CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: L211

Yus Jambu Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 30-11-2015 01:30 PM | Show all posts
simpa la pic jenazah. kang lobai2 sebuk pulak tafsir wajah terakhir arwah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 01:34 PM | Show all posts
ISNIN, 30 NOVEMBER 2015 @ 1:02 PM
Yus banyak berdiam diri, kata rakan serumah
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
[email protected]

KUALA LUMPUR: Rakan serumah pelawak Allahyarham Yussry Edoo, Wan Sharizon Rahim tidak menyangka perubahan sikap arwah yang tidak banyak bercakap kebelakangan ini menjadi petanda beliau akan pergi selama-lamanya.

Wan Shahrizon yang sudah mengenali Yussry atau Yus selama hampir 20 tahun berkata, selepas arwah meninggal dunia akibat sesak nafas malam tadi, barulah beliau perasaan perubahan sikap teman baiknya itu. "Sepanjang mengenali arwah, dia suka bergurau.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya dapati dia kurang bercakap. Selalunya dalam kereta dia suka berbual, tetapi kebelakangan ini lebih banyak mendiamkan diri.

"Sebenarnya, saya tidak perasaan perubahan sikap beliau sehinggalah malam tadi. "Banyak lagi perubahan sikap arwah sebelum dia pergi, tetapi sukar untuk saya mengingati semuanya," kata Shahrizon yang berada di sisi ketika Yus menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Shahrizon berkata, ketika Yus tampil membuat persembahan pada pertandingan akhir Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi, beliau melihat Yus seperti termengah-mengah.

Sebaik persembahan berakhir, Yus meminta dihantar pulang dengan segera. "Yus kelihatan sangat penat sehingga menolak permintaan beberapa peminat yang ingin bergambar dengannya di belakang pentas.

Sebelum ini, dia bukan macam itu. "Yus biasanya akan melayan setiap peminatnya. Sebaik masuk ke dalam kereta, beliau membuka kasut dan bajunya serta bersandar kepenatan," katanya yang menemani Yus menjayakan persembahan itu.
Shahrizon berkata, di dalam kereta beliau sempat berseloroh dengan Yus mengenai jenis pekerjaan disukainya. "Saya cakap antara main bola sepak dan menyanyi, mana satu lebih penat. Lantas Yus jawab menyanyi," katanya. Beliau berkata, sebaik melalui Jalan Ipoh, Yus seperti terkena serangan sawan dan terus tidak sedarkan diri.

"Kami sangka Yus hanya pengsan. Kami segera membawanya ke Hospital Selayang. Apabila tiba di bahagian Zon Merah, Unit Kecemasan, doktor yang memeriksanya mengatakan Yus sudah meninggal," katanya.

Shahrizon berkata, arwah sebelum ini pernah mengalami masalah jantung dan kencing manis. Jenazah Yus dibawa ke kampung halamannya di Perlis untuk dikebumikan, hari ini. Yus yang juga anak bongsu dari tiga beradik, tidak pernah berkahwin. Salah seorang abang Yus juga dikatakan sudah meninggal dunia.

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 01:39 PM | Show all posts
lazim replied at 30-11-2015 01:23 PM
nape baju jihan mcm nk pi berperang je tu..

bila tgk pic trsa plk aura sedih.. mintak maaf pa ...

dia baru balik dari dewan GV terus ke spital kot. Gaya rambut pun gaya kt GV smlm.
Yelaa arwah pun pergi tgh2 malam beransur ke pagi... GV smlm abis tontonan org ramai pun dah 11.30mlm...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 01:41 PM | Show all posts
Agak terasa kehilangan beliau wlpun bkn peminat tegar arwah Yus Jambu....semoga roh arwah dicucuri rahmat...amin
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 01:43 PM | Show all posts
Aku rasa gambar jenazah arwah takyah la diupload.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Inna lillah wa inna ilaihi rojiun..al fatihah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2015 01:49 PM | Show all posts
takziah.. semoga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 01:52 PM | Show all posts
al fatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ish ada juga manusia malaun yang xsensitif tangkap gambar muka jenazah..eeee baghal betul..xtau hormat jenazah baghal...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 01:56 PM | Show all posts
wannoorazlina replied at 30-11-2015 09:40 AM
aku pon menitik air mata ni
ntah la, rasa macam sedih bebenor
sebab pak yus ni very humble

Sedihhh. Aku tak boleh nk buka fb, scroll semua naik newsfeed tentang arwah.

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 01:57 PM | Show all posts
Afdlin Shauki mesti terasa kehilangan mcm sebelum2 ni..
Dengan arwah Din Beramboi, HSB and now Pak Yus.
Semua yg dok main rancangan spontan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 01:58 PM | Show all posts
teringkat lawak arwah pakyus di gv "baby sister"....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 01:58 PM | Show all posts
al fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 30-11-2015 01:22 PM
perlu ke amik gambar jenazah?

Perlu lah, kenapa pula tak perlu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 02:00 PM | Show all posts
Changa replied at 30-11-2015 01:59 PM
Perlu lah, kenapa pula tak perlu?

kenapa perlu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Komen komen korang buat aku sedihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 02:03 PM | Show all posts

untuk buat tatapan terakhir.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 02:05 PM | Show all posts
Al Fatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 02:08 PM | Show all posts
Syd replied at 30-11-2015 09:34 AM
ISNIN, 30 NOVEMBER 2015 @ 1:02 PM
Yus banyak berdiam diri, kata rakan serumah
Oleh Serimah Mohd S ...

ye, jon ni kawan baik dia
ke hulu hiliaq dia teman pakyuih

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.135912 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list