CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyridz

Pelakon Mimpi Cinderella Eina Azman ditipu Datuk

[Copy link]
Post time 19-3-2013 02:18 PM | Show all posts
mcm2 daaa.......................................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2013 02:23 PM | Show all posts
tengok kt melodi...manja semacam je budak ni...tapi muka mmg lawa la...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 03:46 PM | Show all posts
tasha posted on 18-3-2013 08:31 PM
nak murah...dato ni kasi rm175k je
sib baik xkena ngap

tapi boleh la beli benz yang bajet 175k je cukup le kan

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 05:31 PM | Show all posts
alin5054 posted on 18-3-2013 10:40 AM
AKU TAK SUKA LA MINAH NI BERLAKON...ADUH TOLONG LA JGN BERLAKON LAGI..SEKIAN...

terbaikk.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 12:50 PM | Show all posts
milo_888 posted on 17-3-2013 09:41 PM
Haiyo... Semua dah gelar dia kemek skang.. huhu.. hampon cik pelakon..

Tp kalau tgk dr an ...

tabaek taw kutuk kejadan Tuhan..muka dah memang camtu sejak lahir, perangai tu ja kena elok sket..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 03:10 PM | Show all posts
muda lagi... ingat dah kat 30.. muka nampak tuaa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2013 10:59 AM | Show all posts
term jumpa kat hotel itu yg confused skit..bilik hotel or coffe house???kalau jumpa kat dalam bilik hotel itu namanya memberi harapan kat datuk tu..takleh nak salahkan datuk tu gak..hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 02:13 PM | Show all posts
masalahnya..apasal dia jmpe datuk tu kt hotel? aduhai...~~~!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2013 02:45 PM | Show all posts
CrazyDriver posted on 21-3-2013 02:13 PM
masalahnya..apasal dia jmpe datuk tu kt hotel? aduhai...~~~!

asal hotel aje.... terus pikir lain warga gossip nih...hehe
lain kali para artis sekelian... tak usah buat meeting kat coffee hse yerr
meeting kat kedai mamak aje... baru org x speku yg bukan2...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 03:35 PM | Show all posts
guesswho09 posted on 22-3-2013 02:45 PM
asal hotel aje.... terus pikir lain warga gossip nih...hehe
lain kali para artis sekelian... tak  ...

Pukul 11 MALAM...hotel..a man and a girl..what u expect?  x kisah la artis atau sape..kalau u tu perempuan..jgnla keluar lewat malam tanpa ditemani muhrim ye...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 03:40 PM | Show all posts
CrazyDriver posted on 22-3-2013 03:35 PM
Pukul 11 MALAM...hotel..a man and a girl..what u expect?  x kisah la artis atau sape..kalau u tu p ...

bukan dgn mak dia ke??
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 03:44 PM | Show all posts
guesswho09 posted on 22-3-2013 03:40 PM
bukan dgn mak dia ke??

wah..yeke..dgn mak...? hebat datuk tu boleh offer jadi sugar daddy dpn2 mak dia...

Ref:
“Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta.
“Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya,” kata pelakon remaja, Eina Azman, 18 mengenai tindakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ke atasnya.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 09:02 PM | Show all posts
Minah ni dh pandai propa gak ke

X mau seksi famili x kasi katanya
X kan pakai baju xda lengan & nmpk tiak

Sekali ko galaksi kuarkan gambo baju xda lengan & nmpk tiak
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 10:00 PM | Show all posts
if nampak minah ni berlakon kat tv, iols rela tukar channel thangathirai hoccayy.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 10:21 PM | Show all posts
rata2 mengeji eina, xpe ler eina bertabah la, dia budak, mmg buat silap, naive, dah buat polis report dah pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 10:30 PM | Show all posts
beyou posted on 19-3-2013 12:29 AM
‘Lihat kelemahan diri’
Kuala Lumpur: Jangan menyalahkan orang yang memberi tawaran, sebaliknya li ...

pendapat yg bangang. but it's typical lah utk menyalahkan mangsa.

anyways aku tak kata budak ni tak salah, tapi untuk kata 'tak patut salahkan org yg memberi tawaran' tu sama mcm salahkan mangsa rogol yg berjalan tgh malam pastu kena rogol. perogol tu tak salah sbb 'bijak mengambil peluang'.

boleh pulak dia puji datuk gatal tu 'bijak mengambil peluang'.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2013 10:40 PM | Show all posts
x paham, kurang sgt kejian thdp datuk tu, kalo eina ni mereka cerita x beri duit tu, xkan dia berani buat report polis

agak2 la

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 10:41 PM | Show all posts
Santeira posted on 22-3-2013 10:30 PM
pendapat yg bangang. but it's typical lah utk menyalahkan mangsa.

anyways aku tak kata budak n ...

ekceli.. takdelah bijak mana datok tuh..die neh yg bodoh bebal..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 12:33 PM | Show all posts

Eina Azman amal jamu ibu

        WAJAH gadis cantik ini sering menghiasi kaca televisyen sejak kebelakangan ini.
        Selepas muncul menerusi drama bersiri Mimpi Cinderella, pelakon berusia 18 tahun ini semakin popular dan meniti di bibir peminat seni tempatan.
       
        Menariknya, walaupun masih muda, namun dia antara selebriti yang cukup mementingkan penampilan sama ada dari aspek kecantikan mahupun kesihatan.
       
        Menurut pelakon Bangkitnya Seorang Perempuan ini, kecantikan dan kesihatan sudah sinonim dengan dirinya sejak di bangku sekolah lagi.
       
        Jom kita cungkil rahsia pemilik nama Ainur Syakina Azman atau nama pentasnya Eina Azman ini.


       
        Anda antara selebriti remaja yang sentiasa tampil cantik dan sihat, apa amalan yang dilakukan anda untuk mendapatkan semua ini?
       
        Sebagai selebriti, memang saya menitikberatkan kedua-dua aspek ini. Bagi saya, ia aset yang perlu dijaga sebaiknya. Pun begitu, saya tidak mempunyai sebarang rahsia, sebaliknya hanya mengamalkan jamu yang dibuat oleh ibu untuk memastikan
        kesihatan dalaman sentiasa terkawal. Memang kecantikan luaran itu penting, tetapi ia juga bermula dari dalam.
       
        Sejak bila anda mengambil jamu ini?
       
        Oleh kerana ibu yang membuatkannya, jadi sejak berusia 14 tahun lagi dia sudah mendidik saya meminum jamu ini. Jadi, apa yang saya lakukan adalah dengan meminumnya segelas setiap hari. Walaupun dahulu saya tidak menyukainya, namun sekarang saya berpuasa hati kerana hasilnya sangat mengagumkan. Selain itu, saya turut mengamalkan meminum air putih sebanyak dua gelas setiap pagi.
       
        Selain itu, adakah anda seorang yang melakukan diet ketat untuk mendapatkan bentuk badan yang dimiliki hari ini?
       
        Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang mengawal pemakanan dan suka berdiet, tetapi jadual penggambaran yang ketat membuatkan badan saya cepat turun. Ialah, adakala apabila penggambaran, saya terlepas makan dan itu membuatkan berat saya semakin berkurangan.


        Adakah anda berpuas hati dengan bentuk badan sekarang?


        Saya mempunyai ketinggian 173 sentimeter, jadi bila terlalu kurus, bentuk badan saya nampak tidak menarik dan saya sendiri lebih gemar badan sebelum ini berbanding sekarang. Jika dahulu berat saya sekitar 56 dan 57 kilogram, tetapi sekarang hanya 49 kilogram sahaja. Malah, ibu juga berharap badan saya lebih berisi. Apa pun, demi karier, saya perlu kelihatan begini kerana dalam televisyen, sesiapa sahaja akan nampak lebih besar.


        Beralih kepada penjagaan kulit pula, anda turut memiliki kulit yang sihat, apa produk yang anda gunakan untuk memastikan kulit sentiasa bersih?


        Sebenarnya, saya mempunyai kulit yang sangat sensitif, biasanya saya hanya mencuci muka dengan air putih sahaja sehingga benar-benar bersih. Saya tidak guna apa-apa produk di wajah kerana ia akan membuatkan muka ditumbuhi jerawat dengan mudah. Biasanya, selepas habis penggambaran, saya akan mencuci solekan dengan segera. Bagaimanapun, saya tetap mengambil vitamin dan suplemen tambahan untuk kecantikan kulit.
       
        Bagaimana pula dengan 'facial', apakah anda gemar melakukannya?


        Ya, bagi saya facial amat penting, saya akan melakukannya 2 kali sebulan. Ini bagi memastikan sisa-sisa kotoran yang terdapat di muka dapat dibuang secara terperinci.


        Dari segi rambut pula bagaimana? Boleh kongsi cara anda menjaga kesihatan rambut?


        Sudah lumrah menjadi selebriti rambut akan sentiasa di set mengikut kehendak sesebuah drama atau filem itu, saya juga tidak terkecuali. Masalahnya, rambut hadapan saya senang jatuh dan sukar dibentuk, jadi banyak 'hairspray' digunakan untuk membentuk rambut tersebut. Sebaiknya, apabila sampai di rumah, saya akan terus mencucinya. Jika tiada penggambaran, saya akan mencuci rambut selang sehari. Tetapi, saya juga akan ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut lebih menyeluruh.


        Jika mempunyai masa terluang, apakah aktiviti wajib yang akan anda lakukan?


        Sudah tentu ke spa, sesibuk mana pun saya, saya akan mencari jalan untuk spa sebulan sekali bersama ibu atau kakak.
       
        Sedikit mengenai perkembanganterbaru anda?
       
        Sekarang saya sedang sibuk penggambaran untuk telemovie dan filem Zombie Kilang Biskut arahan Mamat Khalid. Dalam pada itu, drama terbaru saya, Mencari Cinta akan mula disiarkan 25 April ini.

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 12:37 PM | Show all posts
serius dek..mukakau nampak mature sangat........aku yg 26 ni pun orang cakap sweet 17....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.274331 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list