Pasport Suspek Pembunuh Didedahkan Media Indonesia[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 4:33 PM
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Media Indonesia mendedahkan butiran pasport suspek kedua yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. [size=0.98em]Imej pasport itu yang disiarkan oleh portal Detik.news.com, menunjukkan maklumat tentang wanita bernama Siti Aisyah yang lahir pada 11 Februari 1992 di Serang wilayah Jawa Barat. [size=0.98em]Berdasarkan maklumat pasport itu, Siti Aisyah memiliki dokumen tersebut pada 17 November 2014 dan tarikh luputnya pada 17 November 2019. [size=0.98em]Gambar Siti Aisyah juga terpampang pada pasport tersebut dengan raut rupa seperti wanita Indonesia dan tidak bertudung.
[size=0.98em]Suspek ditahan polis Malaysia kira-kira pukul 2 pagi Khamis selepas diburu kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA) pada Isnin lalu. [size=0.98em]Menurut kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, suspek ditahan secara bersendirian tetapi beliau tidak mendedahkan lokasi penahanan tersebut. [size=0.98em]Seorang lagi suspek yang memegang pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huong, 29, ditahan pada Rabu ketika wanita itu keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada pada pukul 8.20 pagi. [size=0.98em]Thi Huong ditahan ketika cuba melarikan diri dengan menaiki penerbangan ke luar negara.
***indon mendunia lagi
|