CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lejen

Islam perlu berubah - Irshad Manji

[Copy link]
 Author| Post time 3-7-2013 10:54 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 3-7-2013 10:20 AM
rigid is perceptive - u ada hak ke nak mengata agama Islam kalau anda bukan tergolong dalam kumpul ...

rigid is not perspektif. 1+1=2 is not even satu bentuk perspektif. ia adalah fakta matematik.

semua manusia ada hak untuk mengkritik sesuatu benda. sebab apa? sebab dunia ini dikongsi oleh agamawan, atheist, agnostik etc. tiada apa pun yang bebas kutukan malah raja juga harus terima kritikan sekiranya ada sesuatu yang ganjil pada mata manusia normal.

anda boleh kata islam membawa dan memajukan tamadun manusia. sebagaimana saya boleh kata kristian memajukan dunia dan tamadun. tiada apa-apa perbezaan yang signifikan dari segi pengaruh kepada tamadun manusia.

agama yang rigid itulah yang memajukan manusia pada zaman dulu. aku tak nafikan itu. but now, masa berubah, manusia semakin maju. semakin banyak golongan kritikal thinker. walau bagaimanapun, agama juga yang memecah belahkan manusia, agama jua punca manusia berperang, agama juga adalah punca kepada hukum agama yang lapuk.

ini bukan juga satu prejudis. ini lah yang kita lihat pada masa kini. sunni vs syiah. selatan thai vs thai. buddha vs rohingya.

sains mungkin tidak konsisten tetapi itu semua masih fasa teori. tapi matematik konsisten. since kau punya nilau based on stability and consistency, then why quran ada matematical error?

dalam islam ada pembahagian harta, itu masih tidak membuktikan apa-apa. hukum sivil juga ada pembahagian harta berdasarkan wasiat.

agama itu sememangnya protektif. sebab kalau kita question protektif elements tu based on our minds kita akan dilabel anti islam etc. of course as muslim kau akan kata quran is the word of god. kristian akan kata bible tu ayat quran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 11:07 AM | Show all posts
Lejen posted on 3-7-2013 10:42 AM
harmoni? in fact,  agama ia adalah salah satu punca peperangan dan perbezaan di kalangan manusia.
...

itu pasal aku kata harmoni towards certain extent.......dlm kehidupan di dunia yg secara naturalnya tak pernah aman dan sempurna, kita dah mampu/boleh pikir sendiri, di dunia ni bukan tempat kesempurnaan. Ada banyak cacat cela dan kelemahan dlm kehidupan.....walaupun Tuhan yg maha sempurna atas sifat maha belas kasihan telah menurunkan devine laws utk panduan kehidupan manusia, tapi terdapat elemen2 negatif lain yg akan menggangu dan menyelewengkannya, tak kira la depa tu tok sami ka, pemerintah ka, law makers ka or even ulamak. Dlm Quran Allah sebut depa ni sebagai ahli kitab; satu golongan manusia yg cerdek pandai tapi menyesatkan manusia lain............itu pasal ada benda baik, ade bende buruk; sesuatu yg bersifat natural di alam dunia ni. Even sains sendiri tak mampu utk propose sesuatu yg ultimate utk kesempurnaan kehidupan di dunia ni kan.....itu pasal sains bersifat dynamic, sentiasa bertukar jika terdapat "penemuan2" baru yg dianggap oleh sesetangah manusia akan mendatangkan kesan yg lebih baik terhadap kehidupan mereka. So, apakah "penemuan"/kaedah/cara yg sebelum itu tidak baik?.......sori to say, pada pendapat aku, sesapa yg hanya percaya kepada penemenuan sains yg terbukti terlampau banyak limitation, akai depa low sikit la.........
.
. Jadi, apa motifnya kehidupan di dunia ni penuh dgn cacat cela dan kekhilafan?.......ni masuk bab agama sikit la, kehidupan dunia ni hanyalah COBAAAAN...............kalau sesapa tak dapat terima hakikat ni, depa akan cari kesempurnaan yg tak akan wujud. kejap nak jadi tok lebai, kejap nak jadi rock star, kejap nak percaya kat sains jer, kejap nak murtad pun ada, kejap nak hijrah, kejap nak betudung litup, kejap nak freehair, kejap nak bejubah, kejap nak beryoga, kejap nak berzimba, kejap nak isle, kejap nak sekular.....kekekekekekek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 11:31 AM | Show all posts
apam posted on 3-7-2013 11:07 AM
itu pasal aku kata harmoni towards certain extent.......dlm kehidupan di dunia yg secara naturalny ...

berdasarkan perkataan kau agama hanya membawa harmoni kepada had yang tertentu. tapi apabila aku kata sains itu ada had dan kadang kala tiada had dalam ilmunya kau tak memberi kredit kepada sains.

ketidaksempurnaan tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia tidak aman damai. setiap manusia tu ada kebaikan dalam diri dia walaupun sedikit.

dalam fikiran orang islam, Allah turunkan quran dengan sempurna dan law makers / ulamak / ustaz yang menyelewengkan agama. sedangkan apabila aku quote beberapa verse al quran yang negatif kau tak berani komen based on kau punya kitab dan iman. if quran / bible ada mistakes dia, let alone penganut-penganut agama. kau hanya ulang statement yang dulu-dulu sebagai komen yang terbaru ni.

aku tak nampak orang yang yakin dengan sains adalah low iq seperti yang kau dakwa, setidaknya bukan albert einstein, bill gates, stephen hawkings etc. aku pun tak rasa limitation dalam sains adalah satu bentuk masalah.

dalam dunia ni, ada banyak explorasi lagi yang belum habis kerana ilmu itu tidak pernah habis seperti penemuan serupa bumi etc. nak jadi lobai, rockstar, etc itu adalah kehendak manusia.

tidak ada seorang manusia yang akan kata sains itu sempurna. tetapi agama akan claim sedemikian, bila ada orang kata tidak sempurna, berdasarkan ajaran itu sendiri (bukan penganut ye), dan bila tak dapat self defence mahupun attack, mulalah melatah.



Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 12:08 PM | Show all posts
Lejen posted on 3-7-2013 10:54 AM
rigid is not perspektif. 1+1=2 is not even satu bentuk perspektif. ia adalah fakta matematik.

s ...

what determines right ? or wrong ?

itu sahaja dulu.

with you , everything goes, kan?

again , would this be a good statement to say ' yeah let us be in harmony by accepting something that is neither right or wrong?#

inilah i katakan  - perangkap humanisme - secularisme

dan menggunakan empirical science sebagai satu wadah untuk menguatkan fahaman humanisme - secularisme.


Quran - the main thing is the message. Analysis is human - based interpretation whil Quran is the word of ALLAH.

and from these quran and sunnah = al haq - the truth in Islam is determine.

you keep on saying islam is rigid cer bagi cth  because i am sure to the boot that sapa yg embrace Islam yg sebenar pracvtising akan tahu ini agama yg menjamin keamanan.

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 12:49 PM | Show all posts
Lejen posted on 3-7-2013 08:05 AM
aku akan post secara saintifik kenapa incest ni berbahaya.

dan dalam undang-undang sivil, keban ...

@Lejen
aku akan post secara saintifik kenapa incest ni berbahaya.
Kajian saintifik yg @Lejen post hanya menceritakan tentang bahaya mengenai bayi yg terhasil dari hubungan incest, tetapi hubungan seks tu sendiri tidaklah bahaya dalam konteks sains dan berdasarkan kaedah saintifik, segala bahaya tersebut boleh dielakkan melalui kaedah penggunaan kondom atau vasektomi. Jadi, berdasarkan kajian sains, sudah tentu incest adalah sesuatu yg dibolehkan, betul?

@Lejen
1. Disadvantage di sini adalah suami dan isteri ada tendency untuk berbohong walaupun mereka bersumpah.
Jadi siapa yg salah? Adakah agama yg melarang orang berbohong atau orang yg berbohong tapi tahu berbohong itu salah? Anda boleh beralih utk menggunakan kaedah saintifik, tapi anda tidak boleh buat orang dari berhenti bebohong.

@Lejen
saya percaya jika tuhan turunkan al quran mahupun torah dan bible dalam bahasa yang manusia mudah untuk memahaminya. jika manusia mudah untuk memahaminya, maka tidak akan terjadi salah faham dalam pengajian agama. dalam matematik, 1+1=2 dan bagaimana anda interpretasi pun hukum matematik itu masih sama.   
Mudah memahami itu adalah sesuatu yg subjektif. Lain orang lain level pemahamannya. Tidak kira pengajian apa sekalipun, sama ada kuantum mekanik, Al-Quran, matematik, atau lain-lain, anda harus melalui proses pembelajaran yg betul untuk memahaminya. Ramai yg quote ayat Al-Quran dan menyalahkan Islam, tetapi mereka sebenarnya tidak memahami Al-Quran.

@Lejen
2. dalam kes yang kedua, penuduh yang berbohohong akan diampun oleh tuhan jika bertaubat dan wanita itu terlepas dari tuduhan. bagaimana jika wanita (bukan isteri) berkomplot dengan si penuduh supaya si penuduh mengaku yang dia berbohong sedangkan hal sebenarnya sememangnya wanita itu zina? anda nampak keadilan di sini?
Seperti yg saya katakan dalam perenggan atas, anda harus belajar bagaimana undang-undang Islam berfungsi. Undang-undang Islam bukannya wujud dari satu dua ayat Al-Quran. It doesn't work that way. Begitu juga dengan hukum sains, saya tidak boleh secara literalnya mengambil persamaan F=ma dan mengharapkannya berfungsi 100%. Terdapat kondisi yg perlu dipatuhi untuk persamaan itu berfungsi.

@Lejen
anda memberi contoh yang rapuh seperti tambang monorel. soalan saya adalah, apakah tambang monorel itu rigid seperti agama?
Anda salah apabila mengatakan agama itu rigid. Ambil hukum dadah dan merokok. Hukum tersebut tidak wujud secara spesifik pada zaman Nabi Muhammad tetapi sudah wujud sekarang. Lagi satu, rigid tidak boleh digunakan sebagai kriteria utk menentukan kebenaran.
Lihat contoh saintifik di bawah:
1) Pada mulanya incest dibenarkan kerana bukti saintifik yg anda post di atas masih belum ditemui.
2) Bukti saintifik tentang bahayanya hasil incest sudah ditemui. Maka incest dihentikan.
3) Penemuan kondom dan kaedah vasektomi ditemui, maka incest boleh dibenarkan semula.
Tidak rigid, tapi tak bermakna ianya adalah sesuatu yg betul.


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 02:12 PM | Show all posts
setelah membacklog thread ni wat aku teringat ngan kata-kata imam syafie

aku mampu berdebat dengan 10 org berilmu tapi aku pasti kalah berdebat dengan seorang orang yg jahil, kerana orang yg jahil tidak memahami landasan ilmu,

or something like that. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-7-2013 02:17 PM | Show all posts
mashimaru83 posted on 3-7-2013 12:49 PM
Kajian saintifik yg @Lejen post hanya menceritakan tentang bahaya mengenai bayi yg terhasil dari ...
Kajian saintifik yg @Lejen post hanya menceritakan tentang bahaya mengenai bayi yg terhasil dari hubungan incest, tetapi hubungan seks tu sendiri tidaklah bahaya dalam konteks sains dan berdasarkan kaedah saintifik, segala bahaya tersebut boleh dielakkan melalui kaedah penggunaan kondom atau vasektomi. Jadi, berdasarkan kajian sains, sudah tentu incest adalah sesuatu yg dibolehkan, betul?
bahaya terhadap bayi juga bahaya terhadap komuniti manusia. bayi itu bukan manusia? jika incest berleluasa, maknanya generasi manusia akan datang akan berpenyakit. ini seperti apabila kita minum arak yang sedikit mungkinlah tidak mabuk, tetapi bila banyak akan jadi mabuk. daripada incest ini berleluasa, maka lebih baik kita mencegah. berdasarkan kajian sains juga, jangan kata hubungan incest, hubungan halal dari segi syarak pun boleh membahayakan sekiranya wanita / lelaki adalah pembawa AIDS umpamanya, namun perkahwinan itu tetap halal dalam islam bukan?

penggunaan kondom atau vaksetomi juga adalah kaedah sains, namun begitu, sains tidak memaksa manusia menggunakannya seperti mana agama memaksakan sesuatu hukum.

Jadi siapa yg salah? Adakah agama yg melarang orang berbohong atau orang yg berbohong tapi tahu berbohong itu salah? Anda boleh beralih utk menggunakan kaedah saintifik, tapi anda tidak boleh buat orang dari berhenti bebohong.
agama yang salah kerana membenarkan manusia ada tendency untuk berbohong. oleh sebab itu, agama harus seiring dengan teknologi semasa. anda tidak mampu berbohong dalam cctv dan dna. ujian poligraf juga boleh digunakan namun begitu, ketepatannya adalah 90%.

Mudah memahami itu adalah sesuatu yg subjektif. Lain orang lain level pemahamannya. Tidak kira pengajian apa sekalipun, sama ada kuantum mekanik, Al-Quran, matematik, atau lain-lain, anda harus melalui proses pembelajaran yg betul untuk memahaminya. Ramai yg quote ayat Al-Quran dan menyalahkan Islam, tetapi mereka sebenarnya tidak memahami Al-Quran.
ia sememangnya subjektif namun begitu dalam dunia yang modern sekarang ni, sepatutnya jurang itu dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. apabila anda kata ramai orang tidak memahami islam kerana salah tafsiran tentang al quran, ia adalah tugas muslim seperti anda untuk counter-argument dan bukan dengan menyalahkan sains. jika anda memberi kredit yang sedikit kepada sains, bermakna anda juga secara langsung menghina ilmu sains yang terkandung dalam quran.

Seperti yg saya katakan dalam perenggan atas, anda harus belajar bagaimana undang-undang Islam berfungsi. Undang-undang Islam bukannya wujud dari satu dua ayat Al-Quran. It doesn't work that way. Begitu juga dengan hukum sains, saya tidak boleh secara literalnya mengambil persamaan F=ma dan mengharapkannya berfungsi 100%. Terdapat kondisi yg perlu dipatuhi untuk persamaan itu berfungsi.
undang-undang islam diambil dari asasnya iaitu quran dan penjelasannya ada di dalam sunnah / hadis. menurut pemahaman saya, al quran sememangnya kitab yang complete.

And [mention] the Day when We will resurrect among every nation a witness over them from themselves. And We will bring you, [O Muhammad], as a witness over your nation. And We have sent down to you the Book as clarification for all things and as guidance and mercy and good tidings for the Muslims. (Quran 16:89)
saya tidak tahu bagaimana anda faham ayat ini, tetapi berdasarkan pemahaman saya al quran itu lengkap dan penuh panduan.

dan apabila anda mengatakan terdapat kondisi dalam hukum F=ma, saya memahami itu kerana ia sememangnya tertulis dalam hukum tersebut. ini berbeza sekali dengan quran yang tuhan kata dalam 16:89 yang quran itu sebagai clarification kepada semua benda.

Anda salah apabila mengatakan agama itu rigid. Ambil hukum dadah dan merokok. Hukum tersebut tidak wujud secara spesifik pada zaman Nabi Muhammad tetapi sudah wujud sekarang. Lagi satu, rigid tidak boleh digunakan sebagai kriteria utk menentukan kebenaran.
Lihat contoh saintifik di bawah:
1) Pada mulanya incest dibenarkan kerana bukti saintifik yg anda post di atas masih belum ditemui.
2) Bukti saintifik tentang bahayanya hasil incest sudah ditemui. Maka incest dihentikan.
3) Penemuan kondom dan kaedah vasektomi ditemui, maka incest boleh dibenarkan semula.
Tidak rigid, tapi tak bermakna ianya adalah sesuatu yg betul.
kalau agama itu tidak rigid, bermaksud agama itu akan reform menjadi lebih baik. hukum dadah dan rokok tidak wujud di zaman muhammad kerana tidak ada dadah dan rokok pada masa itu.

And We have certainly diversified in this Qur'an for the people from every [kind of] example; but man has ever been, most of anything, [prone to] dispute. (Quran 18:54)
dalam ayat di atas sudah menunjukkan quran itu rigid / kekal selamanya sampai dunia ni kiamat.

saya tidak pula katakan rigid adalah kriteria mencari kebenaran. saya katakan adalah setiap benda saya fikir perlu progresif untuk maju ke depan.

1. anda perlu memberi bukti kepada saya bahawa incest dibenarkan kerana setahu saya, dalam agama samawi sahaja incest dibenarkan pada awalnya.
2. sebagai tambahan, incest adalah hubungan yang berbahaya kepada zuriat secara saintifiknya. namun dari segi undang-undang, kebanyakan negara melarang hubungan incest.
3. penemuan kondom dan vaksetomi seperti yang anda kata adalah pada asalnya untuk hubungan seks normal yang selamat, bukan gay sex, incest atau seumpama dengannya.

bagi saya, contoh yang anda bagi kurang relevan. anda terlalu fokus kepada sex seolah-olah hanya itu yang diperjuangkan agama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 02:24 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 3-7-2013 12:08 PM
what determines right ? or wrong ?

itu sahaja dulu.

jawapan mudah sahaja iaitu fakta dan logik.

with myself, semua benda yang logikal dan saitifik itu perlu berjalan.

anda melihat hanya agama menjamin keharmonian, tetapi tahukah anda secara statistik negara yang banyak penduduk atheist adalah antara negara paling aman di dunia dan paling rendah crime rate?

if negara yang paling aman di dunia kau label sebagai perangkap humanism-sekularism, then ur label means nothing because crime rate negara tu paling rendah di dunia.

empirical science adalah untuk menguatkan hujah sains, sama ada pada akhirnya menemui jalan ketuhanan atau sekular, itu cerita lain kerana kita belum sampai kepada konklusi sains tentang ketuhanan buat masa ini.

sememangnya quran adalah mesej kepada manusia, itu tidak bermakna mesej itu benar dan siapa tahu itu sememangnya datang dari tuhan?

bukan aku sahaja yang kata quran / islam tu rigid. the god himself sudah terangkan dalam beberapa verse quran tu pelengkap. muhammad nabi terakhir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 02:45 PM | Show all posts
aku paling boring kalau baca posting yang ada ayat IKUT KEFAHAMAN AKU, PADA PENDAPAT AKU, bla bla bla

the truth is, who the hell are you and why should I care?

nak berdebat sangat, pergilah cari orang yang sama tahap dengan kebijaksanaan anda. Kenapa pengecut sangat masuk forum berdebat ngan nobody?

Posting yang panjang berjela tidak semestinya menggambarkan penulisnya panjang akal. Peace out
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:20 PM | Show all posts
Lejen posted on 3-7-2013 10:54 AM
rigid is not perspektif. 1+1=2 is not even satu bentuk perspektif. ia adalah fakta matematik.

s ...

rigid is not perspektif. 1+1=2 is not even satu bentuk perspektif. ia adalah fakta matematik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:32 PM | Show all posts
Islam yang perlu berubah...?

Lihat negara BARAT pun dah semakin berubah kepada ISLAM...

http://www.guardian.co.uk/media/ ... l-to-prayer-ramadan

http://www.bharian.com.my/bharia ... ikaRamadan/Article/

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:40 PM | Show all posts
Lejen

boleh saudara mohon moderator  thread anda ke BOARD AGAMA?

nak tak di sana lebih  banyak input ?


NIXAR - boleh pindah thread ini ke board agama Islam ?

Comments

Calling @NIXAR  Post time 4-7-2013 12:50 AM
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 05:00 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 3-7-2013 04:40 PM
Lejen

boleh saudara mohon moderator  thread anda ke BOARD AGAMA?

bod agama islam lagi sial, orang nak bertanya pasal ugama pun kena pakai avatar katup aurat katanya.
dakwah burxx apa sebegitu?

apa guna berdakwah hanya untuk ummah yg pakai tudung sampai ke tumit?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 06:39 PM | Show all posts
Lejen posted on 3-7-2013 10:11 AM
katakan rumah kau kena rompak. kau ada dalam rumah tu dan ada senjata.

kau nak tunggu polis da ...

kalau nak tahu pasal agama Islam baik pi tanya depa yang tahu agama kat board agama kan senang.kang tak pasal2 jadi bahan lawak pula kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 06:40 PM | Show all posts
Lejen posted on 3-7-2013 10:08 AM
zakir naik dalami islam dengan belajar bible, kitab hindu, kitab zoroaster etc. menubuhkan IRF.

...

Zakir Naik dulu pernah murtad ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 07:10 PM | Show all posts
Lejen posted on 3-7-2013 02:17 PM
bahaya terhadap bayi juga bahaya terhadap komuniti manusia. bayi itu bukan manusia? jika incest be ...


Hujah saya bukan mengenai bayi incest tetapi hubungan incest yg tidak melahirkan anak (vasektomi). Dari sudut sains ia adalah praktis yg selamat. Bermakna dari sudut sains, incest adalah sesuatu yg dibolehkan.

@Lejen
agama yang salah kerana membenarkan manusia ada tendency untuk berbohong. oleh sebab itu, agama harus seiring dengan teknologi semasa. anda tidak mampu berbohong dalam cctv dan dna. ujian poligraf juga boleh digunakan namun begitu, ketepatannya adalah 90%.

Dengan dna atau cctv manusia masih boleh berbohong. 90%? Boleh beri source anda?

@Lejen
ia sememangnya subjektif namun begitu dalam dunia yang modern sekarang ni, sepatutnya jurang itu dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. apabila anda kata ramai orang tidak memahami islam kerana salah tafsiran tentang al quran, ia adalah tugas muslim seperti anda untuk counter-argument dan bukan dengan menyalahkan sains. jika anda memberi kredit yang sedikit kepada sains, bermakna anda juga secara langsung menghina ilmu sains yang terkandung dalam quran.

Tidak applicable pada saya kerana saya tidak menghina sains.

@Lejen
And [mention] the Day when We will resurrect among every nation a witness over them from themselves. And We will bring you, [O Muhammad], as a witness over your nation. And We have sent down to you the Book as clarification for all things and as guidance and mercy and good tidings for the Muslims. (Quran 16:89)
saya tidak tahu bagaimana anda faham ayat ini, tetapi berdasarkan pemahaman saya al quran itu lengkap dan penuh panduan.

Lihat apa respons saya sebelum ini: Seperti yg saya katakan dalam perenggan atas, anda harus belajar bagaimana undang-undang Islam berfungsi. Undang-undang Islam bukannya wujud dari satu dua ayat Al-Quran.
Ayat != Buku

@Lejen
dalam ayat di atas sudah menunjukkan quran itu rigid / kekal selamanya sampai dunia ni kiamat.

Itu interpretasi anda. Rigid dari segi apa?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 08:47 PM | Show all posts
apam posted on 3-7-2013 10:31 AM
murtad tak murtad adalah pilihan masing2......kalau mana2 muslim dah tak ada rasa iman/percaya ter ...

kenapa tiada usaha nak menerangkan perkara ini kepada org islam dan bukan islam? yg sering dicanang ialah murtad kena bunuh mcm mana orang bukan islam nak nampak keindahan islam. yang nampak islam is so insecure and desparate.

unless this is a deliberate attempt oleh musuh islam supaya islam nampak buruk.



Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 11:53 PM | Show all posts
Lejen posted on 3-7-2013 08:31 AM
undang-undang manusia tak rigid. undang-undang agama tu rigid. undang-undang manusia tu perlukan h ...

maksudnya, dengan hanya ada ilmu tak ada org akan angkat kamu menjadi hakim, dengan hanya ilmu, kamu tak akan diambil menjadi chef
kamu perlu melalui satu proses lain yg boleh mengiktiraf bahawa kamu layak menjadi hakim dan chef
dgn hanya dgn memasak air dan maggie, tak bermakna kamu sudah layak menjadi chef


Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 12:48 AM | Show all posts
Vokuro posted on 3-7-2013 05:00 PM
bod agama islam lagi sial, orang nak bertanya pasal ugama pun kena pakai avatar katup aurat katanya.
dakwah burxx apa sebegitu?

Aiii.... minta pakai avatar sopan pun kira sial? Kalau pakai avatar telanjang tu kira bagus lah untuk belajar/tanya agama?

Ramai forumer masuk board agama tu ada yang nak belajar atau bincang agama, tak sesuai lah tayang avatar kurang sopan. Ramai yang merungut, tak sesuai....

apa guna berdakwah hanya untuk ummah yg pakai tudung sampai ke tumit?

Bukan berdakwah untuk yang pakai tudung saja... yang tak pakai tudung pun boleh... tapi janganlah pakai avatar yang tak sesuai.... macam panty bikini atau yang lebih teruk dari tu.... kalau segan sangat minta forumer lain tolong tanya, atau create satu nick yang tak letak gambar avatar...

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 07:27 AM | Show all posts
Vokuro posted on 3-7-2013 05:00 PM
bod agama islam lagi sial, orang nak bertanya pasal ugama pun kena pakai avatar katup aurat katany ...

yang bertanya ni pun , tulis , bernafas makan makanan pun dengan izin ALLAH pepandai nak kutuk tu ,dasar hamba.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.380339 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list