, Datin Faridah takut untuk memaksa. Bimbang sekiranya Faiz meninggalkannya lagi.

Faiz memandang ibunya, lalu tangan Datin Faridah di genggam.

“Mama, please. Kalau Faiz ada buat silap dengan mama, Faiz minta maaf. Tapi tolonglah, kalau pasal jodoh, pasal kahwin, biarlah Faiz tentukan sendiri.. ya?” Lembut Faiz berkata, namun tegas.

“Jadi, memang Faiz tak ada apa-apa perasaan dengan Emalin?”

“Tak ada ma. Sikit pun tak ada. Lin tu macam adik Faiz sendiri. Lagipun….”

“Faiz dah ada buah hati ke?” Datin Faridah meneka, setelah melihat Faiz terdiam agak lama.

“Kalau Faiz dah jumpa dia, Faiz bawa dia datang jumpa mama”

“Yalah. Jangan lama sangat. Mama ni, tak tau berapa lama lagi boleh hidup”

“Mama….” Tapi Datin Faridah hanya tersenyum, cuba menutup rasa kecewa di hati.

Kenangan bersama arwah mamanya terukir kembali di ingatannya.
Faiz mengeluh perlahan.

*********************************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2012 10:26 PM | Show all posts
Emalin masih duduk bersandar di dalam keretanya. Sudah 15 minit dia memakirkan keretanya di tempat letak kereta The Zouk. Tapi dia tidak keluar. Matanya di pejamkan.

“Janji dengan I, jangan pergi lagi ke tempat-tempat macam tu”

“Kalau I janji, boleh tak you pun janji dengan I, jangan jumpa perempuan tu lagi?”

“Lin…hal ni tak ada kena mengena dengan Lea”

“Ada. I benci dia. I tak suka dia. Di sebabkan dia, you langsung tak pedulikan I. You buat I macam patung”

“I tak tau dah macam mana nak cakap dengan you. But please, tolonglah jangan buat benda-benda bodoh tu lagi. Ingat pada mama, pada papa. Diorang sayangkan you”

“You, tak sayang I?”

“Sebab sayang I nasihat you” Mata Emalin terbuka. Dia mengeluh. Telefon bimbitnya berbunyi.

“Hello”

“Ema, where are you? Kenapa tak sampai lagi ni?” Suzy bertanya.

“Aku..aku ada hal. Tak dapat datang” Emalin menjawab. Talian segera di putuskan.

“Kenapa???” Emalin menjerit. Dia sendiri tidak mengerti. Faiz tidak cintakannya. Tapi dia masih menagih kasih lelaki itu. Hatinya masih pada lelaki itu. Semua nasihat lelaki itu di turuti. Air matanya berguguran. Di hamburkan semuanya sendirian.

Tok! Tok!

Cermin keretanya di ketuk. Dia menurunkan sedikit, melihat siapa yang di luar.

“Awak okay?” Emalin hanya diam tidak bersuara. Dia tidak kenal siapa yang bertanya. Cermin tingkap di naikkan dan enjin kereta di hidupkan. Dia terus pergi meninggalkan tempat itu.

Farid mengeluarkan telefon bimbit dan menaip sesuatu.

Thanks Fred.

Ringkas jawapan yang di terima.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.306916 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list