CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

[Jenayah] Siri Altantuya - Najib tidak terlibat..! <update> Post #266

[Copy link]
Post time 24-8-2013 12:35 AM | Show all posts
Ni sebijik macam kes noritta gro tu lah....
Dia dah tahu siapa pembunuh tapi tak nak prosecute. Dia sengaja prosecute kambing hitam tapi prosecution team sengaja buat bodoh macam lawyer lulusan itm. Judge memang terpaksa lepaskan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2013 01:06 AM | Show all posts
Altantuya mati dengan sendiri jua akhirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
danedzya posted on 23-8-2013 12:42 PM
Siapa cakap Azilah tak duduk Penjara??. Dia duduk di Penjara Kajang.. Bergaul dengan segala bandua ...

Ko ni tunang azilah kan? Tak pun sedara die?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 01:07 AM | Show all posts
kes ni ala la kes anwar ke...

kesilapan teknikel.... heheheh

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
miawpink posted on 23-8-2013 02:37 PM
luahan tunang azilah setelah tujuh tahun menanti



Org semenyih ni..kenal sgt
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 01:17 AM | Show all posts
freebird posted on 24-8-2013 12:35 AM
Ni sebijik macam kes noritta gro tu lah....
Dia dah tahu siapa pembunuh tapi tak nak prosecute. D ...

norita, tuya, saipul, apabila di biarkan golongan kufur yg meyembah dan membaca ayat John 4:8, itu lah akibatnya...
Last edited by ifanonline on 24-8-2013 01:18 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2013 02:21 AM | Show all posts
MissNigga posted on 23-8-2013 07:11 PM
... .... adoi... melampau betol ler... berporem siap kasi hadis hadis nak kukuhkan hujah... seol ...

kau ni terlepas kereta api ke ? kan dulu ada forumer kantoi dengan adam sebab komen waktu solat jumaat. adam buka je adam bahan dia. lepas tu dia buat multinick dan follow adam pengisap tote dan mcm2 lg..

ni semua geng2 rashiman AN dan seangkatan dengannye. jenis2 tak solat jumaat sibuk berforum.. adam mana tahu sebab adam kt masjid, tp adam dpt tengok komen dia orang timing jam brape lepas balik daripada masjid..

kalau xpercaya tgk komen adam lepas2 kt thread. lupa plak thread mana..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 02:22 AM | Show all posts
Suchi posted on 23-8-2013 09:47 PM
lepas nih azilah neh nak keje apa yea..kira dia mmg dah diberentikan lah ye dr jd cif inspektor tu ...

jd blogger cm papa gomo kut? tak de tote takut kena saman dengan anwar lepas tu tak nak ngaku diri sendiri sebagai papa gomo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2013 02:25 AM | Show all posts
video mat kandang dengan andarkatu ada lah, video letup atlantuya tak de lg.. just curious cmne pembunuh boleh terlepas ek???mayat ada? tp pembunuh tiada? jd siapa yang bunuh? what the hell..

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 02:51 AM | Show all posts
Bapa Altantuya: Pemerintah Mongolia perlu campur tangan


OLEH DIYANA IBRAHIM
AUGUST 23, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 23, 2013 04:43 PM
"Tiba masanya pemerintah Mongolia membuat kenyataan berhubung keputusan itu."
Demikian reaksi Setev Shaariibuu (gambar), bapa kepada penterjemah dan warganegara Mongolia, Altantuya.
Setev yang dilaporkan sudah menjangka keputusan itu bercadang akan membawa kes anaknya ke peringkat lebih tinggi, bagi menegakkan keadilan untuk mendiang anak perempuannya itu.



Menurut peguamnya, Setev mahu pemerintah Mongolia terlibat dalam urusan kes ini.
"Dia akan membuat kenyataan selepas mendapat surat rasmi daripada mahkamah Malaysia atau daripada peguammnya di Malaysia Karpal Singh," katanya dipetik dari Malaysiakini.
Ketika Mahkamah mengumumkan keputusan membebaskan dua bekas anggota polis yang dituduh membunuh anaknya pada Oktober 2006, Setev dilaporkan menerima  berita itu dengan perasaan sedih.
Hari ini, mahkamah membebaskan dua bekas komando polis selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh Altantuya.
Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.
Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.
Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak.
Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan.
Keputusan ringkas selama lima minit yang dibacakan Tengku Maimun itu, beliau berkata hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan alibi pembelaan yang difailkan oleh Azilah.
Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, sementara Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzua Merican mewakili Sirul.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mewakili responden berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
Sementara itu, Ketua Undang-Undang Nasional DAP, Gobind Singh Deo, berkata rayuan dibenarkan kerana kegagalan memanggil saksi material.
“Bukti terkuat sepatutnya ialah siapa yang memberi arahan dan kepada siapa ia diberikan. Bolehkah Peguam Negara beritahu kami siapa orang itu?” kata Gobind dalam akaun Twitternya.
Keputusan hakim itu menyebabkan Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak Setev, berkata beliau akan membuat tuntutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas pegawai khasnya, DSP Musa Safri akan disapina untuk memberi keterangan dalam tuntutan sivil yang difailkan Setev, bapa Altantuya.
Peguam, Karpal Singh berkata akan mendesak tuntutan tersebut didengar tidak lama lagi. Setev memfailkan tuntutan sivil RM100 juta terhadap Abdul Razak Baginda, Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan kerajaan Malaysia pada Jun 2007.
Tuntutan itu ditangguhkan berikutanmemberi laluan terlebih dahulu kepada rayuan yang difailkan Azilah dan Sirul. Kedua-dua anggota polis itu dibebaskan hari ini sementara Razak yang dituduh bersubahat dengan kedua-duanya itu dibebaskan pada Oktober 2008.
“Kita kini akan memanggil perdana menteri dan Musa. Musa tidak boleh bertindak sendiri,” kata Karpal di Shah Alam, hari ini. – 23 Ogos, 2013.





Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 03:04 AM | Show all posts
So, soalan asas aku..

siapa yg luluskan pengeluaran C4?

Apa motif Altantuya dibunuh?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 03:26 AM | Show all posts
SulurBidar posted on 24-8-2013 03:04 AM
So, soalan asas aku..

siapa yg luluskan pengeluaran C4?

orang ada motif untuk membunuh dan orang yang ada kuasa luluskan pengeluaran C4 tidak di tahan...
sebagai ganti, macai2 yang takde motif di tuduh dan saksi utama tak di panggil oleh pendakwa....
hidop melayu!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2013 04:59 AM | Show all posts
SulurBidar posted on 24-8-2013 03:04 AM
So, soalan asas aku..

siapa yg luluskan pengeluaran C4?

jawapan

tiada yg luluskan pengeluaran C4

altantuya bunuh diri
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 08:49 AM | Show all posts
NASIONAL
8 alasan mahkamah bebas Azilah, Sirul



Hakim mahkamah Tinggi tersilap arah

Kuala Lumpur: Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar semalam dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Tiga Hakim Mahkamah Rayuan memberi lapan alasan utama bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin pada 29 April 2009.
Hakim gagal beri pendapat

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mendapati Mohd Zaki dalam keputusannya gagal memberi pendapat terhadap beberapa faktor penting sebelum mensabitkan kedua-dua perayu.

Penghakiman penuh pembebasan

Ini adalah keputusan sebulat suara kami. Bagi maksud keputusan kami hari ini supaya dapat menjimatkan masa mahkamah, kami hanya akan mengemukakan alasan ringkas terhadap perkara utama yang dibangkitkan dalam rayuan seperti berikut:

Berhubung pembelaan membabitkan alibi perayu pertama (Azilah Hadri), kami tidak mendapati apa-apa dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan bijaksana bahawa beliau menimbangkan sama ada diari balai menunjukkan atau cenderung untuk menunjukkan atas alasan kehadiran perayu pertama di Bukit Aman pada masa material, dia tidak boleh atau tidak mungkin boleh berada di tempat kejadian.
Hakim perbicaraan bijaksana tersalah arah dengan cara tanpa arahan apabila gagal menimbangkan bahawa diari balai selain gagal membuat penemuan sama ada pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa perayu pertama berada di tempat kejadian.

Berhubung log panggilan dan ramalan liputan, kami mendapati bahawa keterangan saksi pendakwaan ke-61, 62 dan 63 menimbulkan isu kredibiliti dan ketepatan log panggilan serta ramalan liputan. Dalam penghakiman kami adalah penting bagi hakim perbicaraan bijaksana menyatakan pemikirannya kepada cabaran yang dibangkitkan pembelaan terhadap eksibit dan membuat penemuan sama ada secara nyatanya terdapat pengubahan dan gangguan kepada data dan sama ada ketulenan data dipersoalkan atau sebaliknya. Dengan kecewanya, hakim gagal membuat, yang mana dalam penghakiman kami ia membawa kepada tersalah arah serius menyebabkan eksibit berkenaan tidak selamat untuk dipertimbangkan.

Maklumat penemuan

Berhubung maklumat yang membawa kepada penemuan, hakim yang perbicaraan bijaksana tidak mengarahkan pemikirannya dan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan keterangan tidak konsisten saksi pendakwaan adalah material; tidak memeriksa kredibiliti saksi pendakwaan dan tidak mengarahkan pemikirannya sama ada perayu menimbulkan keraguan berhubung ketepatan 27 keterangan dan sama ada penemuan dibuat secara eksklusifnya hasil daripada maklumat yang disampaikan oleh perayu dan bukan daripada sumber lain. Kami mendapati terdapat tiada arahan daripada hakim perbicaraan bijaksana dalam menilai keterangan sebelum menerima pakai keterangan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.

Pemilikan bahan letupan

Berhubung isu pemilikan dan kawalan bahan letupan, selepas membuat penemuan berhubung kaitan di antara bahan letupan dan kematian mangsa, hakim perbicaraan bijaksana sepatutnya, pada penghakiman kami, membuat penemuan lanjut untuk mengaitkan bahan letupan terbabit dengan perayu. Dengan tidak membuat sebarang penemuan berhubung pemilikan bahan letupan yang digunakan dalam pembunuhan oleh perayu, hakim perbicaraan bijaksana gagal mengarahkan pemikirannya terhadap rangkaian yang hilang, menyebabkan terdapat satu salah arah berlaku.

Sejauh mana kegagalan memanggil Deputi Superintendan Musa Safri, penghakiman kami berhubung fakta kes, keterangan Musa adalah penting untuk merungkai cerita pendakwaan. Kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil atau menawarkan beliau untuk disoal balas, dalam keadaan keadaan keterangan secara keseluruhannya, akan menimbulkan inferens yang sebaliknya mengikut Seksyen 114(g) Akta Keterangan, terhadap kes pendakwaan.

Seterusnya pada isu sepasang selipar, kami mendapati tiada bukti yang menunjukkan terdapat kaitan dua antara selipar terbabit dengan perayu kedua. Pihak pendakwaan tidak menutup sebarang lompang dalam kesnya.

Begitu juga dengan katrij terpakai yang dijumpai dalam kereta perayu kedua, kami mendapati terdapat jurang dalam kes pendakwaan dan dalam aspek ini hakim gagal mengarahkan pemikirannya terhadap isu itu.

Akhirnya, berhubung niat bersama. Kami mendapati hakim tidak membuat penemuan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan bahawa terdapat perancangan awal oleh kedua perayu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan berikutan daripada perancangan awal berkenaan. Dalam penghakiman kami, ketiadaan penemuan sedemikian oleh hakim perbicaraan bijaksana berhubung ramuan niat bersama menyebabkan berlaku tersalah arah disebabkan tanpa arahan.

Dengan melihat kepada keseluruhan keadaan kes, penghakiman kami adalah kesan pengumpulan tanpa arahan oleh hakim perbicaraan bijaksana menyebabkan sabitan ke atas perayu adalah tidak selamat.

Kami, dengan sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dengan ini diketepikan. Kedua-dua perayu dengan ini dilepas dan dibebaskan.

INFO

Hakim Mahkamah Rayuan

- Datuk Seri Mohamed Apandi Ali
- Datuk Linton Albert
- Datuk Tengku Maimun Tuan Mat

Hakim Mahkamah Tinggi

- Datuk Mohd Zaki Md Yasin

Pendakwa Raya

- Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah

Peguam Bela Azilah

- Hazman Ahmad
- J Kuldeep Kumar

Peguam Bela Sirul

- Kamarul Hisham Kamaruddin
- Hasnal Rezua Merican
- Mohd Ruzaini Zulkifli

Peguam Pemerhati
(Keluarga Altantuya)

- Karpal Singh


PERTUDUHAN: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar

Didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di lokasi antara lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.


Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 09:07 AM | Show all posts
last2 gerakan syiah akan didakwa kerana membunuh altantuna
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 09:18 AM | Show all posts
Maideen. posted on 23-8-2013 11:57 PM
Okay lah tu Blue.....  at least DAP punya komen nampak lah bijak sket kalau dibandingkan dengan pa ...

At least benggali 2 beranak tu lawyer maideen...ni lobai bodo yg bukan lawyer buleh pulak buat teori konspirasi.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2013 09:19 AM | Show all posts
Mungkin C4 itu sudah berada lama dalam hutan itu. Mungkin hutan tersebut menjadi tempat UTK menjalankan assignment rutin. Mungkin memang dua org UTK ni yg letak C4 itu untuk tujuan latihan. Malangnya mereka terlupa sebutir C4 yg tertanam di tempat itu lantas mereka agak tergesa2 nk kemas barang balik rumah. (alah kita pun kalau dh 5:00 memasing menggelupur kemas2 nk balik)

Pada suatu hari, Tuya mencari ketenangan di tasik atas bukit tu. FYI Kat situ ada tasik tadahan simpanan air SYABAS. Org ramai memancing disitu. Kemudian Tuya terasa hendak berhajat besar. Memandang ramai lelaki yg sedang memancing di kawasan berdekatan tasik tersebut, dia memilih lokasi di jauh ke dalam sikit.

Yeay! jumpa hot spot! Tuya memerhati byk tanah kambus di kawasan tersebut. Tuya terfikir, tentu ini tempat favorite kaki pancing membuang. (padahal timbunan tanah kesan periuk api yg digali semula) Dia memilih kawasan yang dalam sedikit.

Sejurus sahaja you-know-what-is-it coming out from her body menyentuh punat C4 itu, dan.....


kababoom!

Disebabkan nombor siri c4 berada dalam, rekod inventori dua unit UTK ini, maka merekalah yg disalahkan.

Kesian. Tak pasal2 Kak Ros pun disalahkan huhu.

Sekian.

(cerita ini hanyalah rekaan semata2.)
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 09:19 AM | Show all posts
dah keluar dah kisah pembunuh adalah orang baik baik  
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 09:21 AM | Show all posts


The French courts are investigating allegations of corruption in the purchases of two Scorpène submarines, by the Malaysian Ministry of Defense in 2002, in a deal brokered by Baginda. Evidence emerged that the manufacturers had paid bribes to Malaysian officials. The $2 billion transaction netted a $200-million transaction fee for himself, as well as another $44 million for classified Malaysian defense ministry documents, paid by a subsidiary of the submarine manufacturer to a company owned by him. Shaariibuugiin Altantuyaa, a Mongolian woman hired as a French translator to facilitate the purchase of the submarines and mistress to Baginda, subsequently tried to blackmail Baginda for a $500,000 cut and was subsequently murdered. Baginda was acquitted by the courts, although 2 policemen involved in the murder were found guilty
source : wikipedia Last edited by kak_sue on 24-8-2013 09:23 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
tebuanharimau posted on 24-8-2013 09:19 AM
dah keluar dah kisah pembunuh adalah orang baik baik

Baik sangat...sampai simpan 2 ppuan walau dah bertunang...baik sangattt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.096828 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list