CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31735|Reply: 561

[Tempatan] Perhimpunan Bantah GST - 'Lautan merah' banjiri Dataran bantah GST

[Copy link]
Post time 1-5-2014 03:42 PM | Show all posts |Read mode






'Lautan merah' banjiri Dataran bantah GST


Kira-kira 10,000 peserta dijangka membanjiri Kuala Lumpur dalam demonstrasi besar hari ini bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang digerakkan oleh 89 gabungan NGO.

Perhimpunan yang turut disokong oleh parti Pakatan Rakyat diadakan sempena Hari Buruh yang disambut seluruh dunia hari ini dan dijangka turut disertai ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis sebelum mengisytiharkan perhimpunan itu haram tetapi sekarang menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan penganjur bagi memastikan perhimpunan itu berjalan lancar.

Peserta yang mengambil bahagian akan berkumpul di empat lokasi utama iaitu KLCC, Sogo, Dataran Maybank, dan Masjid Negara sebelum berarak ke Jalan Raja yang terletak berdekatan Dataran Merdeka dimana ia dijadual berlangsung antara jam 2 hingga 5 petang.

Peserta dilarang menggunakan padang Dataran Merdeka kerana kawasan tersebut sedang dinaiktaraf.

Selain di Kuala Lumpur, satu lagi demo berasingan turut berlangsung di Pulau Pinang, anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

GST yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2014 Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April 2015.

Bantahan melalui perhimpunan hari ini bagi menyatakan bahawa pelaksanaan kutipan cukai tersebut akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan menambahkan beban isi rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2014 03:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 03:44 PM | Show all posts
Peserta himpunan laung bantah majikan

FATHIN ATHIRAH HASLI
1 Mei 2014



Peserta himpunan laung bantah majikan Kelihatan Khalid Ibrahim (dua, kiri) melaungkan penentangan penindasan majikan terhadap golongan pekerja semasa program Hari Pekerja Rally Himpunan May Day di Dataran Timur, Petaling Jaya, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh FATHIN ATIRAH HASLI


PETALING JAYA - Peserta Hari Pekerja Rally Himpunan May Day yang terdiri daripada pelbagai kesatuan pekerja melaungkan bantahan terhadap majikan yang menindas pekerja mereka di Dataran Timur, Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Pengerusi Belia Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Muhd Faisal Abu Bakar, himpunan kali ini dianjurkan untuk menggesa kerajaan menghapuskan pindaan akta undang-undang yang membebankan rakyat.

"Setiap tahun kami akan menganjurkan sambutan seperti ini demi membela nasib dan kehidupan pekerja selain membangkitkan isu-isu semasa yang membebankan serta menindas rakyat.

"Antara isu yang dibangkitkan kali ini ialah isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilihat menekan kehidupan rakyat, komplikasi perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan permasalahan majikan yang sering kali melakukan penganiayaan terhadap pekerja," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Menyentuh tentang isu perlaksanaan sistem percukaian GST yang bakal dilaksanakan, pihaknya sudah pun mengatur pertemuan secara langsung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dan maklum balas yang diberikan kepada pihak MTUC amat mengecewakan.

"Perdana Menteri telah memaklumkan kepada kami bahawa sistem GST akan dilaksanakan menjelang April 2015, namun kami semua tidak akan berputus asa dan kami akan mengatur perjuangan seterusnya bagi menggesa kerajaan untuk mengurangkan bebanan kepada rakyat," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut menyeru kepada semua pekerja untuk bangkit bersama-sama dan menyokong asas perjuangan yang dititikberatkan oleh MTUC terhadap kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 03:44 PM | Show all posts
Wow ramainya umat manusia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 03:45 PM | Show all posts
Jangan bawa anak kecil ke perhimpunan

WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Mei 2014



PDRM


PETALING JAYA – Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membawa anak kecil hadir pada perhimpunan anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di  Dataran Amcorp, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, nasihat itu dibuat bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku.

“Kita juga ingatkan pengunjung yang datang  supaya tidak membawa sebarang senjata. Sebanyak 400 anggota akan bertugas mengawal lalu lintas dan keselamatan  sehingga perhimpunan ini selesai,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin hadir ke majlis sambutan itu boleh menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) dan turun di Taman Jaya.

“Jalan yang akan ditutup sepenuhnya ialah Jalan Sultan,Jalan Timur serta persimpangan ke Lebuh raya Persekutuan. Mereka yang datang menggunakan kereta boleh meletakkan kenderaan di parkir  MBPJ di Kompleks C berhampiran Hotel PJ Hilton,” katanya.

Difahamkan kira-kira  5000 orang dijangka menyertai perhimpunan terbabit bermula seawal  jam 7 pagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 03:46 PM | Show all posts
Peserta bantah GST mula banjiri ibu kota

WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Mei 2014



Peserta bantah GST mula banjiri ibu kota Para peserta menyeberangi jalan dari stesyen KTM menuju ke Masjid Negara- Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN


KUALA LUMPUR - Peserta himpunan bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mula berkumpul di lima lokasi di tengah bandaraya Kuala Lumpur seawal jam 9.30 pagi.

Antara lokasi terlibat termasuklah di sekitar pusat beli belah Sogo, Masjid Negara, KLCC, Kampung Baru dan Dataran Maybank.

Berikut adalah perkembangan semasa mengenai himpunan:

12.30 tengah hari - Lalu lintas yang menghubungkan Masjid Negara agak sesak namun dengan bantuan polis trafik keadaan terkawal.

12.45 tengah hari - Para peserta kelihatan memenuhi pekarangan Masjid Negara, masing-masing berpakaian baju merah sebagai simbol bantahan GST.

12.45 tengah hari - Para peniaga dimaklumkan seawal jam 10 pagi sudah mula memenuhi pekarangan Masjid Negara dengan berniaga pelbagai barangan termasuk makanan, minuman, t-shirt dan lilit kepala tertera bantah GST.

2.30 petang : Suasana di sekitar pusat membeli belah Sogo, Kuala Lumpur kelihatan terkawal dengan tiga anggota polis trafik bertugas mengawal perjalanan trafik serta sebuah kereta peronda polis bersedia bagi sebarang kemungkinan.

2.45 petang : Orang ramai berlegar di sekitar pusat membeli belah Sogo. Turut kelihatan sebuah helikopter kelihatan membuat tinjauan udara.

3.00 petang: Suasana di sekitar pusat membeli belah sogo kelihatan terkawal dengan tiga anggota polis trafik bertugas mengawal perjalanan trafik.

3:10 petang: Orang ramai mula membanjiri kawasan Dataran Merdeka. Keadaan walau bagaimanapun masih terkawal.

3.20 petang: Beberapa pemimpin pembangkang termasuk aktivis menyampaikan ucapan kepada peserta himpunan bantah GST di Dataran Merdeka.

3.25 petang: Kelihatan helikopter polis berlegar-legar di ruang udara sekitar Dataran Merdeka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-5-2014 03:47 PM | Show all posts
Peserta perhimpunan bantah GST tetap langgar akta


KUALA LUMPUR 1 Mei - Peserta perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mula berkumpul di lima lokasi di ibu negara dengan segelintir mereka dilihat melanggar syarat dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Sekalipun polis telah berkompromi dengan membenarkan perhimpunan itu diadakan secara aman dan perlu mematuhi APA 2012, tinjauan Bernama mendapati ada segelintir daripada mereka membawa kanak-kanak dan kain rentang dan perbuatan itu jelas melanggar syarat-syarat dalam APA 2012.

Mereka yang terbabit dilihat mula berkumpul sejak 9.30 pagi di sekitar pusat beli belah Sogo, Masjid Negara, KLCC, Kampung Baru dan Dataran Maybank.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh dalam sidang akhbar semalam memberi peringatan tegas kepada peserta perhimpunan dan pihak penganjur agar mematuhi syarat APA 2012 demi keselamatan umum setelah mereka dibenarkan untuk berhimpun secara aman hari ini.

"Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan membawa kanak-kanak, pembesar suara, kain rentang dan senjata ketika perhimpunan sedang berlangsung," katanya.

Antara kain rentang yang dibawa mereka tertera perkataan "GST Cukai yang melampau satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia", "Tak nak GST" dan "TPPA makes Malaysia colony of USA" (TPPA menjadikan Malaysia tanah jajahan Amerika).

Turut kelihatan beberapa anggota polis mengadakan rondaan di kawasan-kawasan strategik di ibu negara dan kawalan ketat oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di lokasi perhimpunan iaitu di Dataran Merdeka. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -akta#ixzz30Rq1LiV8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 03:48 PM | Show all posts
Bantah GST alasan untuk berhimpun jatuhkan kerajaan-Tun M


KUALA LUMPUR 1 Mei - Pembangkang didakwa berselindung di sebalik isu bantahan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai alasan untuk menganjurkan perhimpunan di ibu negara hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, matlamat utama mereka adalah untuk menjatuhkan kerajaan.

"Tujuannya untuk mengganggu kerajaan, seboleh-bolehnya untuk menjatuhkan kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Reka di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Tun-M#ixzz30RqF9lxY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2014 03:49 PM | Show all posts
aku lalu kt area masjid jamek dalam kol 2.25pm.. ramai gler ummah manusia.. derang baru start nak berhimpun kt depan masjid jamek tuh.. merah jeh seme.. semboyan..bendera..playcard.. baju merah..polis mcm tak ramai kt area masjid jamek..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 03:51 PM | Show all posts
yg joinT nie mmg takdak life........ mampus pi laa dgn GST tu..... miskin sgt kaa nak bayar?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 03:52 PM | Show all posts
MACAI-MACAI UMNO KATA HIMPUNAN AMAN BANTAH GST DI DATARAN MERDEKA TIADA SAMBUTAN DAN HAMBAR ... DATARAN LENGANG, SUNYI SEPI.




































Pergh!!!! Ingat betul sungguh tiada sambutan sebab sebelum ini hampir kesemua blog macai UMNO menyiarkan kononnya Himpunan Aman Bantan GST tiada sambutan.

Kira-kira 35,000 peserta  membanjiri Kuala Lumpur dalam demonstrasi besar hari ini bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang digerakkan oleh 89 gabungan NGO.

Perhimpunan yang turut disokong oleh parti Pakatan Rakyat diadakan sempena Hari Pekerja yang disambut seluruh dunia hari ini dan dijangka turut disertai ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis sebelum mengisytiharkan perhimpunan itu haram tetapi sekarang menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan penganjur bagi memastikan perhimpunan itu berjalan lancar.

Peserta yang mengambil bahagian akan berkumpul di empat lokasi utama iaitu KLCC, Sogo, Dataran Maybank, dan Masjid Negara sebelum berarak ke Jalan Raja yang terletak berdekatan Dataran Merdeka dimana ia dijadual berlangsung antara jam 2 hingga 5 petang.

Peserta dilarang menggunakan padang Dataran Merdeka kerana kawasan tersebut sedang "dinaiktaraf".

Selain di Kuala Lumpur, satu lagi demo berasingan turut berlangsung di Pulau Pinang, anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

GST yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2014 Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April 2015.

Bantahan melalui perhimpunan hari ini bagi menyatakan bahawa pelaksanaan kutipan cukai tersebut akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan menambahkan beban isi rumah.

GASAK SAMPAI TUMBANG!!!!!!!! ... BN TUMBANG RAKYAT PASTI SENANG!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 03:53 PM | Show all posts
gambo dalam area 2.25pm .. henpon cap ayam jeh.. tak berani nak pi dekat2 amik gambo..sbb yg buat mcm tuh..kamera depa sedabak besau2..lens sedepa..











This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 03:55 PM | Show all posts
Cepat2 pm pencacai dan lobai....kasi meriah ini thread....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 03:56 PM | Show all posts
skymania posted on 1-5-2014 03:53 PM
gambo dalam area 2.25pm .. henpon cap ayam jeh.. tak berani nak pi dekat2 amik gambo..sbb yg buat mc ...

uols pegi keje ke kuar melagha? ingat dh stay korea terus.

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai x dpt nak join sbb pergi korea selatan nyelam cari mangsa feri karam... sori guysss
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 03:59 PM | Show all posts
Kittie posted on 1-5-2014 03:56 PM
uols pegi keje ke kuar melagha? ingat dh stay korea terus.

keje la uols.. ikot di hati nak melagha lgk.. seme orang opis dok tanyer bila nak balik dr korea.. choii sngt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2014 04:03 PM | Show all posts
macai PR berpeluh2 & bau ketiak masam pi bantah GST..... yg untung macai BN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 04:04 PM | Show all posts


Ribuan peserta himpunan bantah GST berhimpun di Dataran Merdeka. - Foto Sinar Harian oleh YUSRIZAL YUSUF AHMAD




Peserta bantah GST mula banjiri ibu kota Para peserta menyeberangi jalan dari stesyen KTM menuju ke Masjid Negara- Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN




Peserta bantah GST mula banjiri ibu kota Para peserta menyeberangi jalan dari stesyen KTM menuju ke Masjid Negara- Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 04:06 PM | Show all posts















Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 04:06 PM | Show all posts
consultation cost utk preparation menjelang pelaksanaan GST pun dah berjuta company bayar....diorang pun komen rakyat akan terasa kenaikan harga barangan n perkhidmatan..

tp apa nak  buat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.119670 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list