===== ERTI SEBENAR PERKAHWINAN =====
Hampirseluruh perkahwinan mengalami pertengkaran meskipun ramai orang yangmalu untuk mengakuinya. Sebenarnya dalam sebuah perkahwinan tanpapertengkaran ianya ibarat cendol tidak bergula...Syurga rumahtangga itufitrah hati Naluri semulajadi yang pinta diisi...
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri Masing-masing dengan harapan Agar rumahtangga membawa kebahagiaan Matlamat yang satu tapi jalannya berliku Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza Lalu bermacamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta..
Diukir dari intan permata (Wah , suamiku seorang jutawan) Tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa.. Ditempa oleh wajah rupawan ( Wah, isteriku seorang celebrity) Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa Dituai oleh pangkat dan jawatan ( Wah, suamiku seorang negarawan) Pelbagai jalan menimbulkan dilema Mencari yang benar mempelai tersasar Kalaulah bahagia itu pada harta Kalaulah bahagia itu pada nama Kalaulah bahagia itu pada rupa Kalaulah bahagia itu pada kuasa Kenapa Charles dan Diana berpisah Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
 Bahagiaitu dari dalam hati..Kesannya zahir rupanya maknawi..Terpendam bagaipermata dalam hati..Terbenam bagai mutiara disalut nurani..
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri Bahagia itu pada JIWA Mahkota di singgahsana rasa Bahagia itu KESABARAN Bila susah tak gelisah Bila miskin tak pemarah Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan di saat hati mengingati tuhan..
Ketahuilahdgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati suami isteri,sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg hakiki.
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat dan luruskan matlamat 'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi' 'isteriku, kaulah permaisuri hati.....' penyeri Islamku nanti muktamadlah akad sahlah nikah dengan ijab dan kabul gerbang perkahwinan pun terserlah
Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan Iman itu tujuan Syariat itu jalan Tempat merujuk segala permasalahan Tempat mencari semua penyelesaian - isteriku, taatilah hukum Allah.... - suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w Binalah hidup di neraca maaruf Rumah jadi sambungan madrasah... Seninya kerana solat... Indahnya oleh munajat Tapaknya ....iman Jalannya ....syariat Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'...'cinta dan kasih isteri' lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan..Soleh dan solehah.
Semoga Allah melimpah Segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah...
|