|
takdek miaow2 ke dlm ini cerita? |
|
|
|
|
|
|
|
Errr.... Tetiba Eddie vs Jiha sebab rebutkan Rahul....camno tuuu?
Pssttt...Lady...'Eddie' suh pesan - Sampai hati kau gay kan aku dalam citer ni.....
Last edited by Nicki_Meow on 8-3-2013 09:18 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 8-3-2013 08:47 AM
Errr.... Tetiba Eddie vs Jiha sebab rebutkan Rahul....camno tuuu?
Jiha nak berebut dgn cik gayah ka? |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 17
Gombak.
10.00 A.M
Bundar kedua biji anak matanya apabila ternampakkan buku yang berjodol Apa Ertinya Saya Menganut Islam yang terletak atas meja Dona. Tujuannya memasuki bilik Dona adalah untuk mencari maklumat berkenaan penyakit adiknya itu. Apa-apa sahaja yang berkaitan... ubat mahu pun rekod perubatan.
Pantas buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam dicapainya dan diselak ke helaian pertama.
To Dona with love. Semuga hubungan kita terjalin hingga ke syurga - Jiha.
Beberapa kali kelopak matanya berkedip. Puas dia membaca sebaris ayat yang tertulis dengan tulisan tangan dalam buku itu.
Kemudian matanya diarahkan pula ke rak buku kecil yang terletak atas meja. Beberapa buah buku berkenaan Islam tersusun elok di samping buku-buku sekolah dan beberapa buah lagi buku yang berkaitan dengan pendidikan dan psikologi. Dibacanya tajuk-tajuk buku itu satu persatu... Concept of God In Major Religions, Asas-asas Islam, Indahnya Syurga Dahsyatnya Neraka, La Tahzan...
Liurnya bagaikan tersekat di kerongkong. Duduknya dilabuhkan ke atas kerusi. Lama dia memerhati buku-buku di rak. Kemudian buku Concept of God In Major Religions karya Dr Zaki Naik diambilnya. Pantas jejarinya menyelak lembaran buku itu. Lembaran demi lembaran diselaknya. Dia sekadar membaca secara rambang topik-topik yang dibincangkan sehinggalah matanya tertancap pada topik yang bertajuk Concept of God in Hinduism.
Hinduism is commonly perceived as a polytheistic religion. Indeed, most Hindus would attest to this, by professing belief in a multitude of Gods. Some Hindus believe in the system of three Gods while some Hindus actually believe in the existence of thirty-three crore i.e 330 millions Gods. However learned Hindus who are well versed with their scriptures insist that a Hindu should believe in and worship only one God.
Muka surat yang berikutnya diselak pantas. |
|
|
|
|
|
|
|
"Ekam evaditiyam. He is One only without a second."
"Na tasya pratima asti. There is no likeness of Him."
Kedua-dua pernyataan yang terdapat di dalam kitab Upanishad menepati dengan apa yang diterangkan dalam al-Quran, hatinya berkata-kata
"And there is none like unto Him. Holy Quran 112:4"
"There is nothing whatever like unto Him. Holy Quran 42:11)
Kemudian dia menyambung kembali pembacaannya.
"Ma chindanyavd shansata. Oh friends, do not worship anybody but Him, the divine One."
Hmm... apa yang tercatat dalam Rigveda ternyata bertentangan dengan apa yang dilaksanakan oleh para penganutnya. Nafasnya kemudian dihela panjang.
**********
Kampung Bharu.
10.00 P.M
Sudah seminggu Rahul balik, aku langsung tak menghubungi Dona. Biasanya kalau tak bertemu, kami bertemu di maya, depan laptop. Rindu pula aku dengan Dona. Lantas tanganku mencapai laptop. Kubuka laptop dan terus mencari folder yang mengandungi gambar-gambar aku dan Dona. Lama aku merenung gambar-gambar kami di skrin laptop.
Semua gambar kenangan kami berdua kusimpan rapi dalam satu folder khusus untuk aku dan Dona. Gambar-gambar yang aku ambil sejak di tingkatan 6 sehinggalah di universiti dan sekarang di alam pekerjaan, aku susun rapi dalam setiap folder yang sudah aku labelkan berdasarkan tahun dan peristiwa. Aku memang jenis rapi. Aku tak suka barang-barangku bertaburan merata-rata, hatta fail-fail dalam laptop pun aku uruskan baik-baik, supaya nanti aku tidak tercari-cari. |
|
|
|
|
|
|
|
Mataku terhenti pula kepada gambar kami bertiga... aku, Dona dan Fahmi. Lama aku menatap wajah Fahmi di skrin. Tidaklah setampan Rahul tapi wajahnya lembut dan mempunyai aura yang tersendiri. Nur? Inikah yang dikatakan cahaya keimanan? Aku tersengih sendirian.
Hmm... Apa yang menyebabkan Dona tertarik kepada Fahmi? Wajahnya kah atau tutur bicaranya? Aku bermonolog di hati. Kemudian aku beralih kepada satu lagi gambar aku dan Dona. Kalau melihatkan kepada kemesraan kami, pasti orang akan menyangka kami pasangan kekasih. Errr.. lesbian? Simpang malaikat 44!
“Woit! Siapa tu?” Terperanjat aku apabila mendengar suara Lili betul-betul di sebelah telingaku. Entah masa bila dia masuk ke bilik haram aku tak sedar. Nampak sangat aku begitu khusyuk menatap gambar.
“Kawan.”
“Aku tahu... ni mesti Dona, kan?” Lili melabuhkan duduk di sebelah aku tanpa diajak.
“Cantik. Tak macam orang India pun.”
“Dia Chindian. Sebab tu macam muka Melayu.”
“Ohh... Abang dia handsome tak?”
Aku menoleh ke arah Lili. “Cicak Kobeng tak cukup handsome ke?” Sengaja aku menyindir,
“Tanya pun tak boleh? Kau takut aku caras, ya?” Aku hanya tertawa. Tak perlu kata apa-apa...
“Sini, nak tengok.” Tanpa perlu menunggu keizinan dari aku, Lili terus mengambil laptop yang berada di atas katilku lalu diletakkan pula ke ribanya. Kemudian selamba sahaja dia mengklik gambar-gambar yang berikutnya. Semuanya gambar-gambar aku dan Dona.
“Fullamak! Silap hari bulan orang kata korang ni lesbo.” Kata-kata Lili membuat aku tersengih lebar. Baru saja aku menyebut perkara yang sama. Kan dah ada yang sependapat? Namun, aku tak perlu risau sebab kami tahu sejujur mana perhubungan kami.
“Setakat peluk-peluk macam ni boleh terus buat rumusan lesbo ke?” Aku mengejek Lili. |
|
|
|
|
|
|
|
“Dah mesra semacam!” Tingkah Lili.
“Kalau macam tu, Nabi SAW dan para sahabat Baginda pun gay lah?” Soal aku.
“Astaghfirullahala'zim! Kau biar betul, Jiha!” Terjerit Lili mendengar kata-kata aku.
“Ishh... cepat sangat buat rumusan.” Aku memarahi Lili. Lili terkejip-kejip.
“Kalau kau baca kisah Nabi SAW dan para sahabat Baginda, kau akan dapati hubungan persahabatan dia orang terlalu akrab. Malah Baginda dianggap seperti kekasih dia orang. Para sahabat sanggup berkorban apa saja.... harta, keluarga bahkan nyawa sekali pun dia orang rela.” Aku menjelaskan kekeliruan Lili.
“Kau jangan tak tahu... orang Arab, bila berjumpa sesama jantina, dia orang peluk-peluk, cium cium tau!” Kataku lagi.
“Ohh... ok, aku faham.” Lili menjawab ringkas. Kemudian matanya terus menghala ke skrin laptopku. Tekun dia melihat gambar-gambar yang berada dalam laptopku itu.
“Weh, bila pula kau ambil gambar ni?” Lili menunjukkan kepadaku gambarnya yang sedang tidur atas sofa dengan mulutnya separa terbuka. Aku ketawa.
“Hampeh kau! Ambil gambar curi ye? Aku delete gambar ni.”
“Eh, janganlah... cantik apa gambar sleeping beauty tu.” Aku menyakat Lili tapi belum sempat aku menghalang, gambar itu sudah pun dipadamkan oleh Lili. Malah dalam recyle bin pun turut dikosongkannya sekali.
“Syirah ni bukannya tak cantik tapi aku hairan kenapa dia tak kahwin kahwin lagi? Aku yang nak masuk 27 ni pun rasa dah gabra.” Gambar kami bertiga iaitu aku, Lili dan Kak Syirah terpapar pada skrin laptop ku. Aku akui Kak Syirah memang cantik. Datuknya berketurunan Arab, mana taknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Lady..apa cerita appa bila jumpa rahul...?
bertangis-tangisan kah mereka..?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan aku pula... berketurunan Jawa Sekinchan namun aku ambil banyak genetik emak. Mak wanita Melayu jati. Jadi wajah aku taklah macam Jawa sangat. Aku nampak macam gadis melayu biasa. Kulit aku agak cerah mungkin diambil dari genetik arwah nenek. Nenek berketurunan Jawa asli yang putih melepak. Aku tersengih-sengih sendirian.
“Jiha! Mujahid...” Lili terjerit. Aku kehairanan lalu menoleh ke skrin laptop. Gambar aku dan beberapa orang teman universiti termasuk Fahmi terpapar.
“Inilah Mujahid!” Jari telunjuknya dihala ke wajah Fahmi. Aku terus terkedu. Pantas aku mengambil semula laptop yang berada di ribaan Lili dan aku tutup.
“Macam mana kau kenal Mujahid?” Soal Lili.
“Tak... aku tak kenal. Gambar tu masa aku menghadiri seminar. Dia jadi penceramah jemputan. Tak sangka itu Mujahid.” Aku berdalih sambil mengukir senyuman yang dibuat-buat sedang jantungku berdegup kencang.
“Wehh! Kenapa kau tutup? Aku nak tengok gambar Fahmi. Mesti kau ada simpan, kan? Meh la... Aku nak tengok sesuai tak Fahmi dengan Dona.” Namun permintaan Lili langsung aku tak layan. Aku memberi alasan yang aku mengantuk sangat-sangat. Aku mahu tidur. Lili mencebik dan keluar dari bilik aku dengan rasa geram. Sorry Lili. Sekarang aku benar-benar tak tenteram.
Sejurus sahaja Lili meninggalkan bilik, aku termenung panjang di atas katil. “Patutlah dulu Lili kata Mujahid sebaya Kak Syirah.” Fahmi memang sudah pun menjangkau 30 tahun. Ijazah dalam psikologi adalah ijazah keduanya. Sebelum ini Fahmi sudah pun mempunyai ijazah dalam bidang sosiologi. Minatnya yang mendalam dalam bidang kemanusiaan menyebabkannya menimba ilmu dalam bidang psikologi pula. Dan kini Fahmi mendalami ilmu psikologi Islam pula. Fahmi memang bercita-cita menjadi seorang motivator.
Bila mengingatkan kembali penulisan Mujahid di Forum Bicara Kita, baru aku menyedari betapa ciri-ciri Mujahid ada pada Fahmi. “Aku sukakan Mujahid. Dona pula sukakan Fahmi. Tapi...Mujahid adalah Fahmi...” Aku meraup wajah. Kusut sekali fikiran aku. Di kala aku sudah menemukan lelaki gred A, ada pula halangannya.
“Ya Allah! Kenapa jadi begini?”
habis dah...
Last edited by ladyFinger12 on 8-3-2013 10:32 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
beberapa tepekan jer dah habis..??
so..next week lah yer sambung? ke petang ni ada...
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 8-3-2013 10:19 AM
Lady..apa cerita appa bila jumpa rahul...?
bertangis-tangisan kah mereka..?
sebenarnya cerita ni dr kaca mata Jiha... Jadi kisah luar tu sikit je... Nanti diceritakan melalui perbualan antara dona dan jiha..
|
|
|
|
|
|
|
|
....
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 8-3-2013 10:23 AM
sebenarnya cerita ni dr kaca mata Jiha... Jadi kisah luar tu sikit je... Nanti diceritakan melalu ...
ooh..ok..
bagi tau jiha..takyah la sedih2 mujahid=fahmi tu..
ada lagi nnt yg gred super A....
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 8-3-2013 10:22 AM
beberapa tepekan jer dah habis..??
so..next week lah yer sambung? ke petang ni ada...
Usu... lady baru perasan. Ada satu page lupa nak tepek.
-----
Sebulan yang lalu...
“Lili, aku bukan saja-saja nak bermalam di rumah Dona tu. Sebenarnya Dona sukakan Fahmi, tapi Dona malu nak luahkan perasaan dia. Jadi aku sekarang ni dalam usaha nak mendekatkan Dona dengan Fahmi.”
“Kau jadi orang tengah lah ni?” Aku mengangguk.
“Tapi apa perlunya kau bermalam di rumah dia?”
“Dona nak mendalami Islam. Aku cuma bantu dia sikit-sikit.”
“Ohh... Dona seriuslah nak kahwin dengan Fahmi?” Lili menyoal lagi. Aku mengangguk lagi.
“Tapi Fahmi macam mana?”
“Entah... aku tak tahu. Sekarang aku cuba bagi hint sikit-sikit kepada dia.”
“Tapi aku tak hairan kalau suatu hari nanti orang tengah yang dapat. Banyak dah kes macam ni.” Selamba Lili menyatakan apa yang berada di fikirannya. Itulah kelebihan Lili... dia suka berterus-terang. Apa yang dia rasa, yang dia fikir, dia tak selindung selindung untuk meluahkannya.
“Itu tak mungkin terjadi sebab aku jenis yang setia kepada persahabatan. Aku dan Dona sudah lima tahun bersahabat. Dan kami akan terus bersahabat hingga ke akhirat. Insya-Allah!” Dalam hatiku tertawa mendengar tujahan Lili. Aku sukakan Mujahid, bukan Fahmi, ok!
“Jangan cakap.... sekali kau jatuh cinta pada Fahmi, hah... macam mana?” Lili masih mahu mengusik aku.
“Insya-Allah, tak.”
“Kalau terjatuh cinta juga?” Fuhh... Lili masih mahu menduga aku nampaknya.
“Akan aku humbankan jauh-jauh perasaan itu. Kalau perlu aku tekan, aku tekan, Kalau perlu aku pijak, aku akan pijak. Biar perasaan itu tak bangkit bangkit lagi.” Aku menjawab penuh keyakinan. Lili kemudiannya tertawa. Biarlah Lili mahu ketawakan aku. Aku yakin, itulah tindakan yang akan aku lakukan jika ditakdirkan terjadi seperti kata Lili.
“Macam ye ye aje!” Lili terus memerli.
“Sebab tu kau kena tolong aku dapatkan Mujahid. Settle masalah.”
“Itu kalau Mujahid suka kat kau!” Aku tergamam kemudian mencebik. Lili mentertawakan reaksi aku.
“Oklah... aku janji aku akan cari Mujahid sampai dapat, khas untuk Najiha yang syok sendiri ni.”
Aku kembali tersenyum mendengar janji Lili. Walaupun teruk disindir, tapi aku tak kisah kerana harapan aku untuk mengenali Mujahid hanya terletak pada Lili.
**********
|
|
|
|
|
|
|
|
Lady nak pi menyelam ke lahad datu ni... Berhari2 dah menyelam tapi x sampai2 lagi..
Tak mampu aku menjadi srikandi kibod
Doa kukirimkan dari kejauhan...
Perwira
gagah berjuang mendukung setia
menempuh tragedi angkara petualangnegara
Perwira
panji dijulang bukan sekadar berhibur
gagah perkasa tiada mengangkat takbur
berbekalkan semangat dan harapan bangsa
langkah diatur gagah perkasa
Perwira
bertaut gagah semangat satria
mengalirmerah darah pembela
mempertahankan bumi leluhur tercinta
Perwira
pergimu dengan harapan yang tak pasti
Mungkin kembali mungkin tidak
Hari ini kita tadahkan tangan
memohon kepada Yang Esa
Agar keamanan bisa tercapai segera
Ya Rabbana
Lindungilah pejuang bangsa
Restuilah niat nan hangat membara
Menghalau pengkhianat dari tanah tercinta
Hari ini doa kita panjatkan
buat perwira bangsa yang kecundang
semuga bangkitmu di akhirat kelak
tersenyum ria di barisan para syuhadak
Last edited by ladyFinger12 on 8-3-2013 04:00 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhh...puas bermaraton...makin suspen ni... |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 8-3-2013 03:54 PM
Usu... lady baru perasan. Ada satu page lupa nak tepek.
-----
Lady...cite ni pun nnt letak RA ke? Cite ni pun nak dijadikan novel ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
khaizarina posted on 8-3-2013 07:13 PM
Lady...cite ni pun nnt letak RA ke? Cite ni pun nak dijadikan novel ke?
RA hanya diletak bila cerita dah tamat atau pun momod sendiri yg letak kalau tred merepek meraban.
sambung...
BAB 18
Sekinchan, Selangor.
Rasa damai sekali menyaksikan kehijauan sawah padi. Tiupan angin bendang juga menyegarkan. Agak lama juga aku tak pulang ke kampung. Minggu ini aku balik setelah emak meminta aku pulang. Kata emak, along dan kak ngah akan balik juga. Aku tak mahu melepaskan peluang itu. Aku rindukan ketiga-tiga anak buahku. Selain dari itu aku ingin mengubati hatiku nan gundah gulana.
Aku menghampiri Wawa yang sedang seronok bermain buai di bawah pokok rambutan. Syafiq dan Wafi pula sibuk mengejar itik. Riuh rendah rumah emak dan ayah kali ini.
“Wawa main apa tu?” Aku mendekati Wawa yang seronok berbuai sambil mengadap iPad di tangannya.”
“Main Temple Run, mak su. Mak su pandai main?” Wawa menyoal aku kembali.
Aku tersenyum. “Mak usu tak minatlah main game ni Wawa.” Kataku. Wawa membalas senyuman aku.
“Best mak su!”
“Ini ke iPad yang mama dengan papa hadiahkan untuk Wawa tu?” Soal aku.
“Ha ah... cantik tak mak su?” Wawa bertanyakan tentang iPadnya yang berwarna merah jambu itu.
“Cantik. Wawa kena jaga elok-elok tau! Wawa bertuah sebab dapat hadiah yang mahal macam ni. Orang lain belum tentu dapat macam yang Wawa dapat. Mak su dulu masa kecik kecik, cuma dapat pergi makan kat pasar malam aje. Hadiah pun harapkan apa yang sekolah bagi.”
“Ye ke mak su? Tak bestlah. Kita belajar rajin rajin lepas tu dapat nombor satu, kena lah bagi hadiah. Kenapa atuk dengan nenek tak bagi hadiah pada mak su?”
“Dulu atuk dengan nenek kena berjimat-cermat sebab mama Wawa dan pak long pun masih belajar lagi. Buat apa nak membazir beli hadiah, kan? Sekolah dah bagi, cukuplah. Yang pentingnya atuk dan nenek gembira dengan pencapaian mak su. Mak su pun tak harapkan apa-apa.” Kutenung wajah Wawa seketika. Matanya berkejip-kejip seperti tak boleh menerima pandangan aku.
Last edited by ladyFinger12 on 11-3-2013 10:19 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Wawa tahu tak apa tujuan kita belajar rajin-rajin?” Aku menyoal.
“Supaya kita dapat markah cemerlang dalam peperiksaan. Barulah boleh dapat nombor satu, dapat hadiah.” Wawa begitu ceria menjawab.
Aku menggeleng. Dahi Wawa berkerut nipis. “Memang betul kalau kita rajin belajar, kita boleh dapat markah cemerlang. Tapi.....” Sengaja aku memberhentikan kata. Kupandang lagi wajah anak saudara sulung ku itu. Wawa menunggu dengan penuh tanda tanya.
“Jangan sandarkan niat kita belajar tu untuk mendapat hadiah. Kita tanamkan niat untuk menuntut ilmu. Belajar setinggi yang boleh kemudian kita curahkan pula ilmu kita itu dengan cara yang bermanfaat. Wawa tahu tak orang yang berilmu lebih ditakuti syaitan dari seribu orang abid?” Kata-kata Mujahid aku petik.
“Abid tu apa mak su?”
“Abid tu.... ahli ibadah. Orang yang kuat beribadat tapi ilmunya tak ada atau kurang. Jadi apa yang dia amalkan itu hanya ikut-ikutan atau amalan tanpa ilmu. Kalau tak ada ilmu, dikhuatiri ibadah dia tak betul, sia-sia ajelah, kan?”
“Wawa tak faham.” Aku tersenyum lagi. Wawa baru sembilan tahun, memanglah tak faham.
“Macam ni... kalau kita nak sembahyang, kita kena tahu cara-cara sembahyang. Betul tak?” Wawa angguk.
“Kalau orang tu sembahyang subuh tapi dia baca niat untuk sembahyang zohor, sah tak?” Wawa geleng.
“Kan sia-sia apa yang dia buat tu? ” Wawa mengangguk tanda faham.
“Itulah pentingnya ilmu. Nak sembahyang kenalah ada ilmu tentang sembahyang.” Wawa tersenyum kali ini. Mungkin dia sudah mulai faham apa yang aku perkatakan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|