Shazrina menghempaskan punggungnya di atas katil. Rasa nyaman udara air cond mula meresap ke kulitnya. Jambangan bunga yang diterima dicium bertalu-talu. Hatinya gembira bukan kepalang menerima hadiah dari orang yang paling istimewa dihati. Kad yang diterima dibaca berulang kali. Walaupun tiada kata-kata manis mahupun ucapan cinta tapi ia cukup bermakna buat Shazrina.
Dia dapat merasakan keikhlasan dari bait-bait tulisan pada kad itu. Bunga mawar merah itu dicium lagi... kini tangannya mencapai beg kertas pemberian Aliff. Dikeluarkan isi beg tersebut.
‘kotak apa ni?” Shazrina bermonolog dalaman. Kotak itu ditilik beberapa kali untuk mencari punca. Dia mahu membuka bekas tersebut. Kotak tersebut dibuka perlahan-lahan. Mata Shazrina membulat melihat isi kandung yang terdapat didalam kotak tersebut..
‘i’m sorry darling’ itulah perkataan yang dilihat pada coklat handmade yang terdapat didalam kotak tersebut. Bertambah terharu Shazrina melihat kata-kata tersebut. Sungguh cantik dan kemas susunan dan reka bentuk coklat itu. Sayang pula untuk dimakan. Sedang ralit Shazrina menilik coklat pemberian Aliff, telefon bimbit yang diletak diatas meja solek berdering. Dia bingkas bangun mendapatkan handset tersebut.
“Aliff..”seru Shazrina perlahan.. berdebar-debar jantungnya tanpa sebab.. otaknya ligat berfikir.. mahu mengangkat atau tidak panggilan dari Aliff. Perlu ke dipanjangkan rajuk yang sememangnya sudah terpujuk? Shazrina ke hulur ke hilir membawa telefon tersebut.. masih ragu-ragu untuk membuat keputusan dan akhirnya telefon itu berhenti berbunyi.
******
“waalaikummussalam..”jawab Shazrina perlahan... getar dalam suaranya cuba dikawal. Bikin malu sahaja kalau didengari oleh Aliff. Shazrina akhirnya menjawab panggilan Aliff setelah hampir 3 kali telefonnya berbunyi.
“awak dah dapat apa yang saya hantar?” bisik Aliff dengan nada yang lembut. Meremang bulu roma Shazrina mendengar nada suara Aliff.. makin bergetar jantung dibuatnya.
“err...er dah...” tergagap-gagap Shazrina membalas. Ya Allah malunya... asal hati aku ni panic semacam je.. tenang Shaz... tenang! Jangan kalut-kalau okey. Aliff ditalian sana hampir tersembur gelak mendengar bicara Shazrina yang berterabur.. terselah kegugupan gadis itu. Nampaknya peluang untuk memikat Shazrina semakin cerah.
“saya minta maaf ye Shaz... saya tahu saya tak patut marahkan awak, tinggalkan awak hari tu... pasal awak dengan Farah, mungkin awak lebih tahu dan arif. Saya tak patut masuk campur.”
“tak pe Aliff... mungkin salah saya yang kurang ajar hari tu.. tapi, awak percayalah saya tak kan jadi macam tu tanpa sebab.. kita lupakan je la kes hari tu.”
“jadi, awak dah boleh maafkan saya?” ringkas sahaja pertanyaan Aliff..
“kalo saya tak maafkan awak, tak adanya saya jawab call ni.” Ujar Shazrina bersama senyuman manis. Rasa debar perlahan-lahan pergi meninggalkannya. Mula berjaya membiasakan diri dengan suara romantik dari Aliff.
“makanlah coklat tu... saya buat sendiri.. special untuk awak.” Suruh Aliff seraya menukar topic kepada coklat pemberiannya... coklat yang dibuat khas untuk Shazrina dan dari hasil tangan sendiri.
“betul ke?? Mesti best. Tapi sayang la pulak....” Shazrina teruja mendengar kata-kata dari Aliff.. sudah terbayang rasa manis yang lazat mencair dilidahnya apabila memandang coklat pemberian Aliff. Hmmm sedapnya!
“laa kenapa pulak nak sayang... makan je la. kalau tak cukup hari-hari saya hadiahkan awak coklat tu.” Giat Aliff mesra.. bukan tidak kenal perangai Shazrina yang kuat makan terutamanya makanan manis.
“hish awak ni... sengaja nak menggemukkan saya.. saya sayang nak makan coklat tu pasal cantik sangat. Sweet pulak tu.” Puji Shazrina ikhlas.. berbunga-bunga hatinya setiap kali terpandang coklat yang pelbagai bentuk menarik itu menyapa matanya. Kali pertama dalam hidupnya mendapat hadiah berbentuk coklat... ada aura romantic mula tercetus dihati.
“pulak dah.. suka hati awak laa Shaz... asalkan awak bahagia.” Usik Aliff sebelum mereka sama-sama tergelak dihujung talian.. perbualan mereka berterusan sehinggalah kedengaran azan Asar di surau berdekatan. Masing-masing meminta diri untuk menunaikan tanggungjawab kepada yang Esa.
Last edited by misssakura on 10-12-2012 10:34 AM
|