CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Baim Wong Akui Bercinta Dengan Elfira Loy

 Close [Copy link]
Post time 24-10-2014 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
farfar posted on 24-10-2014 07:35 PM
http://youtu.be/QVajxDkhR4s

Nah. Tgk video ni. This is the interview during family dinner and raf ...

Kencing manis naik kepala ai dah ni
Punye la byk couple , tp baim n elfira sgt sgt suwittt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 08:05 PM | Show all posts
farfar posted on 24-10-2014 07:35 PM
http://youtu.be/QVajxDkhR4s

Nah. Tgk video ni. This is the interview during family dinner and raf ...

Suka part nih.. semoga byk dolphin1 di sini.. main2 terus  disini laaa... ha ha...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 08:25 PM | Show all posts
Mel007 posted on 24-10-2014 08:05 PM
Suka part nih.. semoga byk dolphin1 di sini.. main2 terus  disini laaa... ha ha...

elfira neh muda lg. maybe dia x nak kawen lg.
baim neh kalau elfira bg green light berdesup terus masuk meminang kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 08:46 PM | Show all posts
baim & elfira so suwettt
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel sgt dedua ketul
Ni... Aihh baim pun ensemmmm..,
Cepat2 ler kawen.,,
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk baim mcm dah tak menyabar je


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2014 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk bideo ulang2
Comel baim bila di interview
Mmg cinta sgt dh kot
El pndi kontrol
X llbih
Baim pun mesej2 mak el la pulekssss
Weeee...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 09:00 PM | Show all posts
HUBUNGAN pelakon Elfira Loy dengan pelakon asal Indonesia, Baim Wong tiba-tiba sahaja diperkatakan semula. Ini semua gara-gara gambar yang dimuat naik oleh Elfira di dalam laman Instagramnya. Kelibat mereka keluar bersama dan menghadiri majlis perkahwinan pelakon Raffi Ahmad dengan Nagita Slavina yang diadakan di Jakarta, Indonesia membuatkan orang menganggap mereka sedang bercinta.

Dakwaan bercinta itu dikuatkan pula dengan pengakuan Baim menerusi sebuah tabloid Indonesia iaitu Nova yang dia sedang mengenali seorang wanita dari Malaysia bernama Elfira Loy. Tidak melenting dengan apa yang diperkatakan umum itu, Elfira memaklumkan Baim, 33, hanyalah teman biasa yang dianggap sahabat dan sudah mengenali jejaka kacak itu sejak empat tahun lalu.

“Mulanya saya memang tidak tahu yang Baim akan bawa saya ke majlis perkahwinan kawan baiknya yang merupakan selebriti. Dia (Baim) hanya mengajak saya untuk menemaninya.
“Ibu dan adik saya pun ada ikut sekali. Bukan saya seorang. Sebelum nak pergi majlis saya ada tanya ibu. Ibu benarkan, saya pun ikut Baim,” katanya yang sudi menghadirkan diri ke sesi fotografi bersama Utusan baru-baru ini sebelum berlepas ke Manchester, England untuk penggambaran drama 26 episod, Setulus Janji, baru-baru ini.

Bercerita tentang perkenalannya dengan pelakon yang terkenal menerusi sinetron Benci Bilang Cinta dan Sejuta Cinta Marshanda itu, Elfira menjelaskan bahawa dia mengikuti perkembangan Baim menerusi laman sosial Path sejak tahun 2011 lagi.

“Saya meminati Baim. Saya menjadi pengikutnya dengan harapan dia juga menjadi pengikut saya di laman sosial berkenaan. Dari situlah kami mula berhubungan.
“Untuk ke arah bercinta, memang tidak ada. Saya sendiri pernah cakap pada Baim yang saya tidak gemar untuk bercinta. Kalau boleh nak terus langsungkan majlis kahwin. Biar ada ikatan yang sah.

Baim juga pernah mempunyai niat agar hubungan kami ini diteruskan ke arah yang serius tetapi saya ingatkan dia kalau boleh kenal dahulu hati budi masing-masing,” ujarnya.

Juga mengaku pernah bertemu dan lepak bersama di restoran milik Baim di Indonesia, Elfira berkata, dia selesa berkawan dengan Baim.
“Sebenarnya, saya tidak tahu bagaimana hendak komen tentang perkara itu. Saya memang berkawan baik dengan Baim. Saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja termasuklah Baim.

“Kami sebenarnya sudah lama tidak berjumpa. Rasanya sudah setahun selepas kali terakhir berlakon bersama dalam drama Untuk Terakhir Kali.
“Komunikasi antara kami juga tidak terlalu kerap. Apa lagi berhubung melalui telefon. Masing-masing sibuk, jadi kesempatan ini saya gunakan untuk berjumpa dengannya,” jelas wanita berusia 20 tahun ini.

Biarpun akan sibuk dengan penggambaran sebuah travelog, Madmarket di Taiwan selepas ini, Elfira juga masih ligat berniaga.
Katanya, perniagaan skarf dan casing telefon yang dijalankan sejak enam bulan lalu semakin rancak dan mendapat perhatian dari ramai orang.
“Walaupun jualan hanya dilakukan melalui Instagram tetapi banyak tempahan yang diterima. Memang seronok berniaga cara begini (melalui Instagram). Selepas ini, saya juga akan melancarkan produk baharu iaitu baju T,” katanya.

Ditanya tentang pengembangan perniagaan dengan membuka sebuah kedai, Elfira hanya menggelengkan kepala.
“Untuk buka kedai saya tidak terfikir lagi. Saya tidak mahu tergopoh-gapah. Kalau sudah ada kedai saya perlu letakkan 100 peratus komitmen.
“Buat masa ini biar saya buat secara dalam talian dan beroperasi dari rumah,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Elfira, dia juga tahu bahawa dia tidak pernah menyatakan kesediaannya untuk berkahwin.
“Rancangan untuk kahwin memang tidak pernah saya cakap. Malah, untuk letak tarikh atau sasaran untuk itu (kahwin) memang tidak ada. Saya tidak mahu fikir sangat.
“Jodoh itu kan ketentuan Tuhan. Dengan siapa, saya pun tak tahu. Itu rahsia Dia. Saya serahkan saja pada Tuhan. Cakap lebih-lebih pun tak ada gunanya.
“Kalau sama-sama sudah bersedia, saya akan ikut sahaja jalannya. Jika diizinkan Allah dengan sesiapa termasuk Baim pun, saya terima dengan hati terbuka.
“Tapi kalau bukan jodoh saya, kita tak mampu melawan kehendak takdir,” katanya.

Mengukuhkan lagi pendiriannya, Elfira mengaku yang dia memang sukar untuk mendekati lelaki. Hidupnya banyak dihabiskan dengan keluarga.
“Sebab itu, apabila saya bergambar dengan mana-mana lelaki. Pasti akan kata lelaki itu kekasih saya.
“Berbalik kepada kisah Baim, dia pernah beritahu media Indonesia dia akan memperkenalkan kekasihnya apabila menghadiri sebuah majlis dan tidak sangka pula saya yang menjadi penemannya ke majlis perkahwinan tersebut.

“Patutlah ramai memandang ke arah saya. Semua ini hanya kebetulan. Tetapi, inilah benda yang saya tidak boleh hindari. Orang akan sentiasa membuat andaian. Saya juga tidak pernah berkecil hati dengan apa orang dah tulis,” katanya.

Berkongsi cerita mengenai pengalamannya menghadiri majlis perkahwinan di Indonesia, ternyata ia cukup berbeza sekali.
“Saya tidak dapat gambarkan suasana semasa itu. Memang sangat ramai. Ada lebih 6,000 orang. Sudahlah ramai, kami terpaksa berdiri lagi. Tapi, inilah pengalaman.
“Kalau di Malaysia, sudah pasti kita akan disajikan dengan makanan yang sedap-sedap dan punya tempat duduk, tetapi di sini (Indonesia) memang berbeza sekali,” katanya yang baru sahaja pulang dari Indonesia.

Semasa kesempatannya berada di sana (Indonesia), Elfira juga sempat melihat bagaimana Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo diarak sepanjang jalan.
“Biar panas tapi rakyat Indonesia dilihat cukup gembira dengan pelantikan itu. Mereka sanggup bermandi peluh sambil saya lihat banyak bendera berkibar di merata tempat,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan ... thash.9hUEQeLA.dpuf
Last edited by tiewa on 24-10-2014 09:01 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tiewa posted on 24-10-2014 06:07 PM
Sama la.. iols bkn setakat stalk ig, siap donlod lagi video2 diorang ni taw... boleh tgk ulang2 ka ...

I bukan apa..terkenang semasa dulu..ciwahhh....iyer la...kawan2 gitu jek teriba ajak kawin..ntah iyer tidak kan...so bg few months trial...bwk2 bersabar..heheh...gitu la kot perasaan si fira nwhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
El ni ckp x de pikir kawen lak
El ni mudo lg kot
Tgh naik lgpun
Pikir byk kli kot nk kawen
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cutenye diaorg.. baim comel banget
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
derang yg bercinta aku lak yg lelebih excited..ter happy giler n tsenyum sensorangg..hi hi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham posted on 24-10-2014 10:44 PM
derang yg bercinta aku lak yg lelebih excited..ter happy giler n tsenyum sensorangg..hi hi..

Khen kakmah
Daku pun... Ensem pulok baim wong
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
derang yg bercinta aku lak yg terlebih happy..hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
xixin5230 posted on 24-10-2014 10:45 PM
Khen kakmah
Daku pun... Ensem pulok baim wong

selera kita kn sama..suka yg putih2..kik kik..psl tu la lyn citer koya..x gittew xin..hi hi
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh diabetes tgk diaorang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 11:16 PM | Show all posts
Mmg comel tp elfira ni mcm budak 16thn.. Bdn pun kcik jerr... Mcm tk suai lg kawin... Hihi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Okeh x dpt di nafikan..mmg derang sweet thp diabetis.. Dan el Sgt bertuah.. Dan bukan ppuan yg mudah jth cinta..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 03:03 AM | Show all posts
macam Baim aje yg terlebih2.. elfira cool jer
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
kadang2 confuse hugak sbb masing2 ckp lain. baim kata berpacaran tp el kata kawan saja. tp rasanya kawan saha pun mesti hubungan dah jauh kot kalau baim dh boleh kamceng dfn mak el. maybe berpegang pd prinsip teman smpi jodoh pd el tp pada baim dia cukup yakin kot hati el pada dia kot, then berani mati mengaku pd press yg akan kenalkan pd public time wedding mmbr dia tu. kalau kwn biasa2 ajer, mau aku bg penmpar buaya, hujan ribut xde, tup tup mengaku in relatiinship. kalau aku la. andai kata el setuju jer, rasanya berdesup rombongan uncle wong dtg meminang.. kalau x jd ko frust pulok la baim.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.259519 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list