CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Joe_Shaper

Koleksi:Petua,Tips,Panduan,Rahsia dan Teknik

[Copy link]
 Author| Post time 23-11-2009 03:24 PM | Show all posts
  • Rama-Rama dan WanitaLihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

    Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

    Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

    Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

    Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

    Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

    Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-ram
    a.

    Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2009 03:56 PM | Show all posts
Rama-Rama dan WanitaLihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam d ...
Joe_Shaper Post at 23-11-2009 15:24


pakcik joe ni wat ssh2 jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 03:57 PM | Show all posts
pakcik joe ni wat ssh2 jer..
buterfly Post at 23-11-2009 15:56


demi mu wahai rama2 ku
pak cik sanggup p cilok tawwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 04:09 PM | Show all posts
demi mu wahai rama2 ku
pak cik sanggup p cilok tawwwwwwww
Joe_Shaper Post at 23-11-2009 15:57


tenkiu berkiu2..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 04:20 PM | Show all posts
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Joe_Shaper Post at 23-11-2009 03:24 PM
masa jadi ulat ni... dia gatalkan pakcik joe...?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 04:36 PM | Show all posts
masa jadi ulat ni... dia gatalkan pakcik joe...?
Hang Post at 23-11-2009 16:20


ish mana ada la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-11-2009 04:49 PM | Show all posts
masa jadi ulat ni... dia gatalkan pakcik joe...?
Hang Post at 23-11-2009 16:20


masa ulat dia suka gigit2 la pak cikkkkkkkkkkkk
sbb tu mencik tuhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 04:51 PM | Show all posts
masa ulat dia suka gigit2 la pak cikkkkkkkkkkkk
sbb tu mencik tuhhhhhhh
Joe_Shaper Post at 23-11-2009 16:49


erks.. nape rama2 ter'emo'? pakcik hang cakap pasal rama2 bukan buterfly kann..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2009 01:56 PM | Show all posts
erks.. nape rama2 ter'emo'? pakcik hang cakap pasal rama2 bukan buterfly kann..
buterfly Post at 23-11-2009 16:51


BKN RAMA2 NI SEORANG YG EMO SELALU KEEEEEEEE
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 02:05 PM | Show all posts
BKN RAMA2 NI SEORANG YG EMO SELALU KEEEEEEEE
Joe_Shaper Post at 24-11-2009 01:56 PM


haah la......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 02:07 PM | Show all posts
haah la......
Hang Post at 24-11-2009 14:05

BARU PERASAN KEEEEEEEEEE
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 02:08 PM | Show all posts
BKN RAMA2 NI SEORANG YG EMO SELALU KEEEEEEEE
Joe_Shaper Post at 24-11-2009 13:56


yeke?  x tau pun..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 02:10 PM | Show all posts
yeke?  x tau pun..
buterfly Post at 24-11-2009 02:08 PM


adik sihat..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 02:10 PM | Show all posts
yeke?  x tau pun..
buterfly Post at 24-11-2009 14:08


SYG SIHAT.............
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 02:11 PM | Show all posts
haah la......
Hang Post at 24-11-2009 14:05


pakcik 2 orang ni suka brsekongkol utk menjatuhkan kredibiliti rama2 taw..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 02:12 PM | Show all posts
adik sihat..?
Hang Post at 24-11-2009 14:10


sihat...kakak dia pun sihat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2009 02:12 PM | Show all posts
pakcik 2 orang ni suka brsekongkol utk menjatuhkan kredibiliti rama2 taw..
buterfly Post at 24-11-2009 14:11


BERSONGKOL TU APA
KLU BERSONGKOK TGU LA RAYA HAJI NANTI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 02:12 PM | Show all posts
adik sihat..?
Hang Post at 24-11-2009 14:10


ADIK JER TAWWWWWWWWWWW
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 02:19 PM | Show all posts
ADIK JER TAWWWWWWWWWWW
Joe_Shaper Post at 24-11-2009 02:12 PM


pakcik joe jangan dok kaco adiknya..
kaco kakaknya dan awek shell sajork...!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 02:20 PM | Show all posts
BERSONGKOL TU APA
KLU BERSONGKOK TGU LA RAYA HAJI NANTI
Joe_Shaper Post at 24-11-2009 14:12


pakcik dah maken tua..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.286935 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list