CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sakurakuri

Taufiq buat Hidayah

  [Copy link]
Post time 15-10-2011 09:56 AM | Show all posts
nak n3 panjang sikit ....huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2011 04:54 PM | Show all posts
salam....apa kata hujung minggu macam ni kita sambung sikit...sikit je la ye..hehe

“Eh, apa ni jalan laju-laju. Jatuh kang kan dah malu.” Taufiq tarik bahu Dayah perlahan. Supaya Dayah jalan perlahan sikit.

Dayah tepis jari-jari Taufiq yang mendarat atas bahunya itu. Yalah, kalau biar lama-lama kat situ sah-sah lah sudu garfu dia tu merayap tak tentu fasal.

“Ok, sori, sori.” Taufiq pegang tangan Dayah lagi. Dibiarkan saja.

“Sori naik lorilah.”

“Elleh, tak ada modal lain, kalau sori mesti suruh naik lori.” Taufiq pandang kiri kanan bila perasan mata Dayah tajam macam helang.

“Hehe...sikit sikit marah, sikit-sikit marah. Sensitip betul! ‘sesuatu’ ke?”

“Sesuatu?” Hidayah pandang Taufiq lagi. Jari-jarinya Taufiq bawa ke mulut. Kemudian disapu-sapu ke pipinya. Macamlah pipinya lembut sangat. Sudahlah berbulu, berjerawat pula.

“Alah..buat-buat tanya pulak. Macamlah dia tak tahu. penyakit sendiri takkan tak tahu kot.” Taufiq angkat kening pada Dayah.

“Kan?”Taufiq tanya lagi. Hai, tunjuk muka mintak penampar saja mamat ni.

“Saya tak faham en. Taufiq!”

“Ala...pura-pura dalam perahu. Kura-kura tidak tahu.”

“Ok...faham.” lebih baik jawab faham saja. kalau tak faham akan lebih sakit jiwa kalau dengan Taufiq. Agak-agaknya macam manalah dia ajar anak muridnya dalam kelas ye?

“ok, kita berpecah. Sebab saya nak pilih barang saya sendiri.” Dayah terus hala ke bahagian barang basah.

“Eh, apa pulak. Ingat tengah perang ke nak main berpecah-pecah.” Taufiq buat muka tidak puas hati. dahinya berkerut seribu.

“masalahnya awak ni banyak bawa banyak masalah pada saya!.”

“Kan?” Dayah senyum. Kesihan pula bila Taufiq buat muka tidak puas hait begitu. Manja bukan main.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 09:35 AM | Show all posts
Reply 282# sakurakuri


    Nk lg!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 08:13 AM | Show all posts
"sesuatu"
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 12:20 PM | Show all posts
sakura..
hari ni ada sesuatu tak?? {:1_137:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2011 03:46 PM | Show all posts
Reply 285# ct8076


hehe..hari ni tak tahu lagi. malam2 nanti adalah kot..tu pun kalo rajin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2011 04:43 PM | Show all posts
nk lg!

lapar.......ngeh..ngeh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2011 05:02 PM | Show all posts
x de smbgn lg la....huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2011 08:42 PM | Show all posts
sambung lg yer...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 12:21 AM | Show all posts
sambung plizzzz
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 08:46 AM | Show all posts
x der la laaaaa..........
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 12:08 PM | Show all posts
sambungla lagi....................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2011 10:33 PM | Show all posts
Balik saja ke rumah, Dayah terus menuju ke sofa dan mengadap tv. Taufiq ikut serta. Penatnya!

“Hurmm..”Dayah mengeluh perlahan.
       
“Kenapa?”
       
“Tangan awak tu.”
       
“Ops, tak sengaja.” Taufiq berkata perlahan. Namun tangannya masih lagi di situ. Di belakang Dayah. Rambut Dayah yang panjang tu Taufiq belai. Lembut.

Perlahan-perlahan Dayah ke depan sedikit, supaya tangan Taufiq tidak pegang belakangnya lagi. Bila Taufiq masih begitu, Dayah tolak tangan Taufiq supaya jauh.
       
“Dayah, kenapa ya, kamu begini?” Dayah diam saja. Bukan dia tidak perasan yang Taufiq nampak muram begitu. Malah dia sudah bahasakan dirinya ‘saya’ pula. Tiba-tiba. Tadi, masa di luar bukan main ceria lagi. Nakal bukan main sampai pening Dayah nak melayannya.
       
Taufiq padang wajah Dayah lama-lama. Bila melihat Dayah, dia jadi rindu. Betul-betul rindu walaupun Dayah depan matanya saja. Tapi ini lain, dia seperti kabus, nampak, tapi mampukah tangan Taufiq sentuh? Jari-jari Dayah Taufiq ramas perlahan.

Dia betul-betul harap Dayah balas gemgaman tangannya, dia betul-betul harap Dayah balas pandangannya.

Sekali pun cukuplah, Dayah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2011 10:38 PM | Show all posts
“Dayah.” Taufiq selak rambut-rambut yang menutupi telinga Dayah perlahan-lahan. Risau Dayah rasa geli. Dayah memang sengaja tidak mahu respon apa-apa. Malah dia panggil pun Dayah sikit pun tidak berkutik.
       
“Hurmmm..”Keluhan berat terletus dari bibirnya. Perlahan-lahan Taufiq bangun meninggalkan Dayah sendirian di ruang tamu. Tiba-tiba terasa yang cuma dia sahaja yang berusaha untuk bahagia. Cuma dia yang bertepuk tangan sebelah, tapi orang tidak endah.
       
Masuk ke bilik, tiada apa yang dia boleh lakukan kecuali mengenang dan mengenang. Kenapa Dayah begitu? Akhirnya dia lelap begitu sahaja. Penat mengharap. Penat menunggu.

************
       
Dayah sebal. Apa kenalah dengan dia hari ni? Rasa bersalah menyerbu ke dalam hati. sungguh, dia tiada niat sikit pun untuk tidak peduli. Cuma dia leka...Taufiq membelainya begitu...dia terbuai sendiri, dan dia mengharapkan lebih dari itu.

Ah, ini memang melampau.
       
Petang itu masing-masing di bilik. Tadi Dayah rasa mahu saja dia menyerbu ke bilik Taufiq, tapi dia malu amat. Nanti mesti Taufiq ingat dia menyerah diri lagi. Dan sekarang, rasa bersalah itu mengekornya ke mana-mana.
       
Tok, tok...pintu bilik Dayah di ketuk dari luar.

Akhirnya! Dayah sudah senyum.
       
“Saya nak keluar.” Taufiq berkata sepatah. Amboi, seriusnya.
       
Dayah tidak sempat bertanya ke mana? Dia tercegat saja di pintu biliknya. Bila Taufiq sudah di pintu utama baru Dayah perasan nak bertanya.
       
“Awak!” Taufiq terus keluar tanpa hiraukan jeritan Dayah yang panggil namanya.
       
“Awak!” Dayah panggil lagi. Sampai akak depan rumah tu tilik ikut tingkap.
       
“Awak....”Akhirnya panggilan itu mati di situ. Dayah sebal. Ada rasa ralat pula. Taufiq berubah terus. Apa sudah jadi?

Ehmm...mungkin tak ada apa-apa tu. Entah-entah saja-saja nak mengenakan aku lagi.
       
Semasa melalui peti ais, Dayah patah balik ke belakang. Di perhatikan pintu peti ais itu. Dia amati betul-betul. Eh, mana kertas syarat-syarat yang Taufiq tampal tu? Dayah garu kepala yang tidak gatal. Dia berlari ke biliknya, membelek di pintu biliknya.
       
Kosong.
       
Kertas itu tiada lagi di situ.
       
Tiba-tiba Dayah rasa kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 08:17 AM | Show all posts
taufiq dh merajokkk
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 08:20 AM | Show all posts
pas ni turn dayah plak memujuk taufiq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 08:27 AM | Show all posts
saja je kot TAUFIK nak tgk camne DAYAH pujuk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 08:47 AM | Show all posts
bestttt
budak88 Post at 15-10-2011 01:47



hehe..budak bile nak sambung cerita ko yg best tu...sambung la eh.eh..eh...eh....best citer tu.{:4_181:} {:4_181:}
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 08:48 AM | Show all posts
Taufik dah merajuk ngan Dayah
Terpaksalah Dayah buat strategi nak menangi semula hati Taufik
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:02 AM | Show all posts
hmmmm....taufik dah majuk dah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.268116 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list