CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Menantu TPM Meninggal, #610 Ting Teck Chin didakwa, Q&A wif sis Dodolgemok

[Copy link]
Post time 2-6-2016 07:28 PM | Show all posts
aku tengah berdenyut-denyut gigi geraham ni, dok pujuk-pujuk dia jangan la sakit....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 2-6-2016 03:51 PM
siapa yang mula-mula kata dia janda tu, merangkak la orang kat akhirat nanti..
baik practice mera ...

Kihkihkih rm5 tambah 30sen gst..

Yg bersangka buruk jua ade percent merangkaknye ye.. jgn dilupakan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Duk ckp psl gigi kt tred ni...iols ni dh 1 week wisdom tooth yg terakhir nk menampkkn diri..hari2 tgk gusi bila nk kembali normal ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Glass_shoes replied at 2-6-2016 06:48 AM
Tp bg setengah org,kalo x update tanda x sedih or x kisah..
Masa pak mertua che ta meninggal,zain ...

tu la..apa yang manusia ni nak sebenarnya   .semua xkena
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 07:49 PM | Show all posts
pnh tgk gambar si nurul ni dlm instagram...die tangkap gambo ngan laki die & caption die "ramai ingat sy janda"...btol2 janda akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ikmanurz replied at 2-6-2016 08:46 AM
geraham bungsu tu minor surgery je
saya dah buang 4-4, 3x appointment
2x buat surgery, 1x macam ca ...

Samalah .. aku pun dh buang empat2 ketul .. 2 ketul cabut biasa ... 1 tu kn korek sket sbb dh tersenget .. but ada 1 tu mmg kn operate n bius 2x .. sbb gigi terbaring dlm gusi .. 2 jam nganga mulut .. kena drill gigi tu jd serpih2an .. pastu lubang bekas gigi tu bsr so kn jahit .. abis bius mmg denyut2 sakit sgt .. muka bengkak seari dua .. buat kt klinik swasta je .. jdnya harap2 xde laa kes nk kena major operation sampai meninggal begini .. takut .. apa2 pun takziah utk family arwah .. mmg ingat si Dayah ni janda sblm ni ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2016 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
klinik gigi menantu nazri teksi pon kt bangsar jugak..baru buka
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah Datuk NurHidayah.

Suami Nurhidayah dah meninggal. Suami atau isteri kita pun boleh meninggal bila2. Ingat tu.

jgn seronok sangat atas kesedihan orang. Just shows the kind of person u really are.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 2-6-2016 12:46 AM
Salam takziah dan al-fatihah.



Ko nk ckp somi dia mati sebab doa org ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
I cabut gigi Graham bongsu Di Azlina Ang...superb kerja dia...tak sangka pasal gigi ni blh sakit mcm forumer di sini cerita
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Td kat tv3 nmpk Datuk K di majlis pengkebumian arwah
Ye le..sbb ct nurhaliza kan mmg baik dgn nurul dr dulu lg
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 09:10 PM | Show all posts
lionsleepin replied at 2-6-2016 08:47 PM
Takziah Datuk NurHidayah.

Suami Nurhidayah dah meninggal. Suami atau isteri kita pun boleh mening ...

Setuju. 100% setuju.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut replied at 2-6-2016 10:24 AM
Boleh tau apa nama ketumbuhan tu? I went through major surgery to remove ameloblastoma..basically  ...

drove sendiri. tabahnya. semoga dipermudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat plak arwah mak aku dlu, before nak buat operation jantung kena buat scaling dulu.. So nak scaling dia kena stop makan ubat cair darah kejap. Baru sehari lepas buat scaling terus kena stroke.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2016 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syd at 2-6-2016 10:17 PM

Tidak sangka 'bye' perkataan terakhir kepada saya - Nurulhidayah
KHAMIS, 2 JUN 2016 - 7:59PM

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
[email protected]


ISTERI Allahyarham, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid kelihatan sedih sambil memeluk ibunya, Datin Seri Hamidah Khamis semasa majlis pengebumian jenazah suaminya Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi di Tanah Perkuburan Sungai Ramal Luar, Kajang. - Foto Ghazali Kori
KAJANG: "Saya tidak menyangka 'bye' (selamat tinggal) yang diucapkan pagi semalam (kelmarin), perkataan terakhirnya kepada saya," kata anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang mengimbau kenangan terakhir bersama Allahyarham suaminya, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Nurulhidayah berkata, Syed Alman, 44, berkata demikian ketika keluar ke tempat kerja dari rumah mereka di Country Heights di sini, sebelum menerima berita kematian suaminya kira-kira jam 8 malam kelmarin.

"Selalu dia akan berkata ok ketika hendak keluar bekerja, namun pagi semalam (kelmarin) dia mengucapkan bye. Saya pada mulanya tidak menyangkakan apa-apa, namun selepas menerima panggilan telefon daripada rakan memberitahu suami saya sudah meninggal dunia, baru saya terfikirkan perkataannya itu.

"Saya amat sedih kerana itu adalah kali terakhir saya berjumpa dengannya. Arwah seorang yang baik, penyayang dan seorang ayah yang bertanggungjawab," katanya sebak ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi jenazah Syed Alman di Surau An-Nur, Country Heights, sebelum solat jenazah disempurnakan ratusan jemaah.

Mereka sebelum itu disambut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis di surau berkenaan pada jam 8.45 pagi.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar untuk dikebumikan. Yang turut hadir mengiringi jenazah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, ahli keluarga dan rakan.

Allahyarham dilaporkan tidak sedarkan diri ketika membuat rawatan gusi di sebuah klinik pergigian di Bangsar kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Berikutan itu, beliau dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia.

Syed Alman meninggalkan seorang balu, dan lima anak iaitu Syed Syazani Syahiran, Syarifah Syazana Syahirah, Arjuna Iskandar, Syed Alwi dan Sharifah Sofia Khadeeja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah... Life is so fragile...kan? Takde sapa sangka bila ajal menjemput..anytime anywhere.. Semoga Allah mrahmati roh arwah,.amin3. Diharap datuk nurul hidayahbersabar byk2. Allah knows best..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 10:31 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 2-6-2016 07:25 PM
Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Memanglah arwah vip tapi dah alang2 menteri kesihatan bersuara, ha ...

yang ni i sgt setuju. sedangkan bila nk prescribe ubat kat patient pun kita kena tanya apa medication yg dorang ambik & ada allergy ubat ke x sebab takut ada drug interactions, apa lagi nak buat perkhidmatan mcm cuci darah & ozone therapy tu.. sesuka hati promote kat org tanpa ambik kisah medical background org tu. sama jugak dgn supplements. tapi dental clinic and dentist semua bound to regulations by dental council. kalau malpractice, senang nak ambik tindakan. yg cosmetic & aesthetic clinics tu? ntah sape2 yang run. kadang2 xde medical background pun. org2 sekarang sgt berani ambik risiko demi nak cantik.
apa pun takziah pada nurul & family TPM.

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja stalk IG Datuk Nurul
Nampak happy family
Anak tiri pun close dgn Datuk Nurul

Takziah
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 10:48 PM | Show all posts
Terjumpa dekat one of the blogs (kalau tulisan ni merujuk pada org yg sama, maknanya depa nikah in 2007)


Saturday, August 4, 2007
TAHNIAH NURUL, SEMUGA BAHAGIA
Menjadi saksi nikah bukanlah pertama kali buat saya. Tetapi menjadi saksi nikah yang ditunggu oleh mereka yang hadir terutamanya oleh Juru Nikah dan pengantin adalah pengalaman baru buat saya.

Bukan kerana tidak peka dengan masa, tetapi saya perlu menunaikan kewajipan kepada Allah dulu di tepi tiang dalam masjid Putrajaya, berhampiran tempat majlis angkat nikah diadakan (sementara menunggu persiapan tempat nikah diatur).

Ada empat jemaah bersama saya di tepi tiang itu termasuk Pak Sheikh taukeh Restoran Wong Solo Ampang dan Kampung Baru. Mungkin mereka yang lain yang hadir sudah menunaikan tanggungjawap itu bersama jemaah masjid atau menangguhkannya selepas majlis selesai.

Walaupun kami dalam kesedihan dengan keadaan emak di hospital, majlis angkat nikah anak saudara saya, NurulHidayah bersama pasangannya Syed Alman berjalan lancar dengan sekali lafaz. Alhamdulillah semuga Nurul dan Alman bahagia.

Namun yang lebih menjadi kenangan malam tadi ialah cenderahati sumbangan pengantin. Ia bukan bunga telur atau kotak gula-gula yang disertakan dengan bunga rampai, tetapi naskah ‘Majmu Syarif Kamil’. Buku agama saiz kecil dan berkulit tebal yang mengandungi pelbagai panduan agama termasuk surah Yasin, ayat dan surah terpilih, doa dan zikir serta hadiah Nabi Khidhir a.s.

Buku itu diterbitkan di Bandung dan saya kira Nurul membelinya dari sana. Ia amat praktikal dijadikan cenderahati untuk majlis-majlis seumpama itu dan lebih bermanfaat daripada bunga telur dan bunga rampai.

Syabas Nurul!

Source: http://penaleklook.blogspot.com/2007_08_01_archive.html
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah datuk.

Ni nak tanya kat sape2 yg tau sikit. Knp inject utk cabut gigi kt klinik/spital gomen sakit? Private xsakit lak. Alih2 dh tanggal gigi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.060470 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list