|
The Red Giants semakin menyengat
PENYERANG Terengganu, Helmi Remeli (dua dari kiri) mengasak gawang Perak pada aksi Liga Super malam tadi.
SELANGOR memulakan pusingan kedua Liga Super 2011 dengan mengekalkanstatus sebagai pendahulu dengan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Sabahpada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.
Skuad The Red Giants itu bagaimanapun tersentak seketika apabila Rosdin Wasli meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-11.
Begitupun, Bunyamin Umar berjaya menyamakan kedudukan pada minitke-36 sebelum Amri Yahyah muncul wira Selangor dengan gol kemenanganpada minit ke-65.
Kejayaan ini menyaksikan Selangor kekal mendahului Liga Super dengan32 mata, empat mata mengatasi pasukan Terengganu yang turut mencatatkejayaan mengalahkan Perak 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Kemenangan Terengganu semalam juga menyaksikan mereka melonjak ketangga kedua liga dengan kelebihan satu mata ke atas Kelantan yangmenang 4-0 ke atas Perlis kelmarin.
Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, tuan rumah, Johor FC berjaya mencatat kejutan dengan mengalahkan T-Team 2-1.
Di Stadium Darul Aman, Alor Setar pula menyaksikan Kedah tumbang 1-2 di laman sendiri kepada Harimau Muda A.
Ini pastinya satu tamparan buat skuad Hijau Kuning itu yang barusaja mengambil Wan Jamak Wan Hassan sebagai jurulatih baru mereka.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan bangkit dari prestasi tidak menentu dengan kejayaan 3-1 ke atas Pahang. |
|
|
|
|
|
|
|
Penyokong Kedah berang
Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
[email protected]
SEBAHAGIAN penyokong Kedah berkumpul secara aman di luar pekarangan Stadium Darul Aman malam kelmarin sebagai tanda protes terhadap keputusan pengadil Shokri Nor.
TANPA diduga, pengadil yang mengendali- kan perlawanan Liga Super antara Kedah dengan Harimau Muda A di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin telah 'menarik minat' penyokong skuad Hijau Kuning.
Shokri Nor menjadi sasaran ribuan penyokong skuad Kedah setelah beberapa ke- putusannya menimbulkan rasa tidak puas hati mereka.
Ketidakpuasan itu bukan sahaja berlaku ketika perlawanan, malah berlarutan ke pe- karangan stadium sehingga memaksa anggota keselamatan meminta mereka bersurai setelah kira-kira 10 minit berhimpun sebagai protes kepada Shokri.
Bagi penolong jurulatih Kedah, Radhi Mat Din, beliau menyerahkan kepada penonton yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut untuk menilai kredibiliti Shokri.
"Saya bukan mahu menuding jari menya- lahkan sesiapa tetapi penonton di stadium boleh menilainya," kata Radhi ketika ditemui pemberita selepas perlawanan yang berkesudahan Kedah tewas 1-2 kepada Harimau Muda A.
Shokri turut dibantu dua penolong pengadil, M. Sivanesan dan Mohd. Nazmi Na- saruddin. Pegawai keempat pula adalah Mohd. Fazli Ishak, manakala M. Selvadorai bertindak sebagai komisioner perlawanan.
Pasukan pelawat terlebih dahulu menge- jutkan tuan rumah menerusi jaringan Izzaq Faris Ramlan yang menanduk cantik hantaran sudut pada minit ke-29 dan jaringan kedua menerusi sepakan percuma Mohd. Fandi Othman minit ke-55.
Jaringan tunggal Kedah pula diperoleh menerusi sepakan penalti Baddrol Bakhtiar pada minit ke-63.
Difahamkan, ketidakpuasan hati penonton bermula pada babak pertama apabila Shokri tidak memberikan sepakan penalti kepada Kedah setelah bola dikatakan ditampan oleh seorang pemain pertahanan Harimau Muda A.
Perlawanan itu turut 'diserikan' dengan lima layangan kad kuning kepada pemain Kedah iaitu Shafizan Hashim, Amar Rohi- dan, Ahmad Fauzi Shaari, V. Thirumurugan dan Mohd. Faizal Abu Bakar serta A. Tha- mil Arasu dari Harimau Muda A.
Kemuncak kemarahan penonton apabila tambahan masa hanya diberikan selama dua minit sedangkan pada minit-minit akhir perlawanan dihentikan, berikutan berlaku kecederaan dan 'perang mulut' antara pemain kedua-dua pasukan.
Insiden itu membawa kepada layangan kad kuning kepada Shafizan dan Thamil Arasu.
Radhi yang kurang gembira dengan corak pengadilan Shokri berharap perkara sama tidak berulang dan menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sama ada mahu membuat bantahan atau sebaliknya.
"Saya akan lihat perkara ini (bantahan)," katanya.
Menyentuh mengenai perlawanan, Radhi memberitahu, pemain Harimau Muda A dilihat lebih enjoy dan mampu menguasai perlawanan dengan baik menerusi kepanta- san mereka bergerak.
Katanya, pemain Kedah pula dilihat kele- tihan selepas mengharungi perlawanan yang padat selain kehilangan beberapa tonggak. |
|
|
|
|
|
|
|
NS bangkit bertenaga
Oleh Mohd Amin Jalil
[email protected]
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
NEGERI Sembilan mengakhiri kekecewaan dialami pada enam perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super apabila bangkit dengan persembahan meyakinkan untuk membenam Pahang, 3-1, pada saingan pertama pusingan kedua, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin.
Sekalipun tidak dapat menurunkan kesebelasan utama kerana masalah kecederaan dan penggantungan dengan mempertaruhkan kelibat pemain muda skuad Piala Presiden, skuad Hoben Jang Hoben berjaya menyerap tekanan pihak lawan.
Jaringan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13 diikuti G Mahathevan (M-26) dan Mohd Firdaus Azizul (m-58) membuatkan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah menarik nafas lega apabila impian menyaksikan anak didiknya mencipta kemenangan sejak 22 Mac lalu tercapai.
“Alhamdulillah, akhirnya impian menyaksikan Negeri Sembilan mencapai kemenangan tercapai selepas pasukan dilanda pelbagai masalah kecederaan dan penggantungan. Tindakan drastik mempertaruhkan tiga pemain muda, Mohd Fiqri Adwan, Mohd Khairul Ridzuan da Muszaki Abu Bakar nyata tidak menghampakan.
“Mereka menunjukkan semangat juang tinggi dan berjaya melaksana peranan dengan berkesan dan mengikut arahan menerapkan strategi direncanakan hingga membantu kemenangan penting buat pasukan,” katanya.
Selain penyerang Hairuddin Omar dan Idris Karim (tengah) yang tidak diturunkan kerana penggantungan, Ahmad Fakhri Saarani (penyerang), S Kunalan (tengah) dan Mohd Farizal Marlias (penjaga gol) turut berada di bangku simpanan, tindakan berani Azraai yang membuahkan hasil memuaskan.
Bekas pengendali Kedah dan kebangsaan itu memuji persembahan anak buahnya yang menunjukkan komitmen tinggi sepanjang tempoh 90 minit perlawanan dan berharap komitmen itu dapat diteruskan pada siri perlawanan akan datang untuk memastikan Negeri Sembilan kembali bersaing.
“Saya harap kemenangan ini menjadi permulaan baik untuk kebangkitan Negeri Sembilan pada pusingan kedua liga dan berharap pemain terus memberikan fokus kepada misi mencatat kemenangan seterusnya untuk memperbaiki kedudukan carta,” katanya.
Mohd Azraai turut mengesahkan bekas penyerang Kedah dan Felda United FC, Asmawi Hassan sudah menyertai Negeri Sembilan bermula Jumaat lalu yang diharapkan mampu memantapkan jentera serangan diterajui Hairuddin dan Ahmad Fakhri.
“Saya harap kehadiran Asmawi dapat membantu misi kita mencatat kemenangan sebanyak mungkin pada pusingan kedua liga,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Azuan lega menang di arena sendiri
Oleh Rizar Mohd Noor
[email protected]
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MATA penuh diraih Johor FC melegakan jurulatih Azuan Zain selepas menewaskan T-Team, 2-1 sekali gus melakar kemenangan pertama di laman sendiri pada saingan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang, kelmarin.
Bagi Azuan kemenangan itu titik kebangkitan skuad bergelar Lebah tatkala memulakan saingan pusingan kedua selepas agak suram pada aksi pusingan pertama.
Beliau juga memperjudikan formasi 4-4-2 apabila memberi penekanan kepada benteng pertahanan selepas menggunakan dua pemain pertahanan tengah beraksi di posisi bek kiri dan kanan iaitu Mat Saiful Mohamad dan Mohd Radzi Jasman. Katanya, taktik itu terpaksa dipraktikkan kerana kedua-dua pemain itu memiliki ketinggian bagi menghalang setiap hantaran bola lambung selain mampu menyekat pergerakan pemain sayap kiri dan kanan T-Team.
“Apapun khidmat kedua-dua pemain itu belum pasti digunakan bagi aksi seterusnya kerana Mat Saiful mengalami kecederaan manakala Mohd Radzi digantung satu perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning.
“Namun saya tetap puas hati dengan kemenangan itu selepas kombinasi pemain senior dan muda mempamerkan aksi terbaik hingga hujung perlawanan.
“Pujian kepada pemain senior seperti Eddy Helmi Manan dan Mohd Riduwan Moan yang beraksi lebih konsisten berbanding pada pusingan pertama,” katanya.
Azuan menegaskan, dua gol dicipta Shahrizal Saad pada m-18 dan pemain muda, Mohd Rashid Aya, m-79 amat berharga bagi mereka.
“Jika dinilai aksi pusingan pertama, kelibat Shahrizal-Mohd Rashid mengemudi barisan serangan kurang menjadi namun perubahan taktik dilakukan dengan meletakkan Mohd Rashid di posisi tengah.
“Hasil perubahan itu, Rashid tampak lebih bebas bergerak dan kombinasi bersama Rezal Zambery Yahya mengemudi bahagian tengah cukup berkesan,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Red Warriors baham Singa Utara
PENYERANG Kelantan Norshahrul Idlan Talaha (kanan) mengasak pertahanan Perlis Mohd Sani Mohd Isa pada perlawanan pusingan kedua Liga Super, malam tadi.
KELANTAN memulakan aksi pusingan kedua, Liga Super dengan nota bergaya apabila gah membelasah Perlis 4-0 dalam saingan di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu, malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan anak didik Datuk M Karathu melonjak ke tangga kedua liga dengan mengumpul 27 mata daripada jumlah 14 perlawanan mengatasi Terengganu yang hanya akan memulakan saingan pusingan kedua bertemu Perak, malam ini.
The Red Warriors yang menewaskan skuad Singa Utara itu 5-1 dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super di Kangar Selasa lalu, menguasai saingan dari awal dan mendahului dengan satu gol pada babak pertama menerusi jaringan Mohd Azuan Solahudin pada minit ke-40 hasil sepakan melencong dari luar kotak penalti.
Enam minit bersambung babak kedua, penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha menggandakan kelebihan tuan rumah menerusi satu rembatan kencang selepas menerima hantaran Daudsu Jamaluddin, sebelum Mohd Nizad Ayub dan ketua pasukan Mohd Badri Radzi menambah derita pelawat apabila masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-69 dan 73 melengkapkan kemenangan selesa.
Sementara itu, di Stadium KLFA Cheras, Kuala Lumpur yang melayan kunjungan FELDA United terus buntu mencipta kemenangan yang amat diharapkan bagi membalas dendam kekalahan 2-1, Selasa lalu untuk berpuas hati sekadar seri tanpa jaringan.
Terdesak bagi mencari pengubat duka, skuad Kuala Lumpur bimbingan Razip Ismail tampak garang pada babak pertama perlawanan dengan beberapa cubaan berbahaya namun ketumpulan jentera serangan menyaksikan sebarang jaringan gagal dicipta.
Malah FELDA yang dijana Azrul Ahmad - penyerang yang meledak dua gol ketika pertembungan lalu tampak garang dengan beberapa cubaan berbahaya yang memaksa penjaga gol KL, Norazlan Razali bekerja keras
Oleh Khairul Anuar Abd Samad dan Mohd Khairil S Iswan
Bharian
ps: tolong ak tepekkan |
|
|
|
|
|
|
|
Pertembungan dua gergasi ( malam esok)
siaran langsung astro arena
Oleh Ismail Muhamad
[email protected]
2011/04/25
AYAM tambatan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) beraksi menentang Perlis di Kota Bharu, Jumaat lalu.
AYAM tambatan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) beraksi menentang Perlis di Kota Bharu, Jumaat lalu.
Kelantan, Selangor tentukan siapa lebih berkuasa dalam saingan Liga Super
PERTEMBUNGAN dua gergasi - Kelantan dan Selangor di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, esok umpama 'pertemuan buku dengan ruas' menentukan siapa lebih berkuasa dalam saingan Liga Super, musim ini.
Semangat membara selepas mencatat kemenangan 2-0 pada perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah sekali gus memberi tiga mata kepada Red Warriors pada awal musim Liga Malaysia tahun ini, masih menebal di sanubari anak buah Datuk M Karathu untuk sekali lagi bertarung dengan Selangor pada pusingan kedua liga.
Bagaimanapun, pemain tetap berwaspada ketika Selangor dianggap pasukan konsisten musim ini, termasuk menewaskan Sabah 2-1 di Kota Kinabalu, malam kelmarin.
Penjaga gol kebangsaan dan Kelantan, Mohd Khairul Fahmi Che Mat akur tugasan getir menanti pasukan Red Warriors.
“Pertemuan Kelantan dan Selangor ini satu perlawanan yang penting dan turut menjadi perhatian peminat mengenai pasukan mana yang mampu mencapai kemenangan.
“Saya serta rakan sepasukan memberi fokus 100 peratus kepada perlawanan ini dengan misi menggalas cabaran, sekali gus mengutip tiga mata di Kota Bharu,” katanya.
Apa pun, katanya, pemain Kelantan mempunyai komitmen dan semangat tinggi setiap kali bertemu Selangor walaupun menyedari kehadiran lawan kali ini untuk misi membalas dendam kekalahan dalam perlawanan Piala Sumbangsih.
|
|
|
|
|
|
|
|
The Red Warriors tampil garang di Kota Bharu
MOHD. AZUAN (kanan) melepaskan rembatan kencang ke gawang Perlis pada aksi di Kota Bharu malam tadi. Kelantan menang 4-0.
KELANTAN mengganas di Kota Bharu.Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu meraih kemenangan kelapannya setelah membelasah pasukan tercorot liga, Perlis 4-0 pada pertemuan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.
Keputusan itu menyaksikan Kelantan mengutip tiga penuh untuk mengumpul 27 mata, sekali gus berada di tangga kedua liga di belakang Selangor yang memiliki kelebihan dua mata.
Empat gol The Red Warriors masing-masing dijaringkan oleh Mohd. Azuan Solahudin (40), Norshahrul Idlan Talaha (51), Mohd. Nizad Ayub (69) dan kapten pasukan, Mohd. Badri Radzi pada minit ke-73.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pula, tuan rumah Kuala Lumpur dan Felda United sekadar berkongsi satu mata apabila terikat seri tanpa jaringan. |
|
|
|
|
|
|
|
Gol pertama oleh Hadi Yahya pada separuh masa pertama. Dalam minit ke 19 lebih kurang. Crossing yang baik dari Saha selepas mudah lepasi bek kanan Perak. Didada juga dengan baik oleh Hadi dan tendang bola ke penjuru bawah kanan penjaga gol. Bek Perak pun nak challenge tak nak challenge pun sama banyak. Tak bersungguh.
Gol kedua dari gerakan menarik passing satu dua satu dua start dari Resyafiq Alwi dan disudahkan oleh Resyafiq. Bek Perak sampai ke penjaga gol, hanya mampu tengok tengok tanpa sebarang tindakan. Lemah.
Gol ketiga Terengganu sah sah memang silap abang yang berjanggut lebat tu. Akibat terlalu steady nak clear bola dari kotak penalti dengan hanya passing. Dan kebetulan pada masa yang sama, orang yang dia passingkan bola tersebut ialah Hadi Yahya yang juga berada dalam kotak penalti. Kebetulan pula Hadi Yahya ialah pemain penyerang Terengganu. Mau taknya Hadi Yahya tak rembat.Rembatan yang boleh tahan padu gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol sebagai seorang penjaga gol yang makan gaji. Kebetulan pada masa yang sama Joseph Kalang Tie telah berada di depan menjaga gol yang meniarap. Tanpa fikir panjang, Joseh Kalang kasi satu rembatan padu ke arah pukat. Tapi, gaya pergi peluk tiang gol sambil malu-malu lepas score gol, tak patut dapat pujian. |
|
|
|
|
|
|
|
22 April 2011
22-04-2011 08:45 Kelantan 4 : 0 Perlis
22-04-2011 08:45 Kuala Lumpur 0 : 0 Kuala Lumpur Felda United FC
23 April 2011
23-04-2011 08:15 Sabah 1 : 2 Selangor
23-04-2011 08:45 Negeri Sembilan 3 : 1 Pahang
23-04-2011 08:45 Terengganu 3 : 0 Perak
23-04-2011 08:45 Johor FC 2 : 1 Terengganu PBDKT T-Team
23-04-2011 08:45 Kedah 1 : 2 Harimau Muda A |
|
|
|
|
|
|
|
26 April 2011
Sabah 1 ( Radzi Mohd Hussin )
Terengganu 1 ( Muhamad Ashaari Shamsuddin )
Kelantan 3 ( Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Nizab Ayub , Muhd Badhri Muhd Radzi )
Selangor 3 ( Amri Yahyah, Fadzli Shaari, Bunyamin Umar )
Harimau Muda 1 ( Mohd Irfan Fazail )
N.Sembilan 2 ( Mohd Firdaus Azizul, Ahmad Fakri Shaarani )
T-Team 1 ( Nor Farhan Muhammad )
Kedah 1 ( Baddrol Bakhtiar )
Felda United 1 ( Farderin Kadir )
Johor FC 2 ( Shahrizal Saad, Mohd Rashid Aya )
Perak 1 ( Syafiq Jamal )
Kuala Lumpur 1 ( Badrul Hisyam Azmi, See Kok Luen )
Perlis 0
Pahang 1 ( R. Surendren ) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
fuhhh..sgt detail..xyah panggil shebby singh... |
|
|
|
|
|
|
|
Jadual Perlawanan Liga Super 26/4/2011 (Matchday 15)
Berikut jadual perlawanan yang akan berlansung pada 26 April ini. Perlawanan tumpuan semestinya antara Kelantan menentang Selangor di Kota Bharu. Perlawanan itu akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena mulai jam 8.30 malam. Berikut jadual semua perlawanan yang akan berlangsung:-
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sitihawa at 26-4-2011 11:15
26 April 2011
Sabah 2 ( Radzi Mohd Hussin )
Terengganu 1 ( Muhamad Ashaari Shamsuddin )
Kelantan 3 ( Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Nizab Ayub , Muhd Badhri Muhd Radzi )
Selangor 1 ( Amri Yahyah )
Harimau Muda 1 ( izzat faris )
N.Sembilan 1 ( Ahmad Fakri Shaarani )
T-Team 2 ( indra putra mahyudin, Nor Farhan Muhammad )
Kedah 1 ( Baddrol Bakhtiar )
Felda United 2 ( Farderin Kadir, chia kee kong )
Johor FC 0
Perak 2 ( Syafiq Jamal, akmal rizal )
Kuala Lumpur 0
Perlis 0
Pahang 2 ( R. Surendren ) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
26 April 2011
Sabah 1 ( Radzi Mohd Hussin )
Terengganu 2 ( Muhamad Ashaari Shamsuddin,Hadi Yahya )
Kelantan 3 ( Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Nizab Ayub , Muhd Badhri Muhd Radzi )
Selangor 2 ( Amri Yahyah, Amirul Hadi )
Harimau Muda 2 (Izzaq Faris,Wan Zaharul Nizam )
N.Sembilan 2 ( Hairudin, Ahmad Fakri Shaarani )
T-Team 1 ( Nor Farhan Muhammad )
Kedah 1 ( Baddrol Bakhtiar )
Felda United 2 ( Farderin Kadir ,Azrul Ahmad)
Johor FC 1 ( Shahrizal Saad )
Perak 3 ( Syafiq Jamal ,Akmal ,Razali Umar )
Kuala Lumpur 0
Perlis 0
Pahang 0
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
26 April 2011
Sabah 1 ( Rosdin )
Terengganu 1 ( Manaf Mamat )
Kelantan 3 ( Norshahrul , Mohd Nizab Ayub , Badhri Radzi )
Selangor 1 ( Fadzli Shaari)
Harimau Muda 2 ( Izaq, Gurusamy)
N.Sembilan 1 ( Mohd Firdaus Azizul )
T-Team 1 ( Indra )
Kedah 3 ( Baddrol , Thiru, Azmi)
Felda United 1 ( Rashid Mahmud )
Johor FC 2 ( Shahrizal Saad, Mohd Rashid Aya )
Perak 2 ( Syafiq Jamal,Akmal )
Kuala Lumpur 1 ( Khairul Anwar )
Perlis 1 (Faiz Subri)
Pahang 2 ( Famirul,Azamuddin ) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
26 April 2011
Sabah 2 ( Radzi Mohd Hussin )
Terengganu 3 ( Abd Manaf mamat,Muhamad Ashaari Shamsuddin,Hadi Yahya )
Kelantan 4 (Norshahrul Idlan,Mohd Nizab Ayub,Muhd Badhri Razi,S.Chanturu )
Selangor 3( Amri Yahyah, Fazdli shari,Amirul Hadi )
Harimau Muda 3 (Izzaq Faris,Wan Zaharul Nizam,Wan Zack haikal )
N.Sembilan 2 ( Zaquan adha, Ahmad Fakri Shaarani )
T-Team 3 ( Nor Farhan Muhammad,Indra putra,Harris safwan )
Kedah 2 ( Baddrol Bakhtiar,Azlan Ismail )
Felda United 2 ( Farderin Kadir ,Azrul Ahmad)
Johor FC 2 ( Shahrizal Saad,Rezal zambri )
Perak 3 ( Syafiq Jamal ,Akmal rizal,Razali kandasamy )
Kuala Lumpur 1( Fahrul razi)
Perlis 2 (saramsak kram, Mohd Hazwan)
Pahang 1 (Surendran) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
26 April 2011
Sabah 2 ( Rosdin Wasli,Atong )
Terengganu 1 ( Manaf Mamat )
Kelantan 3 ( Norshahrul , Mohd Nizab Ayub , Badhri Radzi )
Selangor 3 ( Fadzli Shaari,Bunyamin Umar,Amri Yahyah)
Harimau Muda 3 ( Izaq, Gurusamy,Mohd. Fandi Othman)
N.Sembilan 4 ( Shahurain Abu Samah, G Mahathevan,Mohd Firdaus Azizul )
T-Team 1 ( Indra )
Kedah 3 ( Baddrol , Thiru, Azmi)
Felda United 1 ( Rashid Mahmud )
Johor FC 2 ( Shahrizal Saad, Mohd Rashid Aya )
Perak 2 ( Syafiq Jamal,Akmal )
Kuala Lumpur 1 ( Khairul Anwar )
Perlis 1 (Faiz Subri)
Pahang 2 ( Famirul,Azamuddin )
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
26 April 2011
Sabah 1 ( Alfonso )
Terengganu 1 (Hadi Yahya )
Kelantan 3 (Norshahrul Idlan,Badhri Razi, Danial )
Selangor 1( Amri Yahyah)
Harimau Muda 2 (Wan Zaharul Nizam,Wan Zack haikal )
N.Sembilan 1 ( Ahmad Fakri Shaarani )
T-Team 0
Kedah 0
Felda United 1 (faderin kadir)
Johor FC 1 (Ridhuan Maon)
Perak 2 (Akmal rizal, Razali umar )
Kuala Lumpur 0
Perlis 1 (Mohd Hazwan)
Pahang 2 (Surendran - 2) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
26 April 2011
Sabah 1 (Alfonso )
Terengganu 3 ( Muhamad Ashaari Shamsuddin,Hadi Yahya,manaf mamat )
Kelantan 2 ( Norshahrul Idlan Talaha, Muhd Badhri Muhd Radzi )
Selangor 1 (Fadzli Shaari)
Harimau Muda 2 (Izzaq Faris,Wan Zaharul Nizam )
N.Sembilan 1 ( Ahmad Fakri Shaarani )
T-Team 1 ( Nor Farhan Muhammad )
Kedah 1 ( Baddrol Bakhtiar )
Felda United 1 ( Farderin Kadir )
Johor FC 0
Perak 2 ( Syafiq Jamal ,Akmal rizal )
Kuala Lumpur 0
Perlis 1(Mohd Hazwan)
Pahang 0 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|