|
Copy Paste. public Health Malaysia
“Buat MUA, Kebersihan Bukan Pilihan – Ia Wajib!”
Korang tahu tak, jadi MUA ni bukan setakat mahir blend eyeshadow atau pilih foundation je, tapi kena pandai jaga kebersihan jugak. Sebab apa? Sebab kulit pelanggan korang tu amanah.
Benda-benda kecil macam sanitasi berus dan alat solekan boleh buat perbezaan besar untuk elakkan iritasi atau jangkitan kulit.
Sanitasi Alat Solekan – Berus, span, apa-apa je yang guna untuk apply makeup, jangan lupa cuci lepas guna. Pembersih berus dan sabun antibakteria boleh jadi BFF korang.
Elakkan Celup Terus ke Dalam Bekas – Jangan celup berus terus ke dalam bekas produk. Guna spatula atau ambil sikit dengan alat yang sesuai.
Tak Payah Tiup Berus! – Jangan meniup berus untuk buang lebihan. Ketuk sikit berus tu, cukup.
Periksa Tarikh Luput – Produk solekan ada expiry date! Jangan main guna je, nanti kulit pelanggan merana.
Pakai Mask Bila Solek – Lebih selamat, lebih hygienic. Jaga-jaga kawasan mata dan mulut, banyak bakteria boleh tersebar.
Simple je, tapi inilah langkah-langkah yang membezakan MUA profesional dengan yang biasa-biasa. Jadikan kebersihan sebagai gaya kerja, tukar wajah customer dari biasa biasa kepada WOW dengan jaga kebersihan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|