CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sakurakuri

Taufiq buat Hidayah

  [Copy link]
Post time 21-10-2011 09:37 AM | Show all posts
kenapa dayah tak suka taufik... ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 09:07 PM | Show all posts
next...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 06:57 PM | Show all posts
taufik merajuk la pulak....
dayah tau x nak pujuk ni???
ke dayah wat dono je????
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 11:12 AM | Show all posts
kalau taufik merajuk jenuh la dayah nk pujuk....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 09:04 PM | Show all posts
nak tgk cara Dayah pulak pujuk Taufik
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 11:00 PM | Show all posts
Dayah tgh perah otak camne nk pujuk taufik ke..sampai skrg x muncul2 lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2011 04:03 PM | Show all posts
taufiq x abis merajuk lg ker???
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 04:54 PM | Show all posts
Kali ini giliran Hidayah pulak kena lembut hati pujuk taufik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2011 08:32 AM | Show all posts
DAYAH x pujuk TAUFIK lagi ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 03:41 PM | Show all posts
Dayah tengah blur tak tahu Taufiq pun pandai merajuk. Hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 12:32 PM | Show all posts
bila nak sambung ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 10:01 AM | Show all posts
mana dayah n taufik nie???
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 04:07 PM | Show all posts
nape sunyi jer umh ni....
tuan majuk ke???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2011 09:25 PM | Show all posts
Hampir jam sepuluh malam baru batang hidung Taufiq kelihatan. Dengar saja bunyi pintu dibuka dari luar, lekas-lekas Dayah berlari masuk ke bilik. Yakin itu memang adalah Taufiq - kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam tubuh lelaki dewasa.
       
Cis! Entah apa kena dengan cikgu Taufiq hari ini, tiba-tiba tarik muka empat belas. Muncung sedepa. Kalau cantik tak pe la, ini macam lempeng basi saja! Hidayah membebel dalam hatinya. Geram dengan gelagat si tua bangka yang perasan tu. Merajuk eh, tak pe...merajuklah. Tak hingin aku pujuk!
       
Lampu ditutup. Lekas-lekas dia meloncat ke atas katil. Pegun. Pura-pura tidur dengan lena kononnya. Dan lebih dramatik, sengaja pula pintu biliknya itu dibiarkan terbuka. Eh, apa motip aku tak tutup pintu? Patut aku kunci ketat-ketat supaya Taufiq tahu-aku tak hingin pujuk orang tua merajuk. Merajuk sikit lari keluar rumah, merajuk sikit lari keluar rumah. Peeegiii daaah! Hatinya membebel lagi. Amboi...sedapnya Dayah kamu mengata itu ini.
       
“Assalamulaikum...” suasana gelap gelita. Cuma televisyen saja masih menyala dan menayangkan drama entah apa. Eh, awal pula tidur anak singa ni. Biasanya malam-malam bukan main aktif lagi. Malas memikirkan hal perempuan itu, dia melangkah lesu ke biliknya. Diperhatikan bilik Dayah. Gelap.

Dia melangkah masuk perlahan. Hidayah sedang terbongkang macam anak singa kenyang atas katil. Taufiq tersenyum. Perempuan ni memang ganas. Bantal peluk dalam pelukan Dayah kemek dan terkulai. Taufiq membayangkan kalau dia dipeluk Dayah begitu...aduhai....Dayahlah yang akan terkulai dan lentok. Amboi...ada hati juga nak menggatal na..
       
“Alah, tak payah pura-pura tidurlah. Biji mata bergerak-gerak. Konon!” Taufiq melangkah keluar. Elleh, macamlah dia tidak perasan semasa lalu di koridor tadi, dari bawah pintu tiba-tiba cahaya seluruh rumah jadi gelap. Dan bunyi tapak kaki berlari kelepek-kelepek masuk ke bilik. Hidayah memang banyak trick! Hari ni hari kau!
       
“Macamlah orang tak dengar dia berlari masuk bilik tadi. Siap bergegar bergoyang lagi.” Pintu bilik Dayah ditutup.

Dayah bangkit. EEE....geramnye! Lakonannya memang tak jadi. Tak pe. Dia termenung pula, lututnya dipeluk. Tadi macam merajuk. Dah ok kot? Dayah garu kepalanya yang tidak gatal. Betul jugak. Kalau merajuk mesti dia tak masuk bilik aku punya. Mesti dia tak cakap apa-apa. Sah! Taufiq dah sejuk.
       
Tiba-tiba rasa lapar pula. Tadi dia tidak sempat jamah apa-apa pun. Niatnya mahu makan maggi untuk mengalas perut batal tiba-tiba bila dia terdengar Taufiq buka pintu tadi. Cis! Ingatkan merajuk sampai lari dari rumah. Jadi sekarang dia terpaksa menahan lapar dan perut yang menyanyi dangdut.
       
Dipulasnya tombol pintu perlahan-lahan. Risau jika bunyinya akan mengejutkan Taufiq pula. Perlahan-melangkah keluar. Diperhatikan pintu bilik Taufiq. Mahu saja aku bagi satu tendangan padu. Biar roboh pintu bilik Taufiq. Keh keh keh... dia ketawa dalam hati.
       
Wah...bestnya makan maggi. Harap-harap malam ni dia tidak perlu kongsi dengan anak gergasi yang kuat makan tu. Ya, baru petang tadi Dayah perasan yang Taufiq ni memang kuat makan. Ops! Bukan, bukan. Kalau untuk anak gergasi, bukan ‘makan’ tapi ‘mentekedarah’. Isk, kalau sudah mentekedarah tu bukan lagi anak gergasi, tapi bapak gergasi. Kehekehkeekhe...Dayah geli hati. Hatinya mengejek-ngejek Taufiq.
       
Dari petang tadi, Dayah geram betul dengan TAUfiq. Tapi dia tahan saja bila Taufiq buat muka kesian. Aduh...Taufiq memang pandai main psikologi!
       
Tangannya ligat mempong sayur. Kalau masak maggi memang tak sah kalau tak ada sayur. Kusyukya dia...
       
Ewah, ewah...konon-konon tadi tidur mati. sekarang sedap-sedap masak maggi kat dapur lupa laki sendiri. OO...ada hati nak mencekik sorang ya bini aku ni. Taufiq bercekak pinggang di belakang Dayah. Berbulu saja dia tengok Dayah enak-enak menumis bawang dalam periuk. Tersengih-sengih. Ni memang sah tengah mengata laki sendiri dalam hati ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2011 09:28 PM | Show all posts
salam...
hehe..dengan seronoknya dipersembahkan sambungannya..
Eh, seciputnya. ingat panjang berjela dah tadi.

p/s; ingat nak ke Dayah pujuk Taufiq? sorilah......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2011 09:33 PM | Show all posts
kenapa dayah tak suka taufik... ?
Syafiya Post at 21-10-2011 09:37



bukan tak suka apa, ego sikit. lagi pun Dayah kan baru putus tunang, tup tup TAUfiq masuk meminang n terus kawin... ala kena paksa rela dengan Hj. baharin gitu. geramlah Dayah. tu tanda dia protes pada bapak dia, jadi taufiq jadi mangsa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2011 09:41 PM | Show all posts
nape sunyi jer umh ni....
tuan majuk ke???
ADRIANAQISTINA Post at 31-10-2011 16:07



tak dak orang nak pujuk pun kalo majok.
pe kata adrianaqistina nyanyi2 sikit..xla sunyi sangat khen...kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 08:49 AM | Show all posts
DAYAH x pujuk pun...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 08:43 PM | Show all posts
nak lg...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 09:49 AM | Show all posts
tak dak orang nak pujuk pun kalo majok.  
pe kata adrianaqistina nyanyi2 sikit..xla sunyi  ...
sakurakuri Post at 31-10-2011 21:41



  x nk la kak nanti laen lak jg nya..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.055915 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list