|
[MERGED] Guru yang Bermasalah - Update: Moral Guru Makin Membimbangkan
[Copy link]
|
|
sehari dalam hidup seorang guru pada hari pertama persekolahan....
1. menyiapkan rancangan pelajaran tahunan. bukan tiru tahun2 lepas, sebab perancangan harus disesuaikan dengan tarikh takwim sekolah. 4 rancangan tahunan kena siapkan dalam masa dua hari, pengetua nak tengok hari isnin - BM tingkatan 4, BM ting 5, BM Ting 6 dan PSK Ting 2
2. siapkan dokumentasi untuk menerima lawatan pegawai JPN dan nazir pada hari Isnin 7 Januari 2008 - termasuklah sediakan fail persatuan, siapkankan fail peribadi pelajar, sediakan buku kemajuan pelajar bagi keputusan hujung tahun lepas untuk diserahkan kepada waris.
3. menyiapkan perancangan strategik tiga bidang iaitu persatuan, unit beruniform dan HEM sebelum 15 Januari. setiap satu lebih kurang 15 mukasurat.
4. senaraikan nama pelajar penerima zakat esok pagi. padahal tak kenal lagi pun mana satu budak miskin. baru dua hari jadi guru tingkatan kelas tu. kena interview pelajar untuk kenalpasti pelajar miskin
5. siapkan buku kedatangan pelajar on de spot sebab kedatangan dah mula kena amek. banyak item dalam tu kena isi secara manual.
6. buat persediaan untuk menerima kedatangan rombongan pelajar dari Medan - satu hari saja masa diberi untuk sediakan skrip pengacara majlis sedangkan senarai tetamu, div jemputan yang hadir belum diketahui.
7. parent asyik datang untuk berjumpa nak tanya pasal yuran, kena baya atau tak...ajak kita sembang pulak tu. budak dalam kelas dok tengah bersilat. nak masuk kelas ke nak layan parent datang???
semua ini harus disiapkan dan berlaku dalam masa dua hari. anda mampu???? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikguhani at 7-1-2008 10:55 PM
sehari dalam hidup seorang guru pada hari pertama persekolahan....
1. menyiapkan rancangan pelajaran tahunan. bukan tiru tahun2 lepas, sebab perancangan harus disesuaikan dengan tarikh takwim ...
setakat bercakap kat forum, tak guna.
cikgu-cikgu ni tahap pemikiran bukan tinggi sangat pun..asyik kena kondem je...padahal punyalah ramai cikgu kat malaysia ni. tapi ada ke yg betul-betul berani?
tak ada pun.
pengecut. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bakawali at 8-1-2008 10:09 AM
setakat bercakap kat forum, tak guna.
cikgu-cikgu ni tahap pemikiran bukan tinggi sangat pun..asyik kena kondem je...padahal punyalah ramai cikgu kat malaysia ni. tapi ada ke yg betul-be ...
awak ada degree berapa banyak? mudah2 nak kata tahap pemikiran cikgu bukan tinggi sangat pun...di sekolah saya, cikgu yang ada master dah berlambak, sedang buat phd pun ada.
kenyataan awak ni mengatakan bahawa AWAK JUGA BERGURU DENGAN ORANG YANG TAHAP PEMIKIRAN BUKANNYA TINGGI SANGAT. PATUT LA CARA AWAK BERFIKIR DAN BERCAKAP MACAM CIKGU AWAK TU. malangnya nasib awak dapat cikgu yang macam ni.
[ Last edited by cikguhani at 8-1-2008 09:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #302 Bakawali's post
hmmm...baru haku tau guru2 nie semua pengecut...ish3 xpatut sungguh...
tapi tahukah anda saban tahun guru2 yg anda ckp pengecut nie bertungkus lumus memberi pendidikan kepada anak bangsa hingga bleh melahirkan ramai golongan profesional dan beri sumbangan kepada negara...dan bagaimana guru2 bantu murud2 yg keciciran dalam pelajaran untuk meneruskan pelajaran...jangan bercakap mengikut emosi...bertimbangkan dulu baris2 kata anda...
siapa pun anda..dari mana pun anda..anda juga pernah berguru...
untuk menjadi cemerlang dalam pendidikan perlu ada kerjasama ibubapa + guru + usaha murid itu sendiri...
renung2kan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #302 Bakawali's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #302 Bakawali's post
Cikgu bukan pengecut dan nak berani biar kena tempat dan gaya. bukan boleh main berpencak silat tanpa tahu di mana gelanggangnya. kalau hanya tahu bersilat tanpa ada sebabnya tentulah tidak kena gayanya, malah makan diri.
senang cerita, guru terikat dengan aku janji. ibarat timun dengan durian.
dan di forum ini cuma utk berkongsi pendapat, meluahkan maslaah utk dibincang bukan sebab pengecut. contoh mudah, macam Tuahayam yang kita sedia maklum seorang cikgu dari Terengganu, saya rasa banyak perkara yang dia dapat hasil perbicangan di sini tapi adakah dia pengecut sebab dia juga ada menyatakan masalahnya di forum ini?
malah apa yang forummer cikguhani ceritakan disini adalah realiti seorang cikgu. utk dapat kerja on the spot tapi nak disiapkan dengan segera dan mesti dengan penuh bergaya (kalau majlis kena hebat /grand) dalam masa yang singkat.
adakah anda berkata sebegini kerana kecewa tidak mendapat menjadi seorang cikgu? atau ada alasan lain cuma anda sendiri yang mampu menjawabnya.
apapun, kritikan walaupun membina, perlu ada caranya. tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak (lani tepung nak naik harga!) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #304 awadanish's post
Nak buat macam mana, cik/puan/datin Bakawali mungkin seorang yang genius maka dia tidak perlu bersekolah dan telah mengenali algebra serta pengaturcaraan komputer sejak dari umur 1 tahun. telah mendapat PHD sejak umur 12 tahun dan sekarang sedang menjawat jawatan sebagai Profesor Diraja dalam bidang pemikiran kritis dan dinamik di sebuah pusat khas di lokasi yang dirahsiakan. maka secara tidak langsung dia tidak pernah bersekolah di mana-mana sekolah di Malaysia. oleh sebab itu dia mengeluarkan kenyataan sedemikian.
apapun, tahniah la yer kepada Bakawali sebab andalah orang yang "berani" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by CharlieDale at 9-1-2008 06:03 PM
Nak buat macam mana, cik/puan/datin Bakawali mungkin seorang yang genius maka dia tidak perlu bersekolah dan telah mengenali algebra serta pengaturcaraan komputer sejak dari umur 1 tahun. telah m ...
terimakasih bebanyak kerana masih ada orang yang mendengar suara-suara guru....:victory: :victory: :victory: :victory:
bukan minta disanjung....
isu guru ini menjadi satu kemelut dan polemik kerana guru merupakan profesion yang paling hampir dengan masyarakat. gerak geri guru diperhatikan masyarakat sebab tu main ikut sedap mulut je nak perlekehkan guru. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikguhani at 8-1-2008 09:39 PM
awak ada degree berapa banyak? mudah2 nak kata tahap pemikiran cikgu bukan tinggi sangat pun...di sekolah saya, cikgu yang ada master dah berlambak, sedang buat phd pun ada.
kenyataan awa ...
ada PHD pun apa guna,cikgu masih buat kerja kerani....
kononnya profesional..kau sendiri yg cerita, kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikguhani at 9-1-2008 07:21 PM
terimakasih bebanyak kerana masih ada orang yang mendengar suara-suara guru....:victory: :victory: :victory: :victory:
bukan minta disanjung....
isu guru ini menjadi satu kemelut dan p ...
Isu guru menjadi kemelut? ada sesiapa yg berani bersuara, minta cikgu jgn buat lagi kerja kerani di sekolah.ada berani? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by awadanish at 9-1-2008 12:55 PM
NUTP = suara guru2...
suara guru-guru?
habis tu kenapa cikgu hani masih kena buat kerja berat .amah pun ada masa rehat. |
|
|
|
|
|
|
|
masalah ni timbul akibat terlalu ramai ibu bapa yang pandai... atau mempunyai kepandaian yg lebih tinggi drpd cikgu. jadi mereka rasa mereka lebih pandai untuk mengkritik golongan guru sedangkan mereka tak tahu apa yang perlu cikgu2 hadapi setiap malam utk menghadapi esok pagi.
aku tak salahkan mak bapak.. aku juga tak salahkan guru... tp guru punya tugas untuk mengajar..mendidik... anak anak mereka.. kalau ibu bapa tak punya kepercayaan utk guru mendidik anak2, lebih baik ibu bapa sendiri yang mendidik anak2... bawak sekali ke opis... atau senang cerita, upah tutor persendirian
hantar anak2 ke sekolah bermakna anak2 anda masih berada di bawah subsidi kerajaan untuk belajar. bermakna anda kena terima baik buruknya perkhidmatan perguruannya, sama juga kita terpaksa terima baik buruknya perkhidmatan kerajaan yg lain.. kalau tak puas hati, byk duit, hantar pegi swasta
tp rakyat malasia mmg ada hak sendiri.. tp fikir fikirla....kalau nak menepuk air tu, jangan sampai terpercik ke muka sendiri... fikir rasional nya....
thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #312 Bakawali's post
itulah keistimewaan jd guru..mcm2 kerja kena buat...
cuma terkilan la bila ada segelintir ibubapa yg bg gelaran yg xsepatutnya kepada golongan guru...guru 25hb? guru2 tak marah dengan gelaran mcm tu cuma terkilan...apapun seperti pepatah guru ibarat lilin...membakar diri untuk menyinari kehidupan orang lain..walaupun gelaran tu mencalar perasaan tp mereka tetap dedikasi menjalankan amanah yang diberi...
saya tak tau kenapa bakawali anti dengan kaum guru...sila jelaskan..kenapa, mengapa dan bagaimana guru yg org mcm bakawali nak...
kepada semua guru2 tabahkan hati kalian...kuatkan semangat...inilah cabaran guru zaman sekarang...apa pun kena gigih berusaha untuk memartabatkan profession perguruan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #313 katak hijau's post
:pompom: :pompom: :pompom: katak hijau, ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #310 Bakawali's post
pasal isu kerani sekolah ni..
NUTP dah suarakan...bukan semua yg kita mintak boleh dapat jam tu gak..kena ikut beberapa prosedur... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bakawali at 9-1-2008 08:10 PM
ada PHD pun apa guna,cikgu masih buat kerja kerani....
kononnya profesional..kau sendiri yg cerita, kan.
kalau dah namanya cikgu, ada ijazah/master/phd bukan untuk berbangga dan berlagak xnak buat kerja2 bawahan..misi utama seorang guru memberi pendidikan kepada anak2 bangsa...ilmu yang diperoleh adalah untuk anak2 murid, bukan utk berbangga...sekalipun ada PHD kita xboleh menghina pekerja bawahan...kerana dalam urusan sesuatu kerja kita bukan bekerja sorang2...masing2 ada tanggungjawab dan amanah perlu di pikul...
pada saya apa pun kerja seseorang tu xpenting, yang penting bagaimana dia menjalankan amanah yang diberi...:cool: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bakawali at 9-1-2008 08:10 PM
ada PHD pun apa guna,cikgu masih buat kerja kerani....
kononnya profesional..kau sendiri yg cerita, kan.
ha....awak sendiri dah memberi jawapan kepada masalah yang kami sendiri hadapi....
maknanya awak sedar dan faham bahawa kami memang membuat sesuatu kerja hingga ke peringkat akar umbi...terimakasih kerana faham. jadi awak juga kena faham, sebab itulah antara rintangan tugas seorang guru
namun begitu kami tak kisah bukan setakat kerja kerani...kami juga...
- hakim atau lawyer sebab selesaikan masalah disiplin pelajar
- algojo (guru disiplin) sebab bagi hukuman rotan kepada pelajar
- doktor sebab bagi ubat bila pelajar sakit
- cashier bank sebab kutip duit yuran pelajar
- tukang sapu sebab kadang2 nak terkeluar anak tekak suruh budak sapu sampah, akhirnya kita sendiri sapu..
- dan macam-macam lain
dengan kata lain, walaupun tinggi mana taraf pendidikan guru, kami sanggup berada di akar umbi, bukannya mendabik dada.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|