[size=25.3492774963379px]YANG Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah dilahirkan pada 27 Oktober 1992 merupakan anak kedua daripada 10 orang adik-beradik di dalam keluarga Pengiran Haji Bolkiah bin Pengiran Haji Jaluddin bin Pengiran Haji Tajuddin dan Pengiran Hajah Noor'aismah binti Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Tengah.
YANG Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah bersama ayahanda dan bonda serta kakanda dan adinda-adindanya.
[size=25.3492774963379px]Abang sulung Yang Mulia Dayangku ialah Awangku Abdul 'Aziz Hafizuddin bin Pengiran Haji Bolkiah yang bertugas di Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, manakala adik-beradik Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah yang lainnya ialah Awangku Mohd. Ainul Yaqien; Dayangku Noor Batuul 'Afiqah; Dayangku Izzatul 'Afifah; Dayangku Duratul Majeedah; Dayangku Nur Hidayatul Maheerah; Awangku Mohd. Zainul 'Ariffin; Awangku Mohd. Irfan Hakeem dan Awangku Mohd. Izzul Yamin
@ Abdul Razeeq.
PENDIDIKAN
[size=25.3492774963379px]Dalam pendidikan awal, Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah bermula pada tahun 1997 hingga 2003, iaitu ketika berusia enam tahun di Sekolah Al-Falaah. Dalam tahun 2004 ketika berumur 12 tahun, Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah meneruskan persekolahannya di Sekolah Rendah Rimba I sehingga tahun 2005 kemudian di Sekolah Menengah Menglait (SMM) pada tahun 2006 hingga tahun 2009 dan meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Rimba pada tahun 2010.
[size=25.3492774963379px]Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah memperolehi kelulusan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pada tahun 2005 dan memperolehi kelulusan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) pada tahun 2008 serta kelulusan sijil peringkat GCE 'O' Level pada tahun 2010.
KERJAYA
[size=25.3492774963379px]Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah pernah menjalani penempatan kerja di BAG Networks sebagai System Data Analyst pada tahun 2012. Pada tahun 2013, Dayangku bertugas sebagai IT Instructor di HAD Technologies.
PENGALAMAN
[size=25.3492774963379px]Menceritakan pengalamannya, Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah adalah seorang yang berminat dalam bidang teknologi infokomunikasi. Dari itu, Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah telah mengikuti beberapa kursus dan kemahiran khususnya dalam bidang ICT. Pada tahun 2012, Yang Mulia Dayangku Raabi’atul `Adawiyyah telah memperolehi beberapa sijil kemahiran ICT antaranya Internet and Computing Core Certification; Microsoft Office Specialist; dan Adobe Certified Certificate, dan pernah mengikuti kursus ICT Youth Development Programme pada tahun 2012 hingga 2013.
KEGIATAN
[size=25.3492774963379px]Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah seorang yang aktif dalam kegiatan keagamaan dengan menyertai beberapa program dan pertandingan antaranya Peraduan Membaca Al-Qur'an bagi mewakili Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri 'Azimah Ni’matul Bolkiah pada tahun 2005 dan menyertai Pertandingan Membaca Al-Qur'an yang diadakan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah pada tahun 2005. Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah telah mengikuti Skim Tilawah Al-Qur'an Remaja pada tahun 2008. Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah juga telah menyertai Pertandingan Dikir Dabai'ie Di Antara Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara pada tahun 2008 bagi mewakili SMM.
[size=25.3492774963379px]Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah pernah mengikuti Program Membaca Mandiri Minda di SMM pada tahun 2005 dan juga pernah dilantik sebagai Ketua Prefek di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Berakas pada tahun 2006.
[size=25.3492774963379px]Semasa lapang, Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah juga meminati dalam bidang muzik dan sukan seperti permainan skuasy dan badminton.
[size=25.3492774963379px]Dalam kalangan rakan-rakannya yang akrab, Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah seorang yang mempunyai sifat peramah dan menghormati serta memiliki hati yang mulia. Begitu juga dalam kalangan kakanda dan adinda-adindanya, Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah seorang kakanda yang penyayang terutama rapat dengan adindanya yang bongsu Awangku Mohd. Izzul Yamin @ Abdul Razeeq. Ketiadaan ayahanda dan bondanya keluar bekerja, Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah banyak memberi perhatian kepada mereka, di samping mengajar bacaan Al-Qur'an kepada adinda-adindanya.
[size=25.3492774963379px]Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah juga semasa lapangnya suka membaca buku-buku agama Islam terutamanya mengenai peranan wanita Muslimah.
Last modified on Wednesday, 01 April 2015 00:49