CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 6-1-2015 08:13 PM | Show all posts
boleh jadi..org yg di upah oleh..Hanim..Zeeta..tengku Safiah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2015 11:53 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 6-1-2015 11:55 PM

Selesai urusan dibalai polis IPD Dang Wangi, Rayyan, tunangnya dan Ku Iz 'melepak' sebentar di JCO Donut. Perihal Mama dan Zeeta sudah tidak difikirkan Rayyan. Pandai pandailah mereka pulang sendiri nanti.. Baginya yang lebih utama adalah keselamatan Jie. Walaupun Jie memberi jaminan akan menjaga diri sebaik mungkin namun Rayyan masih gusar. Ku Iz juga menawarkan 'khidmat' untuk menemani Jie sekiranya Rayyan mempunyai urusan lain tetap jua Rayyan menolak secara baik. Hati berat untuk membiarkan Jie dan Ku Iz berduaan. Bukan kerana Rayyan cemburu buta atau tidak percayakan tunang sendiri cuma....

Rayyan tak tahu kenapa tetapi dia dapat merasakan ada kelainan dari segi layanan Ku Iz kepada Jie. Ku Iz dilihat terlalu 'melindungi' Jie. Sejak dari kejadian malam hari lahirnya, serangan siang tadi dan juga baru sekejap tadi. Rayyan rasa tak ada yang salah kalau Ku Iz mempertahankan Jie dalam kejadian di mana Mama menampar Jie atau kes serangan tadi. Cuma bila  Ku Iz memaki hamun seorang pelayan wanita yang secara tak sengaja tertumpahkan Cappucino diatas meja berdekatan kerusi yang diduduki Jie, Rayyan rasa curiga. Siapa Jie pada sepupunya?  Setahu Rayyan mereka hanya kenalan sewaktu belajar dulu.

Tambah pula, tumpahan itu tidak mengenai Jie hanya terpercik sedikit sahaja tetapi itu sudah cukup membuatkan Ku Iz 'naik angin'. Walaupun berulang kali pelayan itu meminta maaf dan Rayyan cuba juga menenangkan sepupunya namun Ku Iz tetap juga memaki hamun.  Lelaki itu hanya bertenang apabila Jie yang memintanya berbuat begitu.

Timbul satu idea jahat diminda Rayyan. Tangan diletak dibahu Jie yang duduk disebelah lantas menarik lembut Jie untuk bersandar dibahunya. Rambut keperangan itu dibelai lembut. "Sayang kena hati hati tau lepas ini. Jangan keluar seorang diri. Bahaya !" Hidung Jie ditarik.

Jie rimas diperlakukan begitu. Tak manis rasanya Rayyan nak menunjukkan sikap romantik dihadapan Ku Iz. Macam tak kena tempat saja..

Ku Iz kelihatan selamba sahaja meneguk minuman Caramel Saltnya penuh nikmat. Perlakuan Rayyan terhadap Jie tak diambil kisah.

Tiada perubahan pada riak wajah sepupunya. Rayyan rasa bersalah kerana berprasangka buruk terhadap Ku Iz. Tak mungkin Ku Iz ada menaruh hati pada Jie. Sepupunya dilihat tidak menunjukkan sebarang reaksi cemburu langsung. Malah Ku Iz dilihat 'rileks' mengunyah donat penuh selera.


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 11:58 PM | Show all posts
elia201 replied at 6-1-2015 03:53 PM
Selesai urusan dibalai polis IPD Dang Wangi, Rayyan, tunangnya dan Ku Iz 'melepak' sebentar di JCO D ...

lagi best if penulis buat ku iz a Saikopat! Oh yeah baby!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 12:21 AM | Show all posts
"Nampaknya aku pandang rendah kau selama ini, Jie ! Rupanya bijak juga kau berlawan." Melihatkan ketangkasan Jie menangani penyerang upahan yang dihantar membuatkan Hanim tahu tak semudah yang disangka untuk 'menundukkan' Jie. Nampaknya dia perlu gunakan cara lain untuk mengenakan gadis itu. Dia mahu Jie menderita sikit demi sikit sehingga gadis itu sendiri takut untuk hidup dan mengambil keputusan 'menamatkan riwayat'nya dengan tangan sendiri.

Hanim bertekad untuk memastikan Jie tidak akan hidup bahagia seperti yang diimpikannya. Jie 'berhutang'  dengannya dan Hanim akan pastikan Jie 'membayar' hutang itu dengan hidup dalam penderitaan !  

Dendamnya pada gadis itu tidak akan habis selagi nyawa dikandung badan. Hanim mula merangka strategi baru. Dia perlu pastikan perkahwinan Rayyan dan Jie tidak akan terjadi. Biar Jie rasa sakitnya hati apabila impian yang dibina musnah berderaian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 12:59 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-1-2015 12:29 AM

BAB 27

Jie segera membuka  laptop. Pen drive yang dijumpai dalam poket seluar penyerangnya hari itu dicucuk ke USB port. Dia hampir terlupa akan kewujudan pen drive itu.  Sengaja dia tidak memberikan kepada polis. Dia ingin tahu segala yang terkandung didalamnya sebelum diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. Mungkin terdapat  serba sedikit maklumat  tentang penyerangnya.

Jie cuba mengakses fail yang disimpan didalam pen drive. Malangnya kesemua fail tidak boleh dibuka  tanpa kata kunci. Jie tidak putus asa. Cuba untuk melakukan decryption namun gagal. Segala teknik yang dirasakan boleh 'bypass' keselamatan kata kunci dicuba namun hampa.

Puas mencuba Jie teringatkan seseorang yang mungkin boleh membantunya. Pantas telefon bimbitnya dicapai.Jari jemari mendail satu nombor. Berharap agar lelaki itu sudi membantunya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 01:05 AM | Show all posts
elia201 replied at 6-1-2015 04:21 PM
"Nampaknya aku pandang rendah kau selama ini, Jie ! Rupanya bijak juga kau berlawan." Melihatkan ket ...

wei, aku dah pening dah ni. Bila masa ada scene penyerang serang Jie? Tak puas hati ar camni. Alih2, terus Hanim cakap sendirian. Aku tertanya-tanya camne orang tu serang.

Dahlah tak puas hati ending cter tu.

At least, flash back ar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2015 01:08 AM | Show all posts
elia201 replied at 6-1-2015 04:21 PM
"Nampaknya aku pandang rendah kau selama ini, Jie ! Rupanya bijak juga kau berlawan." Melihatkan ket ...

Melihatkan ketangkasan Jie menangani
penyerang upahan yang dihantar membuatkan
Hanim tahu tak semudah yang disangka
untuk 'menundukkan' Jie. < tak paham!

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 02:58 AM | Show all posts
dendam ni bahaya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2015 09:09 AM | Show all posts
Esmiria replied at 7-1-2015 01:05 AM
wei, aku dah pening dah ni. Bila masa ada scene penyerang serang Jie? Tak puas hati ar camni. Alih ...

cuba recap awal bab 27
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 09:13 AM | Show all posts
Esmiria replied at 7-1-2015 01:08 AM
Melihatkan ketangkasan Jie menangani
penyerang upahan yang dihantar membuatkan
Hanim tahu tak se ...

tang mane tak paham tu? Meh cek clarify na..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 09:14 AM | Show all posts

betul.. kadang2 punca dia sikit saje.. tapi disebabkan dah dendam benda kecik jadik besar
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 09:26 AM | Show all posts

ye la ye la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 09:30 AM | Show all posts

haha.. btw thanks for comment.. will try to improve asap
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 11:21 AM | Show all posts
elia201 replied at 5-1-2015 03:32 PM
Kedatangan Zeeta dan Tengku Safiah membuat fokus Rayyan pada kerja terganggu. Tak ada angin tak ada  ...

wei! post ni hang edit. post ni mmng aku bca tapi scene ni  last tu takdak!
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 11:38 AM | Show all posts
semoga JIE tabah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 10:37 PM | Show all posts
Entri mana entri? Sakit menunggu..kehkeh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2015 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 7-1-2015 11:21 AM
wei! post ni hang edit. post ni mmng aku bca tapi scene ni  last tu takdak!

Memangla.. style sy update and post pas tu buat kje lain.. haha.. ada idea lg edit kat same part.. tak dapat tacang
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 12:00 AM | Show all posts
elia201 replied at 7-1-2015 03:27 PM
Memangla.. style sy update and post pas tu buat kje lain.. haha.. ada idea lg edit kat same part.. ...

awak punya cerpen dpt tcng. sy punya cerpen tk dpt yg dlm thread koleksi and sy punya novel tk dpt tcng. Setahu sy, klo ada karya baru, dpt tacang kan..termasuk novel. ke saya slh fhm? hehe...

Teruskan berkarya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 12:27 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 11:54 AM

Panggilan dari gadis itu siang tadi membuatkan Zack tersenyum ceria. Walau hubungan mereka bukan lagi seperti dulu namun tak dapat disangkal rasa bahagia  wujud tiap kali mengingati nama itu. Nur Najiha ! Terkenang saat pertama kali mereka bersua muka. Memori ketika bersama masih segar diingatan Zack. Jodoh mungkin tidak menyebelahi mereka. Dia redha dengan ketentuan Allah walau pernah terdetik harapan dihati untuk melihat hubungan Jie dan tunangnya putus tapi Zack masih waras. Tak mungkin dia merampas tunangan orang. Apatah lagi Jie dan Rayyan bakal menjadi pasangan suami isteri tak lama lagi. Mencintai Jie adalah satu kebahagiaan buat dirinya.  Justeru melihat Jie hidup bahagia sudah cukup bagi dirinya.

Zack merenung jam dipergelangan tangan. Tepat pukul 8 malam. Mata melilau mencari bayangan Jie.Gadis itu kelihatan buru buru masuk dan terus meluru duduk di kerusi berhadapannya.

"Sorry you I lambat sikit. I lari dari bodyguard Daddy I. Rimaslah kena escort 24 jam." Memang pergerakan Jie terbatas sejak dari kejadian dia dan Ku Iz diserang. Daddy tidak membenarkan dia memandu sendirian atau keluar tanpa ditemani sesiapa. Keluar dengan Rayyan pun Daddy akan suruh bodyguardnya ikut sekali. Nak bermanja dengan tunang sendiri pun tak boleh !  

Cuma tadi Jie mendapat idea untuk melarikan diri. 4 orang bodyguard yang berkawal didepan rumah Mommy sedang berborak sesama sendiri, pantas Jie mencapai kunci kereta  Mommy yang memang sedia ada depan mata dan berjingkit jalan seperti ninja untuk ke tempat parkir kereta. Mujur Mommy parking kereta jauh dari halaman rumah. Tiada siapa perasan kepergiannya.

"It's ok. Anyway kenapa Daddy you sampai pasang bodyguard untuk jaga you?" Zack masak benar dengan perangai Dato Hanafi. Over protective ! Mungkin kerana Jie seorang gadis dan anak bongsunya.

Jie cuma menceritakan serba ringkas kejadian serangan yang menimpa dirinya. Kisah Ku Iz yang bertindak sebagai penyelamat dirinya jua diselit sekali.

Riak wajah Zack berubah saat nama Ku Iz disebut.  Tengku Hafiz pernah menjadi teman sebiliknya malah adalah teman baiknya. Tapi itu dulu. Ada pertelingkahan antara mereka yang menyebabkan mereka membawa haluan sendiri. Zack buntu. Memikirkan wajar atau tidak tindakan untuk memberitahu Jie tentang persengketaan antara dirinya dan Ku Iz.

Belum sempat Zack membuka mulut untuk bercerita tentang pertelingkahan dengan Ku Iz, Jie terus mengeluarkan satu sampul dari dalam tas tangan dan menghulurkan kepada Zack. Zack memandang hairan sampul yang dipegang Jie.

Jie mengerti maksud pandangan Zack. " Dalam ini ada thumb drive. I jumpa dekat lelaki yang serang I hari  itu. I tak boleh decrypt security thumb drive ni.  I need your help ! I tahu you memang 'expert' dalam hal ini." Jie berharap sangat Zack sudi membantu. Jie boleh saja mengupah pakar untuk melakukannya tetapi dia perlukan seseorang yang boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia. Jie tak nampak sesiapa lagi yang boleh dipercayai melainkan Zack.

Zack mengangguk setuju. Sampul bertukar tangan. Sekurang kurangnya dia dapat berbakti pada gadis itu. Segala kehendak gadis itu pasti akan diturutkan sedaya mungkin.

Jie hanya tersenyum dengan persetujuan Zack. Selesai satu masalah ! Jie tahu satu lagi masalah akan menimpanya kalau Daddy tahu dia curi curi keluar. Itu dia akan fikirkan kemudian.

Zack dan Jie tidak perasan ada mata yang ligat memerhatikan mereka sedari tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 12:56 AM | Show all posts
elia201 replied at 7-1-2015 04:27 PM
Panggilan dari gadis itu siang tadi membuatkan Zack tersenyum ceria. Walau hubungan mereka bukan lag ...

perghh..tengku? darjat tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.527181 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list