CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annyss1987

[ANIME] Dragon Ball

[Copy link]
Post time 6-2-2007 03:45 PM | Show all posts
nak tanya sikit, Launch pegi mana? Kat DBZ dia x ada pon? Memula masa tengok ingat dia dah mati, bila dah tengok abis DB rupa2nya dia hidup lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2007 02:10 PM | Show all posts

Reply #281 DTECCONAN's post

Aku rase dier pergi mengukuhkan kerjaya lama dia semula sebagai pencuri pro he!he!.. watak dier tu kejap ader kejap takder..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 02:13 PM | Show all posts
Aku baru install mozilla.. baru laju...
Ulasan episode minggu lepas...

Pertarungan Goku dan picollo semakin sengit. Goku telah mencuba teknik baru Kame Hame Ha dan serangan tersebut berjaya mengenai Picollo. Ini membuatkan picollo bertambah geram tetapi kekuatan Goku yang luarbiasa itu menyebabkan Picollo seperti budak belasahan sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 02:13 PM | Show all posts
Akibat serangan Goku yang bertalu-talu akhir Picollo telah terhumban ke sebuah bangunan yang berhampiran. Apabila Goku ingin menyerang semula, Picollo telah membalingnya dengan batu tetapi sempat ditangkis oleh Goku. Rupanya ia hanya helah Picollo untuk mencederakan  Goku.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 02:14 PM | Show all posts

Lutut Goku telah tercedera tetapi ia masih mampu untuk menyerang balas dengan bantuan tongkat sakti miliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 02:15 PM | Show all posts
Dengan Bantuan tongkat sakti Goku berjaya mencederakan Picollo.Piccolo sangat geram dan melancarkan serangan pancaran cahaya bertubi-tubi kearah goku dengan tujuan untuk memisahkan Goku dari tongkat saktinya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2007 02:16 PM | Show all posts
Goku telah terpisah dengan tongkat saktinya dan peluang ini diambil oleh Picollo untuk melancarkan Serangan terhebat dengan Sepenuh Kuasanya... Serangan yang dasyat ini menyebabkan seluruh Bandar menjadi padang jarak padang tekukur..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 02:17 PM | Show all posts
Tetapi Tenshin han telah berjaya menyelamatkan Goku dengan Ilmu Tarian Udaranya(Siri Komik). Tindakan tersebut telah menhauskan keseluruhan tenaga Tenshin Han. Melihat keadaan itu Picollo cuba menyerang Goku dengan serangan terhebatnya semula tetapi Goku sempat menyerang Picollo kerana serangan tersebut memerlukan masa untuk mengumpul tenaga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2007 02:18 PM | Show all posts
Dengan perasaan marah Picollo pun menyerang Goku dengan serangan terhebatnya secara berdepan. kali ini Goku terpaksa menghadang serangan tersebut sendiri.. namun picollo begitu terperanjat sekali kerana..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 02:18 PM | Show all posts
Setelah dua kali Picollo melancarkan serangan terhebatnya namun Goku masih belum tewas. Ini menyebabkan Picollo mengambil keputusan untuk mempergunakan Tenshin Han sebagai tebusan. Dalam keadaan ini Goku tidak mampu berbuat apa-apa selain menerima serangan picollo secara bulat2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 02:19 PM | Show all posts
Setelah Goku tidak mampu berdiri lagi, Picollo telah melayang keudara dan melancarkan serangan terakhir untuk menamatkan nya Goku. Tetapi Goku tidak mengaku kalah dan terus melancarkan serangan Gelombang kearah permukaan tanah dan menyebabkan dirinya tercampak kearah Picollo dengan kelajuan yang tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 02:20 PM | Show all posts
Goku telah menggunakan seluruh tenaganya dalam serangan terakhir ini dan berjaya menembusi badan Picollo.. Kerana sedar dirinya akan mati, Picollo telah mengumpulkan semua tenaga yang ada untuk mengahasilkan sebiji telur yang mengandungi warisnya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 02:20 PM | Show all posts
Akhirnya picollo telah meletup dan menyebabkan Goku yang tidak berdaya itu terhumban ketanah dengan kelajuan yang tinggi. Mujur Yazirobel sempat datang dan menyambut Goku. Yazirobel pun membawa Goku ke menara Karin untuk dirawat dan Tenshin han telah bertemu Namcha dan Bulma yang memang berada di medan pertempuran.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 02:22 PM | Show all posts
Di Menara Karin Goku telah sembuh dan Dewa Karin telah memberitahu Goku Dewa naga boleh Dihidupkan kembali dengan berjumpa KAMI @ Dewa Bumi yang telah mencipta Dragonball. KAMI berada di atas Menara Karin dan untuk tongkat sakti Goku diperlukan untuk pergi kesana. Tetapi Tongkat itu telah tercicir semasa bertarung dengan Picollo jadi Goku telah pergi ke Medan pertempuran semula dengan awan Nimbus.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 02:22 PM | Show all posts
Kerana gagal menjumpai tongkat tersebut dimedan pertempuran, Goku telah berjumpa dengan Nenek Tilik. Nenek tilik telah menilik untuk Goku secara percuma. Rupanya tongkat tersebut telah dibawa oleh Tenshin Han ke rumah master Roshi. Goku pun pergi mendapatkan Tongkat tersebut dan pulang ke menara karin. Sebelum naik ke kediaman Kami Dewa Karin telah memberikan sebuah loceng sebagai tanda Goku telah diberi kebenaran naik keatas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 02:23 PM | Show all posts
Di Kediaman KAMI Goku telah bertemu Encik POPO dan menunjukkan Loceng yang diberikan Dewa karin. Untuk menemui KAMI Goku perlu menewaskan POPO terlebih dahulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2007 02:26 PM | Show all posts
Untuk menewaskan POPO tidak semudah yang disangka Oleh Goku kerana POPO berkali ganda lebih hebat dari Picollo. kesemua serangan Goku telah dipatahkan dengan mudah, Serangan Kame Hame Hanya telah ditelan sahaja oleh Popo malahan serangan terhebat Goku yang telah berjaya membunuh Picollo juga telah patahkan oleh POPO.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 02:28 PM | Show all posts
Kali ini ulasan spesel sket sempena pertarungan yang best2 he!he!he!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 03:50 PM | Show all posts

Reply #298 Redxerr's post

:clap::clap:

ko mmg best.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 04:59 PM | Show all posts
:bodek: :bodek: :clap: :clap:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.344557 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list