CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: silencez

Riches and Stitches - TV3 6-7pm

[Copy link]
 Author| Post time 27-9-2006 06:18 AM | Show all posts

Reply #298 DaoMing_Si's post

laa hehehe.. sampai camtu? ada lagi 10 episod je rasanya ni. nak abis dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2006 08:26 AM | Show all posts
Originally posted by silencez at 26-9-2006 10:50 AM
kepten.. ko mesti sama cam bel. suka bou dgn weng kan? :bgrin:


heheheh...  errk...  ye kot...  :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 08:33 AM | Show all posts
la.....   jun hang dah sakit jiwa le plak.....   + halusinasi..  tu doktor tu ckp le....   Tensen kat penjara ke...  atau tensen sbb pasaran cheongsam dah xde, tatau le plak......  

Eh...  goon tu betul2 ke suka lang ??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 08:44 AM | Show all posts

Reply #303 captain_f4's post

suka la kot kepten. dulu siap nak ambik gambar dgn lang kononnya nak tunjuk kat mak dia kat kg. err.. ntah2 dia nak balas dendam ek? :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 09:11 AM | Show all posts

ni waktu jun cheong terangkan kat weng laoban hehe.


goon nak bawak lang pegi `tmpt rahsia'.


waktu jun hang curi2 nak pegi rumah kosong.


tong tong lepas buat show. tak bersemangat sbb risaukan jun hang.



bou pegi kedai jahit jun hang. tapi jun hang sibuk nak siapkan ceongsam utk `customer'


bou tanya tong tong apa yg jadi kat jun hang


credit "MetalAZNWarrior
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 10:11 AM | Show all posts
Tong Tong tu cantik gak ya, bila time dia pakai baju putih tu.......

Apasal pulak lah si Moses tu, sakit jiwa pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2006 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by limau at 27-9-2006 10:11 AM
Tong Tong tu cantik gak ya, bila time dia pakai baju putih tu.......

Apasal pulak lah si Moses tu, sakit jiwa pulak


tekanan perasaan rasanya...   x pun sbb polis tu tumbuk dia sampai bergegar otak tu...???
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 02:11 PM | Show all posts
Tak da org nak buat sinopsis utk episod semalam ke sbb semalam zety sampai rumah pukul 6.40 la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2006 02:12 PM | Show all posts
minggu nie lom sempat lg nengok cte nie....sbb dah tuko time :cry::cry: arapkan sinopsis dr korang ler gamaknye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 03:00 PM | Show all posts

Reply #308 zetyaiman's post

zety.. ada dah kat sebelah :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 03:01 PM | Show all posts

Reply #307 captain_f4's post

kepten.. tapi yg azimat @ tangkal tu bebetul ada kat bawah bantal dia kan? ke tu `konon2' je?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 06:51 PM | Show all posts
sedih tgk Weng...
byk dia tlg semuanya demi Puteri bou...

pilu dan sedih aje pandangan weng tgk Bou begitu perihatin gan Jun Hang...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 08:26 PM | Show all posts
aku dah byk ketinggalan dlm citer ni...sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 08:26 PM | Show all posts

Reply #301 silencez's post

penangan jun hang ngan bou nyer pasal sanggup aku tak tengok.. huhu.. sian la kat jun hang tue.. sebab tue aku tak nak tengok.. hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 10:22 PM | Show all posts

episod 20

bou, tong tong, weng & ayah jun hang cakap pasal sida cheong. baru ayah angkat dia teringat, sida tu yg pernah kasi papan tanda istana kat keluarga jun hang dulu2. kat hospital, jun hang diikat kat katil sbb doc kata, takut dia larikan diri & bunuh diri.

tong tong mintak cuti dari weng sbb nak jaga jun hang. kat hospital, jun hang kata kat tong tong, mintak tolong bukakkan ikatan kat tangan sbb dia nak balikkan badan. tong tong mintak jun hang janji, jgn lari. tapi elok je tong tong bukak, terus jun hang cepat2 bukak ikatan yg lain & larikan diri.

jun cheong kat penjara, sorang banduan lain perli2 jun cheong, kata sbbkan jun cheong, lit kena hukum bunuh & jun hang kurang siuman. weng & bou da tang penjara & weng ikat jamin jun cheong, utk tolong pulihkan jun hang.

waktu diorg sampai ke hospital, terserempak dgn jun hang yg tgh nak larikan diri. jun hang happy  dpt jumpa jun cheong & kata kat jun cheong suruh sabar sbb sida tu akan tolong diorg. jun cheong ingatkan diorg pasal ada gambar sida tu yg jun hang simpan.

weng, tong tong, lan lan & ayah jun hang carik gambar sida tu tapi tak jumpa. weng & bou jumpa profesor yu. dulu ada jun hang kasi barang2 utk profesor tu kaji & terjumpa gambar sida tu. weng mintak org2 siasat pasal sida tu.

kat hospital, bou cuba pujuk jun hang & tunjukkan gambar sida tu dgn family jun hang. jun cheong cerita, waktu tu umur dia 10 tahun. weng kata, kalau 10 tahun, sekarang dah 16 tahun.. patutnya sida  tu dah tua sedangkan sida yg jun hang jumpa tu,keadaannya tetap sama. jun hang tunjukkan cap mohor yg sida tu kasi. bila jun hang tunjukkan, rupanya yg jun hang kata cap mohor tu, batu. & jun hang tunjukkan kain yg ada pesanan sida tu. bou kata, tu tulisan jun hang sendiri. kalau sida tu yg tulis, pesanan tu takkan tersalah tulis.weng tunjuk gambar batu nesan sida. sebenarnya sida tu dah mati.

bou kata kat jun hang, semua tu tak betul. cuma halusinasi jun hang je.bou tunjuk 2 biji mutiara. bou kata, yg betul, mutiara2 tu. bou kata, yg betul jugak, dia nak kawin dgn jun hang & nak jun hang yg jahitkan baju kawin dia. weng dengar je. kesian weng laoban ni ehhe.

lang dah pindah ke rumah baru. pembantu lang kata, tadi ada org lelaki offer dia utk keje kat kilang kain kat jepun. & lelaki tu ada kata, mcm diorg boleh jugak buat keje sambilan melayan customer. goon kata, mcm ada yg tak kena je.  lang suruh pembantu dia buatkan air utk goon & jemput goon dinner dgn dia. goon kata dia ada hal. lang mcm merajuk & kata kat pembantu tu, tak payah buat air utk goon sbb goon dah nak balik.

goon buat report kat weng. weng tanya goon, nak tak kalau balik semua keje kat kelab. goon kata, dia dah buat salah. weng tanya apa salah yg goon dah buat? goon kata, dia dah suka kat org yg tak sepatutnya. weng tanya, dah pernah bersama ke? eehehe. itu yg weng tanya ceh. goon kata, dia tak berani. kalau weng tak kasi, sekurang2 kasi la dia jaga lang & dia takkan biarkan sapa2 sakitkan hati lang. weng setuju.

weng datang rumah lang & lang ada tanya, ingatkan tak ingat dah. weng kata, terbukti kata2 dia dulu betul yg diorg lebih sesuai jadi kawan je. weng kata, teman lang dah sampai. lang mcm malu2 je hehe. ada lang sebut pasal bou, & weng kata, ada setengah perkara, di luar kawalan dia. bou perli, kata, ingatkan weng berkuasa utk semua perkara.

weng nak balas dendam kat mr hu utk jun hang & jun cheong. 1 malam, org2 mr hu dah siap sedia nak seludup perempuan2 utk dibawak ke jepun & dijadikan pelayan. mr hu pun datang. tiba2 polis datang siap dgn wartawan. en. bi fan pun ada. esoknya weng bawak paper & kata kat bou, hari ni ada berita gembira. bou kata, sekarang dah takde berita gembira dah. & weng tunjuk paper tu. bou kata, ni mesti keje weng.

malam tu, kat ofis, goon masuk & kasi tau weng yg mr hu dah dibebaskan. mr remy yg tolong. & mr remy & mr hu ada kat bawah tgh minum. weng turun jumpa diorg. mr hu cerita, tu semua keje anak2 buah dia & dia tak terlibat pun. mr remy suruh weng & mr hu minum tanda diorg akan lupakan benda tu. tapi weng kata, malam tu dia tak rasa nak minum & terus pegi.

jun hang dah makin ok. & weng mintak dia melukis utk iklan2.

weng nak pegi beijing utk uruskan pasal kontrak. dlm kereta, ada pengurus rumah weng usik, tak nak ucap elamat tinggal kat bou ke? kat rumah bou, mak bou dpt 1 telegram. rupanya puan besar, kawan baik mak bou meninggal. mak bou nak pegi ke beijing hari tu jugak. sementara tu bou pegi ke kedai jun hang, nak kasi tau yg dia nak temankan mak ke beijing tapi jun hang takde.

jun hang tengah minum, bila tong tong & lan lan datang. jun hang kata, gerai makan tu ingatkan dia pasal kawan2 lama. tong tong kata, dia pun rasa mcm tu. tu yg dia datang situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 10:23 PM | Show all posts

Reply #314 DaoMing_Si's post

dao ming.. biasa la.. bercinta mana ada jalan lurus je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2006 10:25 PM | Show all posts

Reply #312 isabel's post

bel.. sabar.. sabar.. kejap je lagi:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 10:52 PM | Show all posts

Reply #316 silencez's post

huhu.. tu r.. kalu lurus je tak syok plak ek.. tp kesian gak la kat dier coz adik dier asik bg problem kat die je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2006 05:45 AM | Show all posts
a'a.. kesian gak. dia tu sayang sgt kat adik dia ek. tu je la pun bebetul ahli keluarga dia yg tinggal.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 07:31 AM | Show all posts
Originally posted by silencez at 27-9-2006 03:01 PM
kepten.. tapi yg azimat @ tangkal tu bebetul ada kat bawah bantal dia kan? ke tu `konon2' je?


heheh.. smlm dah terbukti, tu sumer khayalan dia je...  rupa2nya batu ngan kain yg dia tulis sendiri....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.298491 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list