|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: COLLECT MOMENTS NOT THINGS
[Copy link]
|
|
Lebih 100 kanak-kanak GISBH masih ikuti modul pemulihan khas MAIS
[size=14.399999618530273px]Abdul Aziz melepaskan Konvoi Bantuan Banjir MAIS ke Kelantan, Terengganu dan Kedah hari ini. - Foto NSTP/Norzamira Che Noh
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
SHAH ALAM: Lebih 100 kanak-kanak GISB Holdings (GISBH) yang belum dituntut keluarga masih mengikuti modul pemulihan khas yang dilaksanakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata kesemua kanak-kanak itu masih ditempatkan di rumah kebajikan seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di ibu negara.
Katanya, masih terdapat sebahagian daripada kanak-kanak itu belum dituntut keluarga dan dalam proses pengesahan identiti. "Kita (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga kini masih meneruskan modul pemulihan khas kepada kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang tidak berdaftar. "Cara sembahyang (solat), bacaan, hukum dan sebagainya sebab selama ini mereka tidak dapat pendedahan itu. Untuk akademik biasa, itu tanggungjawab Kementerian Pendidikan (KPM)," katanya kepada pemberita selepas melepaskan Konvoi Bantuan Banjir MAIS ke Kelantan, Terengganu dan Kedah di sini, hari ini. Media sebelum ini melaporkan MAIS membangunkan modul khas itu dengan kerjasama JAIS dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) sejak 1 Oktober lalu. Seramai 20 guru al-Riqab turut terbabit mengajar di rumah kebajikan berkenaan bagi pemulihan akidah ke atas 261 kanak-kanak yang terlibat dalam isu GISBH. Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata, MAIS tampil menyumbang RM598,600 bagi menyantuni mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Beliau berkata, sumbangan berkenaan meliputi peruntukan daripada Baitulmal MAIS, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS); Lembaga Zakat Selangor (LZS); Perbadanan Wakaf Selangor (PWS); Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE); Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS). Katanya, turut menyumbang ialah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Tabung Infak Jariah Umat Islam (TIJARI). "Daripada jumlah RM598,600 itu, sumbangan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berjumlah RM84,200; Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjumlah RM50,200 dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) RM44,200. "Masing-masing menerima sumbangan wang tunai dan dalam bentuk makanan asas serta keperluan barangan yang diserahkan melalui masjid terpilih di negeri berkaitan untuk diagihkan kepada penduduk yang terkesan akibat banjir," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1336471/lebih-100-kanak-kanak-gisbh-masih-ikuti-modul-pemulihan-khas-mais
|
|
|
|
|
|
|
|
Potensi buli, provokasi dalam PLKN 3.0 - Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
[size=14.399999618530273px]Foto fail NSTP
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Potensi insiden buli dan provokasi antara peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, antara kebimbangan dibangkitkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Keselamatan. Jawatankuasa itu dalam laporannya yang dibentangkan di Parlimen semalam, berkata walaupun percubaan yang akan dilaksanakan bulan depan tidak membabitkan hubungan 'junior-senior' antara peserta, isu berkenaan dibimbangi masih boleh berlaku. "Pengawasan 24 jam ke atas peserta dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) sedang dirancang untuk menangani isu berkenaan. "Pengambilan peserta PLKN 3.0 juga mesti mengambil kira rekod disiplin mereka," menurut laporan jawatankuasa berkenaan.
Pada 7 Disember lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata kes buli dijangka tidak akan berlaku pada PLKN 3.0 nanti.
Beliau dilaporkan berkata, pihaknya mengambil kira isu berkenaan hanya akan berlaku jika peserta duduk bersama selama empat tahun seperti di universiti. "Jadi, saya percaya oleh kerana mereka tidak akan ada bersama tak sama seperti kadet yang belajar dalam universiti, jadi kemungkinan soal-soal seperti buli dan dera itu mungkin tidak akan berlaku," kata Mohamed Khaled. Dalam pada itu, laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai keselamatan turut menyatakan mereka yang terbabit dalam jenayah serius atau yang mempunyai kes mahkamah yang sedang berlangsung tidak dibenarkan menyertai PLKN 3.0. Jawatankuasa berkenaan turut menyatakan keperluan untuk mengkaji semula kos keseluruhan bagi pelaksanaan program berkenaan, termasuk peruntukan RM4 juta untuk latihan percubaan selain kos RM38.6 juta untuk keseluruhan program pada 2025. Laporan berkenaan menyatakan kajian itu adalah perlu bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti kewangan terhadap dana yang diperuntukkan dan digunakan, juga turut diketengahkan. "Terdapat kebimbangan mengenai isu pembaziran, seperti perbelanjaan logistik, sewa bas dan kos pakaian seragam. "Kajian lanjut juga bagi mengelakkan kekurangan dalam pengurusan kewangan seperti yang dialami dalam pelaksanaan program latihan sebelum ini," katanya. Menyentuh mengenai elaun RM8 sehari yang bakal diberikan kepada peserta sepanjang program PLKN 3.0, jawatankuasa berkenaan menganggap jumlah berkenaan sebagai tidak mencukupi.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1336477/potensi-buli-provokasi-dalam-plkn-30-jawatankuasa-pilihan-khas
|
|
|
|
|
|
|
|
huhu
bizi lah tashu
next year baru boleh bercuti nampaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
pagi pergi pasar ke?
iolss tgk dekat fb sana kalau jumaat banyak pasar pagi
ke tiap2 hari ada?
|
|
|
|
|
|
|
|
haah
orang kirim ke iolss suruh beli rempah kuzi kat pasar pun iolss tak jumpa
exclusive betul kuzi
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca buruk landa 9 negeri petang ini
Gambar hiasan
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 3 petang ini. MetMalaysia memaklumkan negeri-negeri yang terlibat adalah Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah. “Di Perak, kawasan yang diramal terlibat adalah Hilir Perak. Sementara di Pahang, ribut petir berlaku di Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Keadaan yang sama turut menjejaskan Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Melaka meliputi keseluruhan kawasan. “Cuaca buruk ini juga diramal berlaku di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau,” tambahnya. Sementara itu, di Sarawak, ribut petir dijangka menjejaskan kawasan Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang. Sabah turut tidak terkecuali, hujan lebat dan angin kencang berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar). Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan banjir kilat, tanah runtuh dan risiko pokok tumbang berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/13/cuaca-buruk-landa-9-negeri-petang-ini/
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua lelaki tular didakwa merompak lapan wanita
Saimen (depan), Alex (tengah) dan Rishitharan ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini.
KLANG – Dua lelaki yang sebelum ini tular menoreh lengan wanita ketika menyamun didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas lapan pertuduhan melakukan rompakan bersiri terhadap lapan wanita selama dua bulan bermula Oktober lalu selain menyebabkan kecederaan pada mangsa berkenaan. Kedua-dua mereka, G. Saimen , 26, dan T. Rishitharan, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Noridah Adam.
Turut membuat pengakuan tidak bersalah adalah abang kepada Saimen iaitu Alex, 28, kerana menyimpan barangan curi.Kesemua perbuatan itu dilakukan terhadap lapan wanita berusia 23 hingga 69 tahun di sekitar Taman Sentosa, Bandar Bukit Tinggi, Pandamaran dan Bandar Klang antara 26 Oktober hingga 17 November lalu.Kedua-dua mereka juga didakwa empat lagi pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap empat lagi wanita lain mengikut Seksyen 394 Kanun sama.
Kesemua perbuatan itu dilakukan terhadap lapan wanita berusia 23 hingga 69 tahun di sekitar Taman Sentosa, Bandar Bukit Tinggi, Pandamaran dan Bandar Klang antara 26 Oktober hingga 17 November lalu.
Sabit kesalahan bagi kedua-dua seksyen untuk setiap pertuduhan boleh penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat. Alex pula didakwa menyimpan sebuah telefon pintar hasil rompakan jenama Samsung Galaxy milik seorang wanita berusia 58 tahun di Taman Sentosa Perdana kira-kira pukul 4 petang pada 21 November lalu. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda. Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi tidak mencadangkan sebarang jaminan susulan kesalahan dilakukan adalah serius dan tidak boleh dijamin. “Ini kerana kes yang disabitkan terhadap tertuduh (Saimen dan Rishitharan) adalah banyak dengan modus operandi yang sama selain terdapat kebarangkalian tertuduh melarikan diri,” katanya. Bagaimanapun, Peguam Atifah Muhammad memohon ketiga-tiga anak guamnya itu dibebaskan dengan jaminan dan bersedia mematuhi syarat tambahan yang akan diperintahkan mahkamah. Hakim bagaimanapun hanya membenarkan Alex sahaja untuk diikat jamin bersama seorang penjamin. Sebutan semula kes ditetapkan 23 Januari depan. Kosmo! sebelum ini melaporkan perbuatan jahat dua lelaki merompak dua beranak dan menoreh lengan salah seorang daripada mereka memakan diri selepas diberkas masing-masing pada 17 dan 24 November lalu di sekitar Taman Sentosa Perdana, Klang. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/13/dua-lelaki-tular-didakwa-merompak-lapan-wanita/
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki kena penjara curi rim tayar di Marina Island
Muhammad Badarudin dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini.
LUMUT – Seorang lelaki dihukum penjara setahun tiga bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini, hari ini ekoran mencuri rim tayar sebuah kereta di Marina Island pada 22 November lalu. Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Badarudin, 39, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 10 Disember dan tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah mencuri dua rim bersama tayar jenama Toyo kereta jenis Honda City milik seorang lelaki berusia 33 tahun. Kesalahan berkenaan dilakukan tertuduh di tempat parkir berbayar Marina A1-E14 Lumut dalam daerah Manjung sekitar pukul 3 petang pada 22 November 2024. Muhammad Badarudin dituduh mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan denda. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hairol Jemain manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, A Sive Ganesh. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/13/lelaki-kena-penjara-curi-rim-tayar-di-marina-island/
|
|
|
|
|
|
|
|
@nuki12 ke tak balik lagi |
|
|
|
|
|
|
|
tashu tag iolss tak dapat noti pun |
|
|
|
|
|
|
|
last noti iolss tashu wished pagi 11/12? |
|
|
|
|
|
|
|
tari reply iolss pun tak masuk noti |
|
|
|
|
|
|
|
2 bulan masuk Islam, bekas isteri Keith Foo nikahi pengarah filem
KIM dan Zahir selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup semalam.
PETALING JAYA – Bekas isteri kepada pelakon Keith Foo yang juga model, Kim Raymond kini sah bergelar isteri kepada pengarah filem, Zahir Omar semalam. Difahamkan, majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga serta rakan terdekat kedua-dua belah pihak. Menerusi beberapa perkongsian yang diulangsiar Kim dalam Instagramnya, dia kelihatan anggun mengayakan busana rekaan Adila Long manakala Zahir pula mengenakan baju Melayu warna sedondon. Pada majlis pernikahan itu, Zahir turut menyerahkan masa kahwin sebanyak RM800 kepada pihak pengantin perempuan. Terdahulu, pada 24 Oktober lalu, Kim memeluk agama Islam selepas melafazkan dua kalimah syahadah di Markas Al-Khadeem iaitu sebuah komuniti Islam yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Lafaz tersebut dipimpin oleh Presiden Al-Kahdeem iaitu Datuk Sheikh Hussain Yee.
Foto ketika Kim membuat lafaz berkenaan turut dikongsi menerusi Instagram New Muslim Community yang banyak berkongsi tentang kisah saudara baharu Islam. Untuk rekod, Kim pernah berkahwin dengan Keith pada 2015 sebelum mereka bercerai pada Disember 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia tujuh tahun. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/13/2-bulan-masuk-islam-bekas-isteri-keith-foo-nikahi-pengarah-filem/
|
|
|
|
|
|
|
|
Hidup memang ‘keras’, Nora angkut anak jumpa psikiatri
NORA Ariffin mengakui sedang menjalani sesi terapi bersama pakar psikiatri sejak enam bulan lalu. - SADDAM YUSOF
PETALING JAYA – Melalui pelbagai ujian sepanjang tahun ini, penyanyi Datuk Nora Ariffin mengakui menjalani sesi terapi bersama pakar psikiatiri bagi memastikan kestabilan kesihatan mentalnya. Menurut Nora, 51, bukan sahaja dirinya, anak-anaknya juga turut menjalani sesi terapi tersebut sejak enam bulan lalu dan menunjukkan hasil yang positif. “Secara jujur kalau tanya bagaimana saya stabilkan fikiran selepas melalui banyak perkara termasuk pemergian ibu baru-baru ini, saya sebenarnya bertemu dengan pakar psikiatri sejak enam bulan lalu. Bukan sahaja saya, anak-anak juga. “Adakalanya kita tidak tahu, dalam menempuh kehidupan memang banyak dugaan dan mahu membesarkan anak-anak juga banyak cabaran.
“Ini bagi saya bukan benda tak baik tetapi untuk elak kesihatan mental terjejas. Hasil, memang nampak perkembangan yang baik kepada kami semua,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, semalam. Ujarnya, sesi terqpi tersebut bukan sahaja untuk kesihatan mental tetapi juga membantu untuk menjadi seorang individu termasuk sebagai ibu yang lebih baik. “Saya tidak pernah kata diri sendiri betul dan tidak terlepas daripada membuat keputusan salah atau melakukan kesalahan. “Namun, saya bukan seorang ibu yang sempurna tetapi kalau boleh mahu jadi terbaik untuk anak-anak.
“Jadi, saya tak mahu semua kesalahan dan masalah sendiri beri kesan negatif kepada mereka. Membesarkan anak tanpa ayah kandung sangat mencabar terutama, anak perempuan remaja. Hidup memang ‘keras’ tetapi perlu hadapi juga,” jelasnya. Berkongsi tentang konsert solo pertamanya yang bakal berlangsung pada 18 Disember depan, Nora mengakui perasaan teruja melebih daripada rasa gementar. Namun akuinya, kerisauannya untuk konsert tersebut adalah tentang sambutan ramai termasuk penjualan tiket. “Ketakutan saya ialah persoalan yang timbul dalam fikiran iaitu masih adakah mahu hadir ke konsert dan melihat saya menyanyi?
“Adakalanya fikir perasaan macam okey tetapi sebenarnya risau ditambah pula banyak penganjuran konsert penyanyi lain dan saya pula bukan lagi dalam liga mainstream yang kerap muncul pada persembahan berskala besar. “Jadi semua itu membawa kepada kebimbangan juga untuk penganjuran konsert ini. Namun, syukur alhamdulillah, penjualan tiket berjalan dengan baik. Saya tidak mengharapkan terus ‘sold out’ sebab sedar diri.” ujarnya.
Pemilik nama penuh Wan Norafizah Wan Ariffin itu juga bersyukur dapat bekerja bersama Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik dan Jennifer Thompson pula selaku pengarah persembahan untuk konsertnya. “Sebenarnya, mengadakan konsert bersama dua figura ini merupakan ‘wasiat’ yang pernah ditinggalkan suami saya, Allahyarham Johan Nawawi. “Katanya, kalau nak buat konsert, mereka perlu ada. Jadi, impian arwah tercapai, walaupun dia sudah tiada, saya akan realisasikan impiannya dengan penganjuran konsert solo ini. “Syukur, hasil kerja keras sejak lebih dua dekad terbayar. Tidak sabar nak hiburkan peminat nanti,” jelasnya yang bakal mendendangkan sebanyak 17 buah lagu pada konsert itu nanti. Terdahulu, pada 19 November lalu, pelantun lagu Samudera itu kehilangan ibu tersayang, Wan Azizah Wan Ismail. Sejak beberapa bulan lalu, Nora juga tidak terlepas daripada dihambat kontroversi termasuk muat naik video diceraikan dan ‘perang’ bersama anak tirinya dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/13/hidup-memang-keras-nora-angkut-anak-jumpa-psikiatri/
|
|
|
|
|
|
|
|
Jiran ugut bunuh gaduh sebab antena TV
Gambar hiasan
KLUANG – Angkara memasang antena televisyen melepasi kawasan rumah, seorang penganggur membuat ugutan bunuh terhadap jirannya dalam kejadian pergaduhan di Taman Megah di sini, Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, lelaki berusia 49 tahun itu bagaimanapun ditahan polis untuk membantu siasatan.
“Suspek telah mengarahkan jirannya supaya mencabut antena dipasang melebih kawasan rumahnya dan berlaku pertengkaran sebelum pengganggur itu mengugut untuk membunuh.
“Bimbang dengan kejadiannya itu, jirannya berusia 30 tahun tampil ke balai polis membuat laporan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Bahrin berkata, susulan laporan itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kluang, menahan suspek lelaki tempatan di rumahnya pada semalam (Khamis). Katanya, berdasarkan rekod lampau suspek mempunyai 17 kes berkaitan dadah dan jenayah. “Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang pada hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/13/jiran-ugut-bunuh-gaduh-sebab-antena-tv/
|
|
|
|
|
|
|
|
ganasnya orang johor |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|