|
Sejauh Mana Al Quran Perlu Ditafsir Menggunakan Akal
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 20-9-2010 11:21
Jangan anda samakan dadah dgn ganja.
ganja bukan dadah tetapi adalah HERBA.
“When you smoke the herb, it reveals you to yourself” – Bob Marley.
Herba tidak haram di sisi islam.
sirrikhafi Post at 19-9-2010 14:54 
Salam..
Ishhh.... kan anda tak terima selain dari Al-Quran? Kenapa terima kenyataan Bob Marley pulak?
Dan anda kata:
oleh itu, pihak polis juga adalah termasuk dari suatu ummat yg menyeru kpd kebaikan, menyuruh yg ma'ruf &menegah yg mungkar.
Berdasarkan kenyataan anda bahawa Ganja itu bukan dadah, jadi adakah Polis buat mungkar atau ma'aruf bila tangkap orang edar, simpan atau hisap ganja? Boleh saudara jelaskan?
Adakah BERJANGGUT itu suatu KEWAJIPAN dari Tuhan ALLAH anda di dlm AlQuran? dlm SURAH apa? AYAT yg ke berapa?
Saya belum bincang pasal hukum janggut, saya cakap pasal Sunnah Nabi-Nabi. Banyak hadith pasal Sunnah Nabi Muhammad SAW berjanggut dan begitu juga para sahabatnya menyimpan janggut. Nabi SAW memberitahu kita bahawa janggut adalah Sunnah Para Nabi-Nabi. Dalam Al-Quran ada disebut perihal janggut Nabi Harun AS, menunjukkan betul sabdaan Nabi Muhammad SAW. Tidak syak lagi!
قَالَ يَبۡنَؤُمَّ لَا تَأۡخُذۡ بِلِحۡيَتِى وَلَا بِرَأۡسِىٓ
Berkata (Nabi Harun): "Wahai putera ibuku janganlah kamu pegang janggutku dan jangan (juga) kepalaku... (Ta-Ha, 94)
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kpd Mnm
Terima Kasih dan semoga Allah Merahmati dan Memberi Petunjuk Taufiq dan Hidayah-Nya kepada saya dan juga sirrikhafi. |
|
|
|
|
|
|
|
nama pun manusia
ada akal
walau buta mata hati
jadi
leh berfikir kannnnn
nak yg baik............silakan
nak yg tak baik................silakan juga
nanti JAWAB SENDIRI dan TANGGUNG AKIBATNYA |
|
|
|
|
|
|
|
Salamun 'alaikum,
Kenapa terima kenyataan Bob Marley pulak?
Tuhan ALLAH anda menyuruh manusia supaya apabila mendengar sesuatu perkataan lalu ikutilah yg paling baik.
Orang-orang yang di perdengarkan akan perkataan, lalu mereka mengikuti yang paling baik akan nya, mereka itulah orang-orang yg telah di tunjuki akan mereka oleh ALLAH dan mereka itu, mereka lah yang mempunyai pintu-pintu 39:18
pendapat bob marley itu adalah suatu pendapat yang sangat baik. jangan hanya kerana org itu non muslim lalu kita menutup minda dari mendengar pendapat-pendapatnya. itu sikap yg jumud.
jadi adakah Polis buat mungkar atau ma'aruf bila tangkap orang edar, simpan atau hisap ganja?
Polis hanya menjalankan kewajipan &undang-undang negara. kalau anda pernah pergi holland, di sana tiada masaalah pun dgn ganja. bahkan negara mereka sangat maju &berdisiplin dari negara kita sehingga boleh menyertai pertandingan bolasepak piala dunia sampai ke perlawanan final. negara kita yg mengharamkan ganja, adakah lebih maju &berdisiplin dari negara holland? nah! fikirlah sendiri.
Dalam Al-Quran ada disebut perihal janggut Nabi Harun AS, menunjukkan betul sabdaan Nabi Muhammad SAW. Tidak syak lagi!
قَالَ يَبۡنَؤُمَّ لَا تَأۡخُذۡ بِلِحۡيَتِى وَلَا بِرَأۡسِىٓ
Berkata (Nabi Harun): "Wahai putera ibuku janganlah kamu pegang janggutku dan jangan (juga) kepalaku... (Ta-Ha, 94)
Ayat di atas hanya menceritakan peristiwa janggut harun di tarik oleh musa. tidak pula menyatakan janggut itu suatu kewajipan bagi org-org yg percaya.
lagi pula sunnah nabi bukanlah suatu kewajipan yg mesti di ikuti.
penganut ajaran sunnah mempercayai kononnya nabi muhammad itu seorg yg buta huruf. lantas, mengapa penganut sunnah tidak mengamalkan sunnah buta huruf? nah! fikirlah sendiri...
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 6-10-2010 11:08
Tuhan ALLAH anda menyuruh manusia supaya apabila mendengar sesuatu perkataan lalu ikutilah yg paling baik.
Orang-orang yang di perdengarkan akan perkataan, lalu mereka mengikuti yang paling baik akan nya, mereka itulah orang-orang yg telah di tunjuki akan mereka oleh ALLAH dan mereka itu, mereka lah yang mempunyai pintu-pintu 39:18
pendapat bob marley itu adalah suatu pendapat yang sangat baik. jangan hanya kerana org itu non muslim lalu kita menutup minda dari mendengar pendapat-pendapatnya. itu sikap yg jumud.
sirrikhafi Post at 6-10-2010 10:07 
Salam...
Jadi pendapat Bob Marley itu pendapat yang sangat baik? Itu kan pendapat saudara juga kan? Ada orang berpendapat ia tak baik. Banyak dah kajian yang dibuat kesannya lepas banyak tahun bukan serta-merta....tapi kalau anda nak terus hisap ganja tu tanggung lah akibat-nya sendiri
Polis hanya menjalankan kewajipan &undang-undang negara. kalau anda pernah pergi holland, di sana tiada masaalah pun dgn ganja. bahkan negara mereka sangat maju &berdisiplin dari negara kita sehingga boleh menyertai pertandingan bolasepak piala dunia sampai ke perlawanan final. negara kita yg mengharamkan ganja, adakah lebih maju &berdisiplin dari negara holland? nah! fikirlah sendiri.
Maju dan disiplin dari pandangan mata manusia itu adalah subjektif. Saya pi holland ternampak dalam supermarket secara terbuka ada gambar berunsur lucah. Bukan satu dua supermarket. Kat telefon awam nombor2 pelacur dan gambar perempuan diletak.
Mana-mana negara ada unsur kebaikan dan ada unsur kejahatan.
Ayat di atas hanya menceritakan peristiwa janggut harun di tarik oleh musa.
Justeru benarlah hadith-hadith Nabi tentang Janggut itu Sunnah Para Nabi dan Rasul. Adakah anda mendustakan Hadith berkaitan janggut? |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak dah kajian yang dibuat kesannya lepas banyak tahun bukan serta-merta
Apakata anda bawakan kajiannya di sini terlebih dahulu. lagi bagus kalau ada ijma' dari seluruh pengamal perubatan sedunia samaada dari aliran tradisional mahupun aliran moden.
Maju dan disiplin dari pandangan mata manusia itu adalah subjektif. Saya pi holland ternampak dalam supermarket secara terbuka ada gambar berunsur lucah. Bukan satu dua supermarket. Kat telefon awam nombor2 pelacur dan gambar perempuan diletak.
Lucah &herba tiada kaitan antara satu sama lain. bagaimana anda berhujjah?
Justeru benarlah hadith-hadith Nabi tentang Janggut itu Sunnah Para Nabi dan Rasul. Adakah anda mendustakan Hadith berkaitan janggut?
Berita yg di sampaikan dari mulut ke mulut (Hadis janggut) adalah perkara yg besar di sisi ALLAH.
Ketika kamu menerima akan nya dengan lidah-lidah kamu dan kamu mengatakan dengan mulut-mulut kamu apa yang tiada bagi kamu dengan nya oleh ilmu dan kamu menyangka akan nya sebagai sesuatu yang ringan sedang ia itu di sisi ALLAH, besar! 24:15
sudah tentu saya akan menolak hadis min 'indi ghoirillah. apalagi cerita-cerita yg di sampaikan dari mulut ke mulut sehinggalah ia di jilidkan 200 tahun kemudian. mustahil zmn nabi ketiadaan teknologi penggunaan pena& kertas.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Lucah &herba tiada kaitan antara satu sama lain. bagaimana anda berhujjah?
sirrikhafi Post at 6-10-2010 11:53 
Lihat balik kenyataan anda:
Polis hanya menjalankan kewajipan &undang-undang negara. kalau anda pernah pergi holland, di sana tiada masaalah pun dgn ganja. bahkan negara mereka sangat maju &berdisiplin dari negara kita sehingga boleh menyertai pertandingan bolasepak piala dunia sampai ke perlawanan final. negara kita yg mengharamkan ganja, adakah lebih maju &berdisiplin dari negara holland? nah! fikirlah sendiri.
Anda bangga sangat dengan kemajuan Holland tu? Polis depa mungkin berdisiplin, tapi masyarakat mereka tu dah 'biasa' dengan gelumang kelucahan. Polis tak kisaah pun sebab itu dah biasa menjadi norma kehidupan. Itu kemajuan yang boleh dibanggakan selain dari bola sepak yang ditonggang arak semasa menonton?
Berita yg di sampaikan dari mulut ke mulut (Hadis janggut) adalah perkara yg besar di sisi ALLAH.
Ketika kamu menerima akan nya dengan lidah-lidah kamu dan kamu mengatakan dengan mulut-mulut kamu apa yang tiada bagi kamu dengan nya oleh ilmu dan kamu menyangka akan nya sebagai sesuatu yang ringan sedang ia itu di sisi ALLAH, besar! 24:15
sudah tentu saya akan menolak hadis min 'indi ghoirillah. apalagi cerita-cerita yg di sampaikan dari mulut ke mulut sehinggalah ia di jilidkan 200 tahun kemudian. mustahil zmn nabi ketiadaan teknologi penggunaan pena& kertas.
Lawak betul la.... Kenyataan Bob Marley terima pulak! Yang tu memang sah hadis min 'indi ghoirillah. Mana periwayatnya? Internet? Ok. Siapa lagi yang menyokong kata-kata Bob Marley tu?
Yang hadith-hadith dari periwayat yang thiqah tak mahu terima kah? Bukankah ayat yang anda bawa tu menjadi dalil kebenaran riwayat hadith:
Orang-orang yang di perdengarkan akan perkataan, lalu mereka mengikuti yang paling baik akan nya, mereka itulah orang-orang yg telah di tunjuki akan mereka oleh ALLAH dan mereka itu, mereka lah yang mempunyai pintu-pintu 39:18
Kata-kata Nabi yang diriwayatkan dari para sahabat yang juga meriwayat lafaz Al-Quran adalah kata-kata yang paling baik
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Polis depa mungkin berdisiplin, tapi masyarakat mereka tu dah 'biasa' dengan gelumang kelucahan.
Walaupun masyarakat mereka bergelumang dgn kelucahan, namun mereka tidak membuang bayi-bayi yg tak berdosa sambil mengistilahkan 'anak haram' ke atas anak-anak yg di lahirkan di luar pernikahan seperti masayarakat yg mengaku islam. so, siapa yg lebih 'islamik' dlm hal ini?
Yang hadith-hadith dari periwayat yang thiqah tak mahu terima kah?
Bukhari pernah di anggap sebagai mu'tazilah oleh gurunya sendiri kerana mengatakan AlQuran adalah makhluk. apakah bukhari itu maseh boleh di anggap tsiqah? dan dalil apakah yg menetapkan setiap riwayat/khabar/cerita itu mesti dari perawi yg tsiqah? kalau AlQuran, dlm surah apakah? ayat yg keberapakah?
Kata-kata Nabi yang diriwayatkan dari para sahabat yang juga meriwayat lafaz Al-Quran adalah kata-kata yang paling baik
Maaf. Hadis @kata-kata yg paling baik ialah AlQuran 39:23.
yg di katakan kononnya sebagai 'Kata-kata nabi yg di riwayatkan dari para sahabat' itu adalah cerita-cerita yg di sampaikan dari mulut ke mulut sehinggalah ia di jilidkan 200 tahun kemudian. bahkan, ia tidak pernah 'disahehkan' oleh nabi sendiri mahupun ahlulbaitnya &sahabatnya. bagaimana kamu boleh merasa 'ringan' akan cerita-cerita yg di sampaikan dari mulut ke mulut 24:15 , sedang di sisi ALLAH ia adalah perkara yg sangat besar? nah! fikirlah sendiri...
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 7-10-2010 08:21
Walaupun masyarakat mereka bergelumang dgn kelucahan, namun mereka tidak membuang bayi-bayi yg tak berdosa sambil mengistilahkan 'anak haram' ke atas anak-anak yg di lahirkan di luar pernikahan seperti masayarakat yg mengaku islam. so, siapa yg lebih 'islamik' dlm hal ini?
sirrikhafi Post at 6-10-2010 18:45 
Siapa kata? Ada jugak kes, tapi ia tidak dibesarkan macam di Malaysia ni. Kesalahan yang besar juga yang dibuat di sana ialah 'membunuh' bayi dalam kandungan dan dikira tiada kesalahan. Kalau di Malaysia dimudahkan macam di barat, mungkin isu pembuangan bayi ni berkurang sebab ada kaedah 'pembunuhan' yang di'halal'kan (pengguguran bayi)
Sekarang anda nak membela sangat pulak negara-negara barat tu? Saya pernah tinggal di sana, ya memang benar ada beberapa segi kebaikan tentang masyarakat barat. Malangnya, mereka secara umum bukanlah manusia yang beragama, sebenarnya kebanyakan mereka bertuhankan nafsu, walalupun zahirnya mereka dikira bertamadun.
Bukhari pernah di anggap sebagai mu'tazilah oleh gurunya sendiri kerana mengatakan AlQuran adalah makhluk. apakah bukhari itu maseh boleh di anggap tsiqah? dan dalil apakah yg menetapkan setiap riwayat/khabar/cerita itu mesti dari perawi yg tsiqah? kalau AlQuran, dlm surah apakah? ayat yg keberapakah?
Tuduhan dari seseorang tidak menjejaskan kredibiliti seseorang itu melainkan mendatangkan hujjah-hujjah yang benar. Imam Bukhari bukannya ada seorang guru sahaja. Diberitakan setelah wafatnya Imam Bukhari, golongan yang membuat tuduhan itu kembali bertaubat.
Maaf. Hadis @kata-kata yg paling baik ialah AlQuran 39:23.
yg di katakan kononnya sebagai 'Kata-kata nabi yg di riwayatkan dari para sahabat' itu adalah cerita-cerita yg di sampaikan dari mulut ke mulut sehinggalah ia di jilidkan 200 tahun kemudian. bahkan, ia tidak pernah 'disahehkan' oleh nabi sendiri mahupun ahlulbaitnya &sahabatnya. bagaimana kamu boleh merasa 'ringan' akan cerita-cerita yg di sampaikan dari mulut ke mulut 24:15 , sedang di sisi ALLAH ia adalah perkara yg sangat besar? nah! fikirlah sendiri...
Itu hak saudara untuk menghukum dengan kefahaman saudara. Kalau ikut logik di atas, Al-Quran pun tidak pernah dijilid di zaman Nabi, tapi boleh pula anda terima riwayat lafaz Al-Quran dari para sahabat.
Adakah perkataan Bob Marley itu anda samakan tarafnya dengan Al-Quran? Fikirkanlah! |
|
|
|
|
|
|
|
Salam sejahtera....
Siapa kata? Ada jugak kes, tapi ia tidak dibesarkan macam di Malaysia ni.
Sila kemukakan bukti &fakta sebelum membuat fitnah&tuduhan.
Kesalahan yang besar juga yang dibuat di sana ialah 'membunuh' bayi dalam kandungan dan dikira tiada kesalahan.
Yg di dlm perut itu bukan bayi &menggugurkan janin tidaklah sama seperti 'membuang bayi' di dlm tong sampah &di dlm lubang jamban.
Malangnya, mereka secara umum bukanlah manusia yang beragama, sebenarnya kebanyakan mereka bertuhankan nafsu, walalupun zahirnya mereka dikira bertamadun.
Malangnya, cara hidup org-org yg 'tak bertuhan'&'tak beragama' lebih 'islamik' dari mereka yg kononnya beragama &bertuhan. contohnya seperti negara-negara komunis yg tidak mengamalkan riba& sistem kapitalis yg menindas kelas bawahan. tapi kebanyakkan negara-negara yg 'mengaku' islam maseh mengamalkan &menerima pakai sistem riba &sistem kapitalis yg menindas kelas bawahan. bahkan pd hari ini, 'agama' telah menjadi 'alat' kpd golongan borjuis utk menindas kelas bawahan. dan sudah tentu tamadun barat banyak menyumbang manfaat kpd seluruh dunia hari ini drpd tamadun org-org yg kononnya 'beragama &bertuhan'.
lagi pula, golongan pengganas hari ini terdiri dari golongan yg mengaku 'beragama' &'bertuhan'. bukan terdiri dari golongan 'yg tak beragama' &'tak bertuhan'. sungguh aneh...
justeru itu, golongan yg 'tak bertuhan' &'tak beragama' lebih 'islamik' berbandeng golongan yg mengaku 'beragama' &'bertuhan'.
Tuduhan dari seseorang tidak menjejaskan kredibiliti seseorang itu melainkan mendatangkan hujjah-hujjah yang benar. Imam Bukhari bukannya ada seorang guru sahaja. Diberitakan setelah wafatnya Imam Bukhari, golongan yang membuat tuduhan itu kembali bertaubat.
Secara asasnya, AlQuran mengajarkan manusia supaya menolak cerita-cerita yg hanya di sampaikan dari mulut ke mulut. apalagi selepas 200 tahun barulah ia di jilidkan. sebab itu AlQuran itu di gelar AlFurqan &Al-Muhaimin.
Itu hak saudara untuk menghukum dengan kefahaman saudara.
Saya tidak menghukum dgn kefahaman semata-mata. tapi menghukum dgn apa yg Tuhan ALLAH anda telah turunkan, yakni AlQuran.
Kalau ikut logik di atas, Al-Quran pun tidak pernah dijilid di zaman Nabi, tapi boleh pula anda terima riwayat lafaz Al-Quran dari para sahabat.
Mengarut sungguh logik yg anda guna pakai demi menyangkal AlQuran.
AlQuran telah di Jilid& di Kitab kan semasa hayat nabi. buktinya,
Demikianlah itu Kitab yang Tiada keraguan di dalam nya, Petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa 2:2
Ayat di atas membuktikan yg AlQuran itu telah di'kitab'kan @di'jilid'kan semasa hayat nabi. hanya penganut hadis shj yg mempercayai kononnya AlQuran itu di salin di atas tulang-tulang, pelepah &batu. mustahil nabi yg bertanggungjawab melakukan perkara sedemikian. lagipula, kitab yg sebelum AlQuran yaitu Taurat telah di salin di atas kertas 6:91 . maka sudah tentu teknologi kertas telah wujud di zaman nabi.
takkanlah di zmn nabi, tiap kali nak baca AlQuran, mereka mengusung tulang, pelepah &batu ke hulu ke hilir? nabi bukannya hidup di zaman batu! apakah kamu tak berfikir &berakal? nah! fikirlah sendiri.....
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 8-10-2010 14:27
Yg di dlm perut itu bukan bayi &menggugurkan janin tidaklah sama seperti 'membuang bayi' di dlm tong sampah &di dlm lubang jamban.
sirrikhafi Post at 7-10-2010 10:59 
Salam...
Adakah anda menyokong zina dan pengguguran janin untuk mengelakkan pembuangan bayi?
Pada saya perbuatan buang bayi itu perbuatan yang BURUK kesan dari akibat dosa zina. Perbuatan pengguguran itu JUGA BURUK kesan dari akibat dosa zina. Bezanya secara zahir kita mudah nampak pembunuhan bayi di sekitar tong sampah dan sungai, TAPI kita TAK NAMPAK banyak pengguguran/pembunuhan dibuat di hospital dan klinik.
Malangnya, cara hidup org-org yg 'tak bertuhan'&'tak beragama' lebih 'islamik' dari mereka yg kononnya beragama &bertuhan. contohnya seperti negara-negara komunis yg tidak mengamalkan riba& sistem kapitalis yg menindas kelas bawahan. tapi kebanyakkan negara-negara yg 'mengaku' islam maseh mengamalkan &menerima pakai sistem riba &sistem kapitalis yg menindas kelas bawahan. bahkan pd hari ini, 'agama' telah menjadi 'alat' kpd golongan borjuis utk menindas kelas bawahan. dan sudah tentu tamadun barat banyak menyumbang manfaat kpd seluruh dunia hari ini drpd tamadun org-org yg kononnya 'beragama &bertuhan'.
lagi pula, golongan pengganas hari ini terdiri dari golongan yg mengaku 'beragama' &'bertuhan'. bukan terdiri dari golongan 'yg tak beragama' &'tak bertuhan'. sungguh aneh...
justeru itu, golongan yg 'tak bertuhan' &'tak beragama' lebih 'islamik' berbandeng golongan yg mengaku 'beragama' &'bertuhan'.
Ya memang ada perkara yang baik pada non-Muslim. Adanya perkara baik itu tidak dapat sama sekali membawa kebaikan yang haqiqi bila menolak Islam.
Jadi anda sekarang anti-Islam pulak kah? Sedar atau tidak semakin ramai non-Muslim di negara barat masuk Islam, sebab tu lah ada pihak yang cuba memburukkan nama Islam, tambah pula ada orang Islam sendiri yang mencari salah orang Islam saja!
Orang bukan Islam semakin ramai masuk Islam, anda pula dok membangga-banggakan barat. Sungguh tidak mengikut Al-Quran!
Surah An-Nasr:
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. (1)
Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, (2)
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. (3)
Saya tidak menghukum dgn kefahaman semata-mata. tapi menghukum dgn apa yg Tuhan ALLAH anda telah turunkan, yakni AlQuran.
Itu kata-kata anda berdasarkan kefahaman anda. Puak Khawarij pun kata macam tu!
Mengarut sungguh logik yg anda guna pakai demi menyangkal AlQuran.
AlQuran telah di Jilid& di Kitab kan semasa hayat nabi. buktinya,
Demikianlah itu Kitab yang Tiada keraguan di dalam nya, Petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa 2:2
Mengarut sungguhlah anda ni. Kitab tu pada anda ialah mushaf yang diturunkan selepuk-kah?
Kalau bukan selepuk, siapa yang menjilidnya? Berikanlah fakta-fakta anda!
Ayat di atas membuktikan yg AlQuran itu telah di'kitab'kan @di'jilid'kan semasa hayat nabi. hanya penganut hadis shj yg mempercayai kononnya AlQuran itu di salin di atas tulang-tulang, pelepah &batu. mustahil nabi yg bertanggungjawab melakukan perkara sedemikian. lagipula, kitab yg sebelum AlQuran yaitu Taurat telah di salin di atas kertas 6:91 . maka sudah tentu teknologi kertas telah wujud di zaman nabi.
takkanlah di zmn nabi, tiap kali nak baca AlQuran, mereka mengusung tulang, pelepah &batu ke hulu ke hilir? nabi bukannya hidup di zaman batu! apakah kamu tak berfikir &berakal? nah! fikirlah sendiri.....
Zaman sekarang pun ramai yang hafiz Al-Quran, takkanlah zaman dulu para sahabat tak tahu hafal Al-Quran kot?
Ayat yang anda bawa tu hanyalah angan-angan dan sangkaan anda semata-mata tentang Al-Quran dijilid dan dikitabkan semasa hayat Nabi.
Minta maaf! |
|
|
|
|
|
|
|
mereka yg menolak hadis dgn alasan ditulis selepas 200 tahun,adakah mereka pasti amalan2 ibadat umat zaman sebelum 200 tahun tu sama spt mereka yg faham tafsir ikut akal sendiri jer,,betul ker mereka tu solat bil rakaat ikut tahap iman jer dan betul ker zaman sebelum 200 tahun dulu permp uzur pun solat?...
atau cuma perkara baru yg diada-adakan mengikut akal sendiri tafsir quran... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 9-10-2010 12:52
Salamun 'alaikum! laa nabtaghil jahiliin.. 28:55
Adakah anda menyokong zina dan pengguguran janin untuk mengelakkan pembuangan bayi?
Apakah kerana saya mengkritik perbuatan pembuangan bayi, lalu di katakan sebagai menyokong zina pula? cubalah berfikiran secara secara rasional wahai mnm...
Pada saya perbuatan buang bayi itu perbuatan yang BURUK kesan dari akibat dosa zina. Perbuatan pengguguran itu JUGA BURUK kesan dari akibat dosa zina. Bezanya secara zahir kita mudah nampak pembunuhan bayi di sekitar tong sampah dan sungai, TAPI kita TAK NAMPAK banyak pengguguran/pembunuhan dibuat di hospital dan klinik.
Dua-dua perbuatan YG BURUK. tapi malangnya perbuatan membuang bayi adalah di lakukan oleh org-org yg mengaku 'beragama' &'bertuhan'. khususnya org-org yg mengaku islam. yg anehnya, org-org yg athiest/agnostik tidak pula melakukan perkara-perkara sedemikian...
Ya memang ada perkara yang baik pada non-Muslim. Adanya perkara baik itu tidak dapat sama sekali membawa kebaikan yang haqiqi bila menolak Islam.
Tuhan yg maha adil tidak akan menolak kebaikan yg di lakukan oleh manusia. kebanyakkan non muslim hanya menolak islam kerana mereka memahami islam itu ialah taliban, al-qaeda, sunni, syiah dsbnya.
jika mereka membaca AlQuran, tentu mereka akan mendapati Islam yg di dlm AlQuran berbeza dgn islam taliban, islam al-qaeda, islam sunni, islam syiah dsbnya...
sudah sampai masanya AhlulQuran menjelaskan Islam yg sebenar, seperti yg ALLAH telah turunkan di dlm kitab Nya, kpd seluruh umat manusia.
sebab tu lah ada pihak yang cuba memburukkan nama Islam, tambah pula ada orang Islam sendiri yang mencari salah orang Islam saja!
Realitynya, kebanyakkan pengganas hari ini adalah dari islam aliran sunni. habis, siapa pula yg meletupkan disko di bali? yg mengebom org-org syiah di pakistan &iraq? peristiwa 11/9? golongan anti hadis kah? nah! anda fikirlah sendiri...
Orang bukan Islam semakin ramai masuk Islam, anda pula dok membangga-banggakan barat.
Islam takde kena mengena dgn 'timur' &'barat'... nampaknya, sudah sampai masanya ALLAH nak gantikan 'org timur' dgn 'org barat' pula. memang sudah menjadi sunnah Nya...
Itu kata-kata anda berdasarkan kefahaman anda. Puak Khawarij pun kata macam tu!
Mengikuti AlQuran di kata sebagai khawarij pula! mungkin benar juga khawarij &mu'tazilah itu golongan yg berpegang dgn AlQuran. namun, bila golongan sunni mendapatkan kekuasaan, di buruk-burukkannya golongan yg berpegang dgn AlQuran sebagai golongan yg sesat dsbnya. sebab itulah dikatakan bahawa: 'Sejarah yg di tulis, adalah mewakili pandangan pihak pemenang'....
Kalau bukan selepuk, siapa yang menjilidnya? Berikanlah fakta-fakta anda!
Sudah tentulah nabi &org-org yg mengikutinya.
Dan mereka berkata: "Dongeng-dongeng orang-orang yang terdahulu yang di minta tulis akan nya lalu ia di imla' ke atas nya pagi dan petang 25:5
Dan Kitab yang tertulis,
Di dalam kertas kulit bergulung yang terbuka, 52: 2&3
Ayat yang anda bawa tu hanyalah angan-angan dan sangkaan anda semata-mata tentang Al-Quran dijilid dan dikitabkan semasa hayat Nabi. Minta maaf!
22:51. Dan orang-orang yang berusaha melemahkan akan ayat-ayat Kami, mereka itulah sahabat-sahabat Jahim.
22:52. Dan tidaklah Kami mengutuskan dari sebelum engkau dari seorang rasul dan tidaklah seorang nabi, kecuali apabila dia berkhayal, telah melemparkan oleh syaitan itu di dalam khayalannya; maka menasakhkan oleh ALLAH apa yang dilemparkan oleh syaitan itu, kemudian akan menghakimkan oleh ALLAH akan ayat-ayat-Nya; Allah Mengetahui lagi Bijaksana.
22:53. Supaya Dia menjadikan, apa yang di lemparkan oleh syaitan itu, akan sebagai suatu fitnah, bagi orang-orang yang di dalam hati mereka itu oleh penyakit, dan kekerasan, di dalam hati mereka itu; dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, benar-benar di dalam perpecahan yang jauh.
22:54. Dan supaya akan mengetahui oleh orang-orang yang diberi ilmu bahawa sesungguhnya ia itu kebenaran daripada Pemelihara engkau, maka mereka mempercayainya dengan nya, dan merendahkan bagi Nya, oleh hati-hati mereka; dan sesungguhnya Allah itu benar-benar menunjuki akan orang-orang yang percaya itu, kepada jalan yang lurus.
22:55. Dan tidaklah henti-henti oleh orang-orang yang mengingkari itu, di dalam keraguan di dalam nya, sehingga akan datang kepada mereka Saat akan sebagai sesuatu yang tiba-tiba, atau akan datang kepada mereka oleh azab di hari yang tandus.
22:56. Kerajaan di hari itu bagi Allah, dan Dia akan menghakimkan di antara mereka. Maka orang-orang yang percaya, dan beramal soleh itu, di dalam Taman-Taman Kenikmatan.
22:57. Dan orang-orang yang mengingkari dan mereka yang telah mendustakan dengan ayat-ayat Kami, maka mereka itu, bagi mereka mereka, azab yang menghinakan.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 9-10-2010 13:05
Salam sayang...
mereka yg menolak hadis dgn alasan ditulis selepas 200 tahun,adakah mereka pasti amalan2 ibadat umat zaman sebelum 200 tahun tu sama spt mereka yg faham tafsir ikut akal sendiri jer,,betul ker mereka tu solat bil rakaat ikut tahap iman jer dan betul ker zaman sebelum 200 tahun dulu permp uzur pun solat?...
atau cuma perkara baru yg diada-adakan mengikut akal sendiri tafsir quran...
22:67. Bagi tiap-tiap umat itu, Kami telah menjadikan sebagai suatu peribadatan yang mereka mengibadatkan akan nya. Maka janganlah mereka membantah akan engkau di dalam urusan itu, dan serulah oleh engkau kepada Pemelihara engkau; sesungguhnya engkau itu benar-benar di atas petunjuk yang lurus.
22:68. Dan jika mereka berdebat kepada engkau, maka katakanlah, "Allah lebih mengetahui dengan apa yang kamu sedang lakukan."
22:69. "Allah akan menghakimkan di antara kamu di Hari Kiamat, di dalam apa yang adalah kamu itu di dalamnya, yang kamu sedang memperselisihkan."
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 11-10-2010 15:51
Apakah kerana saya mengkritik perbuatan pembuangan bayi, lalu di katakan sebagai menyokong zina pula? cubalah berfikiran secara secara rasional wahai mnm...
sirrikhafi Post at 8-10-2010 16:14 
Salamun 'alaikum! laa nabtaghil jahiliin.. 28:55
Saya hanya tanya, sebab anda bermudah-mudah salahkan orang Islam, sedangkan pembunuhan (samada secara buang bayi ataupun pengguguran) juga dilakukan oleh yang lain. Bukan semua orang Islam itu berilmu dan beramal dengan Islam.
Dua-dua perbuatan YG BURUK. tapi malangnya perbuatan membuang bayi adalah di lakukan oleh org-org yg mengaku 'beragama' &'bertuhan'. khususnya org-org yg mengaku islam. yg anehnya, org-org yg athiest/agnostik tidak pula melakukan perkara-perkara sedemikian...
Ada mereka mengaku 'Islam' lepas tu buang bayi? Ada Islam benarkan ZINA? Jangan memburukkan orang Islam atas perbuatan segelintir orang Islam semta-mata.
Tiada yang aneh bagi saya. Atheist tidak percayakan tuhan, membuat perkara yang jauh lebih buruk dari itu tetapi mereka 'pandai' menyembunyikan keburukan mereka itu. Tak perlu saya cerita di sini bagi anda yang menyokong golongan atheist tu!
Realitynya, kebanyakkan pengganas hari ini adalah dari islam aliran sunni. habis, siapa pula yg meletupkan disko di bali? yg mengebom org-org syiah di pakistan &iraq? peristiwa 11/9? golongan anti hadis kah? nah! anda fikirlah sendiri...
Islam tak suruh pun jadi pengganas. Kat Ireland dan Sri Lanka tu pun ada pengganas. Awat buat tak tau saja! Sebab depa tu bukan Islam? Perang Dunia pertama dan kedua tu sapa punya kerja sampai berjuta-juta orang mati?
Isu Bali? Hah... anda yang cuma dengar berita dah percaya bulat-bulat. Pengebom tu pakai bom apa? TNT, C4 atau apa? Jawab dulu? Anda dah buat kajian pasal tu kah? Pihak risikan tahu angkara siapa, tetapi semua diam takut kat AMERIKA. Malangnya banyak juga orang Islam yang terkelentong! Termasuklah pengganas yang semangat terlebih tu yang nak bom sana-sini, menjerat diri sendiri. Akhirnya nama Islam berjaya diburukkan dan orang Islam pun dimalukan!
Islam takde kena mengena dgn 'timur' &'barat'... nampaknya, sudah sampai masanya ALLAH nak gantikan 'org timur' dgn 'org barat' pula. memang sudah menjadi sunnah Nya...
Siapa anda nak buat keputusan? Bangga sangat dengan barat tu!
Mengikuti AlQuran di kata sebagai khawarij pula! mungkin benar juga khawarij &mu'tazilah itu golongan yg berpegang dgn AlQuran.
Mereka yang mengaku ikut Al-Quran tu yang buat macam tu dan menghukum orang Islam yang lain salah. Persis macam sorang forumer tu....
Sudah tentulah nabi &org-org yg mengikutinya.
Dan mereka berkata: "Dongeng-dongeng orang-orang yang terdahulu yang di minta tulis akan nya lalu ia di imla' ke atas nya pagi dan petang 25:5
Tiada kena mengena dengan penjilidan Al-Quran. Memang saya percaya Al-Quran itu telah ditulis sejak dari zaman Nabi lagi. Anda mesti membentangkan dalil-dalil kukuh tentang penJILIDan Al-Quran.
Dan Kitab yang tertulis,
Di dalam kertas kulit bergulung yang terbuka, 52: 2&3
Yang ditulis tidak menunjukkan ia dijilid atas kertas pada zaman Nabi seperti sebuah kitab yang tertutup yang banyak kita lihat harini. Nampaknya dalil di atas membungkam anda sendiri!
Boleh saya tahu dari mana datangnya terjemahan kalimah 'kertas' dalam terjemahan anda di atas?
22:51. Dan orang-orang yang berusaha melemahkan akan ayat-ayat Kami, mereka itulah sahabat-sahabat Jahim.
22:56. Kerajaan di hari itu bagi Allah, dan Dia akan menghakimkan di antara mereka. Maka orang-orang yang percaya, dan beramal soleh itu, di dalam Taman-Taman Kenikmatan.
Sungguh benar. Mana dalil penjilidan Al-Quran tu pada zaman Nabi?
Salamun 'alaikum! laa nabtaghil jahiliin |
|
|
|
|
|
|
|
Salamun 'alaikum ... terus kan menyebut 'Salamun 'alaikum', sesungguhnya ini salam penghormatan yg di ajar oleh Tuhan ALLAH anda..
Saya hanya tanya, sebab anda bermudah-mudah salahkan orang Islam, sedangkan pembunuhan (samada secara buang bayi ataupun pengguguran) juga dilakukan oleh yang lain. Bukan semua orang Islam itu berilmu dan beramal dengan Islam.
Saya hanya tolong menyedarkan anda bahawa walaupun seseorg itu 'muslim' (damai/sejahtera), tetapi kadang-kadang tidaklah ia itu 'muslim' (damai/sejahtera) melebihi 'non muslim' (org yg tidak damai/sejahtera). jadi apakah mereka itu 'benar-benar muslim' ? apalagi apabila ia tidak berilmu &beramal selayaknya sebagai seorg yg 'muslim'?
Tiada yang aneh bagi saya. Atheist tidak percayakan tuhan, membuat perkara yang jauh lebih buruk dari itu tetapi mereka 'pandai' menyembunyikan keburukan mereka itu. Tak perlu saya cerita di sini bagi anda yang menyokong golongan atheist tu
Tetapi jika anda perhatikan dgn cermat, sikap org-org atheist adakalanya lebih 'islamik' berbandeng mereka yg mengaku sebagai muslim. jadi siapakah yg muslim/damai/sejahtera sebenarnya?
Islam tak suruh pun jadi pengganas. Kat Ireland dan Sri Lanka tu pun ada pengganas. Awat buat tak tau saja! Sebab depa tu bukan Islam? Perang Dunia pertama dan kedua tu sapa punya kerja sampai berjuta-juta orang mati?
Keganasan pihak IRA &Tamil Eelam itu dapat kita fahami kerana mereka adalah itu non muslim/non damai/non sejahtera. tapi yg mengherankan ialah org-org yg mengaku sebagai muslim/damai/sejahtera tapi dlm masa yg sama menjadi terrorist. apakah yg mereka fahami tentang Islam/penyerahan/damai/ sejahtera? adakah cara hidup/agama Islam/damai/sejahtera itu ialah mengangkat senjata? mengebom berani mati? membunuh org-org yg murtad dsb nya? Nah! fikir...
Akhirnya nama Islam berjaya diburukkan dan orang Islam pun dimalukan!
Kebanyakkan yg memburukkan nama Islam itu ialah dari golongan Sunni @Penganut Hadis. inilah faktanya...
Siapa anda nak buat keputusan? Bangga sangat dengan barat tu!
Mengapa benci 'Barat'? adakah itu sifat org yg muslim/damai/sejahtera?
Mereka yang mengaku ikut Al-Quran tu yang buat macam tu dan menghukum orang Islam yang lain salah. Persis macam sorang forumer tu....
Mereka menghukum berdasarkan AlQuran. adakah anda menolak berhukum &berhakim kan AlQuran?
Apakah maka selain ALLAH, aku mencari sebagai suatu Hakim? sedang Dia lah yang telah menurunkan kepada kamu akan Kitab yang terperinci? 6:114
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa telah di turunkan oleh ALLAH, maka mereka itu, mereka lah orang-orang yang ingkar 5:44
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa telah di turunkan oleh ALLAH, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim 5:45
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa telah di turunkan oleh ALLAH, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang fasiq 5:47
Tiada kena mengena dengan penjilidan Al-Quran. Memang saya percaya Al-Quran itu telah ditulis sejak dari zaman Nabi lagi. Anda mesti membentangkan dalil-dalil kukuh tentang penJILIDan Al-Quran.
Demikianlah itu Kitab yang Tiada keraguan di dalam nya, Petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa 2:2
Dan jikalau Kami telah menurunkan ke atas engkau akan sebuah Kitab di dalam kertas, lalu telah menyentuhlah akan ia dengan tangan-tangan mereka, nescaya telah berkata akan orang-orang yang telah mengingkari: "Tidak lain ini, kecuali sihir yang jelas" 6:7
Boleh saya tahu dari mana datangnya terjemahan kalimah 'kertas' dalam terjemahan anda di atas?
Saya ambil dari terjemahan Saudara Othman Ali dari Bacaan/AlQuran.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 13-10-2010 01:03
Reply 295# sirrikhafi
aik, golongan atheist adalah golongan paling tersasar akidah, macamana boleh islamik?
ingatlah sehina2 org islam, selagi mereka ada kepercayaan pada Allah, mereka layak diampuni.
golongan athiest, amal baik mereka adalah sia2....jangan tertipu pada kepercayaan humanism....
yg konon2 berhati baik.
ramai org yg berlagak sotifistikated, sopan santun, tapi minum arak, berzina, tetapi masih mereka dalah bersopan...(sy nak tergelak sikap ini)
atas dasar humanism inilah mereka memperjuang gay, masyaAllah...menunjukkan akhlak yg baik dari barat tanpa acuan sunnah akan membuat mereka bersimpati kepada gay.....ini contoh baik tak kena tempat....tetapi hakikatnya, mereka memang benar2 ikhlas mengasihani gay.....
mereka hanya tumpu pada adab sopan, berbaik-baik sesama manusia. tetapi kerana tiada Tuhan, mereka boleh berzina, minum arak, seks bebas, tapi mereka akan klaim, mereka hati baik, humanity.
saudara sirri kahfi,
tahukah anda, jika anda kekal memahami Al-Quran tanpa cuba mencari pentunjuk Muhammad, anda akan menuju ke arah seakan-akan humanism, islam liberal, bahai, pluralism, panteism, agama falsafah....mungkin sedikit sekularism jika diizinkan Tuhan.
hati-hatilah. jangan sampai kata atheist lebih islamik....jangan...jangan....masalah akidah lebih besar dari masalah akhlak, janagn lupa....
dalil(takpa sy pakai dalil Quran) :
ini dari e-bacaan utk Quraniyun macam anda.
18:103. Katakanlah, "Bolehkah kami memberitahu kamu siapakah yang menjadi yang paling rugi dalam amalan mereka?
18:104. Orang-orang yang usahanya menjadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka menyangka bahawa mereka berbuat perbuatan baik.
18:105. Mereka itulah orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan dengan-Nya; amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak menegakkan bagi mereka sebarang penimbangan.
18:106. Itulah balasan mereka - Jahanam, kerana mereka tidak percaya, dan mereka mengambil ayat-ayat-Ku, dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olokan.
ini pulak dari tafsir ahlusunnah(sudi-sudikan lah sekurang-kurang memahami hujah kami, utk ilmu anda.)
tafsiran general.;
Firman Allah Ta'ala yang artinya, "Katakanlah: 'Maukah kamu, Kami beritahukan
tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? Yaitu orang-orang yang
telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka menyangka
bahwa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu adalah orang-orang yang
kafir terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kafir terhadap) perjumpaan dengan
Dia, maka terhapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan
penimbangan amal bagi mereka pada hari kiamat. Demikianlah, balasan mereka itu
adalah neraka Jahannam, disebabkan kekafiran mereka dan karena mereka
menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olokan'."
(Al-Kahfi:103-106)
tafsiran (b.I) ibnu katsir.
(Say: "Shall We tell you...'') meaning, `Shall We inform you;' [بِالاٌّخْسَرِينَ أَعْمَـلاً] (the greatest losers in respect of (their) deeds) Then Allah explains who they are, and says: [الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِى الْحَيَوةِ الدُّنْيَا] (Those whose efforts have been wasted in this life) meaning, they did deeds that do not count, deeds that are not in accordance with the prescribed way that is acceptable to Allah. [وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا] (while they thought that they were acquiring good by their deeds.) means, they thought that there was some basis for their deeds and that they were accepted and loved. [أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَايَـتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ] (They are those who deny the Ayat of their Lord and the meeting with Him.) they denied the signs of Allah in this world, the proofs that He has established of His Oneness and of the truth of His Messengers, and they denied the Hereafter. [فَلاَ نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَـمَةِ وَزْناً] (and on the Day of Resurrection, We shall assign no weight for them.) means, `We will not make their Balance heavy because it is empty of any goodness.' Al-Bukhari recorded that Abu Hurayrah said that the Messenger of Allah said;إِنَّهُ لَيَأْتِي الرَّجُلُ الْعَظِيمُ السَّمِينُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَزِنُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ وَقَالَ: اقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ: [فَلاَ نُقِيمُ لَهُمْ يَوْ الْقِيَـمَةِ وَزْناً] (A huge fat man will come forward on the Day of Resurrection and he will weigh no more than the wing of a gnat to Allah. Recite, if you wish (and on the Day of Resurrection, We shall assign no weight for them) It was also recorded by Muslim. [ذَلِكَ جَزَآؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُواْ] (That shall be their recompense, Hell; because they disbelieved) means, `We will punish them with that because of their disbelief and because they took the signs and Messengers of Allah as a joke, mocking them and disbelieving them in the worst way.' [إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّـلِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّـتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلاً - خَـلِدِينَ فِيهَا لاَ يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلاً ]
(107. "Verily, those who believe and do righteous deeds, shall have the Gardens of Al-Firdaws for their entertainment.'') (108. "Wherein they shall dwell (forever). No desire will they have for removal therefrom.'')
bagaimana atheist boleh islamik? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 13-10-2010 09:25
Keganasan pihak IRA &Tamil Eelam itu dapat kita fahami kerana mereka adalah itu non muslim/non damai/non sejahtera. tapi yg mengherankan ialah org-org yg mengaku sebagai muslim/damai/sejahtera tapi dlm masa yg sama menjadi terrorist. apakah yg mereka fahami tentang Islam/penyerahan/damai/ sejahtera? adakah cara hidup/agama Islam/damai/sejahtera itu ialah mengangkat senjata? mengebom berani mati? membunuh org-org yg murtad dsb nya? Nah! fikir...
sirrikhafi Post at 12-10-2010 22:32 
Salam
Bukan semua orang Islam itu ikut ajaran Islam yang sebenar. Orang yang tolak hadith pun mengaku ikut ajaran Islam yang sebenar, terrorist pun mengaku jugak ikut ajaran yang sebenar. Fikirkanlah....
Kalau nak buat generalization, biarlah betul dan adil.
Kebanyakkan yg memburukkan nama Islam itu ialah dari golongan Sunni @Penganut Hadis. inilah faktanya...
Saya TAK SETUJU. Ulama ahlussunnah yang diiktiraf di zaman ini pun tak mengeluarkan fatwa membenarkan bom berani mati untuk bunuh orang awam. Mereka yang menjadi pengebom berani mati itu atas kefahaman mereka sendiri, tidak bersandarkan kepada Islam atau Sunni. Pengakuan yang disampaikan oleh media itu boleh dimanipulasikan oleh pihak yang menguasai media. SIAPA YANG MENGUASAI MEDIA? Orang Islam kah?
Nampaknya ada pihak nak memburukkan nama Islam dan Ahlussunnah.
Mengapa benci 'Barat'? adakah itu sifat org yg muslim/damai/sejahtera?
Bila masa saya membenci barat? Saya benci perbuatan yang bertentangan dengan Islam. Bagi saya, Barat tidak perlu dibanggakan untuk mengatakan siapa yang lebih Islamik.
Mereka menghukum berdasarkan AlQuran. adakah anda menolak berhukum &berhakim kan AlQuran?
Saya tidak menolak hukum Allah. Golongan yang mengaku ikut Al-Quran dan menolak Hadith itu sebenarnya menghukum berdasarkan kefahaman mereka tanpa mengikut Sunnah. Terpulanglah...
Saya ambil dari terjemahan Saudara Othman Ali dari Bacaan/AlQuran.
Boleh saudara beri biodata dan latar belakang orang yang membuat terjemahan tersebut? Dari mana panduan dia membuat terjemahan?
Terima kasih
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
aik, golongan atheist adalah golongan paling tersasar akidah, macamana boleh islamik?
ingatlah sehina2 org islam, selagi mereka ada kepercayaan pada Allah, mereka layak diampuni.
golongan athiest, amal baik mereka adalah sia2....jangan tertipu pada kepercayaan humanism....
yg konon2 berhati baik.
ramai org yg berlagak sotifistikated, sopan santun, tapi minum arak, berzina, tetapi masih mereka dalah bersopan...(sy nak tergelak sikap ini)
atas dasar humanism inilah mereka memperjuang gay, masyaAllah...menunjukkan akhlak yg baik dari barat tanpa acuan sunnah akan membuat mereka bersimpati kepada gay.....ini contoh baik tak kena tempat....tetapi hakikatnya, mereka memang benar2 ikhlas mengasihani gay.....
mereka hanya tumpu pada adab sopan, berbaik-baik sesama manusia. tetapi kerana tiada Tuhan, mereka boleh berzina, minum arak, seks bebas, tapi mereka akan klaim, mereka hati baik, humanity.
ussopp Post at 13-10-2010 01:00 
Salam...
Saya setuju dengan anda. Itulah, atheist ni pada zahirnya mereka tunjukkan mereka ni golongan yang baik dan ramai yang percaya macam tu. hakikatnya mereka bertuhankan nafsu. |
|
|
|
|
|
|
|
Salamun 'alaikum,
aik, golongan atheist adalah golongan paling tersasar akidah, macamana boleh islamik?
Saya hanya membicarakan tentang 'perbuatan' mereka yg lebih 'islamik' dari org-org yg kononnya mengaku 'muslim' tapi dlm masa yg sama menjadi terrorist, membuang anak di dlm tong sampah &lubang jamban, mengamalkan sistem riba &sistem kapitalis yg menindas golongan bawahan/ proletariat/mustadh'afin dsbnya.
apalah gunanya jika anda beraqidah @ percaya kpd ALLAH &hari akhirat, tapi dlm masa yg sama berperangai mengalahkan syaitan? sudah tentu sikap org-org atheist lebih baik dari sikap org-org yg mengaku kononnya muslim.
org-org salafi selalu berbicara tentang aqidah. namun kebanyakkan mereka extrimist &terrorist.
tidak ada gunanya anda berbicara soal aqidah tapi sikap &perbuatan anda tidak Islam/damai/sejahtera kpd manusia-manusia yg lain terutama kpd mereka-mereka yg non muslim.
anda seharusnya membuktikan yg diri anda itu 'muslim'/sejahtera/damai kpd manusia-manusia yg lain,terlebih dahulu.
soal aqidah, itu kerja Tuhan ALLAH anda. bukan kerja anda utk menghukum sesat, jahat, tak bermoral dsbnya. janganlah anda bersikap seperti Tuhan pula, hanya kerana anda mempelajari aqidah salafi.
Dan apabila mereka telah melihat akan mereka, mereka telah berkata: "Sesungguhnya mereka-mereka itu benar-benar telah sesat!"
sedangkan tidaklah mereka itu di utus ke atas mereka, akan sebagai penjaga-penjaga 83:32&33
ingatlah sehina2 org islam, selagi mereka ada kepercayaan pada Allah, mereka layak diampuni.
Sebab itu lah atheist tidak boleh menerima kepercayaan sebegini, kerana seolah-olah Tuhan lebih menyayangi pengganas-pengganas, mereka-mereka yg membuang anak di dlm tong sampah &lubang jamban, mereka-mereka yg bersemangat mahu membunuh org-org yg murtad dsbnya.
ramai org yg berlagak sotifistikated, sopan santun, tapi minum arak, berzina, tetapi masih mereka dalah bersopan...(sy nak tergelak sikap ini)
Anda melecehkan mereka-mereka yg sofistikated, minum arak, berzina dsbnya. lantas, adakah Tuhan ALLAH anda lebih menyayangi anda yg suka melecehkan org lain? adakah ini sifat sebenar seorg yg 'muslim'/damai/sejahtera?
sikap sebegini tidaklah lebih baik dari buddha yg tidak suka memperlecehkan manusia-manusia yg lain.
atas dasar humanism inilah mereka memperjuang gay, masyaAllah...menunjukkan akhlak yg baik dari barat tanpa acuan sunnah akan membuat mereka bersimpati kepada gay.....ini contoh baik tak kena tempat....tetapi hakikatnya, mereka memang benar2 ikhlas mengasihani gay.....
Dan penganut hadis/sunni yg suka membunuh/merejam etc golongan gay, berhukum dgn hukum siapa pula?
mereka hanya tumpu pada adab sopan, berbaik-baik sesama manusia.
Baguslah jika mereka berbaik-baik sesama manusia dari pengganas-pengganas aliran sunni/penganut hadis yg mengaku kononnya mereka itu muslim/sejahtera/damai dsbnya.
saudara sirri kahfi,
tahukah anda, jika anda kekal memahami Al-Quran tanpa cuba mencari pentunjuk Muhammad, anda akan menuju ke arah seakan-akan humanism, islam liberal, bahai, pluralism, panteism, agama falsafah....mungkin sedikit sekularism jika diizinkan
Tuhan.
Ungkapan 'Sebaik-baik Petunjuk adalah Petunjuk Muhammad' tiada di sebut di dlm AlQuran. ungkapan ini selalu di gunakan oleh puak salafi apabila mereka mahu memulakan ceramah. jelas ungkapan ini bercanggah dgn AlQuran.
Katakanlah: "Sesungguhnya Petunjuk ALLAH itu, ia lah Petunjuk!" 2:120
ungkapan 'Petunjuk Muhammad' itu seolah-olah seperti puak salafi mahu menjadikan nabi muhammad seperti Tuhan. ini aqidah yg syirik. tidakkah sepatutnya puak salafi menyadari& merenungkan kembali ungkapan bid'ah mereka itu? fikir...
hati-hatilah. jangan sampai kata atheist lebih islamik....jangan...jangan....masalah akidah lebih besar dari masalah akhlak, janagn lupa....
Saya tidak mahu menjadi Tuhan dgn menghukum aqidah-aqidah manusia-manusia yg lain ke hulu ke hilir, tapi dlm masa yg sama menjadi extrimist& terrorist.
tujuan akhir agama adalah utk menyempurnakan akhlaq manusia.
anda yg menganut hadis, tentu sudah biasa mendengar hadis yg bunyinya seakan-akan seperti kenyataan di atas kan? fikir.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Salamun 'alaikum,
Kalau nak buat generalization, biarlah betul dan adil.
Realitynya, kebanyakkan pengganas hari ini adalah dari puak sunni/penganut hadis.
Nampaknya ada pihak nak memburukkan nama Islam dan Ahlussunnah.
Realitynya, pihak yg memburukkan nama Islam pd hari ini adalah dari kalangan Puak Sunni/Penganut Hadis.
Golongan yang mengaku ikut Al-Quran dan menolak Hadith itu sebenarnya menghukum berdasarkan kefahaman mereka tanpa mengikut Sunnah. Terpulanglah...
Apakah maka selain ALLAH, aku mencari akan sebagai suatu Hakim? sedang Dia lah yang telah menurunkan kepada kamu akan Kitab yang terperinci? 6:114
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa telah di turunkan oleh ALLAH, maka mereka itu, mereka lah orang-orang yang ingkar 5:44
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa telah di turunkan oleh ALLAH, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim 5:45
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa telah di turunkan oleh ALLAH, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang fasiq 5:47
Boleh saudara beri biodata dan latar belakang orang yang membuat terjemahan tersebut? Dari mana panduan dia membuat terjemahan?
Apakah Biodata &Background Pendidikan seseorg 'Lebih Utama' dari Ayat-ayat Tuhan ALLAH anda? apakah kerana jika org itu seorg penyapu sampah di jalanan yg menyampaikan perintah Sultan, maka kita mesti bersikap prejudis &jumud terhadapnya? dgn mempersoalkan Biodata nya &background nya? seolah-olah ia 'Lebih Utama' dari 'Perintah' Sultan itu sendiri? Fikir.....
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
| |
|