|
takpelah..biar ada watak baru..
baru uzir tahu...dia ada saingan.. |
|
|
|
|
|
|
|
xkisah la ade watak baru ke x...
yg pasti tetap nk fuyah ngan uzir gak...
suka ati je aku ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
nk fuyah ngan uzir jerk...
xyah ler tambah2 watak lg.... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by Jaza2008 at 15-1-2009 05:43 PM
sbb nak mengkonflikkan lagi jalan cerita..... betul ke ayat aku tu.....
quote]
yes yes yes macam ni kalu aku pun x kisah tuk wat citer berliku2 jer tpi ttp fuyah & abang uzir gak |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan dah ada n3 baru hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
x sangka fuyah sedara uzir...hik hik hik |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe
nak hero tambahan....biar uzir
tercabar |
|
|
|
|
|
|
|
semua nak hero tambahan?
alamak terlebey suda.... mana nak cari
tp akan ku usahakan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #293 qimi08's post
wah...Noor Suraya ittew Murshi DBP ?
patutlah tulisan dia amat superb |
|
|
|
|
|
|
|
Bunyi loceng pintu mengejutkan Uzir dari tidurnya. Jam dinding menunjukkan pukul 11.00. Dia menguap dan merengangkan badan.
" Siapa pula yang datang ni?" dia menggumam sambil bangun dari sofa. TV Plasma 40 inci di dinding ruang tamu masih terpasang sejak semalam. Perlumbaan Formula One semalam entah siapa yang menang. Kini Kejohanan Golf US Open pula sedang bersiaran.
Sekali lagi bunyi loceng berdenting. Uzir menggaru kepala. Dengan sisa tidur dia melangkah longlai ke pintu.
" Mama, Papa? " nyata Uzir terkejut. Matanya terus segar. Apahal tiba tiba buat spotcheck ni? "Kenapa Mama dengan Papa datang?"
" Hummph. " dengus Datuk Shahrin sambil menonong masuk. Mata nya di tebar ke sekeliling kondo yang agak berselerak itu. "Takkan kami tak boleh datang. Awak tu, dah dekat tengahari baru nak bangun tidur? Pergi mana semalam?"
" Sudahlah tu bang. " Datin Mahani menegur suaminya. Dia mengangkat gelas gelas kotor dari meja sisi ke sinki dapur. Kesian Uzir, tak ada siapa nak tolong mengemas, menjaga makan minumnya. Pernah di suruh ambil pembantu rumah, katanya tak ada privasi. Kalau dah ada isteri, teraturlah hidupnya.
" Adik, Papa nak cakap ni. Kau nak ke mana tu?"
Uzir masuk ke bilik tanpa menjawab soalan Datuk Shahrin. Sepuluh minit kemudian dia tampil dengan T shirt Armani warna hitam dan jeans. Rambutnya yang basah di lurut dengan tangan. Dia terus ke peti ais dan mengeluarkan jus oren Peel Fresh.
" Mama dengan Papa nak minum?"
" Tak payahlah. Mama dengan Papa datang sebab ada perkara penting nak cakap. Can you please listen" tegas Papa nya.
" Apa dia Pa?" Mesti suatu yang mustahak, detik hatinya. Selama dua tahun lebih aku tinggal di Menara Hartamas ni, tak pernah sekali pun mereka datang menjenguk.
" Nenek, Papa dengan Mama nak kau berkahwin secepat mungkin." Mama sudah tidak berbasa basi. Straight to the point. Tergamam Uzir. Terus hilang rasa mengantuk yang berbaki.
" Eh, bukankah hari tu Mama kata Farah dah nak kahwin dengan boyfriend dia di UK? " Uzir menggosok dagunya. Dulu dia sengaja membuat alasan yang dia sibuk dengan kerja. Banyak projek baru yang masuk. Jauh di sudut hatinya, dia mengharap agar Mama dan Auntie Rose akan bosan menunggu. Hatinya sedikit pun tak pernah terbuka untuk memperisterikan Farah.
" Kita nak kau kahwin dengan Fauziah, bukan Farah. " Hampir tersembur jus oren dalam mulut Uzir.
" FAUZIAH? !!! Fauziah yang kerja dengan Adik tu? Fauziah cucu saudara Nenek?" Yeay... yeay! Seperti orang mengantuk di sorong bantal. Pucuk di cita , ulam mendatang. Tapi kenapa Papa yang mengusul perkara ini? Pelik.
" Yalah. Fauziah mana lagi? Takkan Papa dan Mama nak suruh awak kahwin dengan Fauziah Ahmad Daud? Kamu jangan banyak soal. Papa dan Mama dah terdesak. Abang awak dah rugikan berjuta juta duit syarikat dengan projek terbengkalai tu. Bank bank dah start buat tuntutan. Kalau masaalah ni tak selesai, Papa akan jadi muflis. Bankrupt!" keluh Datuk Shahrin.
" Adik, tolonglah. Mama dengan Papa dah buntu. Ini saja jalan keluar untuk kita sekeluarga. Kalau tidak , mana nak letak muka kita. " rayu Datin Mahani.
Riak wajah Uzir maintain selamba walaupun hatinya berkompang bagai nak rak. Bagaikan bunyi kompang yang akan di dengar tak lama lagi kalau hajat ibubapanya tercapai. Tapi apa muslihat Papa? Macam mana perkahwinannya dengan Fauziah boleh membantu business Papa?
" Kenapa Adik kena kahwin dengan Fauziah? Sudahlah dulu Mama nak Adik kahwin dengan Farah, anak besfren Mama tu. Kali ni Papa dengan Mama juga nak pilih calon isteri Adik " gerutu Uzir. Saja aku tunjuk lagak sikit, padahal kecil tapak tangan, satelit Measat aku tadahkan.
"Adik tak faham apa kaitannya dengan business Papa?" sambung Uzir dengan sinis. Huh.. dari dulu lagi Papa selalu mencela tindakan nya menubuhkan Tapis Engineering. Sejak dia tamat belajar, Papa mendesak supaya dia bekerja di syarikat pembinaan Teraju Cipta yang tersohor. Tapi kini apa dah jadi?
" Nenek cukup berkenan dengan Fauziah tu. Dia nak hadiahkan rumahnya di Jalan Duta kepada kamu dan Fauziah sebagai hadiah perkahwinan. Dia tak nak harta keluarga kita jatuh ke tangan orang lain katanya. Lagipun nenek tu cuma anak angkat keluarga Yusuf Bamadhaj yang kaya raya tu. Zaharah , nenek Fauziah anak kandung mereka. Nenek nak pulangkan harta pusaka pada waris yang sebenar sebelum dia mati." jelas Datin Mahani.
Dahi Uzir berkerut sambil dia cuba mencerna berita terkini. Pulak dah....Sungguhlah mengkonfiuskan.Aku baru dapat tahu yang Fauziah second cousin aku. Tak kisahlah... boleh mengorat juga. Tetap boleh kahwin walaupun tidak di galakkan. Rupanya aku tak ada pertalian darah dengannya.
" Adik kena tolong Papa. Papa dah betul betul desperate" Dada Datuk Shahrin berombak menahan amarah. Peguam bank sudah menghantar notis. Rumahnya di Damansara Heights yang berdiri gah, simbol kejayaannya sebagai ahli perniagaan akan di lelong kalau hutangnya tidak di langsaikan. Jumlah hutangnya mencecah hampir RM5 juta. Itu hutang dengan bank, tak termasuk hutang dengan supplier, dengan sub contractor. Umar yang tak boleh harap sudah cabut ke Indonesia. Ada desas desus yang dia telah meminjam dari Ah Long dan nyawanya dalam bahaya. Bertuah punya anak!
Uzir mendongkol geram. Sampai hati Papa nak pergunakan aku dan Fauziah untuk kepentingannya. Memang Fauziah gadis pilihan untuk menjadi suri hidupku tapi aku nak kahwin atas dasar cinta, bukan harta. Aku sanggup berusaha memenangi hati nya walau banyak rintangan sekali pun. Biar slow and steady. Tak rock lah kahwin paksa ni...
" Kalau Papa nak, boleh pinjam duit Tapis Engineering" Dia cuba berdalih.
" Huh! Kalau setakat duit company awak tu..takat celah gigi saja. Umar dah buat tahi kat company aku. Memalukan keluarga kita!" dengus Datuk Shahrin. Api kemarahan nya menjulat. Dua dua anak lelakinya tak guna satu sen. Seorang ranapkan syarikat aku, seorang lagi tak nak tolong aku.
Datin Mahani mengeluh. Bila berita tentang kemerosotan perniagaan suaminya tersebar, ramai kawan mula menjauhkan diri. Sekarang baru dia sedar siapa sahabat sejati. Punah harapan untuk berbesan dengan Tan Sri atau Datuk yang sama status dengan mereka. Hidup anaknya pasti tertekan, bila terpaksa berkahwin perempuan yang tak di cintai. Cuma nalurinya mengatakan yang Fauziah ada ciri isteri yang baik dan Uzir akan bahagia dengannya. Gadis itu sopan, manis, berpelajaran tinggi. Taklah malu sangat kalau nak di bawa ke majlis. Jauh lebih bagus dari model model yang selalu di himpit dan menghimpit Uzir. Sebagai ibu dan isteri, dia cuma mampu berserah pada Allah.
Uzir bangun dan berjalan ke balkoni. Dia menarik nafas panjang. Aku berani kerat jari Fauziah tak akan setuju nak kahwin dengan aku. Macam mana aku nak pujuk dia? Takkan nak bawa lari anak dara orang ke Siam? |
|
|
|
|
|
|
|
Konvoi yang membawa Datin Siti Zainab sampai di rumah Pak Fadzil tepat pukul 11. Jiran sebelah yang mengintai dari jendela melopong melihat 3 buah kereta mewah yang di parkir di depan rumah.
" Jemputlah masuk. Maaflah sempit sikit, rumah kami ni kecil saja." Kata Pak Fadzil yang bergegas turun untuk menyambut tetamu istimewa. Mak Yan nampak tenang walaupun semalaman tak tidur kerana terlalu resah. Betulkah apa yang di sampaikan Fuyah? Dia sendiri sudah berpuluh tahun tak berjumpa dengan ibu saudaranya setelah ibunya meninggal dunia. Wajah Mak Longnya sudah lama menjadi memori yang samar.
Datin Siti Zainab turun dari kereta yang di pandu Uzir dan terus meluru dan memeluk Mak Yan. Datuk Shahrin, Datin Mahani dan menantu mereka Salwa berjalan bersaingan dengan Datuk Farid dan Datin Rose. Fauziah memperkenalkan ahli keluarganya pada mereka.
Datin Siti Zainab mengesat airmatanya.Akhirnya tercapai juga hajat di hati untuk berjumpa dengan waris arwah adiknya. Hampir 40 tahun dia tidak mendengar khabar berita anak saudaranya. Alkisahnya, perkahwinan Zaharah dan bapa Mak Yan, Hj Sulaiman, tak di restui keluarga kerana perbezaan darjat. Zaharah di buang keluarga lalu berpindah mengikut suaminya yang bertugas sebagai askar. Cuma Siti Zainab seorang masih berhubung dengan adiknya, itupun tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain. Selepas Zaharah meninggal dunia, Siti Zainab terus terputus hubungan dengan Mak Yan.
Fauziah menghidangkan air sirap dan popiah buat alas perut sebelum makan tengahari. Pasti tetamu kehausan, hari panas dan rumah ni tak ada air cond pula. Biarpun pertama kali berjumpa tapi perbualan mereka rancak. Kak Long dengan Salwa yang sama sama menunggu hari untuk menerima " orang baru" bercerita tentang pembawakan budak dan pengalaman bersalin. Datuk Shahrin pun nampak selesa berbual dengan Pak Fadzil tentang senibina rumah Melayu lama. Cuma Auntie Rose nampak bosan. Macam ayam kena hujan, rambut yang kembang di blowdry dah meleper. Muka nya mencuka. Berbeza dengan Datin Mahani yang seronok dengan suasana kampung. Fauziah dan Wani terpaksa menjadi "pemandu pelancong". Seluruh kawasan rumah di terokai, dari reban ayam ke pokok buah buahan. Uzir pun turut sama dengan ibunya.
" Fauziah, you pandai panjat pokok rambutan?" tanya Uzir. Dua tiga pokok masih lebat dengan buah yang merah segar.
" Of course. Tak sah duduk kampung kalau tak pandai panjat pokok. Kenapa? Uzir nak makan rambutan? Kita dah kait semalam. Nanti boleh bawa balik KL"
" Alaa... I nak tengok you panjat pokok. Bagi lah demo. " usik Uzir. Muka Fauziah berubah kelat. Ada ada jer lah BBC ni. Jangan ingat sebab kita ada pertalian darah, senang senang jer kau nak jadi member kamceng aku. Malam sikit!
" Uzir, janganlah sakat Fuyah. Jangan ambil hati, Fuyah. Uzir ni memang nakal. " pujuk Datin Mahani. Sejak mendapat tahu yang Fauziah anak saudara sepupunya, bukan main baik lagi layanan Mak Datin ni.
" Nakal ? Sungguh tak sesuai orang tua ni di panggil nakal. Mak dia belum tengok lagi perangai sebenar Uzir. " gumam Fauziah sendirian.
" Sini tak ada sungai kah?" soal Uzir sambil menebarkan pandangan ke sekeliling. Pohon pohon hijau mengisi panorama. Nyaman rasanya dapat menghirup udara segar dan tak tercemar.
Fauziah menggeleng. " Sungai tak ada. Anak sungai adalah tapi jauh sikit. Kenapa? Nak bermandi manda? Pergilah Bukit Merah, tak jauh dari sini. Kalau drive, dalam sejam dah sampai."
" Bukit Merah tak best. Aku nak tengok kau mandi sungai berkemban. Mesti sexy... ha ha ha!" Uzir tertawa melihat muka Fauziah yang merona.
Wani turut ketawa. Fauziah menjeling geram. Ciss... adik aku ni dah berpaling tadah. Seronok bebenor gelakkan orang. Beria ria Wani melayan keluarga Datuk sejak sampai tadi. Nak tunjuk rajin depan tetamu lah tu.
" FUYAH! Ajak Datin Mahani dan Uzir masuk. Hari dah panas terik" laung Mak Yan dari anjung rumah.
" Yes Madam" sahut Fauziah. " Jom masuk dulu Datin, Uzir"
..........................................................................................................
"Nasib baik Kak Long ada. Kalau tak pengsan Fuyah dengan Mak nak masak berdua" kata Fauziah pada kakak nya. Walaupun perut Mahyun memboyot macam nak meletup tapi dia masih tangkas membuat kerja dapur. Matanya mengerling kepada adiknya. Mentang mentang lah si Acap pun balik, asyik berkepit saja. Sikit pun tak tolong. Aku juga yang bertungkus lumus kemas rumah, beli barang dapur, masak.
" Macam rombongan meminang pula aku tengok. Ramainya" kata Kak Long sambil mengacau gulai ayam. " Eh.. yang kau tumbuk sambal belacan banyak sangat tu, apahal? Orang Bandar tu reti kah makan ulam pucuk ubi dengan sambal? Entah entah nak makan pakai tangan pun kekok"
" Ala..kak . Biarlah dia orang rasa masakan kampung. Kalau kat KL tu , makanan stail kampung ni susah nak cari. Mesti licin nanti " Fauziah tersengih. Kalau suruh tetamu makan sambil duduk bersila atas tikar lagi best. Tapi macam mana Auntie Rose nak duduk dengan kebaya ketat dia... he! he!
" Jangan cirit birit sudahlah" komen Kak Long dengan selamba.
Fauziah tertawa kecil. Kakak aku ni memang boleh tahan laser. Suka cari gaduh sejak kecil lagi. Ingat lagi dia bertumbuk dengan si Acap dan Ajip sebab dua orang tu panggil dia Mangkuk Hayun. Tok Ki pun satu hal, bagi nama Mahyun macam nama bintang filem dulu dulu.
Betul telahan Fauziah, tetamu cukup berselera menikmati makanan. Datin Mahani yang jarang makan nasi pun tambah dua kali. Uzir dan keluarga tak henti memuji air tangan Mak Yan dan anak anak nya.
" Fauziah, tak makan sekali?" tanya Uzir bila Fauziah membawa hidangan tambah.
" Er.. saya dah makan tadi Encik Uzir. Sambil masak tu kena rasa , sebab saya ni bukan tukang masak professional ."
" Tak payahlah ber encik encik, Fauziah. Uzir tu bukan orang lain, sepupu awak. Panggil lah Abang Uzir. Lagi manis" Datin Siti Zainab mencelah.
Abang Uzir? Uwekk ...uwekk . Tak biasalah nak ber abang abang... geli tekak. Namun dia mengangguk untuk menjaga hati tetamu.
"Betul tu. Jangan ber Datin, Datuk lagi. Kita ni satu keluarga, panggil Uncle dan Auntie saja. " tambah Datin Mahani. Sejuk hatinya melihat Fauziah melayan tetamu. Walaupun mulutnya agak riuh, tapi kelembutan masih terserlah.
Selepas makan, buah buahan dari kebun Pak Fadzil pula di hidangkan sebagai pencuci mulut. Fauziah dan Kak Long nya ke dapur memulakan operasi membasuh pinggan mangkuk sementara orang tua menyambung sesi Jejak Kasih. Banyak betul cerita , mengalahkan Hikayat 1001 malam. Nasib baik mereka tak bercadang nak tidur sini. Wani dah lesap ke bilik, pening kepala sebab tak tahan panas,katanya. Nasib kau lah Acap... dapat bini puteri lilin.
" Aku tengok Uzir tu asyik dok perhati kau. " kata Kak Long dengan nada rendah agar perbualan mereka tidak sampai ke telinga orang lain.
" Dia tak pernah tengok perempuan pakai kain batik kot. Girlfriend dia modern dan stylo" Fauziah tangkas membuang sisa makanan ke dalam bekas sampah.
" Mungkin. Sebab tu dia suka gadis pingitan yang ayu macam kau" giat Kak Long. " Kepak kepak kepung kepung" Dia mengajuk bunyi kompang di susuli hilai tawa
" Gila lah Kak. Dia boss Fuyah lah. Cousin pula tu!" tempik Fauziah. Mak buyung ni suka betul sakat aku. Tak masuk akal langsung ! |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya..... tercapai jugak impian uzir
tapi fuyah bleh trima uzir ka.........
neh yang saspen neh |
|
|
|
|
|
|
|
" Assalamualaikum" laung Fauziah sambil mengetuk pintu rumah Makcik Zaidah.
" Waalaikumsalam" suara lelaki membalas salam. Pintu terkuak. Ashraf yang berT shirt dan berkain pelikat menggosok matanya. Memang padan lah Acap dengan Wani, dua dua kaki tidur.
" Mak aku bagi lauk. Apalah kau ni Acap, asyik tidur je. Muka penuh air liur basi " dengus Fauziah sambil menyua mangkuk tingkat.
" Air liur basi kau kata? Air sembahyang lah" Ashraf senyum sumbing. " Kau tu , dah sembahyang Asar belum?"
Fauziah yang kebetulan sedang " uzur" tidak menghiraukan soalan Ashraf.
" Mak cik Zaidah mana? Kenapa tak datang rumah tadi?" Mata Fauziah meliar mencari ibu Ashraf.
" Mak aku tak sihat. Dia tengah baring. Aku segan nak datang. Dahsyat aku tengok kereta kat rumah kau. Orang datang meminang kau ker?" Masa konvoi sampai tengahari tadi, Ashraf baru balik dari hospital dengan ibunya. Terbeliak mata melihat Mercedes S Class , BMW dan Nissan Murano. Kaya sehh!
" Please lah.. jangan nak mengarut. Itu family nenek saudara aku yang dah lama terpisah. Kira macam family reunion lah. Takkan Wani tak cerita kat kau ? Tak sangka boss aku tu pangkat sepupu aku."
" Wah.. tak lama lagi kau naik pangkat lah. Eh, masuklah dulu Fuyah. Aku buatkan teh" Ashraf tersenyum nakal. Teringat zaman sekolah dulu masa mereka saling "berperang." Pernah Ashraf menghidangkan teh di campur garam pada Fauziah bila keluarganya datang beraya. Tapi tak di sangka, Cikgu Fadzil terambil cawan Fauziah...... terbatuk batuk orang tua itu di buatnya. Akibatnya Ashraf kena rotan dengan arwah bapanya.
" Tak payahlah Cap. Aku nak balik. Tak habis lagi mengemas" Fauziah meminta diri. Kak Long dah balik ke rumahnya. Risau juga kalau terberanak pula. Alamatnya, aku lah yang kena simpan balik segala pinggan mangkuk, sapu rumah, susun kerusi meja.
" Alaa... masuk lah kejap. Aku ada benda nak cerita kat kau. Its a matter of life and death." desak Ashraf. Mukanya serius.
" Dramatikus nya kau ni. Cerita kat sini sajalah. Apa dia?" Fauziah menyandarkan tubuh ke tiang serambi.
Ashraf mengeluh. Degil betul Fuyah ni.
" Aku dah buat keputusan. Aku tak jadi kahwin. " ujar nya dengan tenang
" Betul? Tapi kau tak putus tunang dengan Wani kan? Cuma kau postpone wedding date kau jer? Makcik Zaidah dah tahu?" bertubi tubi soalan terpacul dari bibir Fauziah. Buat aku pening jerlah si Acap ni..
Ashraf menggeleng. " Mak aku tak tahu lagi. Dia tengah tak sihat, aku tak sampai hati nak bagi tahu. Tapi aku dah fikir masak masak. Aku belum bersedia. "
Fauziah menjungkitkan bahu. Jauh di sudut hatinya, dia bersetuju. Acap masih muda, baru 23. Mesti tak puas enjoy life. Wani pun baru 21, tak matang lagi. Asyik merengek dan merajuk. Kalau tunggu 3-4 tahun lagi pun okay. Perkahwinan bukan macam main pondok pondok.
" Hati aku bukan untuk Wani. There's somebody else...." nada lembut Acap dan tenungannya membuat Fauziah menjadi kalut. Tubuhnya terasa dingin. Ada satu perasaan halus yang menyelinap ke lubuk hati. Mereka saling bertukar pandang sejenak sebelum Fauziah melarikan mata.
" Macam aku bagitau dulu... aku tak nak masuk campur. Aku balik dulu ya, Cap. Nanti Mak aku bising. " pintas Fauziah. Langkahnya panjang meredah halaman yang tak berpagar tanpa menoleh kebelakang. Ya Allah, kenapa aku tiba tiba terasa lain macam ni. Hatinya libang libur. Apakah definasi perasaan yang tiba tiba menjentik hati ini? Fauziah, jangan ikut hati, nanti MATI... |
|
|
|
|
|
|
|
Fuyah syok kat Acap ker...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #317 elninhamfz's post
tidak syak lagi
fuyah syok dgn acap |
|
|
|
|
|
|
|
alah fuyah tersyok dgn acap ke? habislah uzir nak mengurat nanti |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa...
naknak fuyah ngan uzir...
xmo dgn acap... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|