CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: marine_admiral

[Jenayah] Mahu bekerja bantu keluarga, bapa pukul anak sampai mati

[Copy link]
Post time 8-7-2014 12:26 AM | Show all posts
cikanggun posted on 8-7-2014 12:23 AM
jgn tunjuk bangang sgt bleh?

dah ramai sgt pakat dok memvaveekan apaknyer, kang btol2 serupa v ...

GOD has mysterious ways dalam menguji hamba2 NYA..........

You want to beg to differ on this one?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2014 12:38 AM | Show all posts
alahai posted on 6-7-2014 04:50 PM
anak sulung umur 17(si mangsa), ibu umur 38..bapa 52, ada 10 org anak, si mangsa dah tak bersekolah. ...


biasa lah, ego Mulayu pantang dicabar beb...
mesti si bapak ni cakap dasar anak tak bersyukur....

btw, al fatihah & takziah, semoga arwah syahid...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:44 AM | Show all posts
penyo posted on 6-7-2014 06:36 PM
pukul 5 petang belasah....pukul 4 pagi nak kejut sahur baru perasan dah mati..... Emaknya pun tak bo ...


tu lah, yang pelik lagi, kenapa masa buka puasa tak dikejutkan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 01:38 AM | Show all posts
crankshaft posted on 8-7-2014 12:24 AM
Dia kata bila menderma...kalau tangan kanan yang memberi...jangan sampai tangan kiri tahu....

T ...

sapa tu...??

yg dari kl nak pi muar naik palterbang pi senai dulu tu ke..??





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku x paham..budak ni Mmg dh x so lah kan?..pastu dh 17 the. ..awat bapak nyers x bagi keje?

Ke aku salah paham?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 02:50 AM | Show all posts
marine_admiral posted on 7-7-2014 07:11 PM
Siti Habibah Ismail, 38, bersama anak lain sebak mengiringi jenazah anaknya, Muhamad Hafis Abdul Gha ...

tgk pic ni mcm ada sorang lagi dlm perut tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2014 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Al-fatihah utk arwah..
Apa kenalh dgn ayah arwah..buat apa pgi pkl bdak tu?takkan x bole bincang elok2..ayah arwah ni bkerja@x?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 03:18 AM | Show all posts
Orange_7491 posted on 7-7-2014 02:12 PM
baca tadi semua anak xder surat beranak dan tak sekolah. Mmg konpem bapak jenis nak sedap jerrr..bua ...

ni orang malaysia tulen ke? asal dari mana?
setahu aku kalau beranak hospital baby akan terus di issue surat beranak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2014 08:00 AM | Show all posts



serupa samseng taik kuceng
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 08:03 AM | Show all posts
‘Saya jemput jenazah’

Melaka: “Kalau bapanya tidak mahu arwah, pulangkan kepada kami. Siapa yang tidak terkilan apabila menjaganya sejak berusia lima hari, tetapi akhirnya mati di tangan bapa sendiri,” kata Azhar Muhamad, 44, abang angkat kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17.

Dalam kejadian jam 5 petang Sabtu lalu, mangsa maut apabila dibelasah bapa kandungnya dengan kayu selepas menyatakan hasrat mahu mencari pekerjaan bagi menanggung makan minum sembilan adik sebelum disahkan meninggal dunia jam 8.30 pagi kelmarin.

Azhar yang juga saudara kepada bapa mangsa berkata, Muhamad Hafiz sebelum ini dijaga dan dibesarkan arwah ibunya, Tuminah Saroni, 54, selepas ditinggalkan kedua ibu-bapanya di kampung mereka di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor selepas lima hari dilahirkan.

“Selepas kematian ibu pada 2008, arwah dipelihara adik saya, Aznizam, 42. Ketika ditinggalkan dulu, semua pendaftaran sijil kelahiran saya uruskan apabila kedua ibu bapanya menghilangkan diri selepas menyerahkannya kepada arwah ibu.

“Namun, ketika cuti persekolahan Mei tahun lalu, mereka datang ke rumah bersama sembilan anak menyatakan hasrat mahu meminjam arwah dan akan memulangkannya semula tiga hari sebelum sesi persekolahan bermula Jun tahun lalu,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/08
Last edited by rosasa on 8-7-2014 08:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 08:05 AM | Show all posts
rosasa posted on 8-7-2014 08:00 AM
serupa samseng taik kuceng

ni ke jantan tak guna tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 08:10 AM | Show all posts
Abah, sakit abah - Hafis
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]

ALOR GAJAH 7 Julai - "Abah, sakit abah". Itulah kata-kata terakhir yang diungkapkan oleh seorang remaja, Muhamad Hafis Abd. Ghani, 17, yang maut dipercayai dipukul bapa kandungnya dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang kelmarin.

Muhamad Hafis yang merupakan anak sulung daripada 10 beradik dipukul gara-gara menyatakan hasrat untuk mencari pekerjaan bagi membantu meringankan beban keluarga.

Mangsa disedari telah tidak bernyawa oleh ibunya, Siti Habibah Ismail, 38, yang mengejutkannya bangun sahur kira-kira pukul 4 pagi semalam.
Siti Habibah berkata, dia terkilan kerana tidak dapat mendengar suara anaknya yang manja dipanggil 'abang' untuk kali terakhir selepas tidak sedarkan diri akibat dipukul oleh bapanya, Abd. Ghani Sapuan, 52.

"Dari dapur saya terdengar arwah meminta izin dengan berkata, 'Hafis nak keluar cari kerja, nak tolong abah dan adik-adik'.

"Sebelum ini arwah pernah memberitahu saya jika sudah dapat kerja dia mahu pulang ke rumah keluarga angkatnya di Rantau Panjang, Klang," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Jalan Kampung Jawa 3, di sini semalam.

Menurut Siti Habibah, anaknya itu sejak kecil dipelihara oleh sepupu suaminya di Rantau Panjang, Klang, Selangor sehingga berusia 16 tahun.
Bercerita tentang kejadian, kata Siti Habibah, anaknya itu pengsan selepas dipukul dan setelah sedar hanya sempat minum segelas air tanpa menjamah sebarang makanan.

"Saya tak tahu kenapa suami saya boleh buat macam itu. Saya tak sanggup lihat anak dipukul, saya cuba menarik suami saya supaya menghentikan perbuatannya tetapi saya ditolak dan dicekik.

"Malamnya saya tidak dapat tidur dan ketika menjenguk ke bilik beberapa kali antara pukul 1 hingga 2 pagi, dia masih bernafas.

"Bagaimanapun, pada pukul 4 pagi ketika ingin mengejutkan dia untuk bangun sahur, badan arwah dah sejuk dan ketika itu saya tahu dia sudah tiada," katanya.

Ujar Siti Habibah, dia tidak menyangka Muhamad Hafis akan meninggal dunia kerana dilihat hanya mengalami luka di kepala.

Katanya, anak sulungnya itu merupakan seorang yang penyayang kerana sering membantu menjaga dan memandikan adik keduanya, Muhamad Azim, 16, yang merupakan orang kurang upaya.

"Arwah anak yang baik, pendiam dan tidak meminta-minta. Apa yang ada itulah yang cukup bagi dia. Malah kalau makan dia memang jenis tidak memilih," katanya yang terkenangkan lauk kegemaran anaknya iaitu kari ayam dan gulai kurma.

Jenazah mangsa dikebumikan di Kampung Rantau Panjang, Klang, hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140708/je_04/Abah-sakit-abah---Hafis#ixzz36paBDaYO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 08:17 AM | Show all posts
qwezxc posted on 7-7-2014 10:16 PM
Tengok berita tadi maknya mcm tak sedih pon anak mati cenggitu

camane nak sedih klau dia x mnjaganya selama ni...amek nak bg mati rupanya....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 08:22 AM | Show all posts
anonims posted on 7-7-2014 08:16 PM
Laki bodoh tak guna.

Tak perlu kot kutuk mak lebih2, kita tak tau apa yg jadi kat rmh tu. Kita ta ...
dilaporkan dlm berita, mak nya beberapa kali jenguk anak dibilik, minta tlg jiran utk hantar ke hospital, bapanya halang ckp budak tu penat saja.. Naluri mak mesti nak pertahankan anak dr dipukul, tp kalau mak dia masuk campur masa bapak tengah balun, mak dia kot turut gol.. Lagilah parah meninggalkan 9 anak2 yg lain..
cuma ..
kesian.. arwah meninggal sorang2
masa nak bersahur baru d sedari dah takde ..
Al-Fatihah ...


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 08:23 AM | Show all posts
buat anak pandai..
jaga anak tak pandai

haku rasa bapak ni jeles sbb anak dia cukup makan pakai sume tp dia 1 family miskin..
itu yg nk balas dendam ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 08:25 AM | Show all posts
Jahatnya seorang ayah...
Minta2 hukuman gantung terus utk si bapa durjana!!

Bagusnya Arwah sbb jaga adik yg OKU...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2014 08:26 AM | Show all posts
rosasa posted on 8-7-2014 08:10 AM
Abah, sakit abah - Hafis
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
Menurut Siti Habibah, anaknya itu sejak kecil dipelihara oleh sepupu suaminya di Rantau Panjang, Klang, Selangor sehingga berusia 16 tahun.
keluarga angkat ni mesti lagi sedih ....
pelihara sejak kecik tu ..

"Sebelum ini arwah pernah memberitahu saya jika sudah dapat kerja dia mahu pulang ke rumah keluarga angkatnya di Rantau Panjang, Klang," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Jalan Kampung Jawa 3, di sini semalam.




Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 08:30 AM | Show all posts
rosasa posted on 8-7-2014 08:03 AM
‘Saya jemput jenazah’

Melaka: “Kalau bapanya tidak mahu arwah, pulangkan kepada kami. Siapa ya ...
“Namun, ketika cuti persekolahan Mei tahun lalu, mereka datang ke rumah bersama sembilan anak menyatakan hasrat mahu meminjam arwah dan akan memulangkannya semula tiga hari sebelum sesi persekolahan bermula Jun tahun lalu,” katanya.
"meminjam" untuk apa yer?

selalu nya kalau "meminjam" ni untuk d perah carik duit / kerja untuk belanja rumah

ni bagitau nak carik kerja .. kena balun..

cerita yang tak abes ..


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 08:34 AM | Show all posts
qwezxc posted on 7-7-2014 06:51 PM
Arwah dibela famili angkat di Rantau Panjang Klang.
Bersekolah kat Rantau Panjang sampai form 4. La ...

masa dia kena amik tuh maknanya dia masih sekolah lah kan?

dia berhenti sekolah sebab dah tak balik dah lah eh??

kesian naif nya budak neh.. dah kira kena culik pun tak reti nak kontek keluarga angkat dia?

arwah kata lepas dapat kerja dia nak balik pada keluarga angkat tuh kot yang buat bapak dia berbulu tuh?

aihhh.. sedey lah dek..



Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 08:37 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 8-7-2014 08:30 AM
"meminjam" untuk apa yer?

selalu nya kalau "meminjam" ni untuk d perah carik duit / kerja untuk ...

meminjam untuk jaga adik OKU kot.. ye lar... bapak pemalas , mak mana larat nak jaga, anak ramai lagi... pastu bila arwah tengok adik2 yang lain tak cukup makan, kesian, nak keja nak bantu adik2, pastu bapak mengamuk lar kot nanti takdak orang nak jaga adik OKU tuh, ye lar bapaknya pemalas nak mampos, boleh mampos kot kalu rajin sikit.......agaknya lah...


ni aku punya speku ye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.196176 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list