|
APA ISTIMEWANYA MENJADI WANITA ?[mgd] karengkang, cekpoin, winamp05
[Copy link]
|
|
Lalai, cuai, lupa dan gopoh sebahagian dari watak, tabiat dan budaya manusia.Tidak hairanlah lumrah berlaku, sepandai-pandai manusia, lupa berfikir sebelum bertindak, terutama di waktu marah.Dia bertindak melulu, tidak sempat berfikir, meledak sahaja. Sudah terlajak barulah menyesal. Pandai tidak mesti dia berfikir sebelum berbuat. |
|
|
|
|
|
|
|
Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.
Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
bersambung...... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka tulisan tatie ini....
Aku ada versi lain berkenaan artikel di atas, nanti aku tuliskan...
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AboNawas at 11-9-2005 11:18 AM
Teruskan usaha murni mu, Pakcik Gravedigger, kalau kekeringan isu, jangan lupa berkongsi minda bersama Makcik Snake tu..:cak:
????????????????.........apahal ni ?....
BERDAKWAH biar BERHEMAH....
BERJUANG biar BERSTRATEGI...
BERSIKAP biar DIHORMATI...
[ Last edited by serihartatie at 11-9-2005 11:27 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AboNawas at 11-9-2005 11:18 AM
Teruskan usaha murni mu, Pakcik Gravedigger, kalau kekeringan isu, jangan lupa berkongsi minda bersama Makcik Snake tu..:cak:
Dan aku tidak jemu2 mengatakan kepadamu bahawa aku bukan dia dan dia bukanlah aku.... nf:
Apakah awak ingin belajar mengucapkan perkataan 'ana al haq' ?
Aku boleh ajarkan...
lol:lol
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yanglebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurattubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidakselesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurangleluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki."
Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamupakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi,sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan,ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumittinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yangmelihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembaliberbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamulakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanyabeberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kinibanyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalamjiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yangterlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannyahingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."
Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita- wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana- sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khususuntuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akanmenjadi wanita yang ketinggalan zaman."
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
bersambung....... |
|
|
|
|
|
|
|
tak habis lagi ni tatie.........
di manakah dikau????
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saifulms at 20-9-2005 01:02 AM
tak habis lagi ni tatie.........
di manakah dikau????
Wassalam.
SORI..terlupa pulak ndak menyambung...sibuk ler sikit sekarang ni...student kena kejar dek supervisor sebb student suka main hide and seek...hehehe.. . |
|
|
|
|
|
|
|
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitanyang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja,sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha diapakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengantangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannyasangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial,pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas,musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi,semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahiluntuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, makasegalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbukaatau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, danna'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."
Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan,engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semuadosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.
Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua,terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambiltindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka,selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Wallahu a'lam bisshawab.
Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah
[ Last edited by serihartatie at 20-9-2005 08:37 AM ] |
|
|
|
|
|
|
Rayle This user has been deleted
|
Originally posted by serihartatie at 26-8-2005 02:55 PM
Berfikirlah ia akan membuahkan ilmu. Amalkanlah ilmu itu ia akan membuahkan hikmah. Itulah yang dikatakan ilmu di dalam ilmu
Kebenaran akal ialah ...
Sample Text
Ustazah serihartatie
terima kasih atas hujah yang panjang lebar itu...
saya ini bukan org baru dlm forum ini ustazah....tapi bila dah pindah ini tukar nick nama jer.
daripada apa yg ustazah hurai pjg lebar dlm forum ini . Apa kah sudah di pratik semua untuk amalan harian...
Contohnya kalau pompuan berjalan itu tak leh pandang lelaki yg bukan mahram.
kalau macam itu mana leh jadi....kakg kena pejam mata berjalan kot...nanti terlanggar org lain pula.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Rayle at 23-9-2005 09:05 AM
Sample Text
Ustazah serihartatie
terima kasih atas hujah yang panjang lebar itu...
saya ini bukan org baru dlm forum ini ustazah....tapi bila dah pindah ini tukar n ...
rayle...sama-sama...bukan hujah tatie tapi dari minda ustaz Ashaari Muhammad.
ermm...perempuan sekrg boleh bergelanggang di medan perjuangan, tetapi mesti dengan iman dan ilmu...mesti beriman dan berilmu...barulah TINDAKAN dan AMALAN menepati syariat dan tidak tergelincir dari landasan yg ditetapkan oleh Islam.
jadi pandailah kalau ndak berjalan dengan mata yg terbuka tetapi buta....buta melihat perkara yg tidak dibenarkan syariat sahaja..tetapi sgt celik apabila berjumpa perkara yg menepati syariat...;)
tetapi semua itu bergantung kepada keupayaan masing-masing..ikut kesesuaian....ada yg sesuai berkecimpung di tgh masyarakat, ada yg sesuai duduk di rumah sahaja....tetapi bila bergelanggang di medan perjuangan seeloknya berjemaah..supaya saling kuat dan menguatkan antara satu sama lain.
[ Last edited by serihartatie at 23-9-2005 01:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 23-9-2005 01:54 PM
rayle...sama-sama...bukan hujah tatie tapi dari minda ustaz Ashaari Muhammad.
ermm...perempuan sekrg boleh bergelanggang di medan perjuangan, tetapi mesti dengan iman dan ilmu...mesti berima ...
:setuju::setuju::setuju:
:pompom::bodek::pompom::nyorok:
:pray::pray::pray::pray::pray: |
|
|
|
|
|
|
|
KEJAYAAN SEBENAR MANUSIA
Kejayaan manusia bukan berjaya mendapat ilmu, tetapi berjaya mengamalkan dan tawadhuk dengan orang ramai
Kecemerlangan manusia bukan mendapat pangkat yang tinggi, tapi dapat merendah diri dan boleh menolong orang lain dengan pangkat itu
Kejayaan manusia bukan diukur dengan kekayaannya, tapi dapat mengagih-agihkannya, ramai yang dapat manfaatnya
Luar biasa itu bukan pula seseorang itu mampu mengalahkan musuh-musuhnya, tapi mampu memaafkan musuh-musuhnya, musuh peribadinya
Seseorang yang mampu marah bukanlah manusia yang hebat. Yang hebat itu, seseorang yang boleh menahan kemarahannya
Seseorang yang istimewa bukanlah pandai melihat kesalahan orang lain. Istimewanya seseorang itu pandai melihat kejahatan dirinya dan kelemahan peribadinya.Tidak membalas kejahatan orang kerana hendak mencari kedamaian. Membuat baik terhadap orang yang jahat kepadanya itu adalah manusia luar biasa dan istimewa
Seseorang perempuan yang dapat memperlihatkan kecantikannya kepada semua orang bukanlah satu keistimewaan. Perempuan yang istimewa itu kecantikannya hanya dilihat oleh suaminya seorang
10.6.2003
Menjelang Zuhur
:pray::pray: :pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hambasufi at 23-9-2005 03:53 PM
KEJAYAAN SEBENAR MANUSIA
Kejayaan manusia bukan berjaya mendapat ilmu, tetapi berjaya mengamalkan dan tawadhuk dengan orang ramai
[col ...
Terima kasih la pada Pak HambaSufi kerana sudi memberi nasihat. |
|
|
|
|
|
|
Rayle This user has been deleted
|
Originally posted by serihartatie at 23-9-2005 01:54 PM
rayle...sama-sama...bukan hujah tatie tapi dari minda ustaz Ashaari Muhammad.
ermm...perempuan sekrg boleh bergelanggang di medan perjuangan, tetapi mesti dengan iman dan ilmu...mesti berima ...
ustazah serihartatie anak murid ustaz Ashaari Muhammad lah ini...
Pimpin al-arqam zaman lampau lah...emm...bagus juga ..sekurang-kurangnya ada juga ilmu yg boleh di kongsi bersama w/pun tak pernah rapat dgn al arqam pada masa lampau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Rayle at 26-9-2005 09:00 AM
ustazah serihartatie anak murid ustaz Ashaari Muhammad lah ini...
Pimpin al-arqam zaman lampau lah...emm...bagus juga ..sekurang-kurangnya ada juga ilmu yg boleh di kongsi bersama w/pun tak pe ...
tatie anak murid ustaz AM?...ermm...rasanya tak layak utk jadi anak murid ustaz AM...cukuplah kalau dikatakan tatie peminat minda ustaz AM...dan menyokong sepenuhnya perjuangan beliau di dalam memartarbat dan mewibawakan islam secara lokal dan global... |
|
|
|
|
|
|
|
Peringkat-peringkat Isteri Yang Meminta Haknya Kepada Suami
1.Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan oleh suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya.
Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.
Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau mencari gagak putih. Ini adalah perempuan yang luar biasa.
2.Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu (dharuri) sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
3.Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu (dharuri) dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Maka itulah dia golongan orang yang soleh.
4.Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu (dharuri) yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun rasa tidak cukup. Mahu lagi, selalu meminta lagi. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut, marah-marah, sakit hati, merajuk, hingga menjadi masalah di dalam rumahtangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami. Apatah lagi dengan Tuhan, sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuatkan suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendaknya diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakalanya pakaian terpaksa hendak ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian, tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak.
Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang, macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan bergelora. Lama-kelamaan bercerai juga. Kalaupun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak-peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Di manalah keindahannya lagi? Apalah bahagianya gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing. |
|
|
|
|
|
|
cekpoin This user has been deleted
|
kelebihan wanita
aku dpt dari email...tp aku tak jumpa dalil dia......sapa yg tau boleh tolong
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orangwali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya! dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7
tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan
mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
masyaAllah.. sekali baca ..untungnyer jadik wanita.. mudah dpt pahala dan mudah sekali utk melihat wajah Allah.. subhanallah.. perkuatknlah iman hambamu yg dhaif ini.. amminnn |
|
|
|
|
|
|
|
untung jadi wanita ni....alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
| |
|