CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
Post time 18-1-2005 02:41 PM | Show all posts
ari ahad ari tu ada kan? terlepas ler...semapt tgk ari sabtunyer jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2005 04:06 PM | Show all posts
Kira rasa Koshiro saja je kata suka kat natsumi sbb dia cover bg pihak Jun sbb masa tu Tomatochian pun tgh tgk kat diaorang berdua ni .......yg si Jun ni pun satu lembap betui nak bagi taau....:hug: kecian Jun bila berani sgt sampai kena penendang bila takut takut dah melepas......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2005 04:37 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2005 05:30 PM | Show all posts

ermmm

tentang Koshiro tu tak pasti lah sama ada dia nak cover atau tak... sekali tu dia pernah kata, keadaan rumah dia org dah jadi semakin pelik sbb ada perempuan pelik (Natsumi)... pernah sekali dia ajak ramai kawan dia datang, spy dapat tolong lariskan jualan sup kentang tu, sedangkan sblm ni dia tak pernah buat mcm tu... bila org tanya apsal dia sanggup buat mcm tu, dia kata ' Natsumi dah buat dia gila'.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2005 11:28 PM | Show all posts
jun tuh memang lembap.....aku suke style koshiro...lawak gilerr...selamba jer dia...lawak...lawak.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2005 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 18-1-2005 11:00 AM:


ooo, ko nak yg santai...nanti aku carikan gmabar yg santai pulak ye...:bgrin:

BTW, kite tak dapat tengok episod 3 hari Sabtu...tak sempat balik tengok TV...so, please sesapa yg tengok tu tol ...


ngko tak tgk yg hari sabtu ek...??  aku nak citer....  tapi ingat2 lupa lah plak...  

aku citer sket2 bleh lerr...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2005 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by captain_f4 at 19-1-2005 08:40 AM:


ngko tak tgk yg hari sabtu ek...??  aku nak citer....  tapi ingat2 lupa lah plak...  

aku citer sket2 bleh lerr...


takpe le sikit2 pun...asalkan aku tau apa yg jadi Sabtu tu...arigatou in advance! :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2005 06:13 PM | Show all posts

ermm

Memula sekali, Natsumi tampar dan tendang Jun sbb mencium dia secara mengejut. Lepas tu, Natsumi diusik oleh satu geng bermotosikal. Tak sangka pula geng tu ada kaitan dgn kisah silam Natsumi. Geng motosikal cam Natsumi sbg perempuan yg telah melumpuhkan (kalau tak silap aku lah, sbb ketua geng tu kata, Natsumi tendang tulang belakang sampai lumpuh) Matsumi(rasa-rasanya ni lah namanya). Kiranya Matsumi tu glamer jugaklah dlm geng bermotosikal.

Disebabkan tu, dia org respek dgn Matsumi sampaikan dia org sanggup tolong Natsumi. Waktu tu, Natsumi mmg desperate nak kerja, jadi, dia org pun tolong carikan. Dapatlah kerja buruh kasar. Natsumi tak bising pun. Yang penting bg dia, dia ada kerja.

Kat Kitchen Macaroni, Jun tgh pikir pasal Natsumi sambil tahan sakit. Masa tu juga, Natsumi teringatkan Jun. Dia takut Jun akan jadi mcm Matsumi, jadi, dia pun telefonlah ke Kitchen Macaroni. Si Koishiro yang angkat. Natsumi tanya pasal Jun dan minta maaf.

Esoknya, Natsumi pergi kerja kat tapak pembinaan. Bila tiba je time rehat tengah hari, dia terus bergegas ke Kitchen Macaroni. Yujiro bengang bila dpt tau Natsumi ada kat situ. Dia ingatkan Natsumi dtg nak merayu kerja balik kat situ. Yujiro nak halau Natsumi keluar bila Jun menghalang. Dia bagi tau Yujiro yg Natsumi datang sbg pelanggan dan bukan spt apa yg Yujiro fikirkan.

Natsumi order nasi kari dan dgn kuatnya mengomen bahawa nasi tu mmg sedap. Yujiro yg dgr pula berbisik sesorang 'Memang sedap pun'. Masa Natsumi tgh menikmati hidangan tengah harinya tu, datanglah seorang lelaki bersama seorang budak perempuan. Lelaki tu order satu pinggan nasi kari dan bagi budak tu makan. Dia pula tunggu kat luar. Keadaan tu seolah2 mengingatkan Natsumi pada kenangan dia masa kecik dulu. Disebabkan tu, Natsumi tak de selera nak makan. Dia terus bayar harga makanan yg dia pesan dan sambung kerja.

Tibalah waktu rehat utk semua staf Kitchen Macaroni. Semua org tgh sibuk bercerita pasal makanan faberet dia org bila Natsumi tiba-tiba menyampuk (time tu dia duduk di antara Kenzo [ayah Jun] dan Jun) siap makan lagi. Yujiro bengang lah bila tgk Natsumi ada kat situ. Bila org tanya Natsumi dia buat kerja apa sekarang, dgn selamba dia jawab buruh kasar. Masa tulah si Koishiro kata kat situ mesti ada ramai lelaki2 kuat. Bila dgr je perkataan 'lelaki2 kuat' tu, Jun terus kata 'Tak Boleh!'. Semua org pelik tgk dia.

Dia pun kaber balik kata, dia org tak boleh biarkan Natsumi kerja kat tmpt mcm tu sbb dia tu bakal kakak ipar dia org. Dah jadi tanggungjawab dia org utk jaga Natsumi sampai Ken balik. Yu terpaksa setuju dgn kata2 Jun dan akhirnya membenarkan Natsumi tinggal dan kerja kat situ. Tapi dgn satu syarat, sebarang hubungan percintaan tak dibenarkan di dlm rumah tu. Dia tau Jun dah mula tangkap cintan dgn Natsumi. Dia tak nak, benda mcm tu boleh ganggu kerja Jun.

Esoknya, suami kawan perempuan Yu dtg. Dia dtg nak tanya apa hubungan Yu dgn isteri dia. Yu kata, dia cuma berkawan dgn isteri mamat tu. Malah dia kesian sbb mamat tu selalu berlaku kasar dgn bini dia. Mamat tu ingat bini dia mengaku kat Yu, tp Yu kata, isteri mamat tu tak pernah luahkan apa2 pun walaupun Yu rasa dia mmg patut. Yu dpt tau sbb dia dpt tgk sendiri kesannya pada bini mamat tu. Yu kata mamat tu tak tau mcm mana perasaan org yg makan biskut krim sambil menangis.  Pd masa tu, Natsumi curi2 dgr perbualan dia org. Start dr situ dia mula fikir ada byk benda lagi yg dia tak tau pasal Yu.

Natsumi termenung sesorang kat beranda rumah bila Jun tegur. Jun nak minta maaf pasal peristiwa dia cium Natsumi smlm. Natsumi kata dia tak kisah sbb dia dah lupakan hal tu. Masa tu juga, dia org nampak isteri mamat yg dtg tu tgh mundar-mandir kat luar restoran. Dia org pun pergila jenguk dan tegur minah tu.
Dia org nampak kesan lebam kat mata kiri perempuan tu dan tanya minah tu sama ada dia nak jumpa dgn Yujiro. Minah tu kata, tak payahlah. Dia dtg nak minta maaf di atas kelakuan suaminya yg dtg menganggu kat Kitchen Macaroni. Jun tanya minah tu, kenapa dia tak tinggalkan aja suami dia tu. Minah tu kata, kalau dia muda lagi dia mmg nak buat mcm tu. Sbb nak ceriakan keadaan, Natsumi ajak Jun dan minah tu main satu permainan. Kira main sorok-soroklah. Jun selalu je kalah. Kesian.

Manakala kat rumah pulak, Yu perasan yang Natsumi dan Jun tak ada. Dia syak yg dua org tu tgh buat hubungan dia belakang dia. Dia pun pergilah carik dua org tu sampailah dia terjumpa dua org tu tgh seronok main kat taman dgn 'kawan' dia tu. Bila Natsumi nampak Jun dtg, dia ajak Jun pergi dr situ, spy minah tu boleh berbual secara peribadi dgn Yu. Minah tu kata kat Yu, bahawa adalah lebih baik kalau dia org tak berjumpa lagi, takut karang, kalau dia selalu sgt bergantung pd Yu, dia akan jatuh cinta secara tak sengaja. Yu diam je.

Bila balik ke rumah lepas tu, Yu nampak Natsumi termenung kat ruang utama Kitchen Macaroni. Masa tu, Yu pun ambik keputusan nak ceritakan mcm mana dia berjumpa dgn kawan dia tu. Satu hari, Yu nampak minah tu duduk kat satu penjuru, makan sambil menangis. Walaupun, dia org berdua tak bertegur sapa masa tu, Yu dpt rasa ada satu keserasian antara dia org. Natsumi menangis mendengar cerita Yu dan kata, dia tau mcm mana perasaan org yg makan sambil menangis sbb dia pernah alami benda tu dulu. Lepas tu, dia terus blah masuk bilik.

Pd satu masa mlm tu, Yu, Jun dan Koishiro tgh lepak2 kat ruang tamu. Tetiba lak si Natsumi keluar dr bilik mandi dgn bertuala je. Dia org bertiga bukan main segan lagi. Yu pesan spy Natsumi lebih menjaga adab bila berada di dlm rumah tu, memandangkan kebanyakan penghuninya adalah lelaki. Natsumi minta maaf dan mula utk balik ke biliknya bila, tanpa disengaja tuala tu terlucut dr badanya. Lagilah terkejut tiga org tu. Si Koishiro siap puji lagi badan Natsumi. Dgn perasaan malu yg teramat, Natsumi cepat capai tuala tu dan lari balik masuk bilik.

Bila dan siap berpakaian, Natsumi keluar rumah dan nampak Jun tgh termenung. Dia mula usik Jun mengatakan yg Jun tgh fikir pasal adegan tadi. Dgn malu2 Jun menafikan. Dia kata, dia mmg nak tgk tapi dia tgh pikir pasal benda lain. Jun tanya Natsumi, betul ke dia tu tunang Ken? Natsumi terkejut masa tu. Natsumi minta Jun jgn ungkit pasal Ken. Jun ingat Natsumi tgh bersedih sedangkan pada hakikatnya, dia tgh rasa serba salah. Jun mula merapati Natsumi dan berkata bhw dia akan menjaga Natsumi dan takkan kasi Natsumi kat org lain. Natsumi takut Jun nak cium dia lagi, jadi dia pun mula menjauhkan diri dr Jun.

Masa tu jugaklah, si Yu nampak dia org berdua dan tuduh dia org dah melanggar larangan tak boleh bercinta. Masa dia tgh membebel tu, Natsumi nampak Ken jauh kat belakang Ken. Natsumi panggil 'Yuichiro'. Jun terkejut sbb itu Ken bukan Yuichiro. Dia mula terfikir sapalah gerangannya si Yuichiro tu. Bila Yu nampak Kennichiro bukan main marah lagi dia. Dia nak meluru ke arah Ken, tp Ken lari dulu. Nak tak nak, semua kejar Ken. Habis takat situ je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2005 08:45 AM | Show all posts
ha...  kan alin dah citer....  ok lerr tu...  aku tak dpt masuk sini plak smlm.. sbb network tak ok lerr....  

Tapi ader sket nak tambah....
Mlm lepas kejadian Natsumi tendang Jun tu...  Jun tak bleh tido.... sbb badan dia sakit...  Dia asyik pusing kiri kanan jerr...  Koshiro plak terus bangun dan tanya naper, koshiro suruh Jun balik tido kat bilik sendiri memandangkan Natsumi dah tak tinggal kat situ.  Tapi Jun tak nak dan kata Natsumi akan kembali semula...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2005 10:16 AM | Show all posts

a'a

tq.. tq.. tq... aku lupa part tu...
Reply

Use magic Report

inda_h This user has been deleted
Post time 20-1-2005 03:16 PM | Show all posts
ada ker sesaper yg baik hati bole tolong bg sinopsis or citer balik apa yg jd ari ahad ari tuh? x dpt tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2005 04:54 PM | Show all posts

erkk...

Natsumi, Jun dan Yu tgh mengejar Ken. Jun pergi arah berlainan manakal Natsumi mengekori Yu. Bila Yu sedar Natsumi mengekori, dia berhenti dan suruh Natsumi balik je. Biar dia yg kejar, memandangkan masa tu hujan turun lebat. Natsumi tertembung dgn Yu dan mereka berteduh di satu tempat. Yu tanya sapa Yuichiro. Bukankah nama abg dia Kennichiro. Natsumi terkedu bila dgr soalan Jun. Lepas tu dia org pun balik rumah. Bila Yu sampai di rumah juga, Yu terus cari Natsumi dan minta maaf sbb tak dpt kejar Ken. Natsumi terkejut dgn perangai dia tu sampaikan dia terbawa-bawa masa nak masuk tidur. Natsumi fikir si Yu tu baik juga walaupun garang.

Esoknya, Yu arahkan Natsumi kerja di bahagian hadapan melayan tetamu memandangkan dia begitu kekok dan tak sesuai kerja di dapur. Natsumi terima dgn gembira, begitu juga dgn Jun. Masa dia org tgh sibuk2 melayan tetamu, datanglah seorang lelaki bersama seorang budak perempuan. Lelaki tu order satu set nasi kari dan bagi budak tu makan, sedangkan dia tunggu kat luar.Natsumi yg ambik order mamat tu, tukar order jadi 2. Dia ajak mamat tu makan sekali dgn budak tu, dan minta mamat tu bayar utk satu set je. Yg satu tu dia bagi free. Tp disebabkan rasa terhina, mamat tu bayar penuh semua makanan tu. Dia kata pada Natsumi yg dia tak perlukan belas kasihan org lain. Natsumi sedih sbb niat baik dia disalahertikan.

Kenzo, ayah Yu, Jun dan Koishiro, beritahu Jun yg dia wariskan sos utama restoran tu pd Jun. Semua org terkejut sbb dia org tau, bila bos kata dia mewariskan sos tu bermaksud bos serahkan restoran tu pd Jun. Jun terkejut tp gembira juga. Pd masa yg sama, Jun serba salah dgn Yu.

Masa waktu rehat, Jun dan Natsumi ambil angin kat luar. Sambil2 jln2 tu, Natsumi bertekad nak ceritakan hal sebenarnya psl perjanjian dia dgn ken pada Jun. Bila Jun dgr luahan hati Natsumi, Jun kata Natsumi dah tak ada sebab utk tinggal di Kitchen Macaroni. Tp Natsumi jawab yg dia mmg suka bekerja di situ dan minta jasa baik Jun utk benarkan dia terus berada di situ. Jun setuju kalau Natsumi jawab satu soalan drpdnya. Jun tanya betul ke Natsumi tak ada apa-apa hubungan dgn Ken. Natsumi jawab, dia tak pernah ada sebarang hubungan dan perasaan pd Ken, malah dia mmg langsung tak paham Ken. Bila Jun dgr je jawapan tu dia mmg gembira tapi cover-cover. Bagi Jun, sekarang dia dah ada peluang nak jadikan Natsumi awek dia. Dan dia berjanji akan merahsiakan hal tu utk Natsumi.

Pastu bertukar pula babak Jun tgh periksa buah terung yg Tomato hantar. Bukan main serius lagi dia menelek. Lepas tu dia kata 'Saya suka terung ni. Sangat suka'. Tomato senyum je. Bila Tomato blah dr dapur, Jun potong terung2 tu sambil menyanyi. Kiranya dia masih gembira pasal peristiwa tadi. Tomato dan Koishiro yg tak tersengaja nampak gelagat Jun berkata 'Dia mmg betul2 suka dgn teruk tu ek?' Dia org mmg pelik tgk gelagat Jun.

Selepas waktu restoran beroperasi, mamat dgn budak perempuan tu dtg lagi. Kali ni, mamat tu dtg utk minta maaf pasal kelakuan dia pd Natsumi siang tadi. Dia juga ucapkan terima kasih pd Natsumi sbb dah bagi sbb utk dia menaikkan taraf hidup dia. Mamat tu berharap dia dpt rasa nasi kari tu dgn anaknya sampai bila2. Jadi dia nak berusaha utk tu. Natsumi menangis bila dgr kata2 mamat tu. Dia juga minta maaf sbb tindakan dia sblm tu. Dia kata lagi yg dia tau mcm mana perasaannya bila hidup bermotivasikan makanan. Lepas tu, Natsumi lari masuk ruang tamu.

Masa tu, Yujiro tgh duk lepak kat situ. Bila dia nampak Natsumi masuk sambil nangis, dia tanya kenapa. Natsumi tak jawab dan terus nangis. Yu ingat Natsumi nangis pasal abg dia, lalu dia pun bagilah kata2 semangat pd Natsumi, sambil hulurkan sekotak tisu. Natsumi capai dan pd masa tu tangah dia org bersentuhan. Dr sentuhan tu Natsumi dpt tahu yg Yu tgh demam. Sbb tak nak Natsumi yg jaga dia, Yu minta Koishiro yg tolong letakkan kain basah atas kepala dia. Bila Koishiro tanya kenapa dia yg perlu jaga Yu, Yu dgn selamba jawab, dia tak bleh benarkan staf Kitchen Macaroni sakit disebabkan dia. Kalau dia org sakit sapa nak buat kerja.

Pd masa yg sama, Natsumi dan Minoru tgh sediakan air minuman khas utk merawat demam Yu. Natsumi hairan kenapa Kenzo serahkan restoran tu pada Jun dan bukannya Yu. Minoru jawab, Yu mmg tak pernah berniat utk bekerja kat restoran tu. Yu kerja kat situ sbb dia ganti tmpt Ken. Sepatutnya Ken yg mewarisi restoran tu. Tambahan pula, Kenzo tau, Jun mmg sayangkan restoran dan suka memasak. Jd, mmg tak salah lah kalau Kenzo wariskan restoran tu pada Jun. Masa tu juga, Natsumi ada kata dia cemburu tgk Minoru dan Jun utk sbb dpt buat kerja yg dia org suka. Minoru tanya balik, kerja apa yg Natsumi suka? Natsumi tak tau nak jawab apa sbb dia sendiri pun tak tau.

Bila minuman tu dah siap, Natsumi suruh Yu minum habis minuman tu. Yu berjaya minum habis walaupun dia tak suka sbb dlm minuman tu ada bawang hancur. Yu kata dia tak suka bawang walaupun dia adalah tukang masak. Sblm blah dr bilik Yu, Natsumi suruh Yu jgn risau hal dia dgn Ken sbb dia tak apa-apa walaupun byk benda dah terjadi. Yu diam je.

Esoknya, Jun tgh membersihkan halaman dpn restoran tu bila kawan baiknya dtg. Kwnnya tu dlm perjalan nak ke laut utk bermain papan luncur. Dia juga ajak Jun ke pantai hujung minggu tu. Bila hujung minggu tu dtg, Jun dgn kawan baiknya serta Natsumi naik satu kereta dan Koishiro dan Minoru naik van Tomato ke pantai. Tomato nak tunjuk betapa cantiknya badannya pd Jun. Kawan baik Jun mmg puji bentuk badan Tomato.

Pada saat tu jugaklah kawan baik Jun tu suruh Jun luahkan perasaan pd Natsumi. Dia kata tak ada masa yg lebih baik utk luahkan perasaan kalau bukan pd musim panas di pantai. Jun terfikir2 pasal tu.

Manakala di Kitchen Macaroni, Yu teringat apa yg Kenzo katakan pd dia semalam. Kenzo suruh Yu buat kerja yg betul2 dia suka. Dia tak nak Yu rasa terikat kerja di Kitchen Macaroni. Kenzo percaya yg Yu ada benda yg dia nak sgt buat. Pada masa tu juga, kawan perempuan Yu singgah situ. Dia kata dia tak dpt nak tipu diri dia walaupun sblm ni dia pernah kata, perpisahan adalah lebih baik utk dia dan Yu. Masa tu jugaklah, Yu beritau kawan dia tu yg dia nak berhenti kerja dr restoran tu.

Berbalik pada bebudak kat pantai tu, Natsumi tgh mengeluh sbb tak dpt pakai bikini cantik di pantai tu sbb tak ada duit. Pada saat tu jugaklah, Jun menghampiri Natsumi. Bila Jun panggil dia Cik Natsumi, Natsumi senyum dan kata, dia org sebaya, apa salahnya Jun panggil dia Natsu-chan atau Natsumi je. Tak payah2 bercik-cik. Jun cuba... tp.. mcm tak biasa. Sebenarnya, dia tgh cuba nak luahkan perasaan pd Natsumi.

Pd ketika tu juga, Koishiro nampak Jun berdua-duaan dgn Natsumi.

Jun mula nak luahkan perasaan bila Koishiro tiba2 datang dan peluk Natsumi. Lepas tu Koishiro kata yg dia mmg sukakan perempuan pelik mcm Natsumi. Dia suruh Natsumi lupakan aja pasal Ken sbb dia ada. Kemudian dia pergi cium pipi Natsumi. Jun dan Tomato (yg ikut Koishiro) terkejut gila tgk saat tu. Natsumi lagilah terkejut sbb dia tak agak semua tu akan berlaku.

HABIS
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2005 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 2005-1-18 11:00 AM:


ooo, ko nak yg santai...nanti aku carikan gmabar yg santai pulak ye...:bgrin:

BTW, kite tak dapat tengok episod 3 hari Sabtu...tak sempat balik tengok TV...so, please sesapa yg tengok tu tol ...


takper lar .. tak yah susah2 .. :nerd:

aha .. aLiN dah tolong citerkan tu .. nasib dia ader .. ^_^
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2005 11:21 PM | Show all posts

ano ..

kat tempat korang mmg ader jual ke Nasi Goreng Telur Dadar mcm yg si Natsumi suka makan tu? ..

ker kat Malaysia kita panggil masakan tu Nasi Goreng Pattaya? ..:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2005 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by aLiN_82 at 19-1-2005 06:13 PM:
Memula sekali, Natsumi tampar dan tendang Jun sbb mencium dia secara mengejut. Lepas tu, Natsumi diusik oleh satu geng bermotosikal. Tak sangka pula geng tu ada kaitan dgn kisah silam Natsumi. Geng ...


Hi alin

thanks for ur sinopsis. best la :tq:

kenapa jun cium natsumi. rasa-rasa aku, aku miss tengok scene ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2005 01:11 AM | Show all posts
Originally posted by DanaScully at 2005-1-22 10:53 AM:


Hi alin

thanks for ur sinopsis. best la :tq:

kenapa jun cium natsumi. rasa-rasa aku, aku miss tengok scene ni.


err .. IMO .. Jun kiss Natsumi sbb dah terpengaruh ngan kata2 adik dia .. ingat tak ada 1 scene adik dia cakap kat Jun something like "just grab n kiss her" .. for me lar .. tak tau kalau ada sbb sebenar yg lain .. ^_^
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2005 01:13 AM | Show all posts

oh ya!

sapo2 yg baik hati tolong critakan aku apa berlaku dlm 15 minit pertama? .. aku missed lar .. tetiba ader emergency .. T_T
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2005 09:05 AM | Show all posts
smalam punya cerita..kata2 jun mcm betul gak ye...naper natsumi cam marah bila dia kata dia sukakan natsumi, ngan adik bradik dia yg lain dia baik je..
naper yek???
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2005 01:14 PM | Show all posts
alin... di manakah dikau....? semalam aku tak tengok... huhuuhuhu... tulung... tulung....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2005 01:29 PM | Show all posts
yokatta! :clap: bagusnya ada alin! nasib baik ada alin dapat buat recaps untuk episod 3 & 4...seterusnya episod 5 & 6 pulak (semalam dan hari ni)...can anybody help? aku kat kampung ni, tak dapat 8TV...tulung ye! :pray:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.058074 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list