|
[LUBUK KEDIT]-GARAPKAN IDEA KREATIVITI ANDA DALAM BENTUK TULISAN/KARANGAN
[Copy link]
|
|
Reply AceHand
hahahaha... pok cik ace mmg berbakat tul....
aku terbaca dalam versi syair ...
Jaza2008 Post at 9-6-2011 09:22
jaza jangan taktau.....es heng tu ganaz ganaz dia...dalam hati ada taman.... |
|
|
|
|
|
|
|
ok.. cubaan 1 2 3:
Pertama kali jumpa senior tu masa orientasi rasa semacam je. Rasa pelik yang menganggu. Lepas orientasi rasa macam Selalu sangat terserempak sampai boleh hafal dia pakai baju apa, rambut style macam mana. Nak cakap si dia handsome, tak ada lah sangat. Kawan dia melambak lagi kachak!! Nak cakap tinggi pun, aku rasa aku lagi tinggi. Nak cakap popular, tak menang pun APBBH!
Tapi memang ada sesuatu kat dia yang buat aku rasa SOMETHING.
Bermula dari detik itu(skema), the adventure begins. Mulalah nak stalk mamat tu.
Bila nampak si dia pergi kantin, mulalah rasa lapar. Bila nampak kat library, rasa nak belajar membuak-buak. Sampai kawan-kawan semua pelik, tak pernah-pernah singgah library. Tiba-tiba jadi rajin.
Sampailah satu masa, dia dah nak habis belajar. Tapi sampai sekarang sepatah haram pun tak pernah cakap dengan si dia. Nak tunggu si dia cakap dengan aku? Berjanggut lah! Nak dijadikan cerita, aku cuba langkah berani mati pergi add si dia dekat mukabuku. Dia approve beb!!
Tapi nak cakap “ senpai, wo ai ni” memang tak lah kan. Jadi pendekatan terbaik adalah duduk diam-diam baca komen, like sekali sekala. Makan hati sikit kalau dia komen kat post gurls. Makan jantung banyak kalau kawan-kawan dia kenen kan kat gurls mana-mana. Tapi semua tu aku buat dalam rahsia je lah.
Walau kadang-kadang rasa itu mencengkam,
Menitik air mata kesyahduan,
Menyalurkan rasa rindu berpanjangan.
Dan dengan ini aku isytihar kan diriku sebagai perindu rahsia.. stalker berjaya! |
|
|
|
|
|
|
|
Drama Satu Babak
Hujan. Bukan. Sekadar gerimis. Namun tetap memaksa aku singgah berteduh di sebuah cafe. Aku duduk termenung menunggu kedatangannya setelah menelefon memberitahu lokasiku. Di tengah keramaian orang yang lalu lalang di cafeini, pada saat sore menjelang senja. Semua orang terlihat sibuk dengan kehidupan masing-masing, ritme kerjanya terlihat dipaksakan dalam langkah mereka yang cepat. Jalan bergegas membawa briefcase dilengkapi blue tooth yang menempel di telinga.
Cafe mula dimasuki ramai orang. Yang sendirian dan berpasangan. Barangkali ada sepertiku, menumpang teduh dari gerimis di samping mengisi perut.
Di hadapanku seorang lelaki berusia melebihi 40an. Terlihat dari rambutnya yang mulai memutih di hujung-hujung. Kacak, walaupun perutnya agak sedikit membuncit. Mungkin kesibukan membuatnya lalai pergi ke gym. Walaupun begitu, kemeja lengan panjangnya yang berwarna putih bergaris nampak serasi dengan seluar panjang hitam straightnya serta sepatu italian style yang berkilap. At least dia masih dapat dikatakan lelaki metroseksual. Pakcik ini berdiri saja di tengahcafe sambil memandangi iPhone4snya. Seperti dia sedang menunggu seseorang yang sudah dijanjikan.
Ibu muda yang duduk di belakang kerusiku semakin rancak berbual dengan temannya. Kepoh, kerana kerusinya beberapa kali menyentuh kerusiku kala dia ketawa terbahak. Ibu ini seperti sedang bahagia. Celotehnya kerap membanggakan entah siapa (mungkin pasangannya) yang selalu memberinya hadiah. Ini perbualannya yang dapat kutangkap sedikit,
“Iya lah Bey… Lihat nih jam tangan yang I pakai sekarang…” kata ibu muda tadi
“Cuba, I tengok…”, kata temannya yang juga wanita, “Berkilau kena cahaya.”.
“Iyalah! Kalau tak berkilau, bukan berlian namanya.” ibu muda itu tertawa, “cantik tak, kemilau berliannya? Mengelilingi segenap sudut jam ini. Sangat menawan, kan?”.
Sementara lawan bicaranya hanya memandang dengan berkerut, “Kalau my hubby belum pernah membeli I berlian. Belum mampu dia.. Tapi dia romantis…! Semalam dia bawa I candle light dinner. Then ketika kita pulang, seluruh bilik sudah penuh dengan bunga mawar.. Hehehee… menjadikan malam itu yang tidak terlupakan…”.
“Wah? My hubby waktu memberi jam berlian ini juga membawa I makan malam di….”. blablablaaaa… dan seterusnya. Kedua ibu tadi sibuk membanggakan ke romantisan pasangan masing-masing. Entah siapa yang menang,
Di kananku seorang perempuan sexy baru masuk melewati pintu sisi cafe. Dengan tank top putihnya dan skirt paras peha berwarna biru. Dan jujur, make upnya tersangatlah tebal. Mungkin tebal bedaknya mencapai 10 centimeter?! Ditambah lipstik merah menyala dipadu blush on yang senada. Seperti badut sarkas saja (aku mengumpat dalam hati). Biar bagaimana, mata semua orang tertuju kepadanya ketika dia berjalan pelan melewati meja-meja yang ada di cafe ini. Harus kuakui, mataku pun tidak lepas-lepas memandangnya. Akhirnya dia duduk di sudut hujung. Diam, dan membaca majalah yang dibawanya. Seorang waitress membuyarkan analisisku, “Mau pesan makanan?”.
“Eh? Hmmm..”, aku menatap menu yang tergeletak di samping cangkir coffee latte ku yang tinggal separuh. Ada tuna salad seharga rm15 (Kurang menarik), calamary seharga rm23.90 sen (Terlalu berminyak), atau beef lasagna yang berharga rm35.50sen? (owh, ini yang paling menarik). Akhirnya aku memutuskan, “Fried Noodle aja.”.
Waitress itu berlalu.
Waktu berjalan, dan aku masih tetap menunggu. Bosan. Fried noodleku hampir saja habis ketika aku memandang lelaki metroseksual itu. Dia terlihat berwajah ceria menyambut seseorang gadis yang baru masuk ke cafe. Anaknyakah? Tapi.. Gaya mereka berpelukan dan saling mengucup pipi sepertinya bukan.
Samar suaranya terdengar,
“Sudah lama bi tunggu?” kata gadis itu.
“Lama honey.. I sudah habiskan dua cawan cappucino untuk menghabiskan waktu. you ke mana?.”.
Belum sempat gadis itu menjawab, tiba-tiba perempuan seksi bermake up tebal itu berdiri dan menghampiri mereka berdua. Aku merasa akan terjadi sesuatu di sini.
Dan aku benar.
Plaaaak!! Tamparan si perempuan seksi itu mendarat di pipi si gadis. Mata semua orang di cafe terus tertuju kepada drama satu babak ini.
“Kauuuu..!”, kata si perempuan seksi, “Menggila di sini dengan suami orang!! Ini laki aku..!!”.
Hahh??!!
Sementara si lelaki metroseksual nampak kebingungan, berusaha menjelaskan sejelas-jelasnya. “Bukan begitu. Sayang salah! Ini klien I…”.
“Klien dalam hal apa?!! Bercium pipi bagai..!!?” perempuan seksi itu mengcekak pinggang, “Bedebah busuk kamu!! Beraninya mempermainkan aku!”.
Keadaan menjadi tegang. Beberapa waiter mencuba menenangkan si perempuan seksi bermake up tebal itu dan menyarankan mereka untuk menyelesaikan masalahnya di luar.
Dan ohhh!?
Tiba-tiba si ibu muda yang dari tadi sibuk membanggakan jam berliannya mendatangi rombongan sarkas kecil ini sambil membawa gelas berisi kopi panas. Dan? Terus menyiramkannya ke muka si lelaki metroseksual.
“Aduuuhh…” semua orang berteriak tertahan. Sudah menjadi telenovela… apa kaitan dengan ibu muda ini?
“Abang!! Tergamak abang? Sungguh memalukan..!!! Kita sudah ada empat anak, abang… empat..!!! Dan abang berselingkuh sana sini!!? Ini isteri siapa?!!!!!” ibu itu berteriak menunding kepada perempuan seksi bermake up tebal.
Lelaki metroseksual itu terdiam membisu. Si perempuan seksi itu bersuara tegang menjelaskan, “Ini suami I.. Kami baru saja menikah tiga bulan lalu… you pula siapa?”.
Mata ibu muda itu membelalak, “Oh my God!!? Aku ini isterinya!! Kami sudah nikah selama 8 tahun!!! Gila kau!!”.
“Kau yang gila!!!”, teriak si perempuan seksi, “Suami I ini masih bujang sewaktu nikahi I..!!!”.
“Tau dari mana?!!!!!”.
Sementara dua orang isteri itu bertekak, si gadis hanya dapat terduduk dan menangis semaunya. Dan semakin kuat.
Suasana cafe jadi ramai, sengit dan rasanya lebih menggusarkan bagiku yang sedang bosan menunggu. Aku keluar daricafe meredah gerimis. Enak juga bermandi gerimis. Lebih enak dari menyaksikan drama satu babak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tred ni da tak laku ker |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|