CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jaza2008

[LUBUK KEDIT]-GARAPKAN IDEA KREATIVITI ANDA DALAM BENTUK TULISAN/KARANGAN

[Copy link]
 Author| Post time 9-6-2011 09:22 AM | Show all posts
Reply 280# AceHand


    hahahaha... pok cik ace mmg berbakat tul....
aku terbaca dalam versi syair zaman dolu2....
kelakar pun ada....


so sapa yg 'terkena' tu?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2011 04:02 PM | Show all posts

Hah! Hah! Hah!

Reply  AceHand


    hahahaha... pok cik Ace mmg berbakat tul....
aku terbaca dalam versi syair ...
Jaza2008 Post at 9/6/2011 09:22





Itulah masalahnya syair... Bila dah tahu syair memang susah nak baca 'normal'... Nak kena 'berlagu' jugak... Tapi kan aku ingat topik ni takde worang jengok dah... Hik! Hik! Hik!


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 05:05 PM | Show all posts
Reply 282# AceHand


    kami sentiasa menjengok setiap topic tuk tgk perkembangannya...
dialu-alukan setiap hari kalu pok cik ace sudi nak bersyair gurindam hari2 kat sini...
sambil2 pau tacang dari mek jingg.....(dia terlbih dahulu cpt dari i tuk tabur tacang tu)...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:05 PM | Show all posts
Reply 280# AceHand

Buang karan betui......
ropanya letrik tadak...ceh!!!!

haa..ni aku punya cerita....


Alkisah tersebutlah kisah disuatu masa, lebih kurang minggu lepas. Aku meng'on'kan komputer aku seperti biasa dengan semangat yang berkobar2 mahu menyambung semula penulisanku yang masih terbantut. Puasku tekan...kutekan..ku tekan...namun langsung tak mau hidup komputer ni...

Maka aku pun sungguh gundah gulana...puas bertanya kepada yang pakar sekelilingku...mengapa komputerku jadi sebegini rupa...maka berkatalah si pakar..."memandangkan kepada keadaan komputer yang hidup tak mahu..asyik nak mati ni...sahih ada dua kemungkinan....yang pertama ya....mungkin windowsnya sudah corrupt...dan kemungkinan yang kedua pula ya....mungkin hard dicsnya sudah corrupt...maka dengan sebab itu....dia tidak mahu hidup meski puas dihidupkan"

Aku pun gundah gulana segulananya....semalaman aku berfikir dan berfikir....semua fail2 aku ada di dalamnya...kalau setakat windows rosak, tak apa....sekurang2nya masih ada harapan untuk aku mendapatkan kembali semua fail2 aku...terutama semua fail2 novel yang pernah kutulis sejak zaman tok kaduk dan yang sedang under construction tu....

Akan tetapi...jika hard dics yang corrup....alamat makan hati berulam jantunglah aku siang malam.....wawaawwawawawa....aku tidak dapat menerima hakikat jika itu benar2 berlaku! lupuslah semua kerja2 ku selama berzaman ini....

Maka, pada keesokan harinya, dengan semangat waja bak pejuang, ku galas beg laptopku menuju ke sebuah pasaraya besar gedabak yang menempatkan sebuah bengkel membaiki laptop.....mamat bangla baik hati tersenyum manis menyambut kedatanganku...lalu dengan muka tempoyak basi, kuhulurkan laptopku seraya berkata " tolonglah inchek...laptop saya tak boleh bukak ni...."

Tapi...bila abang bangla itu menekan suis laptopku, tetiba laptopku menyala....dibukanya belakang laptop lalu ditarik satu keping besi nipis..." Adik...u punya laptop tarak rosak...cuma hard disc dia ada siiiiikiiiiittt longgar....."

Aku ternganga....terlopong....memandangnya. "Itu saja?" soalku. Dia angguk lalu meutup kembali laptopku. Ku belek kembali laptopku. benar...gambar robocop sebagai wallpaper pun sudah menampakkan dirinya. Aku tersengih lebar....

"Sorry...ya...sorry ya...." dengan lubang hidung yang kembang kembis....aku melangkah pulang dengan hati yang girang maha hebat!

Sekian ceritaku. Sekadar nak berkongsi saja...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 10:16 AM | Show all posts

Eh!

Post Last Edit by AceHand at 18-6-2011 22:33
Reply  AceHand

Buang karan betui......
ropanya letrik tadak...ceh!!!!

haa..ni aku punya ceri ...
fizziany Post at 17/6/2011 22:05





Ko pong ada masalah jugak...? Len kali panggel ajer Super Grover... Hah! Hah! Hah!

Pepe pong hari ni aku nak nyanyi jer lar... Oleh sebab aku sokong bahasa 'kebangsaang'... Jadi aku nak nyanyi lagu 'melayu' lar hari ni...



MASIH MENYINTAIMU

Muzik: Rudolf Schenker
Lirik: Klaus Meine
Perosak: AceHand


Masa... Ia perlukang masa...
Untok memenangi semula cintamu lagi...
Aku akang berada di sana... Aku akang berada di sana...

Cinta... Hanya cinta...
Boleh bawa pulang cintamu suatu hari
Aku akang berada di sana... Aku akang berada di sana...

Lawan... Sayang aku akang lawan...
Untok memenangi semula cintamu lagi...
Aku akang berada di sana... Aku akang berada di sana...

Cinta... Hanya cinta...
Boleh merobohkang tembok itu suatu hari...
Aku akang berada di sana... Aku akang berada di sana...

Jika kita pergi semula...
Daripada permulaang awal...
Aku akang cuba ubah...
Segala perkara yang membunoh cinta kita...

Egomu sudah membina tembok... Yang kukoh...
Yang aku tak dapat tempohi...
Adakah benar tiada peluang...
Untok mulakang semula lagi...?
Aku cintakangmu...

Cuba... Sayang cuba...
Untok mempercayai cintaku lagi...
Aku akang berada di sana... Aku akang berada di sana...

Cinta... Cintamu...
Tidak sepatotnya dicampak pergi...
Aku akang berada di sana... Aku akang berada di sana...

Jika kita pergi semula...
Daripada permulaang awal...
Aku akang cuba ubah...
Segala perkara yang membunoh cinta kita...

Egomu sudah membina tembok... Yang kukoh...
Yang aku tak dapat tempohi...
Adakah benar tiada peluang...
Untok mulakang semula lagi...?

Jika kita pergi semula...
Daripada permulaang awal...
Aku akang cuba ubah...
Segala perkara yang membunoh cinta kita...

Ya aku mencabar egomu... Dan aku tahu...
Apa yang sudah kau tempohi...
Kau patot beriku peluang...
Ini tak mungkeng penamatnya...

Aku maseh cintakangmu...
Aku maseh cintakangmu...
Aku perlukang cintamu...
Aku maseh cintakangmu...
Maseh cintakangmu... Sayang...


Jizzz... Klong! Klong!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 12:34 AM | Show all posts
Entah mengapa hari ini hatinya diserang resah yang amat hebat. Sejak bahang matahari menjengah di celah tingkap biliknya, badannya masih tidak berganjak daripada pembaringannya. Badannya kaku di atas katil, namun mindanya ligat melayan resah yang semakin memuncak. ARghh!!. dia merasa ingin menjerit, namun suaranya seakan-akan tersekat di celah kerongkong. Bilik yang dingin itu dirasakan seperti bahang yang membakar.

Pandangannya dialih ke sisi tubuhnya. Pembaringan di sebelahnya kosong. Dia maklum tentang itu. Sudah dua malam dia tidur bersendirian, melayan mimpi keseorangan, tapi dia tidak kisah, kerana dia tahu teman sekatilnya itu meninggalkannya buat sementara untuk bekerja, mencari nafkah buat mereka sekeluarga. Ya, begitulah yang selalu dikatakan teman sekatilnya itu bila ingin meninggalkannya berseorangan.

" Yah, malam ni abang tak balik. Out station Yah"
" Berapa hari abang outstation? Yah sunyi lah kalau abang tak ada"
" Abang pergi 2 hari je Yah. Nanti hari Selasa abang balik"
" Abang selalu tinggalkan Yah sorang-sorang. Kalau abang tak pergi tak boleh ke?"
" Apa nak buat Yah, abang ni kuli je, kalau tak pergi nanti bos marah. lagipun abang pegi kerja untuk cari nafkah jugak Yah"

Sehinggalah malam tadi, lenanya terganggu dek jeritan telefon yang melolong minta diangkat. Dalam mamai yang masih tebal, dia melekapkan gagang di telinga, terdengar desah suara cemas menyapa di corong sana,

" Yah, Aku ni, Halim, laki kau ni, kena tangkap khalwat dengan Janda beranak dua. Mereka kena tangkap kat rumah perempuan tu. Kalau boleh kau datang balai, jamin laki kau ni"

Suara itu kedengaran sayup-sayup jauh, seperti mimpi yang datang dari alam yang sangat menyeramkan. Tetapi dia pasti, dia bukan bermimpi, ini sebuah kenyataan yang perlu dihadapi. Gagang telefon itu dipandang sepi sebelum meletakkannya kembali.

" Dasar jantan tak guna!" hatinya menyumpah. Sesaat, dia beristighfar, dan selimut yang berada di hujung kakinya ditarik perlahan. Tidur adalah keutamaanya kini, biarlah suami tidak guna itu meringkuk di dalam lokap. Dia tahu, menjamin suami yang ditangkap khalwat bukannya tanggungjawab seorang isteri. Dia tersenyum dalam kepasrahan.

Dan kini, pagi sudah lama ditinggalkan matahari, namun dia masih di atas katil. Membilang resah, menuai kekuatan. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Hatinya masih belum kuat untuk menatap wajah sang suami. Dia tidak tahu sampai bila dia harus berdiam tanpa berganjak daripada pembaringan. Selagi boleh, dia hanya mahu berada di situ.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2011 01:14 AM | Show all posts
Hari ini Amat tidak ke sekolah. Sudah puas dia mengejutkan ayahnya untuk menghantarnya ke sekolah, namun tubuh tua itu sugguh liat untuk meninggalkan selimut buruknya.

" Ayah, bangunlah.. Hantar Amat ke sekolah" Budak berusia 10 tahun yang berada dalam darjah empat itu menggoncang lembut tubuh ayahnya yang sedang lena di celah dingin subuh. Seperti biasa, goncangan lembut itu langsung tidak memberi kesan.

Kali ini,Amat menggoncang dengan lebih kuat.
" Ayah,, bangun, hantar Amat ke Sekolah"
" Hurmm.."
" Ayah,, bangun"
" Eh, Kau boleh diam tak??? aku nak tidur pun tak senang"
Jerkahan ayahnya itu mematikan pergerakan Amat. Perlahan-lahan dia menyisih ke tepi dinding. Hatinya diserang sebal. Sudah dua hari basikalnya rosak. Puas dia memujuk ayahnya untuk membaiki basikal itu, tapi tidak diendahkan ayah. Alasannya sibuk. Natijahnya, sudah dua hari Amat tidak dapat menjengah sekolahnya yang jauhnya 5km dari rumahnya.

Sekarang, jam di dinding sudah mengarah ke angka 10, namun ayahnya masih lena melayan mimpi. Semalam ayahnya pulang ketika dia sudah masuk tidur. Amat tidak tahu ke mana ayahnya pergi, dan dia tidak pernah bertanya. Sejak kematian emak Amat setahun yang lalu, ayahnya dah banyak berubah. tanggungjawabnya sebagai ayah sudah mula diabaikan.

Tatkala matahari tepat di ubun kepala, Amat melihat ayahnya sudah bingkas bangun. Amat hanya memerhatikan tubuh tua itu melangkah longlai ke bilik air. Amat sudah mengira-ngira di dalam hati, segalanya akan diluahkan apabila ayahnya selesai mandi nanti.

" Ayah,," Amat memanggil lembut ketika kelibat ayahnya menghala ke pintu.
" Hurm.." Ayah hanya menjawab pendek. Kelihatan ayah sudah berkira-kira untuk keluar. Helmet yang berada ditepi dinding disambarnya pantas.
" Ayah tak sayang Amat ke?" Soalan itu dilontarkan dengan perlahan. Rasa sayu mula mencucuk tangkai hati Amat.Langkah ayahnya segera mati tatkala mendengar soalan yang tidak diduganya itu.
" Kau cakap apa ni?"
" Kalau ayah sayangkan Amat, benarkan Amat tinggal dengan Mak Long di bandar. Mak Long dan berapa kali pujuk Amat tinggal dengan dia. Kalau Amat tinggal dengan Mak Long, Mak Long boleh hantar Amat pergi sekolah, Amat boleh dapat baju sekolah baru, kasut sekolah baru.."

Amat memandang wajah ayahnya yang masih sepi. Tiada reaksi yang terpancar dari wajah tua itu.

" Bolehkan ayah?" Amat bertanya lagi separuh menjerit selepas melihat ayahnya mula ingin menghidupkan enjin motosikal.
Lama Amat menanti jawapan dari ayahnya.
" Hurm,, kau pergilah."

Amat memerhatikan susuk tubuh ayahnya yang mula hilang disebalik selekoh. Kolam matanya sudah penuh digenangi air, Mulai esok, dia akan meninggalkan ayahnya bersendirian. Amat memandang kalendar di dinding,

" Selamat Hari Bapa, ayah".

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 11:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by sakurakuri at 24-6-2011 09:38


SI GILA


Cuaca begitu panas. Terik. Membakar kulit. Debu-debu dari dosa dan noda manusia berterbangan. Menusuk ke hidung lalu menceroboh ke paru-paru. Menjalar ke segenap tubuh.


Seorang manusia. Digelar si gila. Bekerja keras mengutip sisa-sisa dari kebodohan manusia waras.


Bau busuk sampah-sampah berulat jadi santapan deria setiap harinya. Dipikulnya seguni sampah-sampah dari kebodohan manusia waras setiap hari.


Petang yang membakar itu sekali lagi menemukan mataku dengan jasad si gila. Ternyata, panas terik tidak melunturkan semangatnya. Si gila yang menyintai dunianya, menyintai alamnya.


Di perhentian bas itu, dia melepaskan lelahnya. Atau menunggu manusia segak bergaya dan waras itu menghabiskan sisa-sisa minuman enaknya.


Bila tiba saja bas yang dinanti, manusia segak lagi waras itu turut sama ‘memikul’ tin minuman yang telah kemek diramas tangan gagahnya.


Haha...dia gelak. Dari situ aku dapat menangkap permainan manusia segak lagi waras itu, dia rupanya sedang memperbodohkan manusia yang gila itu.


Asap hitam dari gergasi jalan raya itu menerobos keluar berpusu-pusu, berebut mencemarkan alam pabila roda-rodanya mula bergerak.


Si segak bergaya menjengukkan kepalanya dari tingkap, dibalingnya tin minuman yang renyok itu kepada si gila. Asap hitam mula berserakan...


...dan si gila berlalu. Mulutnya bergetar seakan berkata - itulah manusia waras. Tin renyok itu diam di situ. Beku dan kaku di situ. Dan aku, terfikir-fikir –siapakah si bodoh sebenarnya?



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2011 04:06 PM | Show all posts
pagi tadi hujan lebat.. walau pun hujan sangat lebat, saya telah dikerah oleh ibu untuk pergi ke kedai.. Lalu saya meredah selebat lebat hujan untuk menuju ke kedai runcit.. Setelah tiba di kedai runcit dalam keadaan basah kuyup dan rasa sejuk sejuk saya berkeliaran di dalam kedai itu sambil memikirkan barang apa yang ibu suruh beli... Oh, saya sudah ingat... ibu suruh saya beli ikan bilis sebanyak setengah kilo.. Setelah membeli barang yang ibu suruh saya pulang ke rumah dengan perasaan senang hati... Setibanya dirumah, saya ingat saya boleh sambung tidur semula... malangnya itu semua angan2 belaka... Kerana selepas itu saya perlu menyiang ikan bilis dengan membuang taik2 nya... Dengan persaan tekun saya menyiang ikan bilis tadi dan taik2 nya saya kumpul dalam satu mangkuk... kemudian taik2 ikan bilis itu diberi kepada kucing2 saya... saya berasa sangat sedih kerana hari2 kucing saya diberi makan taik... huk huk huk....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 08:59 PM | Show all posts
Ku Bermohon Kasih.


Ku renung dari jauh, wajah polos itu. Wajah yang pertama menjadi sahabatku, menemani aku sejak kali pertama aku bertapak di bumi asing ini. Wajah yang memberi ketenangan buatku. Wajah yang membuat nafasku terhenti setiap kali mata kami bertentangan.


Mengingati detik2 bersamanya, kian lebar senyumku. Sejak pertemuan pertama lagi, aku dan dia bagai orang asing yang baru ditemukan. Berbual, bekerja, belajar dan ketawa bersama. Dari 2 orang asing yang baru akrab, lama2 kami menjadi terlalu rapat pula, sehingga mula bercerita masalah dan berkongsi rasa.


Aku dan dia mula mengutuk orang sana, mengeji orang sini..menjadi satu gossip yang dikongsi bersama. Namun, ada masanya aku dan dia akan bergaduh dan bertekak. Bila dia enggan bersetuju denganku, aku jadi marah. Bila aku marah, dia berang. Aku marah dia, dia marah aku.


Aku keras kepala, dia ego. Aku degil, dia  dua kali degil. Aku nak menang, dia pun nak menang. Akhirnya, kami sama2 merajuk. Aku ke kiri, dia ke kanan. Aku timur, dia ke barat. Berhari2 berjumpa, tapi langsung tak bertegur. Aku jeling dia, dia jeling aku. Bila dia pandang aku, aku berpaling. Bila aku lihat dia di kiri, aku pantas ke kanan. Aku tak boleh langsung menatap mukanya bila aku marah.


Namun, akhirnya dia mengalah. Lembut dia memujuk, cuba berbasa basi denganku, seolah2 tidak pernah terjadi pertengkaran diantara kami. Aku bagai mahu melompat setinggi mungkin bila dia mula menunjukkan usaha untuk berbaik denganku. Nyata, dia tak betah hidup tanpa aku.


Namun aku tetap bersikap dingin. Tidak mahu memberi muka terlalu banyak padanya. Nanti dia naik minyak pula. Dari sejak itu, kulihat dia bagai keliru. Dia mahu bersama aku. namun, dalam masa yang sama dia mahu menjauhi aku. Bila mata kami bertemu, terasa seakan gugup dan serba tak kena.


Sudahnya, aku  diam, dia juga diam. Hubungan yang dulu terlalu rapat, kini bertukar dingin sedingin salju. Setiap kali kami bersua, semuanya jadi serba tak kena. Sorot matanya, aneh kurasa. Sukar untukka tafsir. Aku jua sepertinya. Takut berada dekat dengannya. Tak tahu mengapa.


Masa rupanya terlalu cemburu dengan hubunganku dan dia. Aku terpaksa pergi. Pergi meninggalkannya demi masa depanku. Namun, berita itu tidak kukhabarkan padanya. Biarlah! Tak mengapa rasanya. Bila dia tahu, keputusan ini demi masa depanku, dia pasti akan akur dan faham.


Hari ini, hari terakhir aku di tanah ini. Hari ini, aku akan pergi jauh meninggalkannya. Hari ini aku akan pergi dan tak mungkin kembali lagi. Dari jauh, ku lihat dia sedang leka membuat kerjanya. Bibirku masih terkunci rapat. Dia kupandang dari jauh saja. Memandangnya puas2 buat azimat bekalku tanpanya nanti.


Duhai teman...selamat tinggal...dari jauh, ku sentiasa memujamu di dalam hati. Kau tetap mekar di dalam hati ini. Kasihmu, senantiasa kan ku rindu dari jauh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 11:20 PM | Show all posts
Sedikit garapan idea adik yang tak seberapa...



SI
dia seorang yang hebat.Kalipertama menatap wajahnya,Metra ingin sekali mendalami alambatiniahnya.Jiwanya.Semangatnya bekerja di salah sebuah institusiberprestij
memerlukan kekentalanjiwa,keutuhan semangat.Metra mencerna dia selaku seorang manusia yang terlalubersungguh-sungguh dalam apa-apa yang dilakukannya.



Kehebatan jiwanya diukur Metra dengankehebatan bibirnya melontarkan kata-kata.Rakan sekerjanya yang lain?Semuanyamenyenangi si dia termasuklah rakanku sendiri,Nilam Bahiyah.


Sebarang perkara buruk yang tiba digegendang telinga tentangnya tidak lansung dipercayai.Malahan,mereka sanggupbertikam lidah semata-mata kerananya.



Metra yang masih tunas di gelanggang inisentiasa mencemburui si dia.Sering juga Metra
mencari kelebihan diri dan mencari kekurangannya.Namun akhirnya,Metrajuga yang mengalah.Dia sentiasa berada jauh di bawah apabilabersamanya.Lantaran itu,dirinya sering dia jauhi.Mungkinkah kerana si diaberagama Islam?


Atas reputasi si dia yang lebih baikberbanding aku,setiap peluang membahaskan sesuatu kes akan terlebih dahuludiberikan kepadanya.Segalanya tentang si dia.Metra bertekad membina dirinyasendiri.Dari bawah.Membina nama di tempat baru ini,bukanlah semudahmeluahkannya di bibir.Berbeza benar dengan kedudukannya di syarikatlamanya.Metra lebih disanjung di situ.Lebih dikenali sebagai“seseorang”.Namun,di sini tumpuan seringkali tidak pernah lekang daripada sidia.Dhiyat…………………………………..

Tahun berikutnya….


Semester kedua bagi tahun keduanya disyarikat itu mulai membibitkan hasil.Kerjasama dan cita-cita mereka yang hamperserupa memaksa Metra untuk bersamanya.Sikap Metra dan Dhiyat yang berlawananmembuatkan mereka saling melengkapi antara satu sama lain



Tetapi Metra tetap tenggelam dengankehebatan Dhiyat.Selalu juga dia mencoba untuk menjauhkan diridaripadanya.Seringkali itu juga,Dhiyat semakin menariknya untuk bersama.Diatakut identitinya,dirinya dan rohaninya sebagai “Metra”hilang.Tenggelam dengankehebatannya.Kerjasama kami berlanjutan buat beberapa lama.



“Cubaanku tidak berhasil atau belumberhasil?”tersedik hati Metra memikirkan hubungannya dengan Dhiyat.Dia tidakpasti.Akankah si dia mempermainkan Metra seumpama lelaki-lelaki bajingan yangdia hadapkan ke muka pengadilan?Moga-moga tidak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 07:19 AM | Show all posts
TERASING DALAM SEPI
aku berjalan-jalan ke tingkap dan pintu.
Seperti orang yang
tak siuman.
Aku menanti siapa ya?
Owh! Aku pun dah lupa.

Rupa-rupanya aku masih
ada saudara mara.
Tapi mereka dah lama
tak kelihatan.

Mereka semua pulau
aku sebab aku dapat
banyak harta.

Sebenarnya mereka yang tamak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 12:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_azure at 15-7-2011 00:10

CUKUPLAH SEKALI

"Anak aku sakit... nak bawa jumpa doktor tak ada masalah tapi nak beli susu anak; aku tak ada duit.. Boleh pinjamkan aku duit?" Hatiku dengan mudah merasa simpati bila perkataan 'anak' menyapa telinga.

"Berapa? Tengah-tengah bulan ini faham-faham sajalah...!"

"Tak banyak cuma RM....  Dapat claim nanti aku bayar.. Kau percayakan aku kan?" Nadanya seperti memujuk.  Setelah mengambil kira itu dan ini, aku menghulurkan wang yang dipinta kerana perkataan itu "anak"..

"Aku percaya... kerana itu aku memberi pinjam dan aku percaya kerana engkau akan membayarnya kembali..." Mungkin Tuhan melorongkan hatinya untuk meminta bantuan dariku. Siapa tahu!

Bulan telah berganti tapi wang yang dipinjamkan belum dikembalikan.  Bila bertemu alasannya... claim tak dapat lagi.  Pelik pula jadinya, claim mungkin makan waktu, tapi duit gaji pasti tepat setiap bulan. Untuk menyedapkan hati, aku sering berkata... mungkin dia perlukan waktu lagi.  

Namun entah bagaimana, cerita-cerita yang kurang sedap mula kedengaran.  Tak tahu di mana mulanya tiba-tiba cerita yang sama tersebar. Bukan aku saja yang dijaja cerita pasal anak, orang lain pun sama juga.  Dia sengaja mereka cerita untuk menutup perbuatannya.

Aku bersyukur kerana Tuhan melembutkan hatinya untuk memulangkan kembali apa yang dipinjam dariku, sedangkan ada orang lain yang masih menanti;  tidak menerima apa-apa bayaran dan jumlahnya melebihi dari apa yang aku berikan.

Satu hari dia datang lagi...

"Ada duit tak? Nak pinjam sikit, nak pergi hospital ..." Tanpa malu dia meminta.  Juga tidak serik; mungkin sudah lupa apa yang telah berlaku dulu.

"Maaf, tak ada...  " Itu jawapan aku...  Dan dia pun berlalu. Bukan aku tidak mahu memberi tapi sayangnya dia mempergunakan wang yang diperolehi untuk perkara yang salah.  Memberi bermakna menggalakkannya...

Cukuplah Sekali itu saja aku membantu kerana waktu itu aku tidak tahu.  Kini segalanya telah terbongkar..  Seharapnya dia telah sedar dan kembali ke pangkal jalan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 10:26 AM | Show all posts
nak jugak tanya.  camner nak post citer kat sini? ader editor ke ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2011 03:34 PM | Show all posts
Reply 294# Syafiya


    salam syafiya...
tuk sebarang pertanyaan leh kemukakan dekat "KAUNTER PERTANYAAN" (thread)...
kalu kat sini hnya tuk garapkan idea pendek or kisah kenangan or secebis idea saja... cam buat citer pendek la...


kalau tuk garap karya2 berbentuk e-novel boleh saja buka new thread dgn tajuk citer anda....
kat sini sekadar berkongsi bakat dgn pembaca2 yg bakal menjadi peminat anda nnti...
sekiranya berminat utk menerbitkan novel sendiri awak boleh berkongsi dgn para penulis yg dah pernah terbitkan novelnya.

sekiranya syafiya berminat tuk berkarya sila lah buka benang baru dan pastinya akan ada tukang komen dan pengikutnya yg tersendiri.
Sekian... kalau tak faham leh saja tnya kat benang satu lagi ya(kaunter Prtanyaan tu).

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 07:15 AM | Show all posts
sorry boss.. maner kaunter pertanyaan tu.. hehhehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 10:46 PM | Show all posts
Kebencian dan kekhisitan hati Illah tak pernah padam.Bara dendamnya semakin hari semakin membuak-buak.Seakan dituangkan minyak ke dalamnya.Meletus.Dan terus menjulang.

"Illah,sampai bila kau nak menyakitkan hati Dato' Razak tu?"soal Amira
"Sampai mati!!"rengus Illah
"Illah,ingat Illah..Dia tu bapak kandung kau,Illah."bals Amira menenangkan Illah yang begitu marah dengan bapa kandungnya itu,Dato' Razak.
"Bapak kandung aku kau cakap?Lepas apa yang dah dia lakukan pada aku??"
"Apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan kejahatan yang kau dah buat pada dia??"Jawab Amira pendek tetapi betul-betul tepat terkena batang hidung Illah.
"Kau nie bela sapa sekarang nie?Aku ke Dato'Razak??"Marah Illah.

Illah melepaskan rangkulan Amira,kawan karibnya yang sama-sama mengikuti program pertukaran pelajar ke Terengganu itu.Dia terasa begitu terpukul dengan kata-kata Amira seolah-olah dialah punca kepada segala keterbalikan yang berlaku.Salah diakah semua ini berlaku?Atau salah Dato'Razak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:52 PM | Show all posts
Reply 296# Syafiya

Syafiya,Nie link untuk ke kaunter pertanyaan tue..Semoga berjaya!


Sila Tekan untuk Ke Kaunter Pertanyaan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 12:30 PM | Show all posts
Reply 298# 7teen

lambat lagi la kot. belum ada masa untuk focus. tunggu free sket la.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:54 PM | Show all posts
sokong!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.065343 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list