CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wasntme

DARUL SAKA - sharing is caring ( MERGED)

  [Copy link]
Post time 26-10-2009 05:28 PM | Show all posts
Korang dok melayan katak bawah tempurung........  meroyan le jwb nye......

Haku dah bg dier statement jgn pitnah org........ lg dier dok pusing2......

Suh dier pi belajaq lg.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2009 05:40 PM | Show all posts
kuikuikui ..   katak pun boleh meroyan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 05:41 PM | Show all posts
tu pasal aku suka ikut org pergi berubat, macam-macam kaedah depa buat.
ada yg guna lilin, telur, kayu nona, pensil dan sebagainya.

ada sekali tu aku cuba ketuk belakang member aku guna pencil sambil zikir, menjerit dia..
aku kata aku pukul perlahan aje, pukul lagi, seronok pukul org ni. rupanya ada puaka
melilit kat tulang belakang. aku saja-saja suka-suka ketuk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 05:55 PM | Show all posts
tu pasal aku suka ikut org pergi berubat, macam-macam kaedah depa buat.
ada yg guna lilin, telur, kayu nona, pensil dan sebagainya.

ada sekali tu aku cuba ketuk belakang member aku guna pencil sa ...
jinkepalabotak Post at 26-10-2009 17:41


bila nak ikut hamba pulak pergi berubat?? heheh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 05:59 PM | Show all posts
tu pasal aku suka ikut org pergi berubat, macam-macam kaedah depa buat.
ada yg guna lilin, telur, kayu nona, pensil dan sebagainya.

ada sekali tu aku cuba ketuk belakang member aku guna pencil sa ...
jinkepalabotak Post at 26-10-2009 17:41

wow.. menarik nie.. leh bg alamat?.. nak berubat gak nie...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 06:01 PM | Show all posts
bila nak ikut hamba pulak pergi berubat?? heheh...
edy137 Post at 26-10-2009 17:55
pusat rawatan kat mana, aku ada rezeki, aku nak tengok juga..
dulu ada otai-otai bss (aka org tabligh juga), dia pulangkan sihir betul-betul sadis.
sampai masuk hospital pengupah tu (koma). Rupanya pakcik sendiri.

mangsa sihir merayu kat kat otai-otai tu supaya baiki balik jantung
yg dipecahkan cara makrifat tu. Jenuh mencari kat mana letak jantung pakcik tu. Ye la
banyak ke mereka buat. Nasib baik jumpa, lepas repair, terus sedar dari koma.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2009 06:03 PM | Show all posts
wow.. menarik nie.. leh bg alamat?.. nak berubat gak nie...
selimutpurple Post at 26-10-2009 17:59
masa kat kantin belagak kat mines, aku tukang sibuk aje, hantar org, tak ada kerja tu yg ketuk
belakang member...


bab ketuk ni Ustaz Jahid lagi terror, tak salah dia pioner dlm kaedah ni. yg lain tu ciplak aje, termasuk aku le....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 06:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by kupia at 26-10-2009 18:08
ish ish ish yang ni yang nak tengok sangat-sangat ni betul ke boleh pindahkan istana sekelip mata? camana nak buktikan tu? jangan pindahkan Sri Perdana ke dataran merdeka nanti satu dunia orang

Post Last Edit by jinkepalabotak at 26-10-2009 17:03
Kupia, kalau tak suka cara Rozaimy tu, jangan le menghina ayat Al-Quran dgn menafikan apa yg sudah ada tertulis dlm Al-Quran.
Walaupun perangai aku macam jin, tetapi aku tak berani mempersoalkan apa yg sudah dinyatakan di dalam Al-Quran.
jinkepalabotak Post at 26-10-2009 17:01


kalau dah mengaku hebat sangat, boleh buat macam dalam ayat Surah An Naml tu, apa yang nak pusing sana pusing sini lagi...

Sekarang buktikan dulu kuasa sama macam dalam ayat tu, tak payahlah sri perdana tu bergurau aja...

kalau tak boleh buat itu maknanya apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2009 06:22 PM | Show all posts
siapa yang mengaku kasyaf tu?
tolong putar belitkan sikit maksud ayat quran Surah Al A'raf ayat 27
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 07:05 PM | Show all posts
307# jinkepalabotak

Masa nak berubat dulu ada kwn sajes g berubat kat sekolah area mines.
jadi tok belagak punye tpt la tu ek.
Tapi Alhamdulillah.. dah semakin pulih masalah saya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 08:19 PM | Show all posts
pusat rawatan kat mana, aku ada rezeki, aku nak tengok juga..
dulu ada otai-otai bss (aka org tabligh juga), dia pulangkan sihir betul-betul sadis.
sampai masuk hospital pengupah tu (koma). Rupanya  ...
jinkepalabotak Post at 26-10-2009 18:01


nanti laa.. kalau ada kes2 besar nanti hamba P.M. k...  tapi hamba main sekitar JOHOR... kalau negeri lain, hamba akan contact ahli2  di kawasan itu... kitorang ada komuniti... kalau nak join JIN... masuk laa kitorang punya website komuniti..  disitulah berkumpulnya ahli2 BSS serata dunia dari pelbagai cabang BSS...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 08:20 PM | Show all posts
darul saka...
dia berubat guna saka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 09:16 PM | Show all posts
Silap besar aku lupa pesan Dr Musa Fathullah Harun dari Pengajian Islam UTM... rugi buang masa kat sini, rata-rata dalam thread ni orang tareqat...  Kata Dr Musa:

Antara masalah utama memulihkan ahli tarekat yang sesat agar kembali ke pangkal jalan ialah taksub atau fanatik kepada mursyid mereka. Apa puncanya?

Memang benar. Penyakit paling merbahaya menimpa diri seseorang yang menganuti sesuatu jalan atau fahaman adalah taksub atau fanatik. Apabila dihinggapi penyakit tersebut amat sukar untuk membetul atau menyedarkan akan kesalahan serta kesesatannya. Dengan sebab fanatik itu, banyak ahli tarekat yang berkenaan menutup telinga atau langsung tidak mahu mendengar sebarang teguran.

Sememangnya, kita perhatikan bahawa kebanyakan ajaran sesat berusaha mengikat pengikutnya supaya jangan lari. Caranya, melalui perasaan taksub
.


Pada aku depa ni bukan taksub dan fanatik lagi tapi dan tersihir dengan guru mursyid depa.

Aku tujukan tulisan ini kepada semua pembaca luar tareqat atau yang baru nak berjinak-jinak dengan tareqat.

Pertamanya orang tareqat mengaku mempunya kebolehan yang luar biasa terutamanya tentang perkara ghaib.  Dia mengaku dia memiliki kebolehan seperti dalam ayat 38-40 Surah An-Naml, boleh memindahkan satu bangunan besar kesatu tempat lain dengan sekelip mata.  (Jangan silap ada kalanya perkara pelik ini boleh berlaku dengan jalan SIHIR -dengan bantuan jin.  Ada sihir yang jenis power yang boleh merubah manusia jadi binatang).  

Orang tareqat ini sangat taksub dengan istilah kasyaf, kasyaf ni pada mereka maksudnya terbuka hijab mereka boleh nampak dan berinteraksi dengan alam dan makhluk ghaib.  Makhluk ghaib maksudnya malaikat dan jin.  Pada akau istilah fana depa ni tak banyak beza dengan istilah nirvana dalam agama hindu.  Untuk menyanggah pembohongan ini aku sertakan beberapa potong ayat Quran sebagai bukti.  Jangan kata aku yang terjemah sendiri, boleh semak dengan terjemahan yang layak dipercayai.  Kamu pilih samada untuk beriman dengan orang-orang tareqat atau beriman dengan Ayat-ayat Allah:-

"Katakanlah: 'Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman' " Al-A'raaf 188.

“(Dialah) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya.” (Al-Jin: 26-27)"

Kepada yang dah sembuh di rawat oleh darul saka aku ucapkan tahniah, tapi janganlah taksub sangat, banyak juga yang dah sembuh berubat dengan dukun/bomoh, dengan sami-sami bukan Islam,  ini tidak menunjukkan darul saka adalah diatas  landasan Islam yang benar.

Bila aku tanya (Edy misalnya) dari aliran tareqat yang mana, nampak jelas mereka cuba mengelak dari menjawab soalan ini.  Untuk pengetahuan semua ada berbelas-belas gerakan tareqat di Malaysia yang telah diistiharkan SESAT lagi KUFUR oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.  Kemudian dari ini aku akan turunkan disini satu persatu keputusan majlis fatwa kebangsaan.

good luck... Assalammualaikum...

aku akan senaraikan kemudian satu persatu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan jenis-jenis tareqatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 10:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by kupia at 26-10-2009 18:08





kalau dah mengaku hebat sangat, boleh buat macam dalam ayat Surah An Naml tu, apa yang nak pusing sana pusing sini lagi...

Sekarang buktikan d ...
kupia Post at 26-10-2009 18:05
kau ni tak faham ke? tiada siapa yg pusing-pusing, kau tu yg baru tersedar dari lamunan. itu nak tunjukkan ilmu Allah ni luas, kalau fikir secara logik, mana boleh alih istana sekelip mata. Tetapi Allah dah beritahu, aku percaya la walaupun aku tak pernah jumpa lagi org macam tu.
ada sesiapa mengaku dia terror sampai boleh alihkan bangunan? mana ada.


Dalam Al-Quran dah tunjuk memang ada kaedah tu, masalah ada tak lagi org macam tu, kita tak boleh kata
tak ada sebab kita tak pernah jumpa. Macam kau kata ada Allah ke? Aku jawap ada la, tetapi jangan suruh
aku tunjukkan. Begitu juga kalau aku kata oksigen tu ada, kau suruh buktikan, macam mana aku nak tunjuk
sebab aku tak ada alat yg sesuai. Tetapi kalau pembantu makmal mungkin dgn selamba boleh buktikan kewujudan
oksigen dalam udara.

kita cuma nak tunjukkan, ilmu Allah tu luas. kenapa semasa rasulullah kena sihir tak ada pulak di ajar
teknik bakar bata, teknik tabur garam. Nabi siang-siang lagi dah kata "kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu"

Rasulullah tak pernah ajar pun baca ruqyah syariah. Habis tu syirik ke kita kalau guna ruqyah syariah?
Tok Moh guna kemenyan dikatakan syirik, betul ke? Sebab kasi jin makan? kita nampak ke dgn mata
kita sendiri jin makan asap kemenyan? Macam mana kita menghukum Tok Moh tu syirik sebab kasi jin
makan asap, padahal kita tak nampak pun. Tak DOSA ke menuduh sebarangan?

Bila tok moh buat pagar rumah, kita kata syirik sebab jin yg kawal rumah tu. Kita nampak ke
jin yg jadi bodyguard tu?

Bila ustaz tabur garam, kita kata ok, tetapi tak membazir ke garam tu? Membazir  itu sahabat syaitan.
Nabi tak pernah ajar pun tabur garam keliling rumah.

Bila kita membaca surah kursi 25x setiap penjuru rumah, kita yakin dgn ayat atau yakin dgn kuasa Allah?

Persoalannya, macam mana Ustaz-ustaz ni boleh membuat sesuatu yg tidak ada pun dlm
hadis atau Al-Quran.

Jawapannya sungguh mudah, Allah yg memberi ILHAM kepada mereka, Allah yg memberikan mereka ilmu
sama ada melalui pembelajaran (seperti kupia belajar berubat dgn gurunya) atau secara laduni seperti
yang berlaku pada ustaz harun din. Tetapi kenapa Allah tidak memberi ilmu laduni kepada aku dan kupia?
Itu hak Allah, bukan hak kita.

Kenapa Tok Batin boleh buang hantu raya kejap aje, tetapi perawat Islam nak buang jenuh berruqyah.
Tetapi bila ada perawat yg boleh buang hantu raya kurang dari 5 minit, kita kata dia boleh buang sebab
dia ada bela jin. Kita nampak ke dia guna jin tu? Kita tuduh tanpa ilmu. Berdosa ke? Fitnah ke?
Adakah ilmu jin tu lebih tinggi dari manusia. Al-Quran sudah menyatakan
setinggi mana ilmu jin tu, tinggi lagi ilmu manusia. Ini FAKTA.

Bila perawat mengaku boleh lihat alam ghaib, kita kata dia guna mata jin, kita tuduh lagi? kita nampak
ke dia guna mata jin? Secara saintifik, org barat boleh buktikan kewujudan makhluk lain di alam lain.
Perawat bukan kata dia nampak syurga atau neraka. Cuma nampak jin aje. small matter.

Bila pesakit datang merasuk, kita kata kena gangguan jin. Betul ke? Kita nampak ke jin yg
kacau pesakit tu. Kita main tuduh aje, ingat kita fitnah jin tu tak berdosa ke? Bila ada perawat yg boleh
scan kata ada jin. Kita kata di dah sesat, kerana melakukan telek. Kita pulak membaca ruqyah, ada respon
dari pesakit, kaaaan confirm ada jin yg kacau. Betul ke perubahan tu sebab jin lari, atau kerana Al-Quran sebagai
syifak yg dpt menenangkan pesakit tersebut.

Bila suami tergila-gila perempuan lain, tidak balik ke rumah, kita tanpa ilmu scan terus mengatakan
suami terkena "sihir pemisah". Macam mana kita tahu suami tu kena sihir pemisah? Kita nampak ke?
Main agak-agak aje? Lepas tu tuduh perempuan yg suami tu suka sebagai pengupah. Mana kita tahu?
Kita nampak ke? Atau main tembak ikut sedap? Bila perawat yg berkemampuan utk melihat kebelakang
menceritakan itu ini, kita kata dia sudah melakukan telekan. Amalan 40 hari tidak diterima. Habis tu
kita yg tak ada apa-apa ilmu ni, terus kata suami kena sihir dibuat oleh perempuan tu. OOOOOOO
scan tak boleh, main tembak-tembah dan tuduh sebarang boleh...  Cuba renungkan macam mana kita
boleh main tuduh sebarangan.

Bila ada pesakit kaki bengkak, doktor biasa tidak tahu punca, terus kita jatuh hukum dia kena
sihir? Kita nampak ke?

Bila ada pesakit kerasukkan, dan jin kafir masuk dlm badan, kita pakat ramai-ramai baca Al-Quran.
Lepas tu siap ugut suruh masuk Islam kalau tidak kena bunuh dgn surah azab (aku sampai la ni
belum jumpa lagi surah azab yg sering diperkatakan). Setahu aku tiada paksaan dlm memasuki ISLAM.

Bila kita meruqyah, jin dlm badan pun membaca Al-Quran, kita kata jin yg masuk tu jin ISLAM. Apa nak
hairan, org kristian dan yahudi banyak yg tahu baca Al-Quran. Malah ada pemimpin DAP dgn selamba
baca Al-Quran, sudah tentu pemimpin DAP tu bukan ISLAM. Bagaimana kita boleh kata jin tu ISLAM.

Kalau perawat yg mengatakan jin tu bukan ISLAM sebab tiada kalimah lailahaillah di dahinya, perawat
ni sesat sebab boleh nampak benda ghaib. Tetapi kita yg tak boleh scan ni sesuka hati boleh
menentukan sama ada jin yg merasuk tu jin Islam atau tidak. Cuba fikirkan.

Kalau dulu aku kata aku boleh terbang, semua pakat kata aku guna bantuan jin. Tetapi sekarang
dgn adanya firefly dan sebagainya semua boleh terbang.

Kalau dulu aku pening kepala aku telan penadol, org kata aku syirik, sebab aku cuma baca bismillah
lepas tu terus telan pil penadol. Tetapi sebab dah moden, kita tahu kesan kimia yg menghilangkan
sakit kepala. Tetapi bila bomoh baca jampi bermula dgn bismillah dan diikuti dgn ayat yg tidak jelas
didengar, kita kata syirik, berdosa berubat dgn tok moh tu sebab hanya sebutan bismillah aje yg
jelas. Sebab tak jelas, kita tuduh dia syirik. Kalau nak tahu, tanya betul-betul atau belajar dari Tok Moh
tu, barule kita tahu apa ayat yg tak jelas tu. Jangan main tuduh aje. Jgn jadi Tuhan.

Bila ada tok moh menjerit "Bismillahirahmanirahim, aku tahu asal usul mu wahai jin, dari api kau dijadikan,
keluarlah kau dari tubuh pesakit ni dan masuklah kamu kedlm botol ini, Allah Huakbar" sambil mengenggam
tangan seolah-olah mengambil jin dari tubuh pesakit dan masukkan jin dlm botol.
Terus kita kata, Tok moh tipu, sesat, mana boleh macam tu aje buang jin semudah tu.
Ini silap kita, semua perbuatan adalah dgn izin Allah. Kalau Allah sudah kurniakan kelebihan tok moh
macam tu, apa yg kita dengki sangat. Doa tak perlu dlm bahasa Arab, janji kita faham dan yakin
kita hanya hamba Allah dan penyembuhan atau penangkapan jin semua boleh berlaku atas kehendak Allah.
Ada riwayat Nabi pernah mendengar jampi serapah dan nabi benarkan. Sebabnya tak ada ayat
yg menyukutukan Allah pada jampi serapah tu.


Bila kita menruqyah beramai-ramai, azan kuat-kuat kat telinga pesakit adakah jin tu lari sebab kita
azan kuat-kuat? kalau azan perlahan-lahan jin tak keluar ke? bila jin tak nak keluar kita kata jin tu kuat.
Maka kita azan dan ruqyah lagi dan lagi dan lagi.... semalaman tak settle lagi. Iman dah start goyah....
waris pesakit talipon perawat lain, tak sampai seminit, settle masalah, semua pakat-pakat kata
perawat tu guna hantu raya utk halau jin tu keluar. Mana mereka tahu? Nampak Ke Hantu raya tu?
Hantu raya lebih kuat dari Kalimah Allah? Cuba fikirkan.


Bila org kerasukkan tu jauh di Sabah, kita pun beruqyah melalui talipon, pasang loud speaker supaya
pesakit dengar. Tak sampai ke kalau kita baca perlahan-lahan kat semenanjung. Habis tu yang kita
sedekah Alfatihah kat atuk nenek kita yg meninggal tu boleh aje sampai. Itu alam lain pun boleh sampai.
Cuba fikirkan.


Penamat tulisan aku ni.

Benda yg kita tak ada ilmu, jgn kita jatuh hukum sesat. Nanti hukum tu berbalik kepada kita.
Ayat Al-Quran tidak memberi bekas, baca la banyak mana pun, tak akan memberi bekas pun.
Apa yg ada adalah rahmat dari Allah jua. Setiap dari kita ada kelebihan tersendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 10:27 PM | Show all posts
kupia, you yg mulakan Darul Saka membawa ajaran sesat, tetapi gagal buktikan sebarang contoh. Kasi dua contoh, rupanya fitnah semata.

tidak percaya kepada Ayat Al-Quran kerana u mempersoalkan manusia boleh alihkan istana.
Saya tahu, u sebenarnya sibuk mencari sama ada apa yg rozaimy tulis tadi dongengan cerita kanak-kanak. Bila u tahu ayat mana, u terus minta buktikan sapa terror.

Aku cuma boleh pesan kat kau, jgn malukan org Islam dgn ilmu yg sedikit tu, kita
terus kena belajar. Apa yg tidak diterima di akal jgn terus tolak. Mungkin kita belum
difahamkan oleh Allah.

Walaupun begitu, perjuangan kau utk menegakkan ilmu yg betul aku sokong. Cuma
kena ada bukti le.

Pasal tak siapa boleh tahu perkara ghaib tu, sila tanya ustaz yg mahir, sebab ghaib ni ada dua jenis ghaib.

satu ghaib yg boleh diukur seperti jin, hantu dan sebagainya.
dan satu lagi ghaib yg tidak boleh diukur seperti alam barzakh, kubur dan sebagainya.

istilah kedua-dua ghaib ni dlm bahasa arab aku tak ingat.

cuba renung kisah nabi sulaiman,
jin ifrit tu dlm keadaan ghaib atau zahir?
Macam mana manusia tu boleh menyampuk kata boleh buat lebih cepat dari
jin ifrit tu. Macam mana manusia tu boleh nampak jin ifrit tu? Manusia tu
berkhayal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 10:35 PM | Show all posts
salam bro kupia dan jinkepalabotak

jom kiter gi makan aiskrim macadamia...jom..meh sini ilah belanja.......

.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2009 10:55 PM | Show all posts
selalunya begitulaa jin.... jenis orang macam nihh.. diorang tau fitnah ajee.. BUKTI taraa... susah macam nihh...

ibarat macam cakap kosong laa..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by bapakhero at 27-10-2009 00:42

salam,

lama juga aku tunggu kupia jawab soalan aku pasal belagak perosak akidah dan penipu tu..    share le dengan kami.. ramai yang nak tahu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 08:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by bapakhero at 27-10-2009 00:42

salam,

lama juga aku tunggu kupia jawab soalan aku pasal belagak perosak akidah dan penipu tu..    share le dengan kami.. ramai yang nak tahu ni ...
bapakhero Post at 27-10-2009 00:40

lupakan pasal kupia, sebenarnya ada lagi hamba Allah yg kerjanya mensyirik semua org termasuk ustaz harun din
cuba baca website ni http://emjayjb.multiply.com/journal/item/145
dia kata sapa guna garam syirik, kalau baca lagi laman blog dia, acupanture pun syirik...
yg tak syirik dia seorg aje......

edy, emjay ni org johor nama sebenarnya muslim jonid, pensyarah di UTM skudai.. ajak dia minum sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 08:55 AM | Show all posts
dah la u all...
tak elok bergado2 ok..
saya rasa jinkepalabotak and rozaimy ada fakta yang anda cuba sampaikan...

kepada kupia.. saya rasa anda patut open sket mind anda..try cuba terima kaedah mereka selagi tidak melanggari syariat ISLAM...tp kalau kupia dpt buktikan mereka sesat.. sila la kemukana bukti... itu lebih elok..

apapepun kaedah yg dilakukan.. perawat,. tok moh, doktor, paramedik.. asalkan tak melanggari syariat islam.. semuanya ok ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.060668 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list