|
gomo kelate gomo,gomo sapa bulih Piala Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
doh bkpo takdok ore update ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan
Mohd Shahrizan Ismail
Sarudi Aziz
Tengku Hazman Raja Hasan
Che Hishamudin Hasan
Hardi Ahmad
Ezrie Shafizie
Nik Ahmad Fadly Nik Leh
Rosairil Asrul
Mat Tasbih
Khairul Izuan
Mohd Shawalrudin
Nik Shahrul Azim
Faiz Suhaimi
Aris Zaidi
Mohd Nazrul
Sources : redsfcnews.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
|
kita juaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
senyap jah thread nie...
gano? |
|
|
|
|
|
|
|
Umbro Kelantan FA Kit 2011
|
|
|
|
|
|
|
|
Sairozi Terlantar Derita Di Hospital
Entri Berita ini di tulis pada 06. Jan, 2011
KOTA BHARU - Bekas pemain Kelantan, Sairozi Daud dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu pagi semalam setelah tahap kesihatan beliau merosot sejak beberapa hari yang lalu ekoran penderitaan penyakit barah tengkuk yang dihadapi beliau hampir setahun lalu.
Sairozi, 32 tahun, mula dikesan menghidap penyakit barah tengkuk sejak awal Febuari tahun lalu dan menjalani pembedahan di Hospital Pakar Sultan Abdul Samad, Johor Bahru serta pernah menerima rawatan kimoterapi sebanyak tujuh kali selain radioterapi sebanyak 36 kali sepanjang mendapatkan rawatan di hospital tersebut.
Bapanya, Daud Yaakob berkata, keadaan kesihatan anaknya kembali teruk memaksa keluarganya mengambil keputusan memasukkan beliau ke hospital tersebut pagi semalam.
“ Beliau sudah tidak tidak menjamah makanan sejak tiga hari lalu. Makan pun hanya sesuap sudu sahaja sejak beberapa hari lalu. Beliau tidak berselera untuk makan, tidak ada tenaga dan sekarang hanya mampu terbaring sahaja, ” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.
“ Melihat kepada keadaan beliau ketika ini, beliau sendiri meminta untuk dibawa ke hospital dan kami sekeluarga hari ini (semalam) sepakat membawa beliau ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“ Sebelum ini kami sekeluarga pernah mendapatkan rawatan tradisional bagi memulihkan penyakit beliau tetapi setakat ini tidak banyak perubahan yang dialami olehnya setelah mendapat rawatan tersebut, ” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Insan, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood sempat meluangkan masa hampir sejam menziarahi Sairozi di hospital tersebut petang semalam dan turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada keluarga tersebut.
Abdul Fattah ketika dihubungi berkata, sumbangan itu diharap sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga bekas pemain bola sepak Kelantan itu yang terpaksa menjaga beliau sepanjang berada di hospital itu.
“ Saya terkejut apabila maklumkan mengenai perkara ini pagi tadi. Saya bersimpati dengan penderitaan yang dialami beliau serta kesulitan yang dialami keluarganya ketika ini.
“ Saya mendoakan semoga beliau kembali sembuh dan saya berharap para peminat bola sepak Kelantan juga turut sama-sama mendoakan semoga beliau pulih sepenuhnya daripada penyakit yang dihadapinya ketika ini, ” katanya.
Penderitaan penyakit yang dihadapi oleh Sairozi Daud pernah didedahkan oleh akhbar ini awal Disember tahun lalu dan mendapat perhatian beberapa pihak termasuk Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK), Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) dan Skuad Sayang Wanita UMNO Pasir Mas dan Machang yang tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban yang dialami oleh keluarga beliau sekarang.
Sources : http://kelate.net/
|
|
|
|
|
|
|
|
KAFA Tampil Bantu Sairozi
KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) semalam tampil menghulurkan sumbangan kewangan kepada bekas pemain bola sepak Kelantan, Sairozi Daud yang kini terlantar menderita akibat penyakit barah tengkuk yang dihadapinya hampir setahun lalu.
Sairozi, 32 tahun, pemain yang pernah menyarung jersi Kelantan sekitar tahun 2005 dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu sejak tiga hari lalu setelah tahap kesihatan beliau kian merosot.
Semalam, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dan Pengurus Pasukan Liga Super Kelantan, Azman Ibrahim meluangkan masa hampir setengah jam melawat Sairozi di wad hospital tersebut.
“ Sumbangan kewangan ini disampaikan dengan hasrat meringankan beban yang terpaksa dihadapi keluarga beliau dan kita berharap dengan sumbangan ini sekurang-kurangnya mampu menampung perbelanjaan mereka, ” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, sumbangan tersebut merupakan tanda keprihatinan pihak Kafa terhadap bekas pemain yang pernah menyarung jersi Kelantan suatu ketika dahulu.
“ Walaupun tidak lama bermain dengan Kelantan, tetapi jasa dan sumbangan beliau tetap diingati terutama setelah membantu Kelantan muncul juara Piala FAM, tahun 2005.
“ Pihak Kafa bersimpati di atas penderitaan yang dialami beliau dan kita sama-sama mendoakan semoga beliau kembali pulih daripada penyakit yang dihadapinya ketika ini, dan semoga beliau terus mempunyai kekuatan untuk melawan penyakit yang dihadapinya, ” katanya.
Sementara itu, bapa Sairozi, Daud Yaakob berkata, beliau sekeluarga mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan pihak Kafa terutamanya kesudian Tan Sri Annuar Musa sendiri meluangkan masa menziarahi anaknya.
“ Saya terharu di atas kunjungan ini dan berterima kasih kepada pihak Kafa terutama Tan Sri Annuar Musa yang sudi menghulurkan sumbangan kepada keluarga kami,” katanya.
Menurutnya, ada sedikit perubahan sejak Sairozi dimasukkan ke hospital tiga hari lalu.
“ Beliau sudah berselera sedikit untuk makan berbanding ketika terlantar di rumah sebelum ini. Saya juga berharap para peminat dapat mendoakan semoga beliau kembali pulih daripada penyakit yang dihadapinya ketika ini, ” katanya.
Dua hari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Insan, Sukan dan badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan, Abdul Fattah Mahmood dan isteri turut meluangkan masa melawat Sairozi sambil menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga beliau.
Sources : http://kelate.net/
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelantan FA & Bangkok Glass FC
|
|
|
|
|
|
|
|
KAFA, Cardiff City Jalin Kerjasama
Entri Berita ini di tulis pada 08. Jan, 2011
ANNUAR (tiga dari kanan) ketika melancarkan kad keahlian The Red Warriors di Kota Bharu semalam.
DALAM usaha membentuk sebuah pasukan yang mantap, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan bekerjasama dengan kelab bola sepak England, Cardiff City dalam semua aspek termasuk pengurusan.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, buat permulaan, pihaknya akan meminta bantuan daripada pemilik kelab England itu, Datuk Chan Tien Ghee untuk membantu mereka bentuk stadium baru KAFA.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, hubungan di antara The Red Warriors dengan pasukan yang berada di tangga kedua Divisyen 1 England itu adalah atas dasar persahabatan dan belum ada hubungan secara rasmi lagi.
“ Banyak benda yang dapat dipelajari daripada pasukan profesional ini. Saya berharap suatu masa nanti KAFA boleh menghantar pegawai dan pemain untuk menimba ilmu di sana.
“ Sekarang kita meminta pertolongan daripada Cardiff untuk mereka bentuk stadium kerana mereka mempunyai stadium bola sepak yang cantik biarpun kecil, ” katanya.
Semalam, lebih 1,000 penyokong setia The Red Warriors membanjiri salah satu pusat beli-belah di Kota Bharu untuk melihat dengan lebih dekat pemain-pemain kesayangan mereka.
Selain dapat bertemu pemain, peminat juga dapat melihat Piala Malaysia dan Piala Suzuki AFF yang turut dipamerkan pada majlis itu.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Kelab Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee yang turut melancarkan kad keahlian kelab The Red Warriors.
Paling istimewa anak Tian Ghee, Nicholas Chan yang berusia 18 tahun akan turut memperkuatkan skuad Kelantan musim depan dan dikatakan akan menjadi bintang baru bagi menggantikan bekas kapten pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang berhijrah ke T-Team.
Dalam pada itu, Datuk Tien Ghee turut membuat pengumuman mengejut apabila memberikan penajaan sebanyak RM100,000 kepada Kelantan dan berjanji akan membawa pegawai, pemain dan penyokong bertuah ke Cardiff untuk bertemu dengan penyerang sensasinya, Craig Bellamy.
Mengulas mengenai masalah lampu limpah, Annuar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, masalah tersebut akan diselesaikan secepat mungkin sebelum bermulanya perlawanan pertama Liga Super pada 28 Januari ini.
“ Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan oleh FAM, kita diarahkan bermain pada sebelah petang sahaja kerana tidak memenuhi syarat-syarat lampu limpah yang ditetapkan.
“ Saya difahamkan, pihak kera- jaan negeri telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan ia sedang diusahakan sekarang, ” katanya.
Musim 2011 menyaksikan skuad The Red Wrriors membaris- kan sembilan muka baru iaitu K. Soley, Nurul Azuwan Roya, Wan Rohaimi Ismail, Daniel Fadly Abdullah, Khairan Ezuan Rozali, Nicolas Chan, Norhadi Ubaidillah, Muhammad Abdul Aziz Ismail dan Mohd. Khalid Jamlus.
Sources : http://kelate.net/
|
|
|
|
|
|
|
|
senarai lengkap pemain kelantan 2011
Penjaga Gol :
1. Mohd Khairul Fahmi Che Mat
2. Mohd Shahrizan Ismail
3. Norhadi Ubaidillah [Baru]
Pertahanan :
1. Mohd Daudsu Jamaludin
2. Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid
3. Mohd Farisham Ismail
4. Zairul Fitree Ishak
5. Mohd Zamri Ramli [Piala Presiden]
6. S. Subramaniam
7. Wan Rohaimi Wan Ismail [Baru]
8. Mohamad Abdul Aziz Ismail [Baru]
9. Nicholas Chan @ Nick Chan [Baru]
Tengah :
1. Mohd Badhri Muhd Radzi [KP]
2. Khairan Eroza Razali
3. Khairan Ezuan Razali
4. Mohd Shakir Shaari
5. S. Chanturu
6. Wan Zaman Wan Mustapa
7. Zul Yusri Che Harun
8. Danial Fadhly Abdullah @ Wirat Nom [Baru]
9. Solehin Kanasian Abdullah @ K Soley [Baru]
10. Nurul Azwan Roya [Baru]
Penyerang :
1. Norshahrul Idlan Talaha
2. Mohd Nidzab Ayub
3. Muhammad Ramzul Zahini Adenan
4. Khalid Jamlus [Baru-Kontrak 6 Bulan] |
|
|
|
|
|
|
|
bola sepak tempatan sudah mencapai era profesional.
Seperti kes 3 pemain TRW yang cabut ke T-Team.
Buat sama seperti liga eropah. Jangan lembut hati. Jadikan pengajaran untuk pemain lain.
(sekadar pendapat peribadi. Jange lahar ambo pulok deh ) |
|
|
|
|
|
|
|
kelantan dah kurang taring, 3 tonggak dah ke T Team
-serangan tak kuat dah lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pemain tak bersalah
TIGA bekas pemain Kelantan kini boleh memberikan tumpuan penuh untuk pasukan baru, T-Team apabila didapati tidak bersalah oleh Jawatankuasa Status Pemain FAM dan tidak dikenakan sebarang penggantungan mahupun denda.
Jawatankuasa itu menolak aduan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terhadap Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose kerana tidak memenuhi beberapa peraturan kontrak. Pengerusi, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan Kafa tidak mematuhi Perkara 10.1 di dalam kontrak itu iaitu notis untuk melanjutkan kontrak perlu diberi tiga bulan sebelum kontrak tamat 30 hari selepas perlawanan terakhir.
“Kontrak tiga pemain ini berakhir 30 November 2010 iaitu sebulan selepas final Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada 30 Oktober 2010. “Notis perlu diberikan sebelum 30 Ogos 2010 sedangkan Kafa memberi notis pada 1 September 2010. Malah, Kafa juga tidak menepati Perkara 10.2 yang memerlukan mereka menyatakan syarat dan terma seperti gaji, bonus, elaun dan sebagainya kepada pemain,” katanya selepas mesyuarat jawatankuasa itu di Wisma FAM, petang semalam.
Turut terlepas adalah bekas kapten Kuala Lumpur, Azidan Sarudin yang kini bermain untuk Selangor apabila Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) gagal mematuhi Perkara 10.1 dan 10.2 selain tuntutan pampasan berjumlah RM250,000 daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang turut ditolak.
Jawatankuasa terbabit turut menolak permintaan Selangor PKNS untuk menangguhkan kes empat bekas pemainnya yang berhijrah ke pasukan lain iaitu Mohamad Alifi Mahmud (Pahang), G Mahatheran (Negeri Sembilan), A Verathan (Sime Darby FC) dan Mohd Saufi Mohd Ibrahim (Johor FC). |
|
|
|
|
|
|
| |
|