CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

LARA DI HATI KITA 2.

 Close [Copy link]
 Author| Post time 10-11-2009 12:36 PM | Show all posts
“Saya nak minta cuti seminggu Encik Shahrul..ini borangnya. Saya minta maaf, sebab tergesa2..Saya tahu, sepatutnya saya hantar permohonan ni 3 hari lepas..” kata Alisya sambil menghulurkan borang cutinya.

        Encik Shahrul membelek borang cuti Alisya, kemudian tersenyum.

        “Saya ingat awak nak kahwin…cuti sampai seminggu…” kata Encik Shahrul sekadar mengusik. Alisya tersenyum pahit. Kalau saya nak kahwin, saya cuti sebulan Encik Shahrul….

        “Nenek awak sakit? Tak apalah. Suhana bagitau saya, awak sedih ya dengan pemecatan Mastura?” soal Encik Shahrul tiba2.Alisya mendongak, merenung Encik Shahrul. Suhana ni memang mulut bau longkang!!!

        “It’s okay…saya faham. Saya rasa pun, awak kena ambil cuti. Selama ni, memang susah nak tengok awak cuti. Lagipun, dengan keadaan awak yang baru keluar hospital…Saya rasa awak kena pergi bercuti…tenangkan hati awak, dapatkan rehat yang cukup. Bila balik ke sini, saya nak tengok muka awak ceria sikit. Okay”  Encik Shahrul terus menandatangani borang cuti Alisya. Borang itu dihulur semula kepada Alisya.

        “Nah..gi hantar kat HR..” kata Encik Shahrul sambil tersenyum simpul. Alisya senyum.

        “Terima kasih Encik Shahrul…” kata Alisya sebelum tunduk hormat dan keluar dari bilik itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2009 02:15 PM | Show all posts
281# fizziany

Tgk Nek Kiah Sakit dan akan jumpa lagi dgn Aril... lepas tu Nek kiah lah sampaikan impian dia nak tgk Alis bernikah dgn
Aril.... kan bagus tu.... bahagia skit dgr.... ntah2 Aril dan Pak Mad ada plan... Aril hantar rombongan meminang terus kot...
dah dpt green light dari Pak Mad tu..... Fizzi... next ..walaupun tekaan aku tersasar jauh tapi hope ko
jodohkan jugak depa berdua tu tawwwwww....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 02:54 PM | Show all posts
nanti mesti blh jumpe aril... tak sabar nya nak tahu n3 lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 04:22 PM | Show all posts
sambung lg yer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 04:36 PM | Show all posts
chaiyok :pompom: chaiyok:pompom: nak lagiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 04:53 PM | Show all posts
wahh cepat nyer sambung... best lah cam ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2009 06:32 PM | Show all posts
makin tak sabar nak tahu kisah aril sgn alisya ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 01:21 AM | Show all posts
nak lagii.. fufufu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2009 03:34 AM | Show all posts
Best...best.
Kot2 ayah alis suruh balik sbb aril nak masuk meminang kot.
Kalu aril masuk meminang jgn ler alis tolak.
Tolak rezeki tu namanya.
Ok..fizzi...next......:pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 07:48 AM | Show all posts
lambat betul la depa dua neh nak kawen....
go!go! chaiyok....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 09:20 AM | Show all posts
thanks...best sgt... :pompom:
kalu free letak lagi k...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2009 10:22 AM | Show all posts
Aril merenung neneknya yang langsung tidak boleh bercakap. Matanya sahaja yang bergerak ke sana sini. Semua ahli keluarga Nek Kiah silih berganti datang menziarahinya. Memandangkan ayah Aril satu2nya anak lelaki Nek Kiah, maka seluruh keluarga Aril berkampung di rumah Nek Kiah sahaja.

        Abang2nya yang berada diluar negara sudah dihubungi. Mereka akan tiba dalam sehari dua lagi. Airmata Nek Kiah berlinangan sewaktu Aril tiba di sisinya petang itu.Aril juga tidak dapat menahan sebak, turut sama mengalirkan airmata.

        Neneknya seorang yang tidak pernah tahu duduk diam. Masakannya adalah yang paling sedap bagi Aril, terutama kari dan sambal tumisnya. Tapi, melihat Nek Kiah yang terbaring lemah tak bergerak, membuatkan hati Aril pilu.

        Aril duduk termenung di bawah pohon mangga di depan rumah Nek Kiah. Ayah dan ibunya sedang berbual2 dengan saudara mara yang sedang datang melawat neneknya. Aril merenung jalan kampung yang terbentang di depannya. Kenderaan silih berganti di jalan kampung itu.

        Kampung itu terlalu istimewa. Selain ada nenek, kampung itu ada memori yang tercipta antara dia dan Alisya. Alisya…di mana kau sekarang?Aku mahu jumpa kau…aku terlalu rindukan kau Alis…tapi, sekarang aku tak dapat berbuat demikian…

        Alis…merenung setiap inci kampung ini, menggamit kenangan aku bersama kau…comelnya kau masa sekolah dulu Alis…

        Alis..nenek aku sakit..kau tahu tak? Kalau kau tahu, kau sudi datang tak jenguk nenek aku? Aril menyeka rambut yang berjuntai ke dahinya.

        Pandangan Aril tiba2 terarah ke pagar masuk ke kawasan rumah neneknya. Sebuah kereta Honda berwarna hitam metalik menyusur masuk ke perkarangan rumah neneknya. Itu macam kereta…..Alis????

        Aril telan air liur. Mulutnya ternganga. Serta merta dia bangun dari kerusi kayu di bawah pohon mangga. Kereta itu direnungnya tanpa berkedip sehinggalah kereta itu berhenti betul2 di depannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2009 10:24 AM | Show all posts
Alisya dan Pak Mad memandu menyusur jalan kampung menghala ke rumah Nek Kiah. Pak Mad di sebelahnya diam sahaja sambil memerhati rumput2 di sepanjang jalan. Hati Alisya berdebar. Dadanya  bergetar.

        Macammana kalau Aril ada? Pasti dia ada. Dia cucu kesayangan Nek Kiah. Apa aku nak buat nanti? Ahh!!!kacau!!!Tiba2 Alisya rasa tak keruan.

        “Kamu kenapa?” soal Pak Mad apabila melihat Alisya menggeleng2kan kepalanya. Alisya hilang arah.

        “Err..pening kot..lama sangat drive tadi..” kata Alisya berbohong. Pagar rumah Nek Kiah sudah dihampiri. Bismillah….Hati Alisya tak putus2 berdebar. Janganlah Aril ada!!!Please….

        Namun, sebaik saja keretanya membelok ke perkarangan rumah Nek Kiah, Aril sudah terpacak di depannya, di bawah pokok mangga. Allah!!!Alisya ternganga. Dia bungkam. Apa aku nak buat ni???

        “Haa..tu kawan lama kamu pun ada…” Pak Mad tersenyum sebaik ternampak Aril. Aril merenung kereta mereka sehinggalah kereta itu berhenti.

        “Assalamualaikum…” Pak Mad segera memberi salam sebaik pintu kereta dibuka. Aril kelam kabut datang menghulur tangan, bersalam. Tangan Pak Mad diciumnya.

        “Siapa ada tu?” soal Pak Mad apabila terpandangkan sebuah kereta asing.

        “Err..Mak Usu dari Seremban ..” mata Aril terarah kepada Alisya yang baru keluar dari kereta. Pak Mad senyum. Bercakap dengan aku, matanya ke lain!

        Alisya cuba mengukir senyum kepada Aril sebaik memandang Aril. Aril senyum. Gugup.

        “Boleh pak cik naik tengok nenek kamu? Pak Cik bawak Alis ni…nak jumpa nenek kamu..” soal Pak Mad apabila melihat Aril masih merenung Alisya. Segera Aril tersedar.

        “Eh! Jemput naik pak cik…jemput..” cepat2 Aril mendaki tangga batu rumah neneknya. Nervousnya akuuuuu!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2009 10:24 AM | Show all posts
Pak Mad dan Alisya terus beredar berjumpa dengan Nek Kiah. Sebaik sampai di ruang tengah, Nek Kiah ditempatkan di atas katil di ruang tengah rumah itu, bagi memudahkan sesiapa yang datang menziarahinya.

        Alisya bersalaman dengan semua saudara-mara Aril yang ada dan ibubapa Aril. Sebaik ternampak Alisya, mulut Nek Kiah yang tertutup, mula terbuka. Airmatanya berderai. Alisya terus mengdakap Nek Kiah yang sedang terbaring lemah.

        Oh..Tuhan…Ini Nek Kiah ke? Alisya seakan tidak percaya dengan matanya. Nek Kiah terlalu lemah. Bukankah Nek Kiah seorang yang becok, periang dan penuh nasihat? Di tangannya, tak pernah kosong dari memegang sesuatu untuk diberikan kepada Alisya.

        “Nek…” Alisya berbisik ke telinga Nek Kiah. Nek Kiah mengangkat tangannya dalam kepayahan lalu meraih Alisya ke dalam pelukannya. Alisya membalas pelukan itu. Sebak hati Alisya bukan kepalang. Namun, airmata yang mula hendak bertakung di kelopak mata, ditahan. Alisya tidak mahu menitiskan airmata di hadapan orang ramai. Lebih2 lagi, Alisya sedar, Aril sedang memerhatikannya dari belakang.

        Aril yang sedang bersandar di muka pintu merenung Alisya yang memeluk neneknya dari belakang. Aril terkedu. Sukar untuk mentafsirkan perasaannya kala itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2009 10:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 11-11-2009 10:35

Alisya turun dari rumah Nek Kiah lalu menyarung selipar jepunnya. Pak Mad turut turun.

        “Kalau ada apa2 nanti, jangan lupa bagitau saya…Saya balik dulu..” Pak Mad bersalaman dengan Encik Khusairy, ayah Aril.

        “Ya..Insya-Allah. Saya takkan lupa,” Encik Khusairy senyum mengiringi kepulangan Pak Mad dan Alisya. Aril yang berdiri di sebelah ayahnya hanya merenung Alisya tak putus2.

        Alisya serba salah apabila dirinya direnung sebegitu. Cepat2 dia mahu beredar dari rumah itu.

        Hingga kereta itu sudah beredar, Aril masih terpaku di muka pintu, merenung kereta itu hilang dari pandangannya. Alisya menelan air liur pekat. Abah nampak tak? Gementar perasaannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2009 10:26 AM | Show all posts
Alisya duduk berteleku di meja makan. Melihat Aniah yang sedang berbual mesra dengan suaminya di ruang tamu, membahagiakannya.

        “Mak Long…nak air sirap!” tiba2 Warda, anak sulung Aniah memegang lengannya. Alisya merenung wajah comel itu. Mata yang bulat, dengan pipi yang tembam dan bibir yang merah semulajadi, Warda memang kanak2 yang comel.

        “Air sirap? Air sirap tak ada..” usik Alisya.

        “Ala…tu ada…” kata Warda sambil menunjukkan kea rah cordial sirap yang berada di atas peti sejuk. Alisya senyum.

        “Tu bukan air sirap. Tu air merah,” kata Alisya lagi. Warda sudah merengek. Mendengar rengekan Warda, Aniah turun ke dapur.

        “Apalagi…kau dan mak long kau memang tak boleh duduk diam2. Ada saja nak bergaduh..” rungut Aniah sambil menarik kerusi makan lalu duduk.

        “Wada nak air sirap…” bentak Warda lagi sambil menarik muka masam. Aniah dan Alisya saling berpandangan. Aniah bangun dari kerusi, lantas membuat air sirap yang diminta Warda.Warda senyum puas bila air sirap sudah berada di tangannya.

        “Tak nak kawan dengan mak Long! Mak Long tak nak buat air sirap…” Warda cepat2 melangkah naik menghampiri ayahnya yang berada di ruang tamu. Alisya tersenyum.

        “Tak nak kawan sudah! Mak Long kawan dengan mak Wada je…” laung Alisya sengaja menyakitkan hati Warda. Seketika terdengar jeritan Warda yang tidak puashati dengan kata2 Alisya tadi. Tapi, cepat2 ayahnya memujuk.

        Aniah dan Alisya saling berpandangan lagi. Aniah senyum pahit. Patutnya, waktu ini, Alisya sudah mempunyai anak sendiri.

        “Akak dah jumpa abang Aril?” soal Aniah. Alisya diam. Aniah masih merenung kakaknya.

        “Entah!Susah nak cakap” rengus Alisya tiba2. Fikirannya berserabut waktu itu.Aniah terdiam. Susah ni….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2009 10:27 AM | Show all posts
Aril merenung sekolah yang terbentang di depannya. Aril terdiam, sambil menghayati lagu yang dipasang di dalam keretanya. Setiap sudut sekolah, ada saja kenangan yang ada. Perasaan Aril kosong tika itu. Dia sudah cuba melupakan Alisya. Bermacam2 cara dilakukannya. Dari cara cerdik, sampailah ke cara bodoh. Tapi, takdir Tuhan, menemukannya dengan Alisya juga. Untuk apa?

        Aril menarik nafas panjang. Niatnya hendak lalu di depan rumah Alisya, tapi niatnya mati tiba2. Takut pula. Bagaimana kalau Alisya tengah menyapu kat depan rumah dia waktu aku lalu? Mesti dia kata aku tak malu…masih terintai2 dia…

        Seketika, pandangannya terpaku pada sebuah kereta Honda yang turut sama memberhentikan keretanya di hadapan pagar sekolah, betul2 bertentangan dengan keretanya. Alis??

        Seperti yang di duganya, Alisya membuka pintu kereta. Nak kemana mak cik ni? Aril berkira2 mahu mengekori Alisya. Tapi, tiba2 Alisya terpandangkan Aril yang berada tidak jauh darinya. Alisya terpaku merenung Aril. Aril turut terkedu merenung Alisya dari dalam kereta. Masing2 kelu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2009 10:29 AM | Show all posts
Aril cepat2 keluar dari keretanya. Kalau aku diam, dia diam..sampai bila pun takkan mula bercakap!!!Aril menghampiri Alisya yang hendak masuk semula ke dalam kereta.

        “Alis..” Aril memandang tepat ke wajah Alisya. Melihat Aril sudah berada di depannya, Alisya terdiam. Dia tidak jadi beredar. Pintu kereta ditutup semula. Alisya bersandar di kereta, bersebelahan Aril menghadap sekolah mereka dahulu.

        “Kau sihat?.” soal Aril pendek.

        “Sihat.” Alisya angguk perlahan. Aril senyum lagi.

        “Bila keluar hospital?” soal Aril.

        “Sehari lepas kau balik..” balas Alisya pendek.

        “Tangan dah okay?” Aril merenung tangan Alisya yang ditutup dengan lengan baju kurung.

        “Hmm..okay dah. Cuma kesan calar tu masih ada..” balas Alisya sambil tersenyum. Aril senyum lega.

        “Baguslah kalau macam tu..” Aril bersuara perlahan.Seketika, Suasana bertukar sepi. Alisya dan Aril sama2 merenung sekolah didepan mereka.

“Nenek kau macammana?” soal Alisya pula. Tak tahu  hendak bersuara bagaimana. Aril senyum.

        “Macam tu lah. Tapi, semalam dia tidur nyenyak. Tak terjaga2 lagi…” kata Aril. Alisya angguk.

        “Dia masih makan bubur ke?” soal Alisya lagi. Aril angguk. Penatnya…aku tanya kau angguk…kau tanya ..aku angguk!

        “Kau dah fikir soalan aku dulu ?” Aril menyoal tiba2. Alisya terkedu. Wajah Aril dipandang. Kali ini, pandangan matanya bersatu dengan pandangan mata Aril. Bibir Alisya bergetar, mahu meluahkan sesuatu, tetapi, melihat renungan Aril, dia bungkam.

        “Aku harap kita dapat bermula semula. Aku tahu kita pernah berkawan rapat dulu..tapi, mungkin aku dah cemari persahabatan kita dulu sampai buat kau rasa tak selesa bila bersama aku…Jadi, aku nak mulakan semula persahabatan ini bersama kau. Itu yang kau mahukan…?” Aril senyum pahit memandang Alisya. Alisya terkedu.

Aril bagai sudah hilang arah. Melihat Alisya yang langsung tidak menjawab membuat dia resah. Aril merenung Alisya. Dia tak nak kawan dengan aku langsungkah? Kecewa perasaan Aril tika itu. Dikeluarkannya sehelai kertas.

        Aril menulis nombor telefonnya di atas sekeping kertas lalu diserahkan kepada Alisya. Alisya kaget. Dia marahkah?

        “Nah,” hulur Aril kecewa. Alisya pandang Aril didepannya. Seketika, terimbas wajah Aril sewaktu remaja dahulu. Sweetnya….Alisya senyum manis merenung Aril di depannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2009 10:31 AM | Show all posts
“Dulu…kat tembok tu, kau pernah nak bagi aku nombor telefon jugak kan?” kata Alisya sambil tersenyum simpul. Melihat senyuman Alisya, hati Aril jadi sejuk.

        “Ye..tapi masa tu kau tolak. Kau jual mahal…Sekarang pun kau masih nak jual mahal dengan aku ke?” soal Aril kembali. Alisya tersengih.

        “Aku tak nak jugak..” Alisya menggeleng, enggan menerima nombor telefon yang diberikan oleh Aril. Aril mengeluh. Kertas itu dikeronyok lalu dibuang ke rumput.

        “Haa…buang sampah merata2!!Aku report kat cikgu disiplin!” Alisya tersenyum, sengaja mahu mengusik Aril. Entah kenapa, tiba2 dia rindukan saat2 dahulu. Aril tersenyum, hatinya kembang, berbunga riang. Aril renung wajah Alisya.

        “Kau memang tak pernah berubah!!Kaki report! “ kata Aril senyum. Alisya angguk.

        “So, kita masih kawan ,kan?” soal Aril lagi. Kecil hati Alisya bila diajukan soalan itu. Alisya angguk dalam terpaksa.

        “Mmm..ya! Kawan..” balasnya dengan nada kecewa. Aril senyum tawar. Kawan? Perasaan kecewanya cuba disembunyikan. Dia tidak mahu Alisya nampak. Dia tidak mahu kehilangan Alisya lagi.

        “Kenapa kau datang sini?” soal Aril.

        “Kau?” soal Alisya kembali. Aril senyum.

        “Entahlah! Aku tak boleh lupa semua memori masa sekolah lah! Sejak aku pulih dari hilang ingatan tu, aku macam tak boleh lupakan langsung kenangan kat sekolah ni..” kata Aril sambil memandang sekolah di depannya. Alisya senyum pahit.

        “Kau masih ingat lagi tak, lepas aku accident depan tu dulu?” soal Aril sambil menunjukkan kea rah tembok pagar di depan sekolah. Alisya angguk. Mana aku boleh lupa!!!

        “Lepas accident tu..aku hilang ingatan. Nyaris2 aku tak dapat jumpa kau lagi…tapi, Alhamdulillah., Tuhan beri aku kesempatan untuk bertemu dengan kau semula. Aku balik ke Malaysia semula bila aku rasa aku perlu cari semula masa silam aku. Dan, terkejutnya aku, aku jumpa kau dalam masa silam aku…Tapi…” kata Aril terbantut di situ.

        Alisya merenung Aril yang tiba2 mengeluh.

        “Tapi..tulah! Cerita kita macam ni pula..” keluh Aril. Simpati Alisya melihat Aril yang tunduk merenung rumput di kakinya. Alisya resah, dia buntu waktu itu. Maafkan aku Aril..sebab selama ni aku tak pernah beri kau ruang dalam hidup aku…Maafkan aku Aril…Alisya tunduk hiba. Macammana aku nak mula bercakap ni?

        “Kau tak kerja kah?” soal Aril mengalih topic perbualan bila melihat Alisya yang menunduk. Pantas wajah diangkat memandang Aril.

        “Aku cuti seminggu..” kata Alisya.

        “Hmm..baguslah! Kau nak aku temankan kau seminggu ni? Aku pun free ni…” soal Aril bergurau. Mintak2 lah Alisya setuju!! Alisya dipandangnya sambil tersenyum.

        Alisya renung Aril di depannya. Aril…kecik tapak tangan aku..padang sekolah  aku tadahkan…Aril…kau tak tahu apa yang aku lalui sepanjang ketiadaan kau di sisi aku. Alisya senyum sebak.

        “Kau nak tak?” soal Aril lagi. Alisya yang tersedar dari lamunannya segera mengangguk.

        “Aku nak!!!” cepat2 dia bersuara. Aril senyum lega. Sekurang2 nya aku ada peluang bersamanya lagi…

        “Jom..aku nak belanja kau makan ABC…” ajak Aril gembira. Alisya kelu, tidak tahu hendak menzahirkan rasa gembiranya. Lantas, Alisya angguk saja.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 10:33 AM | Show all posts
emmm dah sekampung yer mana nak elak lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.058310 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list