|
aku rasa cite ni lain dari cite melayu yang biasa..
agak menarik jugak
cume yang aku rasa annoying nye part tajul and konco-konconya tu.
macam orang terencat pun ada gak. over sungguh (esp si rambut merah tu).
and pada pendapat aku, maya karin should be consider as the heroine la, fasha sandha tu just penyeri cerite je.
what else?
scene gaduh paling best, sebab jarang pengarah melayu buat scene mcm gitu and satu lagi scene aku suka and sedih masa si adi putra tu kene tembak. part tu mmg kreatif la.
overall, aku recommend cerite ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sronok ar ader filem2 mcm ni .. buat kite berfikir scara kritis..
ni lah buah tgn Osman Ali sbnarnye..
bile kite kluar panggung masih terselit persoalan + peringatan dlm kpala otak..
betul kan? filem ni perlukn org yg matang dan nk berfikir ...
dan yg bijak akn cuba mncari jawapan utk semua psoalan wlupun ada bnda2 yg x terjawab..
coz kdg2 yg mustahil tu yg akan berlaku.. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #287 dunkin^donuts's post
bagus la ko mnjawab psoalan2 yg d'bagi oleh TrueX tuh... clap clap! ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
1. I Am Legend
2. The Golden Compass
3. The Warlods (C)
4. Anak Halal (M)
5. Alvin & The Chipmunks
6. Enchanted
7. The Heartbreak Kid
8. Nana Tanjung 2 (M)
9. The Ferryman
10. Sundel Bolong
susah ar nak bersaing dengan pilem2 hollywood..
x puas hati promo anak halal x derr..![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
filem ni 5 star!
dlm byk2 filem melayu yg aku penah tgk, filem ni mmg filem terbaik selepas filem sepet dan gubra! cayalah! ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #289 terbakar91's post
hmm mmg payah gak.. mayb sbb kureng promo.. klu promo abis2an bule lwn nih...
but at least top 5 |
|
|
|
|
|
|
|
review filem ANAK HALAL dari penulis FAISAL TEHRANI
Anak Halal: 'Godless & Hopeless'
Begini, kesenian Melayu-Islam yang menjadikannya indah ialah kerana bentuk, kemudian kandungannya, dan kemudian rasa yang dijambatani oleh kita dan semua hal tersebut dijalin oleh faedah dan manfaat. Nah, faedah dan manfaat itu yang mustahak. Tikar mengkuang sekali pun, kain batik sekalipun meski diciri oleh estetika yang menakjubkan akhirnya mesti dicipta untuk memberi faedah. Kain batik yang cantik tetapi dicipta untuk tidak memberi faedah maka ia sia-sia.
Begitu jugalah karya sastera, atau karya filem. Mengambil kira 50 tahun merdeka, semua dari kita ingin kembali kepada jatidiri sendiri. Mahu merdeka dari kejahilan dan kebatilan serta kebodohan yang pernah dipantakkan kepada kita dulu. Filem juga mesti kembali kepada keindahan bentuk, kandungan, rasa dan mesti berfaedah.
Anak Halal sebuah filem yang sia-sia. Pembikinannya sia-sia, terlibat dalamnya sia-sia. Hasilnya juga sia-sia. Justeru menontonnya juga sesuatu yang lagha.
Tetapi untuk mereka yang tiada Tuhan, filem 110 minit dengan adegan rogol, peluk sana sini (ingatan: dakap dan gomolnya jauh lebih ganas dari Gubra!), main dadah (kononnya untuk tunjukkan dadah itu memusnahkan tetapi penonjolan dadah itu sendiri menghairankan kita!), adegan berkemban dan tak pakai baju, rempit dan kemungkaran, gangsterisme, bunuh-membunuh, adegan separuh Hindraf (iaitu ganas tidak bertempat), serta pagi tanpa subuh berleluasa di sana sini tentulah mereka gemari.
Ingat; kerangka yang saya guna ialah bukan kerangka bentuk, kandungan dan rasa lagi, kerangka yang saya gunakan disini ialah sebagai 'ciptaan Tuhan yang mencipta' kita melakukan sesuatu semuanya untuk memberi faedah, lagi bermanfaat.
Tidak pernah saya menonton filem seburuk ini. Rasanya Nana Tanjung 10 kali lebih senonoh dari filem batil ini. Malahan kata teman saya, menonton Impak Maksima 20 kali pun lebih baik dari menonton kisah gila ini. Betul, Anak Halal sebuah filem yang sedang ditayangkan di panggung kala ini adalah sebuah filem yang tiada jatidiri. Sesekali macam berkiblatkan Hong Kong, sesekali pula macam berkiblatkan Bollywood, ada sentuhan macam nak jadi Indonesia, juga macam nak jadi Hollywood dan disuntik sana sini pesan yang kononnya bermaruah iaitu supaya jangan hancurkan anak bangsa dengan dadah. Kecelaruan identiti begitulah kesimpulannya.
Aspek naratif? Hancur bersepai! Plot filem ini lemah dan kelam kabut serta tiada arah. Watak dan perwatakan mendatangkan geli geleman dan dialog tidak lojik seperti ingin hidup di Zuhal atau ingin terbang ke Kejora diucapkan demi memberi sentuhan artistik. Puitis la konon!
Pengalaman membaca dan membimbing cerpen pemula dari budak-budak Minggu Penulis Remaja, macam itulah jalan cerita dan plot filem ini. Plot macam budak tak pernah belajar menulis. Penuh dengan klise (anak orang kaya mesti tak cukup kasih sayang!), formula karut (zina, penagihan dadah dan penderitaan ala Bersama-Mu untuk menagih simpati dan tangsian penonton), serta melankolia geli anak tekak (seperti adegan cinta yang busuk). Eloklah pengarah-pengarah filem kita masuk berkursus dulu, masuk berkursus penulisan dengan Saharil Hasril Sanin pemenang Hadiah Sastera Berunsur Islam DBP pun tak apa. Upah Saharil mengajar apa itu logos dulu kalau pun tak kenal erti ethos.
Begini, sebab dan akibat yang lemah itu biar saya huraikan, (ingat dari segi naratif filem, plot yang bodoh, tidak lojik dan merapu adalah bukti kelemahan sesebuah filem): Hisham seorang penjenayah telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam, seorang perempuan gila di jalanan. Hisham telah ditangkap dan dipenjarakan. Mariam membesarkan bayi tersebut (Putra) dalam kemelaratan. Tinggal di kawasan kumuh yang kusam, berjirankan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna. Dari zaman kanak-kanak, Putra dan Johanna bersahabat rapat. Selepas Mariam diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Putra dibesarkan oleh Bu Leha. Putra dan Johanna membesar menjadi remaja jalanan. Putra bertugas di sebuah kedai potong, sementara Johanna dan ibunya berniaga di Pasar Chow Kit.
Huraian Pertama: Cerita dengan watak kerdil akan mengakibatkan pemikiran yang dihantar juga kerdil. Watak kerdil tak pernah dapat berfikir besar, sebab itulah bila Mariam merindui Putra, dia berangan nak terbang ke bintang Kejora. Memang menyampah dan meluat betul. Kerana itu jugalah kita lihatwatak-watak ini duduk dalam lingkungan kemungkaran dan tak pernah mahu keluar darinya.
Tak cukup-cukup ke filem Melayu atas nama realisme (yang konsep dan falsafahnya menyalahi Islam itu) menonjolkan realiti seperti pelacur, rempit bohsia, penagih dadah? Tak cukup-cukup ke? Korang yang tengok tak muak-muak ke?
Lebh keji, lebih tiada Tuhan ialah apabila voice over di hujung filem ini menyatakan - setiap manusia ada takdir sendiri - cis biadab! Seolah-olah keadilan Ilahi dicabar dalam filem ini. Watak-watak yang tiada harapan ini menyalahkan Tuhan pula. Kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka hisap dadah, kerana Tuhan dah takdirkanlah mereka jadi pembunuh dan penjenayah, kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka berpeluk bercium tak sudah-sudah. Kerja menyalahkan Tuhan ini menunjukkan pengarah-pengarah filem di Malaysia tak faham agama Islam.
Sewaktu mengajar di Sekolah filem UiTM dulu, sewaktu mengajar Farid Kamil dulu saya pernah mencadangkan supaya sekolah filem mengajar sujek agama dan subjek sastera tradisional. Tujuannya supaya tak ada karyawan filem buat drama sia-sia dan penuh dengan sundal macam Spa-Q, atau supaya tak buat cerita hantu dan mengagungkan khayal serta khurafat, atau tak buat skrip macam Jelatang yang di akhir setiap episod penulis skrip berpesan supaya kita bertaubat (dia yang buat cerita tak senonoh kita pula disuruh bertaubat!). Dan supaya mereka kenal jati diri bangsa menerusi hikayat lama seperti Sulalatus Salatin. Tetapi cadangan itu dipandang sepi. Ini satu hal yang menyesakkan, sekolah filem di UiTM, sekolah filem di Aswara, sekolah filem di USM dan UM mesti menyediakan asas pemikiran bangsa dari awal lagi. Jemput Mufti Perlis yang banyak pandainya itu untuk mengajar karyawan filem yang tak ada arah ini, ajarkan mereka doktrin Inna lillah wa Inna ilaihi Rajiun. Ajarkan juga konsep min aina, fi aina dan ila aina. Sebab pengarah filem dan pelakon filem pun ada Tuhan dan akan mati satu hari nanti. Sekolah filem kita mesti mengajarkan rukun iman. Ini tidak, karyawan filem kita buat filem macam tak kenal adanya hari kiamat! Astaghfirullah, karyawan seni kita makin tak ada Tuhan ke?
Kalau tak, pengarah filem kita akan buat kerja sia-sia lagi. Dan duduk dalam putaran keji yang serupa. Kemudian sesama mereka akan ampu dan angkat sesama sendiri.
Huraian Kedua: Johanna membesar sebagai seorang gadis tomboy, dalam diam menyukai Putra. Tetapi Putra pula jatuh cinta dengan Amiera, anak orang kaya yang dikenali mereka secara kebetulan. Amiera walaupun disaluti kemewahan tetapi hidup dalam kesunyian. Mereka sering melepak bersama. Mereka bahagia hidup dalam dunia mereka sendiri.
Lihatlah stereotaip yang tidak pernah bebas dari filem Melayu. Sebab dan akibat yang sama tak sudah-sudah, langsung tiada kreativiti. Tolonglah beri anjakan paradigma sedikit wahai orang filem!
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungan ....
Huraian Ketiga: Erzan salah seorang rakan mereka, sedang dibelenggu masalah hutang dengan along dan diugut supaya melangsaikannya segera. Suatu hari ketika sedang melepak dan tergedik-gedik di kelab malam, mereka ditangkap dan ditahan di lokap (maka ada alasanlah untuk hero-hero filem ini ditampilkan dalam adegan tak pakai baju dan hanya pakai boxer) .
Bapa Amiera begitu marah dan tidak membenarkan Amiera keluar dari rumah. Amiera yang tertekan (memang macam cerpen yang biasa editor Dewan Siswa reject!), disamping ketagihan dadah telah melarikan diri. Amiera bertemu Erzan. Mereka sama-sama khayal dengan dunia dadah mereka. Keesokannya Putra yang terjumpa mereka berdua telah naik angin. Amiera melarikan diri. Setelah puas mencari, Putra bertemu Amiera dalam ketagihan yang amat teruk. Amiera minta Putra membawanya ke tempat dia sering mengambil bekalan, di Kg. Kayu Ara. Putra bersetuju kerana dia mahu tahu tempat dan orang yang telah merosakkan kawan-kawannya itu. Jeng-jeng orang yang merosakkan kawan-kawannya ialah bapanya sendiri, yang sudah keluar dari jel. Macam filem Tamil, malah filem Tamil pun sudah jauh lebih bermutu.
Kemudian untuk menambah rasa jengkel kita, Amiera yang sedang khayal dek dadah di bumbung flat tempat Putra tinggal telah mengejar bunga api dilatari KLCC lalu jatuh dan mampus di situ juga dalam hujan yang lebat. Inilah kemuncak tiadanya moral dalam filem Melayu, sangat hadhari sifatnya.
Putra yang bertambah marah dengan kesan dadah ke atas kawan dan kekasihnya telah membawa geng untuk bergaduh dengan kumpulan along, maka jadilah adegan ala-ala Departed atau Young and Dangerous yang merepek merapu.
Kemudian plot menjadi seperti filem Bangla semula, Putra nekad ke Kg. Kayu Ara mahu membunuh mereka yang terlibat. Niat Putra terlaksana apabila dengan mudah dapat membunuh Hisham, ketua kumpulan pengedaran dadah tersebut. Tiba-tiba muncul wanita tua yang sekian lama dirindui Putra, Mariam. Selama ini rupa-rupanya Mariam telah dijaga oleh Hisham, dan mereka berdua tidak pernah berputus asa mencari Putra. Oh Putra membunuh atau terbunuhkan bapanya sendiri. Oh sedih-sedih, penonton dipaksa bersedih. Saya kira inilah naratif filem yang paling memperbodohkan penonton pernah saya tonton.
Bunuh sana sini dalam filem ini kita pun tertanya, polis Malaysia yang cekap itu di mana, di hujung barulah muncul polis dengan kereta peronda. Saya kira filem ini juga menghina slogan cepat mesra betul polis. Kasihan.
Kerja seni bukan kerja setakat menyusun bentuk, mengisi kandungan dan menampilkan rasa. Kerja seni macam mesin basuh juga mesti memainkan peranannya. Setakat mahal dan penuh estetika tetapi tiada fungsi itu namanya tak berguna, dan benda tak berguna adalah sia-sia.
Kembali kepada voice over Putra di akhir filem yang menyalahkan takdir tadi, inilah kesesatan sekolah pemikiran hasil daripada ketidakfahaman terhadap konsep keadilan Ilahi. Ini kesan kerana ustaz-ustaz kita dari dulu asyik mengajar sifat 20 dan ini kesan kerana ustaz balik dari Madinah dan Jordan kebanyakannnya bertengkar tahlil itu halal ke haram, ada filem macam gampang tak siapa pun peduli.
Godless dan Hopeless tema yang sesuai untuk Anak Halal. Mesej besarnya, kalau hisap dadah tak apa, ini kerja takdir, Tuhan dah takdirkan untuk hisap dadah jadi nak buat macam mana.
Memang kerja sia-sia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #292 ahasyraf80's post
SIAPA MAMAT NI? DIRECTOR FILEM MANA? KALAU DIA PANDAI SGT BUAT FILEM KITA RAMAI-RAMAI SURUH DIA BIKIN PULAK LAIN KALI! DASAR HASAD DENGKI LER NI!![](static/image/smiley/default/2.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #294 komPANGG!!!'s post
Ko x kenal ke Faisal Tehrani?![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #295 nik2121's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #293 ahasyraf80's post
aku agak setuju review faisal tehrani nih..
kawan aku yg tengok skali filem ni puji, siap nangis2 gak...
tapi aku tau gambaran hopeless yg faisal tehrani maksudkan dlm filem ni...
serabut kepala aku tengok filem ni, anak melayu kite mcm takde kerja lain, gaduh2, pastu sampai 1 level lagi, bunuh orang sesedap rasa...'sekerdil' pemikiran & harapan watak2 filem ni, 'semudah' itu jugakla diorang menyelesaikan segala masalah, semuanya hutang darah dibayar darah, sama taraf dgn filem sultan mahmud mangkat dijulang
ramai yg puji filem ni, takpela...masing2 ada pandangan masing2, aku takde masalah tentang tu
filem ni bukanla aku tak suke langsung....dialognya segar, settingnya realistik (kedai burger, setinggan), tapi kadang2 mcm tak kena jugak...tahun 1992, setting kat jambatan kota, sungai klang tapi masjid tepi sg. klang tu ada pulak, tak siap lagi & sampai skang masjid tu still tak siap lagi! nampak sangatla baru diorang shooting filem ni...tahun 1992 pun ada kereta polis wira, 1st time jugak kereta polis main masuk je laluan motor/basikal kat jambatan kota tu semata2 nak tangkap pengemis bergaduh (??)
watak fasha sandha paling hopeless...typical melayu, dah ada semua benda, tak dapat kasih sayang punya pasal, dadah jugak yg ditaramnya...yg lagi sedih dia hisap dadah sebab takleh jumpe putra & kawan2nya, oh, filem melayu! farid kamil yg konon2 nak menolong, lagi haram jadah...kata nak tolong, nak tolong, dadah sepanjang masa ada kat sisi, ape beza dia & erzan? dia sepak tendang erzan sebab bagi fasha hisap dadah, dia pun sama! dia siap kata aku takut amira mati & gayanya memang nak bagi amira mati...ada ke penagih dadah dibiar sorang2, kena ada constant supervision...akhirnya amira mati katak, sempurna la kisah hopeless anak melayu...yg kelakar putra salahkan orang lain, padahal amira sepanjang masa bersama dia..makan bersuap, tidur skali, oh, anak melayu...
along & orang melayu pun takleh dipisahkan...sengaja jugak watak erzan dibunuh supaya ada sebab putra nak mengamuk..putra yg nak jadik hang jebat seolah2 undang2 negara tu dia punya menunjukkan kebaghalannya melawan konco2 tajul sorang2, 4 lawan 1, berani ke bodoh tu? kawan2 motor dia pun tumpang semangkuk membelasah tapi bila polis datang semuanya cabut...balas dendam jenis ape ni? anak melayu takde jati diri, setakat tu jela diorang bole pegi, agaknya...
dgn naratif selemah ni, pelakon sehebat rosyam nor pun tak bole menyelamatkan filem ni...sama mcm faisal tehrani, aku sakit hati bile last2 skali takdir jugak yg disalahkan, as if budak2 ni terpaksa bergaduh, membunuh, melayu terpaksa jual dadah, hisap dadah..ntahla, hati aku memang merusuh bile filem ni abis |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata faisal tehrani ni bekerjasama buat filem ngan pengarah malaysia..
tapi kalau nk kate anak halal filem sia2..aku rasa..semua filem yg pernah dihasilkn di malaysia ni sia2..
filem anak halal menyedarkan ttg dadah dan along..faisal tehrani menyedarkan kita ttg anak halal yg sia2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahasyraf80 at 20-12-2007 05:37 PM ![](http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
OSMAN ALI who??
Salaam dik..
uikh! janganlah camtuh skali.. thread nih more on the film ANAK HALAL (good/bad) masing2 nyer opinion.. not about who's good/not or who's more popular etc?.. fyi, nak tau psl osman ali klik link2 berikut yer:
http://www.imdb.com/name/nm0019471/
http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=crew&p=info&id=576
and if u want to hilite about anyone book writer ker.. novel ker haper ker.. pls goto rumah yg spatutnyer.. terima kasih
Selamat Hari Raya Qurban suma!:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
....ada betulnya faisal tehrani
aku tak terfikir pulak bila tgk cite ni...faisal lebih kritis, dia dpt tangkap elemn2 ni
tapi skrg aku macm x letak harapan yg tinggi lagi bila menonton film melayu sbb aku tahu kita belum mampu
kalau tgk cite hollywood dgn cite melayu dgn pemikiran yg sama mmg la filem kita kalah teruk... |
|
|
|
|
|
|
| |
|