CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] Lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia-Sabtu, 26 April 2014

[Copy link]
Post time 27-4-2014 11:40 AM | Show all posts
welkam mr president
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2014 11:42 AM | Show all posts
bang barry tak gi klcc ke ? aku nak jln2 sana ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 11:45 AM | Show all posts
Awat obama pi masjid negara hari ahad? Dia tak pi gereja kah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:05 PM | Show all posts
Tahu pn hormat masjid...buka kasut...


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:10 PM | Show all posts

PUTRA JAYA
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2014 12:11 PM | Show all posts
Hubungan perdagangan antara melaysia dan amerika akan lebih maju dan berjaya jika pilih anwar jadi perdana menteri malaysia sebab anwar akn agen amerika.... umno anti amerika...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:12 PM | Show all posts

Apakah dibolehkan masok ke dalam masjid dalam keadaan hadas besar?
Last edited by zainuddinmaidin on 27-4-2014 12:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2014 12:13 PM | Show all posts
President Barack Obama meeting with U.S. Embassy staff and American families in a special meet and greet session this morning


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:14 PM | Show all posts
Esok diminta jauhkan diri dari hospital kl, obahma gi spital gh lak esok...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:15 PM | Show all posts
secretservice posted on 26-4-2014 05:44 PM
orang suka tengok pesawat dengan kereta dia la.....satu dunia suka tengok....tak payah stereotype  ...

betul tu.

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:15 PM | Show all posts


Kalau malaysia takmo join tpp mesti obama kecewa, depa dah gerakkan aset untuk cari mh370 dan bawak pesawat yang sangat besar airfos1 untuk melawat mesia. Last edited by zainuddinmaidin on 27-4-2014 12:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:16 PM | Show all posts
zainuddinmaidin posted on 27-4-2014 12:12 PM
Apakah dibolehkan masok ke dalam masjid dalam keadaan hadas besar?

cuba ko tanya ustazah ning


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:22 PM | Show all posts
solstice posted on 26-4-2014 07:10 PM
Jakun gila ummah msia ni
Obama jer pon
Bukan presiden dr planet marikh

kalau presiden dari planet marikh datang, 3 kali jumaat je uols...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:22 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 27-4-2014 12:16 PM
cuba ko tanya ustazah ning

khusyo'k benor ostad kat sbelah tu dengar setazah ceramah pasal hadas besar
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:23 PM | Show all posts
axl_bach posted on 26-4-2014 07:02 PM
ketua negara lain tu berpengaruh cam si Obama nih ker???mmg kita anti dgn US, tp still kita kena t ...

betul tu. bukan kita taksub pun, cuma sbg negara kecil, apa lagi yg perlu kita buat. tak mau ikut peraturan lawatan US, memang carik nahas lah
biar lah win-win situation. mudah-mudahan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2014 12:25 PM | Show all posts
Obama minum air sirap? Last edited by jfq on 27-4-2014 02:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:26 PM | Show all posts
matahari8011 posted on 26-4-2014 08:18 PM
mulut je kata benci, dlm hati meronta2 nak tengok

tau tak pe. entah2 depa hat dok tepi jalan subang airport gigih ambil gambar airforce 1.

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:27 PM | Show all posts
Oghang Ghombau di iktirap sebagai sorang yang hensem kacak dan wangi sobab tu KJ di tugeh an sambut Obama sobab masuk berito dunia. Nanti satu dunio koba "wow hensemnya oghang Ghombau". Baik punyer marketing

MR KOPIPES


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:34 PM | Show all posts
zainuddinmaidin posted on 27-4-2014 12:12 PM
Apakah dibolehkan masok ke dalam masjid dalam keadaan hadas besar?

aku pun keliru. Kalo tak silap aku ada ayat quran yamg melatang orang berhadas besar masuk masjid tp bawah ni ada penjelasan yang lebih detail.
HUKUM NON MUSLIM MASUK MASJIDSolleh Al-Fatimi
Untuk menjawab hukum ini, saya nukilkan pandangan daripada tokoh yang tidak asing lagi dikalangan ulamak Al-Azhar As-Syariff iaitu Sheikh `Atiyyah Saqr (bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar), menjelaskan pandangan Fuqaha berkenaan hal ini seperti berikut:

Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah ayat ke 28 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Allah SWT berfirman lagi dalam surah An-Nisa’ ayat ke 43 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan. dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu Dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. dan jika kamu sakit, atau sedang Dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh Dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu, Yang suci, Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun".

Berpandukan ayat-ayat ini, keseluruhan Fuqaha’, termasuk daripada Mazhab Al-Maliki, As-Shafi`i dan yang lain, menegaskan bahawa musyrikin/penyembah berhala tidak dibenarkan untuk memasuki Masjidil Haram di Makkah. Bagaimanapun, mereka berpendapat tidak salah kalau Orang Kristian dan Yahudi memasukinya. Mereka berpendapat hukum ini diguna pakai kepada Masjidil Haram di Makkah juga kawasan persekitarannya.

Imam Abu Hanifah, bagaimanapun berpendapat musyrikin/penyembah berhala boleh masuk ke Masjidil Haram di Makkah selagi mana mereka tidak tinggal atau menetap disitu. Pendapat
Imam Hanafi yang menafsirkan tidak suci sebagai kekotoran dari segi pegangan agama mereka semata-mata, iaitu syirik, bukan dari segi zahir orang bukan Islam yang tidak suci (berhadas).Untuk masjid selain daripada Masjidil Haram di Makkah, ahli Madinah melarang orang bukan Islam dari memasuki masjid kerana orang bukan Islam dianggap oleh al- Qur’an sebagai tidak suci.

Imam Ahmad berkata : bahawa mereka boleh masuk ke masjid dengan kebenaran orang Islam. Pendapat ini disokong oleh riwayat daripada Rasulullah (SAW) yang membenarkan penduduk At-Ta’if untuk tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Baginda juga menerima Orang Kristian dari Najran didalam masjid baginda di Madinah. Apabila tiba waktu sembahyang mereka sampai, mereka akan bersembahyang di masjid mengadap arah timur. Maka Rasululllah (SAW) bersabda, “Biarkan mereka (untuk menunaikan sembahyang cara agama yang mereka ikuti ).” Walaupun perbuatan tersebut berlaku di dalam masjid An-Nabawi.

Di dalam Sahih Imam Bukhari juga ada menyebut, Di bawah tajuk ‘Musyrik Masuk Ke Masjid’, bahawa Thamamah Ibnu Athal (sedangkan dia masih seorang kafir) di ikat didalam masjid.

Berdasarkan jawapan ini kita dapat ringkaskan kepada beberapa pendapat seperti berikut :

Pertama : Pandangan yang menyatakan harus termasuklah Masjidil Haram. Ini merupakan pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi.

Kedua : Dibolehkan orang-orang kafir memasuki masjid dengan izin kaum muslimin kecuali majidil Haram dan masjid-masjid yang ada di Tanah Haram. Ini merupakan pandangan ulama-ulama mazhab As-Syafiyyah. Pandangan ini merupakan salah satu pandangan Imam Ahmad dan juga pandangan sebahagian ulama Mazhab Hambali.

Hujah mereka ialah kata-kata Said bin Musayyib : Sesungguhnya Abu Sufyan masuk ke Masjid Madinah ketika dia kafir namun itu tidak diizinkan untuk Masjidil Haram.

Pandangan yang ketiga : Diharamkan sama sekali bagi orang-orang kafir untuk memasuki masjid. Ini merupakan pandangan Imam Ahmad bin Hanbal dan majoriti fuqaha yang bermazhab Hambali. Mereka berhujah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Umar bin Al-Khattab pernah memerintahkan seseorang memasuki masjid tetapi dihalang oleh Abu Musa kerana orang itu seorang Nasrani. Saidina Umar RA tidak membantah kata-kata Abu Musa. Ini menunjukkan pandangan bahwa orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke masjid merupakan pandangan yang masyhur di kalangan sahabat. Pandangan ini diperkuatkan oleh al-Qurtubi semasa menafsirkan ayat 28 surah at-Taubah dengan beberapa hujah yang lain).

Pandangan keempat : Tidak dibenarkan orang-orang kafir memasuki masjid sekalipun diizinkan oleh orang-orang Islam melainkan di dalam keadaan dharurat. Jika mereka memasuki masjid sekalipun hendaklah dengan pengawasan orang-orang Islam kerana dibimbangi akan membuat perkara-perkara yang menghina kesucian masjid. Ini merupakan pandangan mazhab Imam Malik.

Kesimpulan

Daripada keseluruhan pendapat ini, kita dapat simpulkan bahawa, ada pendapat di kalangan fuqaha’ yang tidak menghalang langsung akan kemasukan orang bukan Islam ke dalam masjid dengan bertujuan baik dan sebagainya. Jadi bagaimana pula hukum bagi mereka yang bukan Islam yang masuk ke dalam rumah ibadat hak milik orang Islam yang hanya bertaraf surau? Berdasarkan pengenalan ringkas bandingan yang telah dilampirkan di awal tadi mampu memberi jawapan yang jelas kepada kita semua bahawa keharusan hukum bagi orang yang bukan Islam masuk ke dalam surau.

Daripada pendapat ini kita boleh meletakkan beberapa panduan dan adab apabila orang bukan Islam ingin masuk ke dalam masjid / surau seperti berikut :

1) Mendapat keizinan daripada orang Islam.

2) Berpakaian sopan, dan menyediakan pemakaian khusus di masjid-masjid yang sentiasa di kunjungi oleh para pelancong yang bukan Islam.

3) Menjaga kesucian masjid sebagai tempat ibadah bagi orang Islam.

4) Berada dalam pengawasan orang-orang Islam.

sumber.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.113936 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list