|
( Cerita ) Selepas maghrib..Di Padang Solar ..kena sergah ngan ...
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 6-11-2013 05:05 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-11-2013 10:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
29 - DURI IKAN SEMBILANG DITUSUK KE KEPALA
KEMERIAHAN majlis perkahwinan yang berlangsung di rumah Mat Sunud bertukar menjadi muram. Sebelum berlangsung majlis berinai pada sebelah malamnya, telah berlaku kekecohan di sebelah petangnya ketika rombongan pengantin lelaki datang dari Tangkak di Johor.
Keputusan kedua pihak keluarga pada peringkat awalnya sudah dimungkiri. Semasa perundingan awal diadakan bagi melangsungkan perkahwinan Masimah anak gadis Mat Sunud di Tanjung Karang, memang sudah dipersetujui majlis persandingan hanya diadakan di sebelah pihak perempuan saja.
Persetujuan ini dicapai memandangkan kampung mereka berjauhan. Kalau mahu diadakan juga terpaksalah diadakan selang seminggu pula. Ketika ini sanak saudara juga ramai yang membuat kenduri nikah kahwin. Pihak keluarga lelaki memanglah bersetuju majlis persandingan dilangsungkan di sebelah pihak perempuan saja. Entah macam mana kekecohan mula berlaku sebaik saja pengantin lelakinya Jabal ditempatkan di rumah jiran pengantin perempuan sebagai tempat persinggahan, tiba-tiba saja pihak perempuan mahu juga diadakan majlis bertandang di rumah keluarga pengantin lelaki di Tangkak.
Pada mulanya pihak keluarga pengantin lelaki berkeras juga, kerana tidak sanggup mengadakan dua kali kenduri. Semasa mereka menghantar pengantin lelaki memang sudah diadakan kenduri membaca doa selamat. Tentulah menjadi serba salah untuk memanggil jiran-jiransemula sekiranya mahu diadakan juga majlis bertandang itu.
"Minta maaflah bisan..." Mak Icum memeluk leher Hajah Semiah ketika menyampaikan keputusan sanak saudaranya.
"Dah kemudian pula timbulnya desakan dari bapa-bapa saudara Masimah" katanya menangis teresak-esak menahan malu apabila pihak sanak saudaranya bersikap demikian.
Sekiranya dia enggan menyampaikan keputusan tersebut, mereka semua akan memulaukan majlis persandingan berkenaan. Alasan yang mereka berikan ialah Masimah bukan janda. Sebab itulah mereka memaksa mesti diadakan juga majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki. Lagi pun semasa rundingan awal dibuat, hanya Mat Sunud saja yang memutuskan dengan tidak memanggil sanak saudarayang lain.
Walaupun pada mulanya Hajah Semiah emak Jabal yang ikut sama dalam rombongan menghantar anaknya enggan menurut kemahuan pihak perempuan disebabkan mungkir janji, tetapi dia kasihan juga melihat keadaan Mak Icum yang sudah merayu-rayu mengakui akan kesilapan pihaknya itu. Terpaksalah Hajah Semiah menerima dengan tabah hati keputusan yang tidak diduganya. Semasa rombongan pengantin lelaki balik semula ke Tangkak petang itu juga, Jabal ditinggalkan bersama emak saudaranya Ngah Rupai, dan sepupunya Berahim yang menjadi pengapit pengantin. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-11-2013 11:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
29 - DURI IKAN SEMBILANG DITUSUK KE KEPALA
Semasa majlis berinai hendak diadakan, Masimah yang sudah duduk di pelamin tiba-tiba tergolek ke bawah. Dia menggelupur bagaikan ikan tidak mendapat air di atas riba Mak Andam. Mereka yang berkerumun di atas rumah mahu melihat pengantin perempuan di atas pelamin menjadi gempar dengan kejadian tersebut. Cepat-cepat pula Mat Sunud berkejar ke rumah jirannya Bahar tempat persinggahan pengantin lelaki, memberitahu supaya ditangguhkan dulu kedatangan pengantin lelaki.
Sebaliknya apabila Mat Sunud sampai di rumah Bahar, beberapa orang yang menemani pengantin lelaki juga menjadi cemas kerana Jabal terlentang di hujung serambi mengerang-ngerang sakit kepala. Dia juga masih belum lagi memakai pakaian pengantin untuk majlis berinai. Sementara di khemah di hujung halaman, masing-masing belum mengetahui peristiwa yang menimpa kedua-dua pengantin. Mereka asyik mendengar permainan pancaragam yang mendendangkan lagu-lagu merdu.
"Macam mana kita nak buat ni?" tanya Ngah Rupai berpaling pada Mat Sunud.
Dia memicit-micit kepala Jabal bagi mententeramkan anak muda berkenaan.
"Nantilah, saya suruh budak-budak panggilkan dukun" sahut Mat Sunud lantas menghilangkan diri di celah-celah orang ramai yang berkerumun di serambi rumah Bahar.
Tidak lama kemudian dia muncul semula dengan termengah-mengah mengesat peluh pada lehernya.
"Tengoklah kejap lagi, saya dah suruh budak panggilkan dukun" ujarnya mengeluh lemah.
"Masimah, apa khabarnya?" soal Bahar pula setelah diberitahu mengenai Masimah juga tidak sedarkan diri.
"Entahlah..., macam tu juga nampaknya" Mat Sunud menggeleng-geleng kepala tidak keruan.
"Adakah Pak Nud syak sesiapa yang buat...?" Bahar merasakan bertanggungjawab penuh ke atas pengantin lelaki, disebabkan rumahnya dijadikan tempat persinggahan.
Apa yang berlaku ke atas Jabal dia tidak boleh lepas tangan begitu saja. Mat Sunud menggeleng kepala. Sukar juga dia mahu menuduh sekiranya tidak ada bukti yang sahih. Lagi pun menuduh dengan tidak ada bukti mungkin menyebabkan orang marah, sehingga menambahkan lawan di dalam kampung sendiri. Perkahwinan anaknya Masimah dengan Jabal pun bukanlah atas pilihannya, tetapi mereka berdua berjanji setelah bertemu di Kuala Lumpur.
Mereka sama-sama bekerja di Kuala Lumpur. Di mana mereka mula bertemu, kemudiannya memadu janji hingga memutuskan untuk ke jinjang pelamin, Mat Sunud sendiri tidak tahu. Setelah anaknya Masimah memberitahu Jabal akan masuk meminang, dia hanya menerima dengan dada yang tebuka.
Dalam rundingan dengan keluarga Jabal, memang Mat Sunud sendiri bersetuju majlis bersanding dibuat di Tanjung Karang saja kerana kalau mahu bertandang pula ke Tangkak banyak masalahnya. Setelah diputuskan perundingan, tiba-tiba saja abang isterinya yang tinggal di Felda Jengka tidak bersetuju majlis bersanding itu habis di Tanjung Karang saja. Semua sanak saudara Mak Icum menyalahkan Mat Sunud kerana membuat keputusan sendiri, apabila menetapkan hari perkahwinan Masimah dan Jabal.
"Ini kerja orang dengki ni, dia sengaja nak beri malu Pak Nud agaknya" gerutu Bahar menggertap bibir.
Geram benar dia dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab semasa pengantin hendak naik ke pelamin untuk upacara berinai.
"Entahlah, Bahar...mati akal aku!" keluh Mat Sunud mengesat pelupuk matanya.
Jabal mengerang-ngerang menahan kesakitan yang menyucuk-nyucuk tengkorak kepalanya. Dukun yang dipanggil tidak juga datang lagi setelah setengah jam mereka menunggu. Ketika ini orang memanggil Mat Sunuddari rumahnya kerana keadaan Masimah masih membimbangkan. Bergegas-gegas pula Mat Sunud balik ke rumah dalam keadaan cemas mencengkam hatinya.
"Apa ikhtiar kita makcik?" tanya Bahar berpaling pada Ngah Rupai.
"Tak tau laa makcik, terpulanglah pada orang sini" sahut Ngah Rupai sambil jarinya memicit-micit kepala Jabal.
Peluh membasahi belakang Jabal hingga bajunya lembab. Terpaksalah pula Ngah Rupai membukakan baju tersebutsupaya suhu panas badan Jabal dapat dikurangkan. Dalam masa yang sama Masimah juga tidak beransur sembuh. Dia menggelepar dengan nafasnya sesak tercungap-cungap sama seperti ikan terdampar di pasir.
Last edited by rdzaccess on 7-11-2013 11:06 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-11-2013 11:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
29 - DURI IKAN SEMBILANG DITUSUK KE KEPALA
Sehingga jam 11.00 malam barulah Mat Sunud memberitahu orang pancaragam supaya menghentikan permainannya, lantas memberitahu mengenai kejadian yang menimpa kedua mempelai. Bertambah lagi murungnya suasana setelah pancaragam memberhentikan permainannya. Hanya tinggal keluh kesah sanak saudara Mak Icum dan Mat Sunud melihatkan dua mempelai terlantar menahan kesakitan masing-masing.
"Wak Golan dah ke Ulu Selangor, Pak Nud..." beritahu Jali Tenjot yang disuruh memanggil dukun.
Sebaik saja disuruh memanggil dukun, Jali Tenjot terus menunggang motorsikal Hondanya ke rumah Wak Golan. Tetapi dia diberitahu Wak Golan sudah ke rumah anaknya di Gedangsa, Hulu Selangor. Bertambah hampa Mat Sunud setelah mendengar Wak Golan yang diharapkannya boleh memulihkan kedua mempelai tidak ditemui. Dia sendiri tidak tahu apa harus dilakukan. Sepanjang ingatannya hanyalah Wak Golan yang menjadi dukun di sekitar kampungnya. Kepada orang tua itulah mereka menggantung harapan sekiranya diancam gangguan demikian. Tetapi bila Wak Golan tidak ada mereka seolah-olah putus asa mencari ikhtiar yang lain.
"Kalau sakit macam ni, carilah tok imam-tok imam ke, minta doakan...." ujar Ngah Rupai apabila diberitahu oleh Mat Sunud mengenai Wak Golan yang sudah pergi ke rumah anaknya di Gedangsa.
"Hah, elok juga tu" sahut Bahar menyetujui cadangan Ngah Rupai.
"Elok kita panggilkan Haji Madan, minta doa-doakan" katanya menggesa supaya segera diberitahu kepada Haji Madan.
Jali Tenjot terus menunggang motorsikal Hondanya dengan tidak mendapatkan persetujuan dari Mat Sunud untuk memanggil Haji Madan di seberang jalan. Dia juga tahu Haji Madan guru agama di situ yang selalu ditemui oleh orang-orang kampung meminta jasa baiknya mendoakan anak-anak mereka supaya lulus dalam peperiksaan. Semasa Jali tenjot sampai di halaman rumah Haji Madan, isteri Haji Madan baru saja menghidangkan kopi kepada kami di serambi.
Kebetulan saya singgah di rumah Haji Madan bersama seorang kawan lagi dalam perjalanan dari Teluk Intan. Setelah Jali Tenjot naik ke rumah, dia diperkenalkan oleh Haji Madan kepada saya dan Bumin, sambil mengajaknya minum kopi terlebih dulu.
"Apa halnya ni?" tanya Haji Madan lantas menghulurkan cawan kopi o ke hadapan Jali Tenjot.
Tergagap-gagap Jali Tenjot menceritakan kejadian yang menimpa di majlis berinai anak Mat Sunud.Terbayang kegelisahan di wajahnya, disebabkan dia adalah anak saudara Mak Icum. Kejadian tersebut bukan saja memalukan keluarga dia, malah sebuah kampung menanggung malu kepada keluarga pengantin lelaki. Tentulah cerita mengenai kejadian tersebut tidak akan lenyap dalam masa sehari dua, kemungkinan akan menjadi buah mulut kepada seisi kampung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-11-2013 11:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
29 - DURI IKAN SEMBILANG DITUSUK KE KEPALA
Majlis perkahwinan adalah bertujuan untuk sama-sama memeriahkan kedua mempelai, serta menemukan mereka dengan sanak saudara. Tetapi dengan kejadian yang tiba-tiba saja diserang sakit, bukanlah merupakan penyakit turun-temurun yang datang menyerang. Sudah tentulah ada orang yang iri hati melakukan kerja-kerja sihir bagi merosakkan nama baik keluarga Mat Sunud.
"Emm, kita minum kopi dulu" ujar Haji Madan tersengih-sengih.
"Kopi ni, Mak Aji kau sendiri yang tumbuk" katanya sambil mengerling isterinya yang tersenyum tersipu-sipu.
Disebabkan Haji Madan sudah dijemput orang lantas saya mengajak Bumin balik, kerana saya menumpang keretanya. Tetapi kalau saya melalui jalan tersebut ke Teluk Intan, memang saya singgah di rumahnya. Kadangkala kalau melebihi jam 11.00 malam pun saya tetap singgah, kerana dia masih belum tidur lagi. Malah dia akan memarahi saya kalau tidak singgah sekiranya dia tahu saya ke Teluk Intan atau ke Kampung Gajah melalui jalan tersebut.
"Biarlah saya minta diri dulu, tuan..." saya menghulur tangan untuk berjabat salam.
"Hiss, nanti dulu Ustaz" katanya menepis tangan saya.
"Ini Fardhu Kifayah, Jali ni datang betul-betul berharap, marilah sama" Haji Madan tidak membenarkan saya balik.
"Tak apalah tuan, Bumin ni ada hal besok" saya cuba mengelak.
"Halnya besok, bukan malam ni!" Haji Madan berkeras tidak mahu melepaskan saya pergi.
"Macam mana Bumin?" sengaja saya mencuit Bumin. Belum pun sempat Bumin menyahut cepat-cepat Haji Madan memotong,
"Bumin belum nak balik lagi tu, Ustaz ni aje yang pandai-pandai" dia bangun berdiri sambil meminta isterinya mengambilkan lampu picit.
Dia menarik tangan saya mengikutinya ke rumah pengantin. Bumin hanya tersengih-sengih melihat telatah Haji Madan yang langsung tidak memberi peluang kami mengelakkan diri mengikutinya. Malam sudah mulai sepi, tetapi kawasan sawah luas terbentang itu nampak berbalam-balam cahaya api dari setiap rumah. Di jalan besar melintasi sawah itu juga sekali-sekala ada juga kereta meluncur.
Semasa kami sampai di rumah Mat Sunud pengantin perempuan masih berpakaian pengantin lagi, tetapi sanggulnya sudah terurai. Dia menggelepar-gelepar juga tercungap-cungap sukar bernafas seperti ikan terdampar di pasir.
"Yang lelakinya di mana?" soal Haji Madan sebaik saja duduk menyandarkan belakang ke dinding.
"Di rumah Bahar" beritahu Mat Sunud.
Kemudian barulah Haji Madanmemperkenalkan saya dan Bumin kepada Mat Sunud dan keluarganya.
"Macam mana Ustaz?" Haji Madan menepuk bahu saya.
"Terpulanglah pada tuan..." ujar saya menghela nafas.
"Kalau macam tu, bawa pengantin lelaki tu ke mari" Haji Madan mencadangkan.
"Di sini, boleh kita sama-sama ikhtiarkan" katanya semacam memberi arahan kepada Mat Sunud.
Dengan tidak membantah Mat Sunud mengajak Jali Tenjot membawa pengantin lelaki ke rumahnya. Suasana muram di rumah pengantin itu jelas terbayang di setiap wajah yang lesu berceratuk memenuhi ruang rumah. Mereka masih kebingungan dengan peristiwa tersebut, walaupun sudah diusahakan dengan berbagai jampi serapah oleh beberapa orang yang berpengalaman juga mengubati penyakit seperti itu.
Disebabkan Wak Golan tidak ada, dua tiga orang yang pernah berguru dengan Wak Golan telah mencuba kemampuan masing-masing. Namun Masimah dan Jabal tidak juga dapat dipulihkan. Ketika Jabal dipapah datang ke rumah Mat Sunud, mukanya pucat. Kuku jari-jarinya lebam. Dia mengerang-ngerang juga menahan sakit kepala. Haji Madan menyuruh dibaringkan Jabalberhampiran dengan Masimah. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-11-2013 11:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
29 - DURI IKAN SEMBILANG DITUSUK KE KEPALA
Kemudian dia duduk di tengah-tengah pada bahagian hulu kepala. Dia menyuruh saya duduk di bahagian lunjur kaki kedua pengantin itu. Sebaik saja saya duduk tiba-tiba Masimah bingkas bangun lantas meludah saya berulang kali, menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut. Mat Sunud dan Jali Tenjot segera menerpa memegangkan Masimah yang tiba-tiba saja menjadi berang melihat saya duduk di lunjur kakinya. Sekali-sekala dia mengerling ke arah Jabal yang terbaring mengerang-ngerang menahan sakit kepalanya yang mendenyut-denyut.
"Kenapa kau marahkan dia....!" jerkah haji Madan menepuk dua tangannya ke paha.
"Orang ni jahat" sahut Masimah ketawa terkekeh-kekeh, menudingkan jarinya ke arah saya.
"Ha, ha...sekarang kau dah tunjukkan diri kau..." ejek Haji Madan meletakkan tapak tangannya ke kepala Masimah. Sekaligus gadis itu meronta-ronta sambil memekik kesakitan.
"His, belum apa-apa dah memekik, tadi kau tunjukkan kuat sangat..." ujar Haji Madan tersenyum sinis.
Masimah meronta-ronta tetapi tidak dapat melepaskan diri dari pegangan Jali Tenjot dan Mat Sunud. Ketika ini terdengar bunyi dinding berdegam seperti dirempuh kuat tetapi tidak ada apa-apa yang kelihatan merempuh dinding.
"Halau dia tu, halau dia...!" pekik Masimah menuding-nuding ke arah saya.
"Dia tu orang jahat, dialah yang suruh aku ke mari" katanya ketawa mengejek.
"Setan memang nak laga-lagakan orang" sahut Haji Madan tidak melepaskantangannya di kepala Masimah.
"Kau fikir kami percaya dengan tipu muslihat kau? Ustaz tu baru tak sampai sejam datang" ujarnya merentap tangannya dari kepala Masimah.
Mat Sunud menyangka saya tersinggung apabila diludah oleh Masimah beberapa kali menyebabkan dia berkali-kali meminta maaf. Tetapi saya tidak hiraukan sangat kekeliruan Mat Sunud itu, kerana saya menyedari sewaktu sampai ke halaman rumah saya melihat seolah-olah terbayang satu cahaya seperti benang putih di bumbung rumah sampai mencecah ke awan.
Oleh itu sebelum naik ke rumah saya sudah membacakan Ayat Kursi 33 kali sehingga saya duduk berhampiran dengan Masimah. Kemudian saya berzikir halus di dalam hati, menyebabkan benang putih itu terputus hingga kedengaran oleh orang ramai bunyi berdegam memukul ke dinding.
"Ustaz ni orang jahat...!" Masimah tersengguk-sengguk menangis seperti orang putus asa.
"Engkau yang jahat, menyusahkan orang!" suara Mat Sunud keras mengherdik.
"Kami bukan kacau kau, kenapa kau kacau kami?" dia sudah mula memahami apa sebenarnya sedang mengganggu anaknya ketika itu.
Memandangkan keadaan Masimah bertambah garang, sedangkan Jabal mengerang-ngerang saja menahan kesakitan, saya pun meminta izin untuk memegang kepala Masimah. Dia memarahi saya sebaik saja tangan saya menyentuh kepalanya, tetapi saya membongkok merapatkan mulut saya ke telinga kanannya. Saya melaungkan azan perlahan 5 kali di telinga kanan, dan 5 kali di telinga kiri. Semasa saya melaungkan azan ini Masimah menjerit-jerit mengatakan petir dan kilat memusnahkan rumahnya.
"Ah, rumah ni elok, tak roboh pun. Tak ada pun kilat, tak ada petir..." Mak Icum yang mendiamkan diri sejak tadi tiba-tiba saja bersuara lesu.
"Cukup dulu..." kata saya kembali duduk di lunjur kaki Masimah.
"Kalau kau berdegil, aku akan timpakan kau dengan gunung" ujar saya memberi amaran.
Masimah mulai ketakutan merenung muka saya. Tubuhnya menjadi longlai tidak bermaya.
"Nah, lawanlah sangat" sergah Haji Madan mengejek.
Ketika ini saya melihat Jabal tidak mengerang-ngerang lagi. Dia hanya keletihan terlentang melepaskan lelah. Saya bangun mengangkat kepala Jabal menghembuskan perlahan dengan membaca Surah Al-Ikhlas 11 kali diikuti dengan Surah Al-Falak dan Surah An-Nas sekali. Selepas itu barulah Jabal menggosok-gosok matanya lantas meminta air untuk diminum. Dia sendiri seperti orang kebingungan kerana tidak tahu apa yang telah berlaku kepada dirinya dan isterinya yang akan menjalani upacara berinai dan seterusnya bersanding.
Mujurlah mereka berdua sempat diakad-nikahkan sebelum majlis berinai itu. Setelah diterangkan kepadanya bahawa Masimah masih tidak sedarkan diri, Jabal mengangguk lemah. Dia sendiri mengadu masih terasa sengal-sengal di kepalanya walaupun tidaklah sakit berdenyut-denyut lagi.
"Haji Madan, buat apa kau bawa Ustaz ni?" Masimah menggertap bibir tetapi tidak berani merenung muka saya.
"Ah, aku tak mau layan kau. Aku beri tempoh lima minit. kalau kau tak pergi tinggalkan Masimah, Ustaz ni akan timpakan gunung, aku akan ambil barang mainan kau tu!" tegas Haji Madan memberi amaran.
"Buatlah, apa kau nak buat" sahutnya tersengih-sengih memaling mukanya merenung ke bumbung atap.
Saya ikut merenung ke atas memerhatikan bumbung yang direnung Masimah. Lantas saya membacakan innahu minal-Sulaiman wainnahu bismillahhir Rahmannir Rahim 10 kali, kemudian saya seolah-olah terlihat seorang perempuan tua berambut penuh uban termengah-mengah memerhatikan ikan sembilang di lantai menggelepar tidak mendapat air. Duri sembilang itu tertusuk kepada buah limau yang berbungkus kain putih diikat dengan benang, tetapi sudah terlepas dari tusukannya.
"Ustaz, kita mulakan...." kata Haji Madan bangun sambil meminta air sejuk segelas.
Setelah diberikan air tersebut, Haji Madan menjulang gelas berisi air itu tinggi melampaui kepalanya, dan saya mendengar dia membacakan Ayat dari Surah Al-Jin Quluhiyya innahus tamaa nafarun minal-jinni...hingga beberapa ayat lagi. Kemudian saya menudingkan jari ke muka Masimah seolah-olah saya menuding ke muka perempuan tua yang mengadap ikan sembilang di lantai itu sambil membisikkan
"Sejuk kau, sejuk kau...aku kirimkan air batu...", sekaligus pula saya melupakan Masimah terbaring di hadapan saya. Ketika ini semua orang melihat Masimah terketar-ketar menahan kesejukan, hingga bibir dan jari kecut seperti terkurung di dalam air batu. Dalam masa inilah orang ramai mendengar satu letupan kecil di gelas yang dipegang olah Haji Madan.
Bila dia duduk semula sambil meletakkan gelas berisi air itu di hadapannya, semua orang melihat seekor anak sembilang sebesar ibu jari terkxtxk-kxtxk di dalam air. Tubuhnya terikat dengan benang yang bersambung pada sebiji limau berbungkus dengan kain putih. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-11-2013 11:13 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
29 - DURI IKAN SEMBILANG DITUSUK KE KEPALA
Kira-kira 15 minit kemudiannya barulah Masimah sedarkan diri semula. Hanya 5 bulan lepas kejadian itu, semasa saya dan Bumin singgah di rumah Haji Madan beliau menceritakan Jabal dan Masimah selamat disandingkan dengan tidak ada gangguan apa-apa.
Tetapi Haji Madan sendiri terkejut bila diberitahu seorang dukun perempuan jauh dari situ, mati dalam keadaan mengerekot. Seluruh tubuhnya kecut seperti terkurung di dalam air batu.
|
|
|
|
|
|
|
|
huhuuhuu.. Tq.. Bertatap mata membacanya.. hehee |
|
|
|
|
|
|
|
rdzaccess posted on 7-11-2013 11:13 PM
29 - DURI IKAN SEMBILANG DITUSUK KE KEPALA
Kira-kira 15 minit kemudiannya barulah Masimah sedarka ...
apa motif pasangan ni kene sihir??
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-11-2013 09:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Motif dia adalah disebabkan rasa tidak puashati .
Pengantin lelaki datang dari Johor ke Kuala Selangor ... biasalah ...lepas nikah sanding kat rumah pengantin pompuan .. pastu sanding di rumah lelaki pulak ... tapi keputusan perbincangan adalah bila bila nanti boleh buat kat rumah lelaki ... sebabnya jauh dan takkanlah pulak saudara saudara nak hadir 2 kali... lari bajet... ni ikut kata bapa pengantin pompuan dan juga lelaki ..dua 2 setuju dah ...
tapi bapa saudara pengantin lelaki tak setuju ... nak buat juga seminggu kemudian ... jadinya daripada tak nak buat lebih baik tak usah ada persandingan langsung ... |
|
|
|
|
|
|
|
salam bro rd....
cerita aki lagah - mat senik dgn tikmah tu mcm tergantung je...ke sy yg tak paham??? hehehehe... x abis rempit lagi...baru sampai post ke #253 |
|
|
|
|
|
|
|
baru abis rempit page ni...adoiyai...macam2 name pelik ade .... |
|
|
|
|
|
|
|
nak citer lg tt..huhuu
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-11-2013 11:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sekarang ada kat ulu bernam .... cari cerita ... |
|
|
|
|
|
|
|
rdzaccess posted on 17-11-2013 11:50 PM
Sekarang ada kat ulu bernam .... cari cerita ...
takpe tt..setia menunggu w/pun as SR jer..huhuu
|
|
|
|
|
|
|
|
rdzaccess posted on 17-11-2013 11:50 PM
Sekarang ada kat ulu bernam .... cari cerita ...
ulu bernam?? meh la singgah kalumpang....hehehe
org2 yg dalam cerita2 ni kat area gedangsa ke....sg tengi ke ..kkb ke...diorg ni hidup lagi ke?? rase nak g jumpe diorg....minum ptg dgr cerita... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-11-2013 11:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
30 TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK
BERPELUH-PELUH seluruh badan akibat menebas di kebun pisang hingga santak senja. Tetapi Ucu Mahali tidak peduli apa-apa kalau sudah turun ke kebun. Dia tidak boleh duduk diam semenjak masuk ke felda, disebabkan terpaksa bekerja keras sepanjang hari.
Harapkan menoreh getah masakan boleh menampung hidup keluargangya, kalau tidak ditambah dengan berkebun pisang. Dalam tempoh seminggu Ucu Mahali boleh dapat RM70.00 apabila banyak pisang yang ditebang. Biarlah jiran-jiran menuduh dia tamakkan harta dunia disebabkan turun ke kebun sampai santak senja.
Dia masih mengibas-ngibas mata parang ke tengah belukar sekalipun Kak Banun sudah mendesaknya balik. Takkan menunggu azan berkumandang di surau baru mahu tinggalkan kebun pisang hingga tergesa-gesa mandi di bilik air. Tentu tergesa-gesa pula ambil wuduk lantas terburu-buru mencapai sejadah. Memang Ucu Mahali jarang berjemaah ke surau, disebabkan tidak sempat mahu terburu-buru ke surau di seberang pejabat kesihatan di dalam felda berkenaan.
Marah juga Kak Banun disebabkan suaminya mandi tatkala badan tengah panas berpeluh-peluh. Apa salahnya kering dahulu peluh supaya badan terasa sejuk baru curahkan air ke seluruh badan? Tetapi Ucu Mahali bukan boleh ditegur kalau mahu menentukan cara hidupnya. Sebab itulah Kak Banun tidak peduli sangat sekiranya Ucu Mahali berkerasjuga mahu mandi tatkala badan tengah panas berpeluh-peluh.
"His, cukuplah tu dulu, bang," Kak Banun mendesak suaminya balik disebabkan senja sudah semakin samar sekalipun azan di surau belum berkumandang.
Ucu Mahali mendengus. Belum sempat dia mahu menyahut, tiba-tiba terdengar kereta berhenti jauh di hadapan rumahnya, diikuti dengan namanya dipanggil berulang kali. Dia tidak perlu tergesa-gesa memastikan siapa yang datang ke rumahnya. Tahu sangat Ucu Mahali asal sahaja orang datang jejak kaki ke rumah dia tentulah fasal berubat. Apa lagi tujuan mereka kalau bukan berubat minta dijampikan?
Sejak dia berpindah ke Felda itu memang ramai tahu fasal dia menjadi bomoh. Sekalipun Ucu Mahali tidak mahu dia dikenali sebagai bomoh, tetapi dia tidak dapat menghalang apabila ada orang datang jejak kaki ke rumahnya minta dijampikan. Sampaikan suami lari meninggalkan rumah pun, mereka meminta bantuan Ucu Mahali. Tidak boleh tiga hari, Ucu Mahali akan cuba sampai tujuh hari nescaya lelaki yang lari meninggalkan rumah isterinya, akan datang semula mencari isteri yang ditinggalkan. Tentu hati lelaki itu tidak tenteram apakala namanya seringkali disebut-sebut oleh Ucu Mahali dalam jampinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-11-2013 11:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
30 -TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK
Tetapi mereka yang pernah menemui Ucu Mahali tahu, bukan disebabkan jampi mentera Ucu Mahali boleh memaksa orang yang lari balik semula dengan pasangannya. Mereka tahu Ucu Mahali akan kirimkan jin-jin yang bersahabat dengannya mengganggu sesiapa sahaja yang cuba melawan kemahuannya. Mereka tidak marah apa-apa kepada Ucu Mahali, kerana dia tidak mengganggu sesiapapun. Dia sekadar gunakan jin-jin yang bersahabat dengannya untuk tujuan membantu mereka yang diganggu kesusahan. Memang Ucu Mahali tidak akan gunakan jin-jin berkenaan untuk melakukan kejahatan.
Sewaktu dia mengajak Kak Banun balik, terjengket-jengket Mat Junoh melompat anak-anak kayu mendapatkan dia. Tersengih-sengih Mat Junoh melihat Ucu Mahali berpeluh-peluh memegang parang panjang di bawah perdu rumpun pisang. "
Ah, Abang Junoh rupanya!" gerutu Ucu Mahali sebaik sahaja Mat Junoh mendekati dia.
"Encik Kiman ajak awak ke Kuala Lumpur." beritahu Mat Junoh setelah mereka bersalaman.
"Bila?" perlahan sahaja Ucu Mahali bertanya sekalipun hatinya serba salah juga apakala diminta oleh Kiman ke Kuala Lumpur.
Kalau Kiman mengajak ke Kuala Lumpur tentulah Kak Banun juga ikut sama. Masakan dia mahu tinggalkan isterinya di rumah apabila ke Kuala Lumpur sampai bermalam di rumah Kiman. Sekiranya Kiman hantar balik pun selepas tengah malam tentu hampir Subuh baru sampai ke rumah. Dia tahu sekiranya Kiman datang menjemput memang lelaki itu sanggup hantar dia balik malam itu juga. Apalagi kalau dia mendesak fasal mahu menoreh getah. Tinggal dalam kawasan felda dia tidak boleh berdalih sekiranya tidak pergi menoreh.
"Encik Kiman akan hantar balik malam ni juga," terus sahaja Mat Junoh menerangkan supaya Ucu Mahali tidak was-was mahu ikut ke Kuala Lumpur.
Lagi pun Mat Junoh akan ikut sama disebabkan malamnya dia tidak bertugas. Memang tugas Mat Junoh menjadi pengawal di stor kilang getah buku akan off tiap-tiap dua malam sekali. Selepas pencen jadi buruh di jabatan, mujur benar nasib Mat Junoh dipelawa bertugas menjadi pengawal di stor kilang getah buku itu.
Masuk sahaja jam 6.00 petang dia akan mula bertugas sampai ke pagi. Apa salahnya bertugas sebelah malam, bukannya dia bercekang mata tidak tidur hingga ke Subuh. Sebab itu Mat Junoh sanggup ikut Kiman ke Kuala Lumpur sebaik sahaja lelaki itu memintanya mengajak Ucu Mahali. Dia sendiri yang perkenalkan Ucu Mahali kepada Kiman, disebabkan lelaki itu pernah menjadi ketua jabatannya sebelum bertukar ke Kuala Lumpur.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-11-2013 11:36 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
30 TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK
Asal sahaja ada masalah memang Kiman akan bertumpu kepada Mat Junoh. Tidak tergamak pula Mat Junoh membiarkan Kiman gelabah sepanjang masa semenjak rumahnya diserbu rama-rama hitam sepanjang malam. Kadangkala sampai lampu di dalam rumah tertutup akibat terlalu banyak rama-rama hitam hinggap. Apabila rama-rama hitam gugur ke lantai akibat mati terbakar pada kaca lampu, isteri Kiman akan mula diserang sakit kepala. Kemudian hidungnya keluar darah macam selsema dihinguskan.
Lama juga isterinya Seridah menanggung sakit, barulah sakit di kepalanya mulai reda. Sudah berkali-kali juga Kiman membawa isterinya menemui doktor, tetapi tidak dapat diagakkan penyakitnya. Kalau mahu dituduh darah tinggi keadaan Seridah tidak pula mempunyai tekanan darah yang membimbangkan. Doktor juga tidak syak kalau ada ketumbuhan di kepala, kerana tanda-tandanya tidak ada langsung.
Sebab itu Kiman hubungi Mat Junoh sekiranya boleh membantu dapatkan bomoh untuk mencuba rawatan tradisional. Sudah dua kali Ucu Mahali mencuba apakala Mat Junoh membawa Kiman dan isterinya ke rumah itu.
Mula-mula sahaja dia melihat Seridah, perempuan itu bagaikan enggan naik ke rumahnya. Kalau tidak didesak oleh Kiman memang Seridah tidak mahu naik disebabkan terasa seluruh badannya seram sejuk. Semakin digagahi juga naik dadanya berdebar kencang mengombak-ombak tidak menentu.
Ketika itu Ucu Mahali merasakan dirinya dikelilingi oleh lembaga-lembaga berjubah putih yang ramai di tengah rumahnya, dia dapat melihat seolah-olah di ubun-ubun Seridah terletak tengkorak kepala dengan lidah terjelir panjang. Tengkorak kepala itu bergoyang-goyang laksana kapas ditiup angin setiap kali lembaga-lembaga berjubah putih mengibaskan tangan.
Marah benar tengkorak berkenaan kepada lembaga-lembaga berjubah putih itu kerana membawa Ucu Mahali ke situ hingga dia tidak dapat berlindung ke mana pun. Memang lembaga-lembaga berjubah putih itu yang tunjukkan kepada Ucu Mahali mengenai tengkorak di atas ubun-ubun Seridah. Lidah yang terjulur dari tengkorak itu terus menjilat-jilat darah dari ubun-ubun macam kucing menjilat susu tumpah di lantai.
"Hah, tengkorak apa pula atas ubun-ubun Seridah ni?" keras suara Ucu Mahali membentak sambil menuding ke kepala perempuan itu.
Terkejut juga Kiman apabila diberitahu mengenai tengkorak di atas ubun-ubun isterinya. Dia tidak melihat apa-apapun kecuali tudung yang melingkupi rambut.
"Buangkan aje, Ucu," sahut Mat Junoh seolah-olah dia sendiri dapat melihat tengkorak yang disebutkan oleh Ucu Mahali.
Lantas Ucu Mahali menjuruskan tangan ke arah ubun-ubun Seridah dengan membacakan: Qola Musa maji'tum bihissihira innallahha sayubthiluhu innallahha layuslihu 'amalal mufsidin, wali-ilafin quraisy, abthil sihraka kullahu wayubthilhu, Allahhumma abthilis sihrallazi bainazzar'i wafi jami'il mukhta-fiati kulliha.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-11-2013 11:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
30 TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK
Kemudian dia merentap kuat hingga terasa tengkorak di atas ubun-ubun Seridah tertanggal habis. Tetapi tengkorak itu hanya seperti bayang-bayang sahaja yang hilang sementara terlindung oleh silauan cahaya. Dalam masa beberapa saat sahaja bayangan tengkorak itu kembali bertenggek di ubun-ubun Seridah bagaikan terus berdegil sekalipun diancam oleh Ucu Mahali.
"Hah, nak tunjuk keras kepala ye!" bentak Ucu Mahali lantas memberi isyarat kepada lembaga-lembaga berjubah putih segera menyerbu.
Tatkala lembaga-lembaga berjubah putih itu menyerbu, terasa pada Seridah kepalanya sejuk laksana dicurahkan ais di ubun-ubunnya. Dia tidak melihat apa-apa kecuali merasakan elusan angin di keliling tubuhnya yang duduk berlunjur kaki di hadapan Ucu Mahali. Tetapi Ucu Mahali tahu elusan angin itu memang lembaga-lembaga berjubah putih itu menyerbu lantas merentap tengkorak yang melekap di atas ubun-ubun Seridah.
Masakan tenaga manusia mampu merentapkan bayang-bayang tengkorak itu, kecuali lembaga-lembaga berjubah putih itu sama seperti bayang-bayang tercegat di sisinya. Bila-bila lembaga-lembaga berjubah putih bersedia mematuhi perintah Ucu Mahali asal sahaja dikerah dalam saat demikian. Mereka akan mematuhi apa sahaja perintah Ucu Mahali tatkala dia terus berzikir mengulangi sampai 500 kali: Ya haiyun ya qaiyum ya latiff ya zaljalali wal ikram.
Setelah dua kali Kiman membawa isterinya Seridah berubat ke Felda sebaik sahaja diperkenalkan oleh Mat Junoh, memang isterinya mengakui sakit kepalanya semakin berkurangan. Dia juga tidak lepaskan kain putih yang dituliskan oleh Ucu Mahali dengan: Waja'alna min baini aidihim saddan wamin khalfihim saddan fa aghsyainahum fahum layubsirun, menutup ubun-ubun macam kain selindang diikat ke kepala. Disebabkan sakit kepala Seridah semakin sembuh itulah, Kiman mengajak Ucu Mahali ke Kuala Lumpur supaya lihat sendiri keadaan rumahnya.
Manalah tahu tapak rumah itu tidak sesuai menyebabkan penyakit silih berganti mengganggu keluarganya. Memang Ucu Mahali sendiri mengakui apabila diminta Kiman melihat dari jauh keadaan rumah berkenaan, berkali-kali terbersin seolah-olah terhidu bau busuk yang menusuk-nusuk. Kali kedua Seridah datang jejak kaki ke rumahnya berubat, Mat Junoh mencadangkan supaya Ucu Mahali melihat keadaan di keliling rumah Kiman di Kuala Lumpur.
Tetapi Mat Junoh tahu masakan Ucu Mahali boleh ke Kuala Lumpur kalau masih tercongok di tengah rumahnya di kawasan felda itu. Ucu Mahali sekadar memerintahkan lembaga-lembaga berjubah putih yang menjelma setiap kali dia menyeru. Sebaik sahaja lembaga-lembaga berjubah putih itu melayang ke udara, dia akan mendengar apa sahaja yang dibisikkan ke telinganya oleh lembaga-lembaga berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|