CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: zarulnazmi

All about Neelofa : PEMINAT BERDO'A LOFA DAN FAHRIN DISATUKAN (p80) + video p81

 Close [Copy link]
Post time 18-1-2013 05:13 PM | Show all posts
muka sama cam lopak je si raline ni
eh cop.. dia ni bukan ex TMJ kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 05:15 PM | Show all posts
bekas tmj, xde org lain ke faliq
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 05:16 PM | Show all posts
better la lopak 10x dari raline nih kalo nak wat bini
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 05:20 PM | Show all posts
Wahhh...terang2 dah ngaku sekrg kapel ngan Hans. Bukan hari tu masih dok nafi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 05:27 PM | Show all posts
dahliateck posted on 18-1-2013 05:15 PM
bekas tmj, xde org lain ke faliq

Pompuan2 ni semua bekas2 somebody, pas tu somebody gak yg sambar. Yg pompuan tu tak kisah ke hinggap dari satu jantan ke satu jantan? Yg jantan pulak tak kisah ke dpt bekas orang, ada yg kawan lagi...maknanya dpt bekas kawan.

Hmm kalau setakat kapel jek ok lagi dpt bekas pun tp kalau dah terbarai, jantan2 ni tak kisah ke ha? Janji vogue. Mcm tu eh?

Donia...donia....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 05:30 PM | Show all posts
Lavender_Violet posted on 18-1-2013 05:27 PM
Pompuan2 ni semua bekas2 somebody, pas tu somebody gak yg sambar. Yg pompuan tu tak kisah ke hingg ...

tah, kalo iols laki, iols x hingin bekas2 org nih, sebab iols pun jenis yg menjaga harga diri

mungkin yg lakinyer pun jenis x kesah celop sana sini, so x kesah la kot pompuan yg dah dicelop sana sini

ya, iols sgt kolot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2013 06:17 PM | Show all posts
Vokuro posted on 18-1-2013 04:08 PM
karena dengan elaine beliau tahap bertunang,

dgn yg lain tu mcm era siap pi bercuti check in sama...duk condo damansara sama nak declare ape lagi....brp banyak gambar hans nak kuar....kuar gambar bogel kan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 06:24 PM | Show all posts
Lebat rejeki Lofa



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 06:29 PM | Show all posts
Pengacara TV Wanita Popular : Neelofa Caras Farah Fauzana?

18 January 2013 8:00 am         / [color=#9900 !important]8 comments




Siapa tidak kenal dengan pangacara dan penyampai radio terkenal Farah Fauzana. Secara umumnya Farah sebelum ini pernah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk dua kategori iaitu Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara Wanita Popular selama enam tahun berturut-turut dan ini membuktikan bahawa populariti Farah tidak dapat disangkal lagi.
Namun begitu, bagi ABPBH kali ini nama Farah sekali lagi tersenarai dalam top 5 untuk kategori Pengacara Wanita Popular menerusi program NONA, dan lebih mengejutkan lagi apabila nama rakan seperjuangannya, Neelofa turut tersenarai dalam kategori yang sama.
Oleh itu timbul persoalan dikalangan pihak media, adakah kemunculan Neelofa kali ini akan menggugat kredibiliti Farah dan tidakkah Farah rasa pelakon wanita tersebut akan mencaras kedudukannya sebagai pengacara popular?
“Orang kalau tak kenal dia (Neelofa) orang takkan tahu dia macam mana. Saya sangat seronok dan selesa bekerja dengan dia dan semasa dapat tahu kami sama-sama tercalon untuk kategori Pengacara Wanita Popular, saya gembira sebab ini menunjukkan orang suka menonton program NONA.”
“Ya, memang dia ada bergurau dengan saya mengenai soal itu, tapi bukan saya tak kisah. Bagi saya, sekiranya dia menang untuk kategori tersebut, saya pun gembira sebab dia menang untuk program yang sama dengan saya.”
“Saya bersifat ‘open minded’ bagi saya kalau dah menang sebanyak tiga kali berturut-turut itu pun dah ok.”
Memandangkan pada Februari ini Farah bakal menyambut ulangtahunnya yang ke 33, jadi timbul persoalan bilakah agaknya penyampai radio popular ini ingin menamatkan zaman bujangnya.
“Saya ada berusaha tapi semuanya tak pernah menjadi. Saya pernah ada teman lelaki tetapi itu 2,3 tahun lepas.”
“Kalau nak tahu masa belajar dulu saya pernah minta kebenaran dengan mak untuk berkahwin, tapi mak tak izinkan. Mungkin sebab itu jodoh saya lambat sampai. Iyalah, lagipun masa tu baru berusia 21 tahun dan masih lagi di tahun pertama.”
“Untuk umur sekarang saya sedang mencari pasangan hidup dan bukannya teman lelaki. Saya adalah seorang yang suka merancang dan disebabkan itu saya sudah buat persediaan untuk berkahwin. Cuma masa dan jodoh sahaja tak tahu lagi bila,” komen Farah sambil tergelak.


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 06:34 PM | Show all posts

Neelofa: Tolong Hormat Rumahtangga Orang!



[email protected]Teks oleh Kheme Rosly
Foto oleh Annas Easkey
KUALA LUMPUR, 18 JANUARI 2013: Tahun 2012 telah mencatatkan pelbagai kisah hangat dan kontroversi mengaitkan aktres dan pengacara popular, Neelofa.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, telah diberikan gelaran artis paling kontroversi sepanjang tahun lalu rentetan pemerhatian oleh pelbagai pihak media.
Di saat anak kelahiran Kelantan itu cuba menerima label yang diberikan kepadanya secara positif, Neelofa sekali lagi dihimpit dengan gosip yang baginya sangat tidak berasas sama sekali.
Hari ini di Utusan Online, Neelofa telah dikatakan mempunyai hubungan dengan adik kepada jutawan yang berstatus suami orang.

Dengan nada kesal dan kecewa dengan tuduhan tersebut, Neelofa merasakan ia tidak sepatutnya berlaku. Menurut pengacara Nona tersebut, cerita ini bukan sekadar melibatkan namanya, namun secara tidak langsung ia akan menyebabkan rumahtangga usahawan itu terjejas.

"Kadangkala pihak-pihak berkenaan harus lebih bijak dalam membuat sebarang cerita dan melihat semula akibat yang akan terjadi dek dakwaan sebegini. Apa yang dihebahkan itu bukan sahaja akan menjejaskan karier saya. Ia melibatkan ramai pihak apatah lagi usahawan itu merupakan suami kepada selebriti yang juga dikenali ramai.
"Mana datang cerita sebegini saya pun tidak tahu. Saya minta kalau anda mahu memburukkan sesiapa pun, tolonglah hormat pada hal-hal sensitif seperti rumahtangga. Ini bukan benda yang biasa atau boleh diambil mudah tetapi ia melibatkan perasaan orang lain.

"Saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana saya tidak mahu ianya diputarbelitkan di masa depan. Saya juga terkejut tersebarnya berita seperti ini pada tahun 2013 yang baru sahaja memasuki bulan Januari,"ujarnya dalam nada kesal.

Tidak menafikan bahawa mereka mengenali antara satu sama lain, Neelofa akui dia memang mengenali usahawan bidang automotif bertaraf selebriti itu sejak remaja lagi. Ini berikutan dari persahabatan di antara keluarga serta hubungan baik Neelofa dengan saudara usahawan tersebut.
"Di zaman remaja dulu memang saya berkawan dengan sepupu dia (usahawan) dan saya akui memang saya dan dia mengenali antara satu sama lain. Tetapi ketika itu saya baru tamat sekolah dan sering lepak bersama dia dan sepupu-sepupunya.

"Sekali lagi saya mahu perkara ini tidak digembar-gemburkan lagi bagi menjaga hati ramai pihak," jelasnya yang tidak mahu mengulas lanjut kerana bimbang akan lebih memburukkan keadaan.
Neelofa juga kemudiannya mengakui yang dia masih berkawan rapat dengan pelakon dan pengarah, Hans Isaac.

Pengacara Nona dan MeleTOP ini ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Serlahkan Keayuanmu, kolaborasi diantara pereka Nurita Harith dan Johnson & Johnson. Majlis ini menampilkan Neelofa dalam koleksi Gaya Ayu oleh pereka itu bersama Megan Tan dan pelakon Almy Nadia di Map, Publika, Solaris Dutamas, tengahari tadi.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 06:34 PM | Show all posts
ya ampun kasutttt..x menahan betul...camne die blh jalan pakai kasut tinggi bapak camnie..konpius aku..






Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 06:54 PM | Show all posts
nelopak tak lawa lah. rosmah mansor lg lawa
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 07:29 PM | Show all posts
setankuning posted on 18-1-2013 05:13 PM
muka sama cam lopak je si raline ni
eh cop.. dia ni bukan ex TMJ kah?

ha'ah iras neelofa..tp mata lofa lebih lawa

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 08:18 PM | Show all posts
solstice posted on 18-1-2013 06:34 PM
Neelofa: Tolong Hormat Rumahtangga Orang!

Nurita Harith? bukan kata dah x nk kerjasama lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 08:30 PM | Show all posts
wow cerita menarik!
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 08:33 PM | Show all posts
Neelofa xsesuai dgn hans.
Harap2 gosip jah tu.
Lebih baik neelofa dgn smfaliq...sgt sesuai.
Sama cantik, sama bijak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 08:56 PM | Show all posts
shachihata33 posted on 18-1-2013 08:18 PM
Nurita Harith? bukan kata dah x nk kerjasama lg ke?

Nurita harith di lantik oleh johnson's utk mereka fesyen utk majlis tu
Utk lofa.. almy nadia & megan
Suka x suka kena kerjasamalah uolsss
Kalau p&g trpaksa pilih antara nurita & lofa sah2lah depa akan pilih lofa
Nurita tu sapa
Kau ingat kau label versace???
Last skali kena lah telan balik kata2 hasil mulut cabul dia tu
Mungkin dia kena cermin diri sblm berkata2 next time

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:34 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 17-1-2013 10:45 PM
ayat propah utk cover adik jutawan tak layan mana pong

lelaki yang berzina adalah untuk perempuan yang berzina, perempuan yang berzina adalah untuk lelaki yang berzina

yang hak tidak akan bercampur dengan yang batil

tak salah berlaku sombong demi pertahankan maruah yang suci bersih anugerah ilahi, memelihara aib or kehormatan

beza lelaki perempuan dan  jantan betina cuma 1 saja

lelaki perempuan menjaga maruah
jantan betina menjual maruah

ingat pesan abe aji ni dan ingatkan abe aji akan pesan aku sendiri itu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:36 PM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 18-1-2013 09:34 PM
lelaki yang berzina adalah untuk perempuan yang berzina, perempuan yang berzina adalah untuk lelak ...

dah terlambat nak nasihat kat mokcik nehhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:54 PM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 18-1-2013 09:34 PM
lelaki yang berzina adalah untuk perempuan yang berzina, perempuan yang berzina adalah untuk lelak ...

Apa yang ko bebel niiiii...............?????????
Sapa yang berzina.........??????????
Lopak dah menafikan dia bercinta dengan laki Marion.
Lopak takda pun cakap dia bercinta dengan Hans.
So, patotnya ko bebellah hukum mempitnah orang lebih berat dosa dari berzina....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.333351 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list